Tuesday, June 16, 2009

Anwar Ibrahim cuba menjadi hero

Pagi tadi aku duduk minum teh sambil berborak dengan member aku yang totok menyokong pembangkang terutamanya idola beliau iaitu Brader Anwar Bin Ibrahim. Antara topik yang menjadi bahan perbualan kami ialah kemenangan tipis Brazil ke atas Mesir dalam Piala Konfederasi, kekalahan Negeri Sembilan kepada Pahang dalam Liga Super, perpindahan Kaka dan Ronaldo ke Real Madrid dan sebagainya.

Namun apa yang menarik minat aku ialah mamat ni tadi cuba mempertahankan cadangan Brader Anwar Bin Ibrahim supaya membawa balik Chin Peng ke Malaysia, dengan alasan bahawa apa yang cuba dicadangkan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim itu kononnya telah dieksploitasikan oleh pihak tertentu. Bagi beliau, cadangan Brader Anwar Bin Ibrahim itu adalah untuk memerangkap Chin Peng agar pulang ke Malaysia supaya pihak kerajaan boleh terus menahan Chin Peng di bawah ISA. Katanya lagi, Brader Anwar Bin Ibrahim belum pun habis mengetengahkan cadangannya, tetapi telah dihentam teruk oleh musuh-musuh politiknya. Beliau turut menyebut bahawa piagam yang diwartakan oleh Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa seseorang itu boleh dibuang daerah mahupun negeri tetapi tidak boleh di buang negara.

Apa yang menjadi kemusykilan aku ialah mengapa baru sekarang perkara ini ditimbulkan oleh sesetengah pihak sedangkan pihak kerajaan telahpun membuat rundingan dengan Parti Komunis Malaya di Thailand sejak dulu; iaitu semasa Polis Cawangan Khas (special branch) mengadakan rundingan demi rundingan hingga berakhir dengan perjanjian perdamaian antara kerajaan Malaysia dengan PKM serta kerajaan Thai pada 2 Disember 1989 di Haadyai.

Dalam salah satu rundingan, Rashid Maidin telah membuat tuntutan iaitu "Tugu Peringatan Negara di Kuala Lumpur dimusnahkan kerana dianggapnya menghina perjuangan PKM dengan melambangkan perajurit negara memijak gerila komunis yang tewas. Beliau juga mahukan supaya setiap bekas anggota PKM yang pulang ke Malaysia diberi 10 ekar tanah seorang.''

Kedua-dua tuntutan itu kemudian dibalas oleh Rahim Noor (Pengarah Polis Cawangan Khas ketika itu) apabila beliau menjelaskan kepada PKM bahawa pemusnahan Tugu Peringatan Negara memerlukan kelulusan Parlimen yang tentunya akan menghadapi bantahan keras dan perbincangan politik yang akan memberi kesan buruk kepada kerajaan pimpinan Dr. Mahathir. Ini tentunya akan melewatkan lagi proses perundingan dan pencapaian perdamaian.

Mengenai pemberian tanah kepada bekas-bekas anggota PKM, Rahim bertanya bagaimana kelak reaksi di kalangan bekas tentera, polis dan anggota keselamatan yang tidak berpeluang mendapat tanah.

"Mereka juga akan memberontak dan menentang kerajaan jika permintaan PKM ditunaikan,'' kata Rahim. Alasan-alasan yang diberikan oleh Rahim telah melembutkan sikap Rashid Maidin. Dari pandangan Chin Peng, sikap Rahim yang tenang dan kata-katanya yang berautoriti telah banyak membantu melicinkan proses penyelesaian masalah yang timbul untuk tujuan perdamaian.

Langkah pertama ke arah rundingan yang memakan masa lebih setahun telah diambil setelah Rahim menyandang jawatan pengarah Polis Cawangan Khas pada awal tahun 1986. Ia dianggap sebagai langkah berani yang bertentangan dengan sentimen rakyat, pasukan keselamatan, polis dan tentera serta bertentangan dengan jiwanya sendiri yang sebati dengan anti-komunisme.

