Thursday, June 18, 2009

Influenza Komunis

Pak Sedaro suko dengan provokasi seorang @ sekumpulan komentar yang PENAKUT...dikenali dengan Anon? Unknown?....Begitu hebat falasi pertahanan dia @ mereka...

Pak Sedaro nampak dah, kumpulan PENGECUT ini merupakan "musang berjanggut" kepada sketsa dan drama kefahaman ilmu politik...

Unknown ini yang boleh dikelas sebagai PENGKHIANAT... mungkin pandai, tapi tidak cerdik. Mungkin cerdik tapi tidak BIJAK. Mungkin Alim tapi bukan Soleh, mungkin Solihin tapi bukan Syuhada, dan sudah tentu tidak dalam kalangan Siddiqin...

Pak Sedaro "tidak langsung" mempertahan subjek-subjek kepada Melayu malah perkara yang disabitkan oleh Unknown merupakan coretan kalbu yang dipenuhi oleh Nanah dan Nafsu Amarah yang menebal...

Unknown ini seorang @ mereka yang JULING sejarah, jika tidak BUTA...atau Tuli jika tidak PEKAK, atau juga SEWEL jika tidak GILA. Pernah seorang ilmuan Melayu tersohor menamakan karektor ini sebagai BEBALISME...

Apakah negara ini di DEWASA dan di MERDEKA bersuku akan partai siasah atau bersuku akan Bangsa dan Kaum?...

Apakah negara ini di Khutbah dan di Talkin dalam bahasa persukuan atau bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan?...

Apakah negara ini di DEMOKRASI sedemikian keadaannya atas coretan "TALAM DUA MUKA" atau "DUA MUKA DUIT SILING"?

Unknown yang Pak Sedaro klasifikasi dia ini sebagai PENGECUT, PENAKUT, TALIBARUT, PENGKHIANAT.... telah mabuk dalam bayangan Influenza Komunisme...

Begitulah pembaco budiman...sekalian yang ada dalam alam buana ini, baik di Kutub mahu pun Pulau, dari Timur mahu pun Barat....keseimbangan mengenal apa itu BUNGA dan apa itu DEBUNGA sudah menjadi sebuah lelocon rakyat....

Malaysia tidak perlukan rakyat seperti Unknown ini... Malaysia simpati kepada unknown kerana hanya tanah ini sahaja dia boleh berSANDIWARA...

11 comments:

  1. Den nengok,
    Den nampak,
    Den baco,
    Den donga,
    Yo lah...bilo daftar jo ahli PAS dah jadi maksuuuuuummmm. Maklum lah..Biarkan....biarkan...

    Apo pun den paling bonci kominis. Jangan jadi bangang, bahalol.. Datok den meninggal bawak peluru sekali, itu yang den tak buleh terimo. Sompek di bawak balik ke kualo nerang dari kualo pilah...

    ReplyDelete
  2. salam tokkk!!!! entry yg beshhh ... wa pown anti komunis!!!

    Teruskan perjuangan tok!

    ReplyDelete
  3. Sungguh bernas Cicit Kamat!Kita tunggu jawapan Anonymous tu.....!

    ReplyDelete
  4. Assalamuaalikum Pak Saudara,

    Setengah dari orang kita susah nak belajar dari sejarah.

    Apa yang boleh kita katakan? Mereka juga kata mereka lebih bijak dari kita.

    DOA adalah senjata kita yang terbaik. Semoga Allah swt SATUkan hati dan jiwa kita sebagai umat Melayu Islam, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Inya'allah.....!

    Amin ya rabbal alamin..., moga2 doa agar pintu hati terbuka kpd kebenaran, mencintai persuadaraan dan berkasih sayang. bukan kpd kebencian dan permusuhan.

    Walau bagaimanapun, doakan juga agar diri sendiri beroleh petunjuk dan hidayah, dicekalkan hati, ditabahkan jiwa untuk menentang kemungkaran. beroleh pertunjuk kpd kebenaran, dilindungi dr godaan yg mengasyikkan lg menyesatkan...!

    Amin......!

