Wednesday, May 6, 2009

Penang The New 'Singapore'

"Apabila Lim Guan Eng (LGE) menjadi KM Penang, dia berazam mencontohi pentadbiran Khalifah Umar yang terkenal dengan keadilannya. Tindakan awalnya sebagai KM menaikkan elaun guru KAFA. Kini, dia menjadi seorang personaliti yang menarik perhatian orang Melayu dan orang Islam yang rasional. LGE adalah seorang pemimpin politik Cina yang sedang menunjukkan dirinya sebagai seorang orang Malaysia. Dia dipercayai akan bekerja bersungguh-sungguh supaya boleh dilihat sebagai pemimpin Malaysia dan bukannya sekadar seorang pemimpin Cina.

Tindakan awalnya sebagai KM mengingatkan kepada imej Lee Kuan Yew (LKY) sebagai S/U Agung Petir PAP sebelum berkuasa dulu.

LKY bukan sekadar bercakap Melayu, tetapi menguasainya dan menguasai tulisan jawi. Dia banyak menyuarakan isu Melayu. Kerana itu, dia dilantik sebagai peguam Utusan Melayu dan hampir setiap petang di Pejabat Utusan Melayu di Singapura.

Ramai orang Melayu Singapura masa itu merasakan LKY seolah-olah nasionalis Melayu, mengalahkan orang Melayu sendiri.

Bukan mudah bagi Yusuf Ishak (pengasas dan boss Utusan Melayu di Singapura) mendewakan seseorang, tetapi dia sangat mempercayai LKY sebagai seorang pejuang yang boleh memberikan pembelaan kepada semua penduduk Singapura khususnya Melayu.

LKY sesudah berkuasa dan Singapura menjadi sebahagian dari Malaysia mengambil Yusuf Ishak sebagai Yang DiPertua Negara Singapura yang pertama selepas berpisah dari Malaysia. Yusuf Ishak juga menjadi Presiden Singapura yang Pertama.

Kerana Utusan Melayu adalah sumber dan menguasai pengaruh pemikiran orang Melayu, maka ramai orang Singapura berfikiran seperti Yusuf Ishak.

Dalam pilihanraya yang membawa kemenangan dan kekuasaan LKY, pengundi-pengundi Melayu ikut menyokong calon Petir. Calon UMNO kebanyakannya kalah kepada calon Melayu dari Petir.

Selepas LKY berkuasa, beliau lama kelamaan tidak lagi kelihatan seperti LKY yang dirasakan oleh orang Melayu sebelumya. Adalah benar Bahawa LKY mesti menunjukkan diri sebagai Pemimpin Singapura dan dia terpaksa membangunkan kaum-kaum yang ada di Singapura itu sebagai bangsa Singapura.

Singapura sebelumnya adalah pusat perkembangan politik dan sosio budaya orang Melayu kerana ia terletak ditengah alam Melayu. Singapura adalah pusat dagang bagi Indonesia, Malaya, Borneo, Filipina dan lain-lain. Disitulah berkembangnya perjuangan menegakkan kedaulatan Melayu.

Kira-kira ia menjadi pusat tempat menyatukan pemikiran orang Melayu yang berbagai-bagai ragam di alam Melayu itu. Keupayaan LKY menyesuaikan pergaulan dan pertuturan seperti lain-lain Melayu meransang harapan bahawa Singapura akan menjadi pusat perkembangan Melayu. TETAPI, Singapura yang dibangunkan oleh LKY adalah sebuah Singapura tersendiri. Ia terbentuk sebagai sebuah lagi masyarakat dan wilayah Cina selepas Tanah Besar China, Taiwan dan Hong Kong.

Apapun Singapura adalah sebuah negara yang maju, tetapi kaum Melayu adalah kaum yang tiada apa-apa kelebihan daripada lain-lain kaum.

Selepas Yusuf Ishak, tiada lagi orang Melayu yang diangkat sebagi Presiden. Peluang orang India bagi menjadi presiden adalah lebih mudah dari orang Melayu. Selepas Othman Wok, Muhammad Yaakub dan Rahim Yusuf, tiada lagi orang Melayu yang menjadi menteri yang menonjol.

Singapura memang mendakwa mengutamakan merit. Meritlah yang mungkin menjadikan tokoh-tokoh keturunan India lebih terbilang di Singapura. Sejak Petir berkuasa di Singapura, lebih ramai warga keturunan India menjadi menteri luar. Keturunan Cina juga ada, tetapi selalunya keturunan India. Keturunan Melayu tidak ada. Kalaupun menteri luarnya bukan keturunan India, tetapi keturunan India lebih berupaya muncul sebagai menteri yang penting.

Apapun orang Melayu Singapura mesti bekerja kuat seperti kaum lain untuk mencapai kejayaan hidup. Seperti di Malaysia juga, orang Melayu asalnya sebelum merdeka dulu adalah kaum yang ketinggalan semua lapangan - pendidikan, ekonomi, perniagaan dan sebagainya.

Sampai sekarang orang-orang Melayu masih terhegeh. Pencapaiannya dalam DEB adalah contoh. Dalam dibantu oleh kerajaan, ia belum dapat melonjakkan diri. Singapura tiada dasar itu dan orang Melayu mesti membangun sama kuat dengan kaum lain.