Dalam usaha lanjut, Rahim dan timbalannya, Yau Kong Yew telah menemui bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Setelah rangka kerja "Projek Khas'' disiapkan, kedua-duanya sekali lagi menemui Dr. Mahathir pada pertengahan tahun 1988. Rahim dan Yau ketika itu telah bergambar dengan Dr. Mahathir, tetapi bukan untuk album kenangan atau hiasan dinding rumah, sebaliknya gambar itu digunakan untuk membuktikan kepada PKM bahawa mereka berada pada kedudukan yang penting dan kononnya mereka berdua telah diberikan kuasa untuk mengadakan rundingan.

Turut memberikan sokongan ketika itu ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Haniff Omar.

Gambar bersama Dr Mahathir itu telah ditunjukkan oleh Yau semasa berunding dengan "orang kedua'' PKM yang bernama Chong Liu Yun, rakyat China yang menjadi orang kepercayaan Chin Peng sejak mula PKM beroperasi.

Turut serta dalam siri rundingan tersebut ialah Timbalan Penguasa Cawangan Khas 11, Norian Mai yang kemudiannya menjadi Ketua Polis Negara selepas Rahim.

Akhirnya perjanjian damai ditandatangani pada 2 Disember 1989 di Hotel Lee Gardens di Haadyai.

Ia berlangsung dalam suasana yang kucar-kacir, riuh- rendah tanpa kawalan keselamatan yang ketat di mana para tetamu tidak dapat menyaksikan upacara kerana dilindungi oleh ramai jurugambar.

Barangkali kerajaan Malaysia dan Thailand tidak mahu memberikan pengertian yang besar kepada pengakhiran suatu perjuangan panjang PKM yang gagal.

Pertanyaan timbul, apakah mungkin nanti akan ada cerita lain yang akan dibawa oleh Rashid Maidin atau Abdullah C.D yang masih menetap di selatan Thailand. Seperti yang dicatatkan sebelum ini, Pengerusi PKM iaitu Musa Ahmad telah kembali ke Malaysia pada tahun 1980 setelah diampuni Namun beliau telah meninggal dunia beberapa tahun kemudiannya. Seorang lagi bekas anggota PKM iaitu Shamsiah Fakih juga telah kembali pada tahun 1990an dan menetap di Gombak.

Kita boleh saksikan bagaimana liciknya Brader Anwar Bin Ibrahim mengambil peluang bagi meningkatkan 'political mileage'nya untuk menjadi hero rakyat kononnya. Penyokong pembangkang mungkin melihat cadangan Brader Anwar Bin Ibrahim adalah rasional, TETAPI sanggupkah kita membeli jiwa Chin Peng serta ahli keluarganya, sedangkan hati dan jiwa pahlawan negara serta keluarga mereka yang telah terkorban di dalam mempertahankan tanahair daripada keganasan komunis dibiarkan begitu sahaja?

Benarkah seandainya Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia, maka dia akan disumbatkan terus ke dalam ISA? Jika benar sekalipun tanggapan penyokong pembangkang itu, mungkin pada masa itu juga akan timbul pula isu kononnya kerajaan zalim dan mengkhianati Chin Peng serta ahli keluarganya kerana menyumbat Chin Peng ke dalam ISA sebaik dia menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Lu fikirlah sendiri.

12 comments:

  1. Assalamualaikum Paneh,

    Sebenarnya mereka yang mengenegahkan isu Chin Peng ini adalah mereka yang kehabisan modal. Mereka dah tak tahu ISU APA lagi nak diraih untuk dapat PUBLIC ATTENTION.

    Kesian Penyokong-penyokong tegar mereka.

    Kita patut jangan layan sahaja cerita ini.

    Siapa-siapa yang sayang sangat pada Chin Peng bolehlah berhijrah ke tempat dia.

    Belalah dia.

    Give Chin Peng all the TLC, Tender Loving Care..buat Atok angkat.

    Pergilah. Kami akan sedekah pulut ke Masjid jika penyokong Chin Peng yang sorang tu, duduk terus dengan Chin Peng dalam hutan tu.

    Aman sikit Malaysia.

