Saturday, May 9, 2009

Tabek tuk 5 sasterawan

Salamzzz...

Aku memang bangge giler lar dgn keberanian 5 Sasterawan Negara yang sanggup anu..gerahnye ditarik balik... U ollz memang berani lar.. Ini baru lar pejuwang rakyat... Berani beb...

Aku pown dah lame tak suke ngan PPSMI ni.. Rusak bangse aku.. Bahase penjajah laks nak di ajar kat anak bangse aku.. Gile pe... Kerajaan kene pk balik lek semula..tgk Sasterawan Negara pown tak setuju... Akceli... Bahse kan jiwe bangse..

Kan bahase Melayu tu sempurne... Tgk je lar drama2 Melayu sume ok per... Bute hati lar kerajaan ni... Aku cukup kagum dengan keberanian macam ni...

Karya Shanon "SHIT" best per... Ini macam la buku yang membentuk semangat poejuwang aku... Majalah2 kat luar pown sume best2... KREKO... GEMPAK... Bahasa Melayu pe.... Moden pe.... Nak balik 50 taun dulu blaja gune bahase Inggeris ape lar kerajaan ni...

Sowi lar aku cakap kat korang kerajaan... pk lak untuk kebaikan anak bangse....

Pepehal aku tabik spring la ngan korang sume 5 Sasterawan Negare...U ollz memang berani.....

He..he..he...

4 comments:

  1. Tak tau ujung pangkal kau ni main tabik je...Bahasa melayu kau pun tak betul...per..per...per apanya..
    Golongan akedemik kebanyakan nya setuju dengan dasar ni kerana kebanyakan ilmu dalam b.i bro.Yang tak setuju pembangkang dan sasterawan yg buat sajak je...

    ReplyDelete
  2. hahaha. rosmerah tak faham bahasa sindiran penulis artikel rupanya.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  3. hidupppppppppp rais zainuddinnn!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Isu berkaitan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ini agak sensitif buat ketika ini. Dalam menanti ketibaan menyambut Hari Kebangsaan ke 52, isu ini belum juga mencapai keputusan yang boleh dianggap positif apatah lagi mencapai noktahnya. Sudah 52 tahun merdeka pun isu bahasa sendiri tidak bileh selesai. Ditambah pula dengan isu PPSMI yang tidak ada penghujungnya.

    PPSMI tidak dapat ditangani dengan sikap drastik sepertimana drastik semasa hendak melaksanakannya dahulu. Kalau semasa melaksanakannya dahulu, kerajaan tidak mengambil kira pandangan orang ramai dan pertubuhan-pertubuhan, semasa hendak memansuhkannya kali ini, pandangan orang ramai diminta pula oleh kerajaan.

    Hendak memartabatkan bahasa sendiri di tanah air sendiri pun sesuatu yang susah. Akal yang waras pun tahu, apalah susah sangat. Dalam perlembagaan pun sudah termaktub. Telah dinyatakan dengan jelas bahawa Bahasa Melayu merupakan Bahasa Rasmi negara. Semua orang yang waras pun faham apa maksud ‘BAHASA RASMI’.

    Semuanya terletak pada sikap dan pelaksanaan. Buat apa nak kecoh-kecoh tentang PPSMI? Walaupun bertujuan hendak memartabatkan Bahasa Melayu dengan menghapuskannya, itu bukanlah satu jalan yang penting. Banyak lagi isu-isu lain yang boleh diperjuangkan demi memartabatkan Bahasa Melayu. Itu hanya melibatkan dua mata pelajaran sahaja sedangkan banyak lagi mata pelajaran lain dijalankan dalam Bahasa Melayu.

    Biarlah anak-cucu kita belajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris dengan aman. Sudah tahun ke7 mereka begitu. Mereka juga sudah selesa dengan PPSMI ini dan guru-guru juga sedah selesa mengajarnya. Telah jutaan ringgit wang dihabiskan dalam melaksanakan kursus-kursus untuk guru-guru dan juga peralatan-peeralatan. Sudahn jutaan ringgit wang dihabiskan menyediakan buku-buku teks untuk kedua-dua mata pelajaran tersebut.

    Berapa juta pula perbelanjaan hendak dihabiskan untuk mengadakan kursus-kursus semula? Berapa juta pula akan digunakan untuk menyediakan buku-buku teks yang baru pula? Dan sia-sia sahaja apa yang telah berjalan selama 7 tahun sebelum ini. Tidak terfikirkah kita? Kalau pejuang-pejuang ini benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan supaya Bahasa Melayu diletak di persada sepatutnya, tujuh tahun dahulu mereka prjuangkan, bukan baru sekarang hendak menjadi jaguh Bahasa Melayu.

    Ada isu lain yang boleh diperjuangkan, bukan hanya 2 mata pelajaran itu sahaja. Para pemimpin sendiri tidak berminat meletakkan Bahasa Melayu di tempat sepatutnya. Menteri-menteri lebih ghairah menggunakan Bahasa Inggeris daripada Bahasa Melayu.

    Cuba lihat Tan Seri Muhyiddin Yassin, sejak dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, belum sekali pun beliau berucap dan menjawab soalan pemberita dalam Bahasa Melayu. Setiap kali beliau lebih cenderung bercakap dalam Bahasa Inggeris yang kadang-kadang ‘lucu’ didengar.

    Begitu juga dengan para pemimpin yang lain. Usah kita bercakap tentang keikhlasan untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan itu jika kita sendiri lebih ghairah menggunakan bahasa yang lain. Kita malu bertutur dalam bahasa kita semdiri, kita pula meminta orang lain menghormati bahasa kita.

    Isu jenama kereta juga perlu diberi perhatian.Akhir-akhir ini syarikat pengeluar kereta terbesar di negara kita begitu ghairah menggunakan nama yang langsung tidak ada kena-mengena dengan perkataan Melayu atau Inggeris. PROTON begitu ghairah mengambil perkataan yang tidak ada langsung dalam kedua-dua bahasa itu untuk menamakan kereta keluaran mereka.

    PROTON sendiri adalah satu nama yang mencemarkan bahasa, ditambah pula dengan jenama-jenama JUWARA, ISWARA, SAVY, PERSONA dan yang terbaru EXORA yang langsung tidak memberi makna apa-apa dan tidak ada dalam senarai perkataan Melayu. Tidak tercatat pun dalam ‘Kamus Dewan’ yang menjadi rujukan bagi Bahasa Malaysia.

    Tidak terkira lagi tentang isu nama-nama jalan dan papan-papan tanda perniagaan. Lihat sandirilah apa bahasa yang diguinakan. Bahasa Melayukah yang menonjol di papan-papan tanda tersebut? Tidak perasankah para pejuang bahasa sekelian?

    Isu-isu seperti inilah yang patut diperjuangkan oleh pecinta Bahasa Melayu dari membuang masa membantah PPSMI yang mana langkah tersebut bakal menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar lagi sekali.

    ReplyDelete