Tuesday, June 30, 2009

FIC Gagal Tingkat Ekuiti Bumiputera

KUALA LUMPUR 30 Jun – Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) gagal meningkatkan ekuiti bumiputera selain menyebabkan ekuiti bumiputera kaku selama 19 tahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata, ekuiti bumiputera kini hanya pada kadar 19 peratus. - Utusan

Pak Sedaro nak TAMBAH TOKOK, pasal apo FIC gagal?

1. Siapa manusio menonggok dalam FIC? Apo caro berpikir puak ini? Bukan sangat untuk BERJUANG dan TAAT SETIA juga ada kaedah JIHAD EKONOMI dan JIHAD MALAYSIA... Mereka yang ado ialah RAKUS, TAMAK, BONGKAK, SOMBONG, ramai yang suko mentekedarah DUIT HARAM...baru lopeh satu kes...?

2. Sela masa kerja lambat dan lembab. Satu fail tak sudah dalam 10 hari, ambil berbulan baru solosai!

3. Yang duduk dalam Jawatankuaso BUKAN pantau dan prihatin dengan mutu kerja lapisan kedua dan ketiga Jawatankuasa FIC? Berapa ramai pelabur LUAR yang lari malam sobabkan amalan PENYAMUN dan LANUN DARAT ini?

4. Kenapo Singapura dalam 3 hari siap segala mak nenek untuk tujuan yang sama? Apo sal Malaysia tak BOLEH? Apo Pegawai Tertinggi Malaysia masih ramai yang BANGANG dan SAMDOL?

5. Pelabur Asing yang bawa BERBILION DOLAR atau RINGGIT, mahu Malaysia sobab kita begitu strategik. Masa mereka tidak mengakui kehebatan TAMADUN BANGSA MELAYU EMPAYAR MELAKA yang begitu canggung untuk mereka menafikan. Sobab itu, mereka suko kito. Tapi KITO yang memBODOHkan kedudukan dan kepentingan kita sendiri. Ingatlah bahawa SEJARAH tidak melupakan dan membalas kebobrokan kito. Hanya kita yang alpa dengan nilai sebuah SEJARAH BESAR DAN AGUNG. Fikirlah berapa ruginya setelah 19 tahun, ekuiti Bumiputera masih 19% ke bawah lagi...

Maknanya FIC gagal daripada segi FALSAFAH, KAEDAH dan NILAI KARISMA serta WIBAWA?

Maknanya FIC gagal dalam Agenda MPPB? Agenda DPN? Agenda DEB? Agenda Wawasan 2020?

Maknanya FIC gagal dalam mengukur SEJARAH BANGSA yang AGUNG? Apakah ertinya Bangsa Malaysia, jika 19 tahun pun masih gagal dalam PECUTAN EKONOMI? Di manakah perginya SEMENANJUNG EMAS?

Pak Sedaro banyak pengalaman mengatur dan membawa masuk FDI untuk kes mengadap FIC ini. Berkajang-kajang kertas dan berguni-guni habis ke longkang. Lombab, Longai, Lombik, Tamak, Kedekut dan Angkuh. Inilah sifat-sifat insan yang ditakdir diketemukan Allah maso Pak Sedaro berurus pasal-pasal hal ehwal berkenaan.

Bayangkan 20 tahun lagi, jika WABAK atau PENDEMIK ini tidak dibendung atau dibubuh VAKSINASI paling MUJARAB, ia bukan sahaja menjadi PENDEMIK yang PARAH tapi, PENDEMIK JAHANAM kepada NEGARA.

Hanya 20% sahaja rakyat yang tahu pasal isu-isu FIC, FDi, PFi dan apa pun inisiatif yang disebut lontar kepada awam. Hanya 5% daripada mereka yang mungkin menikmati keselesaanNYA. Hanya 1% sahaja daripada mereka yang SENANG LENANG dengan kesaksamaanNYA.

80% rakyat hanya menerima TEMPIAS yang mungkin tidak terpalit PUN bahangnya.

FIC Gagal Tingkat Ekuiti Bumiputera, merupakan subjek yang sePATUTnya tidak berlaku. Negara Malaysia akan berada dalam GUA dan LAUT kemiskinan, bukan kerana TIADA DUIT tapi TIADA PERJUANGAN MEMBINA BANGSA.

Tak mahu INSAF dan BELAJAR, bahawa DINAR EMAS memberi Tamadun Besar yang Agung. Apakah nilai sebuah Negara berperlembagaan yang Islam dinyatakan bagi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak?