    ReplyDelete
  2. a'kum tuan,
    isu chin peng (CP)nak balik, bior le dia balik...
    yg lu org kecoh apa hal? bila menteri kat x blh bg balik, pengampu2 pun kata CP x blh balik. akan di sembelih bila balik... hehehe.. kalu menteri kata blh balik balaci2 ni pun kata, x pa CP blh balik... itulah dia..
    jgn nak hipokrit la... samsiah fakeh blh balik, musa ahmad blh balik... blh ada diplomatik dgn china... jgn jadi tukang sorak la... bila komunis melayu blh balik. bila komunis cina x blh balik... x ke hipokrit tu... hehehe.. biasala ... pengampu.. bila yg di atas cakap. yg di bawah pun yes...yes..yes....

    ReplyDelete
  3. bodoh btul ano atas ni. mereka yg dibenarkan balik tu sbb penuhi syarat yg salah satunya minta maaf kpd rakyat malaysia yg khususnya kpd keluarga yg dibunuh oleh komunis. chin peng tak penah dan tak nak mintak maap dan tak mengaku kekuasaan kerajaan malaysia. chinpeng hanya letak senjata tanpa mengaku kalah.

    ReplyDelete
  4. Anti Komunis Chin PengJune 17, 2009 at 5:53 AM

    Chin Peng dah bunuh beribu orang melayu termasuklah orang kampung, polis dan tentera. Ketika memerintah Tanah Melayu selama 2 minggu, Chin Peng mengarahkan doktor-doktor di hospital untuk memotong kaki dan tangan para perajurit dan doktor2 ini akur. Mereka pun bukan Melayu. Fikirkanlah.

    ReplyDelete
  5. kah kah kah khaiktuih...!

    Ada lg rupanya individu yg bangang dan buta sejarah, ttp berusaha nak bersandarkan kpd sejarah. malang lg ada yg mengetahui sejarah tapi memutarbelitkan sejarah. dan yg paling celaka ialah org yg mengetahui kebenaran sejarah sebaliknya menceritakan keburukan sejarah demi kepentingan diri sendiri.

    Sejarah ini perlu didedah dan diingat kembali agar generasi muda mengetahui akan kebenarannya dan tidak lupa akan asal usul segalanya. jgnlah dianggap cerita chin peng dan komunis suatu momokan kepentingan peribadi. ingatlah sejarah itu sebagai sejarahnya. ingatlah ia sbg peringatan...

    ingatlah....

    ReplyDelete
  6. Enough Said..

    Chin Peng tu bukan lagi Warganegara Malaysia sebab dia tak iktiraf Persekutuan Tanah Melayu dulu....so kira macam yang orang kata "Ningrata"..eh Persona Ningrata..kalau tak silap ..orang tak ada Warga negara...

    Jadi buat apa nak balik ..huh..buang masa aje...

    ReplyDelete
  7. Persona non grata atau dalam bahasa latinnya disebut juga sebagai personae non gratae atau singkatannya PNG.Ia bermaksud "orang yang tidak dialu-alukan".Terma ini biasanya digunakan di dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidang diplomatik.Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Tak do kojo lain lah puak UMNO ni...isu Chin Peng, isu Chin Peng...ko rang ni akal Tuhan bagi fikirlah cam no nak selesaikan mslh hidup rakyat, beban hidup, kos hidup, buang kerja, ekonomi ko, mslh sosial ko, nak bantu org susah ko, ..etc.. ni tak..balik, balik isu Chin Peng...bilo UMNO asyik sobut2 namo Chin Peng ni, bermakno dio sobona eh SAYANG dan CINTO kek Chin Peng ni, dah asyik sobut nak namo eh yo...peduli kan lah dio nak balik kasi balik, kalau tak kasi balik, tak yah kasi balik...apo mslh eh...???ekau yo yg gombur2 kan mslh ni spy ekau nak tarik kembali sokongan melayu pd UMNO...KONON....!!!!!!!!!!!!

    Hari2 kutuk komunih...tp tak lamo lps tu PM Najib pergi melutut pulak minta nyawa kek negaro KOMUNIH CINO...apo hal...tu namo eh hipokrit...dlm malaysia UMNO hontam chino tp pogi Cino melutut pulak...hmmm tak do lah doh!! ngabih kan boreh yo...hampeh!!!tak do sapo yg pocayo kek ekau lg UMNO.....baco politik UMNO ni meyampah boto dibuek eh...bullshit u ...

    ReplyDelete
  9. Kui kui kui....

