Wednesday, June 24, 2009

Ηγεσία: Najib nor Mahathir

Lama dah tak tengok blog. Walaupun agak sibuk, namun sey masih punya ruang untuk mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam dan luar negara. Ada beberapa perkara yang ingin sey sentuh berkenaan apa yang sey dengar dan baca.

Pertamanya, sey kecewa dengan si tukang julang dan sarung semula keris...siapa lagi kalau bukan Hishamuddin. Semasa LKY datang ke negara ni, sey terbaca bagaimana Hishamuddin begitu bersungguh memuji LKY. Kononnya LKY itu pemimpin yang hebat...banyak bagi tips pada dia...dan Hisham begitu menghargai kunjungan LKY ke negara ini. Ayat-ayat pujian hampeh.

Apa masalah kau sebenarnya ni Hisham? Kau sedar tak apa tujuan sebenar LKY datang ke Malaysia? Kau sedar tak bagaimana LKY melayan negara ni semenjak Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia sehinggalah ke saat ni? Yang kau beria-ia sangat bagi kredit serta puji melangit si LKY tu kenapa? Kepercayaan dan kesabaran sey pada kau Hisham dah semakin nipis semenjak kau sarung semula keris dulu. Dan berdasarkan perilaku kau kebelakangan ni, sey dah mula merasakan bahawa kau sememangnya tidak layak duduk di kerusi Naib Presiden Pekembar.

Keduanya sey nak sentuh berkenaan kerajaan DAP yang telah menjemput Namewee untuk menjayakan konsert di Penang. Nampaknya semakin lama DAP semakin mencabar kesabaran orang Melayu. Ini la natijahnya apabila pihak berkuasa terlalu berlembut dan 'bacul'. Sejak pulang ke negara ni selepas menghina Malaysia, Raja, umat Islam serta polis melalui video 'negarakuku', Meng Chee mangkuk hayun ni masih bebas berkarya serta mengutuk sesuka hati di blognya. Bukit Aman ketika itu hanya memanggil beliau untuk diambil keterangan dan kemudiannya dibebaskan.

Sey sampai sekarang masih tak puas hati dengan sikap 'lemah gemalai' pihak berkuasa terhadap perlakuan Meng Chee gampang ni. Ketegasan Malaysia sangat berbeza dengan kerajaan Singapura kerana kaum Cina di negara itu pernah didenda dan dihukum penjara kerana menghina Islam dan bangsa Melayu di negara Singapura. Tapi di Malaysia? Sebab tu golongan yang berani menghina Islam, Melayu serta mempertikaikan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan semakin berkembang biak dan 'naik lemak' di negara ni, hanya disebabkan pihak berkuasa Malaysia kecut t****.

Ketiganya sey nak komen pengurusan Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) di Seremban Negeri Sembilan. Saban tahun IPRM telah melahirkan ramai guru yang menentang dasar-dasar kerajaan atau dengan kata lainnya...PENYOKONG PEMBANGKANG. Kebanyakannya adalah bakal guru J-QAF yang rata-ratanya adalah bekas penuntut di Timur Tengah seperti Mesir, Jordan, Syiria etc. Semasa belajar di sana, ramai diantara pelajar Malaysia ini telah berkahwin sesama sendiri, kononnya untuk mengekang nafsu. Mereka sanggup membelakangi ibubapa untuk berkahwin dan beranak-pinak sedangkan mereka masih mempunyai tanggungjawab untuk belajar.

Bila pulang ke Malaysia, sukar pula memperolehi pekerjaan. Ada diantara mereka yang terpaksa bekerja di kedai mamak, mengambil upah menjaga anak orang, kerja buruh kasar, mengambil upah membuat kerja kampung dan sebagainya. Kebanyakannya terpaksa bergelut dengan hidup selama bertahun-tahun dan beban kesempitan semakin bertambah dengan adanya anak yang perlu ditanggung.

Namun, apabila kerajaan membuat resolusi baru bagi membantu graduan-graduan Timur Tengah ini melalui J-QAF, mereka telah membalas pula budi kerajaan dengan mendoktrinasikan anak-anak muda bawah 12 tahun supaya membenci kerajaan. "Budi dibalas tahi"...bidalan yang sememangnya sinonim dengan penjawat awam yang menyokong pembangkang. Sebelum diterima sebagai guru, pendapatan yang mereka perolehi adalah kurang daripada RM600 sebulan. Tetapi setelah terpilih untuk belajar di maktab, elaun mereka sahaja sudah RM1,300 sebulan. Memang dasar manusia munafik yang tidak tahu bersyukur. Anak-anak bawah umur 12 tahun yang masih mentah telah disogokkan dengan api kebencian dan dendam terhadap pemerintah. Mungkin itu yang dipelajari di Timur Tengah agaknya.