    ReplyDelete
  6. Falsafah moden menyatakan, org sering bersembunyi dan melenakan rakyat di sebalik sejarah demi untuk mengejar kepentingan diri...sejarah dijadikan umpan dan suapan terlazat untuk menganggukkan kepala rakyat kpd sistem dan cara pemimpin berkuasa, maka dgn itu menjadikan pemimpin yg berkuasa mutlak boleh melakukan apa saja...aku tengok posting pak sedaro ni sekali lg penuh dgn emosi dan berniat jahat dgn menuduh org2 yg tidak sehaluan dgn akal dia sbg pengkhianat, memusnahkan negara dll...biasanya org sebegini sudah hilang arah, kerana mereka tahu bhw rakyat HANYA mempertikaikan kebobrokan dan kerakusan pemimpin UMNO/BN dalam kepimpinan mereka yg sudah dikethui umum...bukan kerana jiwa tidak patriotik, tidak cinta negara dan sbgnya...itu tak kan tak FAHAM....smua org tahu kekejian kepimpinan UMNO/BN...mslhnya apa yg UMNO /BN buat utk membershkan namanya yg buruk dan keji sekian lama...makin lama memerintah makin jahanam malaya jadinya....itu sahaja...kita tidak usik dan sentuh pun sejarah negara, tidak sentuh pun perlembagaan negara, tidak usik pun perkauman, tidak sebut pun komunih, tidak cakap pun itu,ini berkaitan kenegaraan, agama, kaum, budaya, dll...ko tak FAHAM ke...kita cakap ketelusan dan keintergritian, sikap, moral dan akhlak UMNO/BN yg semakin jahanam...mementingkan diri, pengamal rasuah, penyelewengan, rampasan kusasa secara tidak demokratik melalui Pilihan Raya, dasr merugikan anak bangsa, jenayah meningkat, moral jatuh,krisis kehakiman, undang2,..rakyat mempertikaiakan kerana mereka ada hak, hak pembayar cukai, hak peyumbang kpd negara, hak untuk mendpt keadilan kpd pembayar cukai....tak kan itu pun tak FAHAM...

    ReplyDelete
  7. tahniah kopado anak buah dengan tulisan yang bernas tu. seperti komen pengunjung yang lain, sumo dah paham dan arif tentang apo dan siapo deh kominih tu. cumo atok kesian kek ano nan sorang tu. setiap artikal yang tertulis pasti ado komen dio tapi sumo komen eh menyimpang jauh. orang cerito pasal potai dio cerito pasal batang gotah. oraang cerita pasal kereto, dio cerito pasal ikan sungai. agak sey dio ni lahir tak cukup bulan yang ditugaskan kek pas dan pkr menyelongkari blog-blog pendukung melayu. arahan eh tak kiro apo tajuk sekali pun, umno mesti dikutuk. atok bukan apo doh, bimbang ano ni kok kono strok yo. 24 jam asyik marah dan tensen jo. bawak-bawaklah merehatkan kopalo otak tu. bilo hati dan nurani dah diselaputi dengan kebencian yang terlampau, sok ko cakap sengsorang, golak sengsorang. satu apopun tak menureh. muhasobah diri. apokah kau tu lobih baik daripado orang yang kau kutuk tu. apokah kau lobih baik daripado mahathir tu. dio tu dah tontu mempunyai beribu pesakit yang botorimo kasih kek dio. sey raso takat ni. ano tu dah ado boribu orang yang memaki dio sobab eh dio sokong kominih.

    ReplyDelete
  8. Al-kisahnya......

    Setiap dr kita mempunyai pandangan dan persepsi yg tersendiri, dan sbg pendokong demokrasi kebebasan itu diberi kpd rakyat utk memberi pandangan dan persepsi masing2, jgnlah dinafikan bhw kebebasan diperolehi semua pihak. walaupun kebebasan itu diberi, oleh krn kepelbagaian yg ada dlm negara makanya sesetengahnya terpaksa dikawal demi kepentingan umum. rakyat tahu akan hakikat ini.

    satu kepelikannya ialah apabila persepsi yg diutarakan adalah lebih menjuruskan kpd memburukan dan cuba menjatuhkan pihak yg lain. dan dicanang semua itu demi hak kebebasan, demi rakyat, demi kebenaran dan demi keadilan. diinstinbatkan pula kpd ketelusan, keintegritian, sikap, moral dan akhlak.

    jika dihayati dr awal2 lg jelas menampakkan akan ketidak ikhlasan dlm nak memperbaiki kekurangan dan kesilapan, yg jelas menjurus kpd hanya nak menjatuhkan pihak yg lain.

    itulah hakikat politik di malaysia, hebat berpolitik bukan utk kepentingan rakyat tetapi demi utk pihak2 tertentu. moga2 rakyat matang dlm menilai politik dimalaysia ini. siapa berpolitik utk rakyat siapa berpolitik utk ahli politik. siapa berjuang membela rakyat, siapa berjuang menggunakan rakyat. siapa yg memberi penerangan siapa yg memberi kekaburan. siapa diperkudakan rakyat, siapa memperkudakan rakyat. kenali siapa yg diperbodoh, siapa yg memperbodoh. siapa yg faham, siapa yg buat2 tak faham.

    itulah kisahnya.....