    Meludah ke langit, airnya menimpa ke muka sendiri... mmg dah dasar hompuk, hompuk juga..keh keh keh.

    ini yg dikatakan oleh pak sedaro sbg bebalisme! oleh kerana tiada hujah yg dpt nak menyokong kepulangan chin peng makanya dikatakan UMNO nak meraih simpati. sedangkan hompuk sendiri tlh lupa sejarah komunis itu, apabila UMNO nak mengingat kembali kpd generasi muda peristiwa berdarah dikatakan sbg nak meraih simpati. jelaslah bebalismenya si hompuk! dan diratipkan juga akan UMNO itu sbg tidak nak membela rakyat. sehingga lupa pemergiaan PM ke china adalah utk membela rakyat. membela ekonomi negara utk rakyat. sedangkan sebaliknya si hompuk terus-terusan mencari kesilapan dan kekurangan UMNO. tidak pula menyumbang kpd pembangunan dan pembelaan negara serta rakyatnya. jika sekadar menyalak menyebut perkataan 'hidup rakyat' tp perbuatanya tidak membela rakyat apa maknanya...! rakyat x kenyang jika hanya asyik meratibkan keburukan org, rakyat tak hilang penat jika hanya asyik berdemonstrasi melaungkan hidup rakyat!.

    cukuplah rakyat dibangangkan...!!!!

    ReplyDelete
  10. go hompuk go,

    jangan mudah mengalah hompuk,,
    u born as a winner...

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  11. Masaelah eh...sapo dulu yg sebok2 cito pasal komunih..tak ker kojo UMNO/BN...mana ado org sebok2...tu tando eh, bilo ado sajo perkaro yg polik2 berlaku, sah lah kojo UMNO nak tarik balik sokongan Melayu...ha..ha...bayi dlm porut ibu pun tahu Tuah....ni sebok pulak pasal KMM pulak dah...tu apo tando eh!! tando eh UMNO dah mula gerakkan unit saraf dio nak takutkan rakyat (khuusunya melayu)utk kembali sokong UMNO....ha...ha...tangkap lah byk2 Tuah...balun boto2....tp org cam tu gak lah....org tak kisah laie sapo UMNO ni...bantai lah kau...peduli apo???
    bye Tuah...istighfar lah Tuah...kembalilah je jln Tuhanmu yg Lurus dan Adil...aku nasihat jer Tuah...terserah

    ReplyDelete
  12. Astaghfirullahh.......

    Terima kasih atas ingatan agar mengingati allah! sekadar bertanya, adakah yg empunya diri sudah mengingati allah? bukannya apa, kadangkala bila diimbas kembali tutur kata dan gaya bahasa seperti tidak seadanya. penulisannya sering bercampur hasutan permusuhan tidak menggalak kpd persaudaraan. sering dan banyak juga bersangka buruk berbanding bersangka baik. sedangkan sunnah menggalakkan bersangka baik dari bersangka buruk.

    masing2 mempunyai hak utk bersepsi, rasanya x salah utk UMNO nak ingatkan kembali akan penderitaan zaman komunis dan juga kekhilafan KMM. krnnya akhir2 ini rakyat sudah dikelirukan atau juga dilupakan akan siapa dan bagaimana komunis dan KMM itu khususnya bg anak2 muda generasi baru. anak2 muda dilenakan dgn keseronokan semasa sehingga lupa akan sejarahnya.

    yang menjadi tanda tanya ialah bg sesetengahnya, kenapa diratib keburukan jika tidak niatkan kpd permusuhan. adakah ikhlas membela kebenaran dan membetulkan kesilapan atau hanya membuka kecelaan demi suatu kepentingan.

    Moga2 rakyat sudah dpt melihat akan kebenarannya. akan kepalsuannya suatu perjuangan. celik dr dibutakan oleh anasir yg mencari keburukan. rakyat tidak lg rabun dgn kata2 keburukan UMNO itu, dgn kata2 permusuhan UMNO.
    Setidak2nya UMNO tlh membuktikan akan perlaksanaan peranan dan tanggungjawab membela agama, bangsa dan tanahairnya. berbanding setengah yg lain yg hanya berceramah, berpolemik dan berpolitik shj. hanya berkata buatnya tiada. yellek!!!

    wallahua'lam.

    ReplyDelete