Ramai juga dikalangan graduan Timur Tengah yang telah diambil oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai penceramah bebas. Mereka diberi kebebasan untuk memberikan ceramah politik (bukan ceramah agama seperti yang sepatutnya) di merata-rata tempat seperti surau, masjid, jabatan kerajaan, termasuklah sekolah di serata Negeri Sembilan. Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh mereka bagi menghentam kerajaan. Perkara seumpama ini telah berlaku sejak sekian lama di Negeri Sembilan tetapi sering dipandang remeh oleh pihak kerajaan negeri serta pengurusan atasan Majlis Agama Islam.


Untuk mentadbir masyarakat berbilang kaum, kami menyarankan Kerajaan Persekutuan lebih tegas dalam menyelesaikan masalah serta konflik yang sering dicetuskan oleh beberapa pihak berhaluan kiri di negara ini. Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang 'lemah gemalai' TETAPI memerlukan pemimpin seperti Abdul Rahman Al-Andalus yang mentadbir seumpama pemerintahan kuku besi; namun pada masa yang sama sangat baik terhadap rakyatnya.

15 comments:

  1. Betul tu.

    Pasal PDRM, peronda PDRM menunggang motorsikal senyum habis bila nampak gadis-gadi Rohingya menaiki motorsikal tanpa helmet. Lesen jauh sekali lah.

    Bila jumpa budak pulang dari sekolah ditahan dan diberi kata dua.

    DOUBLE STANDARD betul PDRM ni ... dan mungkin terbawa-bawa keperingkat atasan. Atau atas kebawah ? Same je lah tu.

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  2. Pasal bekas KP UMNO (Hisyamudin)yang masukkan semula keris dia dulu tu...kan ke dia tu BAPOK......berani sebab disekeliling dia dipenuhi olh penyelamat nyawa dia.....pengampu dan pembodek....tp dia melambangkan pemimpiin UMNO amat lemah, gemalai....tak monureh....!!!

    ReplyDelete
  3. macam2 hal yang berlaku, x tau la malaysia nie, Penguatkuasaan dia x tegas, habis semua hati ornag dia nak jaga, tapi hati bangsa sendiri dia gadaikan. Nak cakap kerajaan salah, bukan salah kerajaan, nie semua nafsu diri sendiri yang salah. Dah bagi pangkat, salah guna last skali nama kerajaan yg buruk. Tapi impak nyer kepada rakyat. yang senang terus senang, yang susah terus susah. Ubah ler diri, jgn ler nak salahkan parti. Kes nie kalo ubah kerajaan pun akan terus tetap terjadi.

    ReplyDelete
  4. kesimpulannya pada PRU 13 nanti kita tukar kerajaan, kerajaan BN yang ada sekarang macam sudah tidak berkesan lagi memimpin rakyat..

    ReplyDelete
  5. apa kata kita buat 3 desakan.

    1- paksa hishamuddin tangkap semua org yg buat demonstrasi tak kira pembangkang mahupun org2 kj yg bengap suka berdemo tu. tujuannya agar org percaya yg hishamuddin ni bukannya chicken.

    2- humban je wee meng chee cilako tu dlm penjara. semua org puas hati. kadangkala kita kena korbankan seorang demi kepentingan ramai. mcm pas yang sepatutnya dah lama korbankan bro anwar bin ibrahim demi penyatuan parti mereka sendiri.

    3- hapuskan j-qaf. kalo susah benar nak pantau cikgu j-qaf yg tak sedar dek untung ni, baik tak payah ambil mereka at the first place. buat semak je. lain yg disuruh lain yg dibuat.

    paneh, dengar ceritanya mains tu mmg ramai pembangkang dok bersengayut. mat hase tu tido ke jadi pengerusi mains tu?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  6. salam,

    saya kecewa dengan ketegasan D HISHAMUDDIN THO.

    Jika tuan hamba tunjukkan keberanian , kebijaksanaan dan ketegasan .

    keyakinan orang melayu terhadap tuan akan bertambah. Islam akan semakin subur.