Apapun orang-orang melayu yang menaruh harapan tinggi kepada LKY kebanyakannya sudah mati. Mereka sahaja yang arif untuk membuat kesimpulan apakah mereka puas hati dengan layanan LKY.

Orang-orang Melayu di Malaysia ada tanggapan sendiri tentang LKY dengan orang Melayu. Tanggapan mereka tidak semestinya tepat. Tetapi tidak boleh menganggap Lim Guan Eng sama sepertinya. LGE tidak boleh jadi Melayu, tetapi dia boleh jadi orang Malaysia yang disenangi oleh orang Melayu. Bukan LKY ke-2?"

-Petikan daripada nukilan Subky Abdul Latif di warta SIASAH pada 27 April hingga 3 Mei 2008.

p/s: Bacalah kenyataan makhluk 'talam dua muka' yang kononnya amat disanjung oleh para penyokong Pas di sini.

6 comments:

  1. Orang melayu bukanlah lemah tetapi disebabkan kebodohan dizaman sebelum merdeka,orang China mengambil kesempatan diatas kebodohan itu.LKY adalah seorang intelek dan berpendidikan sudah tentu dia mengetahui kelemahan orang melayu pada masa itu maka kesempatan yang ada digunakan.Melayu Pulau Pinang mungkin akan jadi melayu Singapura yang sudah hilang identiti kemelayuannya jika tergoda dengan "penyamaran"mahu tolong melayu Pulau Pinang.Sudah berapa tahun orang Cina memerintah Pulau Pinang seperti Gerakan,tetapi melayu P.Pinang masih mundur.Mana ada melayu yang kaya di P.pinang?Mamak dan Nana yang kaya ada ,itupun boleh dikira dengan jari.Segi politik penempatan melayu dipecahkan dengan kawasan perumahan yang mampu dibeli oleh orang Cina..orang melayu gigit jari.Melayu P.Pinag memerlukan suatu pergerakan yang dipimpin oleh pemimpin yang betul-betul nasionalisma dan mahu menolong orang melayu.Walaupun PM adalah melayu seperti Pak lah..tetapi melayu tetap sampahdi Pulau Pinang.Selagi melayu P.Pinang tidak berubah kemungkinan P.Pinang akan jadi Sinagpura kedua.Orang Cina tetap orang Cina yang akan berkiblatkan negara China,Singapura,Taiwan dan Hong Kong dimana Malaysia adalah negera ibu angkat tetapi ibu sebenarnya di sana.Jika mereka boleh rampas Malaysia dan Melayu menjadi bangsat dinegara sendiri barulah Malaysia negara mereka contohnya seperti Negara Singapura.(negara Cina yang ke4 selepas CHINA,HONG KONG DAN TAIWAN .jANGANLAH JADI MELAYU YANG BODOH SEKALI LAGI SEHINGGA HILANG KUASA POLITIK.

    ReplyDelete
  2. Macam mana dengan 'Pembangunan Seri Iskandar' di Johor?

    Berapa kerat kah melayu yang mampu miliki hartanah di PSI?

    Hampir 90% hartanah di miliki oleh rakyat Singapura.

    ReplyDelete
  3. tak gajah... aku ada ayat comel utk hang.. burit mak hang, mana fakta hang dapat, klu x tau jgn sebut. buat malu saja..

    ReplyDelete
  4. PolanPolan.. wa setuju ngan lu.. Tapi lu ada ke fakta yang mnegatakan bahawa orang singapore tak ada memiliki tanah kat PSI? Kalau lu ada boleh bagi fakta tak pemilikan tanah terkini kat PSI?

    wa sekadar bertanye saje..

    ReplyDelete
  5. Malaysia ni termasuk dalam Alam Kepulauan Melayu.Alam Melayu bererti ia telah diiktiraf olih sejarah sebagai seluruh tanah didalam gagasan kepulauan Melayu dadalah hak Melayu.Malangnya kita orang Melayu bila kita berselisih faham,kawan menjadi musuh.Musuh yang lama berubah menjadi kawan.Akibatnya kita yang rugi.Inilah yang terjadi kepada Singapura dan akan terjadi diPulau pinang.Hak Melayu akan terhakis akhirnya menjadi Pak Kadok.Hak kita telah menjadi hak orang.Kelebihan kita telah dicantas.Tanah kita orang dah ambil.Melayu menang sorak dan berbangga dengan kejayaan bangsa lain.Inilah juga yang terjadi diPalestin.Bukan senang nak dapat hak kita balik.Ingatlah!

    ReplyDelete
  6. apehal la lately ni yang bagi2 komen kat sini suka mencarut...ingat2 la sikit kat tuhan.kiamat dah nak dekat.tak sedar2 lagi dengan peringatan allah yang bertubi2 tu? tak habis2 nak buat dosa? kalau nak bagi komen tak payah mencarut rasanya akan lebih dihargai.kalau mencarut tu, bernas macam mana pun idea yang diberi pasti dipandang serong juga.

    sebab tu lah kalau belaja ilmu hadis, untuk sesebuah hadis tu dikategorikan sebagai sahih, bukan sahaja isi kandungan mesti tepat, tetapi yang meriwayat tu pun mesti elok kredibilitinya...

    cuba2 la belaja daripada ajaran islam sikit.

    ReplyDelete