"Ya Allah Peliharalah Negara Malaysia ini daripada Kekufuran Nikmat-Mu yang Maha Agung lagi Maha Perkasa. Ya Allah Peliharalah Negara Malaysia ini daripada Wabak penyakit dan sifat Keji laksana Firaun, Karun, Namrud, kaum Lut, kaum Noh, Abu Jahal, Abu Lahab dan manusia yang Di-Kau janjikan Celaka ke atas mereka. Ya Allah Jadikanlah umat kalangan kami, manusia yang kau PILIH sebagai Khalifah kami, manusia khalifah yang kau PELIHARA jua Ya Allah, pada kepayahan hidup kami di akhir Zaman ini. Ya Allah, engkaulah Tuhan Maha Pemakbul, Maha Pengampun, Maha Penentu dan Maha Adil. Amin."

5 comments:

  1. Itu menandakan kelemahan UMNO/BN...perkara yg di dalam kawalan mereka pun hancus!!!! UBN asyik berpolitik tp rakyat dijerut...itulah dia UBN yg diagung2kan olh penyokong mereka...entahlah....

    ReplyDelete
  2. Pertama kali dlm sejarah dunia, PM takut berdebat. Bila nak berdebat UMNO dah tau dah KO. Mantan PM mahazalim pun takut PM sekarang berdebat dgn Nik Aziz sbb dah tau dah kalah. Tgk shaberi chik yg kudung kepala seluruh rakyat Msia tgk sampai berbuih mulut di kejakan PKR Ini dok tunggu UMNO-PAS, nampak gayanya sampai kucing bertanduk barulah UMNO berani berdebat. Queh Queh Queh, malunya aku ahli UMNO sejak tahun 1956 belum merdeka.

    ReplyDelete
  3. UMNO TERKONTANG KANTING DI MANIK URAI

    Umno terkontang kanting di manek urai
    Muhyiddin pergi Paris.
    Najib mengjauhkan diri.
    Mana Tok Pa.

    Calon belum masuk gelanggang diserang bertubi tubi.
    Team Umno dok serang Tok Guru Nik Aziz.
    Buat perabis peluru.

    Carilah isu lain atau target lain yang mudah sikit.

    ohh takpe media umno dah ready headline untuk 18July.
    "status quo kekal'
    "Kerusi Manek Urai kekal tak berubah".

    p/s geliga betul otak orang yg panggil Umno Bn tu maknanya Umno Bini Najib.
    ha...ha...ha...kuek..kuek..kuek...

    ReplyDelete
  4. DEBAT NIK AZIZ-NAJIB : TIMBALAN MENTERI SOKONG

    Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menyokong cadangan untuk mengadakan debat terbuka antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, debat terbuka ini harus diadakan bagi memberi peluang kedua-dua pihak mengutarakan idea masing-masing.

    “Saya setuju debat terbuka ini diadakan bagi memberi peluang kedua-dua pihak mengkritik dan mempertahankan idea masing-masing.


    “Tetapi, bagi saya, debat bukan membuang masa asalkan dibuat dengan cara yang baik, tajuk yang dipersetujui bersama dan diadakan di tempat yang sesuai,” katanya.

    Menurutnya, debat ini lebih baik daripada rakyat membaca blog yang ditulis oleh ‘blogger’ yang tidak boleh dipertahankan jika ada sesuatu perkara tidak baik ditulis.

    “Debat politik yang diadakan akan lebih mematangkan politik negara dan ahli politik yang baik mesti berani untuk berdebat idea politik di depan khalayak.

    “Tidak semestinya Nik Abdul Aziz dan Najib sahaja tetapi juga mana-mana pemimpin UMNO dan Pas boleh berbuat demikian,” katanya.

    Sementara itu, Saifuddin juga membenarkan tokoh pembangkang memasuki universiti untuk berucap dengan syarat ianya diadakan dalam bentuk forum.

    “Forum ini perlu ada tiga orang, pertama, tokoh pembangkang, kedua, tokoh kerajaan dan ketiga ahli akademik. Mahasiswa sekarang tidak hanya melihat kepada tokoh tetapi idea yang dibawa oleh seorang ahli politik.

    “Mereka sudah layak mengundi dan mempunyai hak untuk menyokong mana-mana idea yang mereka rasakan betul dan mahasiswa sudah cukup matang untuk menilai mana yang baik atau tidak,” katanya. -SH

    HA...itu lah perangai UMNO...sebut jer DEBAT kecut telor tak abih2, terpaksa panggil PM pencen cover Najib...PM sepatutnya berani...itu lah ragam UMNO dulu, kini, akan datang dan selamanya, 1 Malaysia dah tahu beb!!!

    ReplyDelete
  5. pas keja nak berdebat ja...kerja haram tak buat...kat kilang aku ni ada pas 5 6 ekor kerja sembang ja. bila bos marah kerja taksiap, marah bos balik... bangang betol la pas ni...

    bila berceramah bawa hujah ayat quran..yang anak buah dok bawak pelari bini orang pun ada...

    PIRAHHHHHH....

    ReplyDelete