    Jika tidak tuan hamba adalah penyumbang kepada kemusnahan umno dan orang melayu islam di tanah melayu.

    ...............

    ReplyDelete
  7. Salam Paneh,

    Tentang guru-guru Agama yang anti government dan tak bersyukur tu, apa yang kita nak herankan. Lihatlah PEMPIMPIN SANJUNGAN mereka.

    Mungkin kerjaan kena berhati-hati untuk mengambil KAKITANGAN kerajaan untuk masa hadapan, tidak kiralah jawatan apa pun.

    Sebab KAKITANGAN yang ada penyakit susah nak buat kerja. Tidak AMANAH. Lain yang disuruh buat kerja lain yang dibuatnya, tapi Jubah dan tudung masing masing bukan main labuhnya.

    Ini bukan perkara yang kecil, bukan main main punya cerit. Anak2 kecil yang diasuh membenci tidak kira siapa pun, akan membesar dengan Nas Ammarah yang tidak tentu pasal. Tidak boleh berfikiran rasional dan membangun seperti orang lain. Akan lahir generasi Semseng tak tentu pasal.

    Lihatlah sekarang banyak yang telah berlaku. Mengamok sesama sendiri, lawan cakap Cikgu dsb.

    Telah tiba masanya Kerajaan TEGAS dan tak perlu lagi jaga hati sesiapa. Sesiapa yang tidak bersyukur tidak suka jadi rakyat Malaysia silakanlah dengan hormatnya berHijrah ke Negara Lain.
    Itu pun KALAU mereka SUDI terima.

    ReplyDelete
  8. Saya ingin memberi respon pd Guru/Kakitgn Agama yg tidak menyokong UMNO/BN...mudah saja kes ini, jika seseorang itu mempunyai ilmu agama yang baik, asas agama yang baik, yang dah tahu membezakan mana yang baik, tidak baik, mana yang haq dan bathil, mana yang adil dan tidak adil, mana yang ada maruah dan tiada maruah, tahu dosa pahala,dan mempunyai kesedaran yang tinggi dan sensitif pada Islam...maka merek semua tidak memilih sistem hidup yang tidak bertunjang kan kpd kehendak agama...mereka akan memilih kepada pihak mana yang memperjuangkan agama dgn luhur, sebab mereka yakin hanya pihak itu sahaja yang betul2 memperjuangkan agama Islam...sedangkan pihak lagi satu hanya memperjuangkan bangsa dan tanahair...naluri manusia Islam, sekuat mana dia berjuang pd jalan bangsanya, suatu hari nanti dia akan tetap mencari jalan ISLAM....sebelum nyawa dicabut, pilihlah Islam dalam kehidupan, tidak akan rugi...tetapi memilih pegangan siasah selain dari Islam, maka dia akan rugi...hanya islam yang akan menang...hidup ISLAM....
    Aku yakin mereka semua tidak menentang kerajaan, tetapi mereka tidak menyokong UMNO saja....sebab UMNO memang tdak serius memperjuangkan ISLAM...pilihlah ISLAM dlm hidup anda...insyaallah anda pasti selamat....

    ReplyDelete
  9. mrk bukan menentang kerajaan? biar betul statement tu. menentang umno bermakna menentang kerajaan la poik krn umno itu tunjang kerajaan. parti mana agaknya yg perjuangkan bangsanya sekaligus dan secara tak langsung memperjuangkan agamanya kerana melayu = islam. berbanding parti yg memperalatkan agama utk kuasa. apa2 pun memupuk sifat benci kpd pemerintah pada anak2 yg belum pun akil baligh dan matang berfikir sgtlah kejam dan tidak amanah.

    ReplyDelete
  10. kalau nak perjuangkan bangsa dan agamo tak ado kes rasuah, salah guna kuasa, politik melampau, rosak akhlak, penipuan, skandal, tamak haloba, penyelewenagan melampau, dll doh waris....agamo menghalang kito buek cam tu...negara kafir lg menjunjung tinggi intergriti, ini malaya negara islam (konon) semua tu dah sebati dgn pemimpin nya (umno) yg beragama islam....lihat! dlm umno berapo kerat sgt pemimpin nya yg background agama tinggi2....tak ado waris...sobab tu umno hancus dek org yg tidak berlatarbelakang kan agamo....bilo tak kuasai agamo, punah lah jawab eh....umno usah sombong lah cakap pasal islam....satu malaysia tahu,apo yg umno buek pd agama islam....poikk!!