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  9. Tak ada masalah apa pun....yg menjadi masalah adalah UMNO yang tidak suka dan tidak mahu berubah menjadi sebuah organisasi memerintah yang berakhlak, bermoral dan bersih..itu saja...sejak dari dulu lagi permasalahan ini sudah menjadi wabak dan barak dalam UMNO...kita komen dan memberi kebenaran bukan untuk menjatuhkan UMNO, bukan mengutuk UMNO, bukan membenci UMNO dll, tetapi kita tidak mahu UMNO ditadbir olh org2 yg mementingkan diri dan melakukan pelbg salah guna kuasa!!!! sebab risiko dan kesannya amat besar utk ditanggung olh pembayar cukai...tak kan itu pun susah nak faham....!!!tak kan pemimpin2 besar UMNO tiada nilai jati diri dan iman yang besar utk menghindari apa2 juga salah laku...cukup memalukan bila menjelang pemilihan UMNO...sampai hampir 1000 kes rasuah dan mainan politik kotor...beginikan parti untuk melindungi melayu, agama dan hak2 melayu...kalau pemimpin berebut kuasa demi kepentingan diri....itu yg dipersoalkan..tidak berbangkit soal nak menjatuhkan sesiapa.....faham kan...kenapa bila kita sebok mengkritk UMNO, saudara marah sgt????kenapa????apa, UMNO tu malaikat ke???? kenapa mereka sukar nak berubah???? sb mereka memegang kuasakan, semua boleh dibuat kerana mereka dikelilingi dgn kuasa, mereka dipagari dgn kuasa sekeliling, mereka dilndungi olh kuasa....mengapa bila kritik UMNO, menjadikan saudara begitu marah...lagi saudara tidak mengaku dan mempertahankan UMNO yg nyata bermslh itu, semakin jauh saudara menyimpang dr kebenaran (al-Haq)...saudara hanya bijak berfalsah, namun tiada kebenaran...biasalah, org yg bersalah dia mana nampak kesalahan dia...org yg makan rasuah, dia tak kata makan rasuah, tp org lain akan kata dia makan rasuah...setiap diri kita memang tidak nampak kesalahan kita sendiri, namun org sentiasa memerhatikan kita saudara tanpa kita sedari.....tak berbangkit langsung soal nak jatuhkan sesiapa, menghina sesiapa, mengutuk sesiapa, memfitnah sesiapa saudara....faham kan!!!!

    ReplyDelete
  10. hompuk kalo betul mcm yg kau ckp "kita komen dan memberi kebenaran bukan untuk menjatuhkan UMNO, bukan mengutuk UMNO, bukan membenci UMNO dll"...maknanya kau kena fokus kpd pemimpin umno yg bermasalah saja utk dikritik. bukan main hentam pukul rata seolah2 hampir 4 juta ahli umno tu smua bersalah belaka. itu menunjukkan engkau ni seorang yg tidak adil kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. pemimpin umno ada berapa org saja poik? ahlinya yg paling ramai. jadi mesti tkde masalah kalo kau kritik individu pemimpin dan bukan semuanya kau balun. contohnya kalo kau org islam dan kau buat salah, takkan kau setuju jika kesalahan itu diletakkan kpd agama islam itu keseluruhannya.

    tp berdasarkan komen2 kau sebelum ni yg hentam kromo semua, nampak sgt yg kau ni bukannya org yang ikhlas. komen kau jelas menunjukkan kau mmg nak jatuhkan umno atas kepentingan pembangkang. sekilas berudu di air sudah tau kau katak jenis apa. piiiiraaaaaahhhhhhh!!!

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  11. u r right...... tom tem bak!

    pelik tgk sedaro yg sorg ni. Dulu nadanya lain skrg nadanya lain. tp motifnya sama. kata tak jatuhkan sesiapa tapi mintak rakyat jgn sokong UMNO PRU13 nanti,kata tak menghina sesiapa tapi UMNO tak bermoral, tak berakhlak, kotor. kata tak mengutuk sesiapa tapi pertukaran kerajaan di perak dikatakan sbg sgt keji, kata tak memfitnah sesiapa tp Najib dikaitkan dgn al-tantuya.
    inilah org yg sbnrnya lupa diri, lupa apa yg pernah diperkatakan sblm ini, inilah org yg semakin jauh dr kebenaran (al-haq), org yg tiada kebenaran krn kata2nya tidak konsisten dan sering bertukar2. org yg memutarbelitkan falsafah dan teori, mungkin juga org yg sesat dan menyesatkan. harap2 ia tidak syaitan yg bertopengkan manusia yg menggunakan al-quran dan hadis utk menyesatkan org.

    Nauzubillah......

    ReplyDelete