    ReplyDelete
  11. betul tu hompuk. satu malaysia tahu apa umno buat utk martabatkan islam sehingga terkenal seantero dunia. sbb tu ramai rakyat malaysia dihantar belajar ke timur tengah utk mendalami ilmu agama. cuma mereka tdk tahu bersyukur dan tdk tahu memanfaatkan ilmu yg dikurniakan ilahi.

    en. hompuk hari tu bukan ke kata bukan niat nak hentam atau jatuhkan umno? tapi ayat la ni dah kembali lain. kalo ikhlas mesti fokus pada pemimpin yg bersalah je. bukan hentam semua. sudah lupa dgn kata2 sendiri ka en. hompuk?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  12. En tom tem bak....

    ekau pandai boto trick den...tak apolah...den tak kisah waris...kita beza pendapat...den totap hormat kek ekau...!!! bagus waris....
    Bercakap tentang pemimin umno ni waris...susah lah den nak cakap....sorbo salah pun ado...yo lah bilo ekau dah ungkit perkaro itu, den cakap yo lah...kalau kono, jgn marah pulak waris....
    Ekau fahamkan maksud pemimpin, khususnya umno kan???? kalau ekau maksudkan pemimpin umno menteri-menteri umno, ekau silap waris!!!!. pado den pemimpin umno adolah dari paling atas hinggalah ke pemimpin paling bawah sekali kan misal eh, AJK Bahagian,Cawangan S.U B/C, Bendahari B/C, Ketua B/C, Pemuda B/C, Wanita B/C, hatta pun AJK yo waris....usah cakap lah waris...maap lah waris, den dah lamo perhatikan anai-anai ini meruntuhkan pokok bosar waris!!!!!! den ramai kawan dlm UMNO waris...bukan nak cakap bosar waris...den ikuti perangai UMNO ni puluhan tahun waris!!!! (bukan cakap bosa waris)dopan mato berlaku macam2 waris....apo ko nak nafikan ko waris...????malu lah nak cakap...kan aib org kang susah....tp kita di bawah ni lg lah tahu siapo kuek mentodarah waris!!!! bilo yg kocik dah porangai cam tu, apo tah lagi yang bapak-bapak jerung tu waris!!! lg canggih!!!!...
    maleh den nak cakap waris!!! ekau tak kan tak tahu waris, org dlm kolambu ekau sendiri, ekau lobih tahu dr den kan!!!!
    susahlah nak cakap waris....cukuplah den kato, susah den nak cayo kek UMNO ni waris, ini adalah hasil dr pemerhatian dopan mato, yang tak nampak, wallahuaklam..waris....cukup lah tu...maap jang.!!

    ReplyDelete
  13. kalo kita nak komen mestilah adil kan en. hompuk. cuba tgk lebel pekembar dan suara negori dlm blog ni, bukan ke penulis blog ni byk mengkritik pemimpin umno tak kira la cawangan ke, bahagian ke, pusat ke. dan mereka fokus pada pemimpin yg bermasalah saja. bukan semuanya dihentam pukul rata. begitu juga kalo mereka kritik pembangkang, kan ada pemimpin yg mereka fokuskan. itulah yg dikatakan berkata benar walaupun pahit. kan bagus kalo kita pun begitu kan en. hompuk? takde manusia yg maksum kecuali nabi je yg takde dosa. ummatnya byk juga yg lakukan kesilapan. yang konon arif dan faham agama lagi la kuat godaan iblisnya. jgn dilupakan asal usul iblis yg warak dan bertaqwa sehinggakan iblis faham dan hafal quran. sbb kefahaman iblis ttg agamalah dia tahu bagaimana nak goda manusia. kita pun tak tau kesudahan hidup kita mcmana. kalo jadi mcm iblis memula alim, penyudahnya jadi kufur bukan ke susah?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  14. Den sokong Hompuk, Ini UMPUNO memang celaka besar. Den Biasa poei kemajlis buka puasa di sebuah Nogori. Den pemimpin kg ajo, Den tobat tak sokong UMNO. Den tgk pemimpin UMNO sudahlah makan tak ingat macam babi kasi, bilo time dah lewat maghrib, MB pun bangun terhoyong hayang barulah diikuti oleh ketuo2 bahagian. Den tgk dgn mato kepalo Den, Ketua2 Pemudo yg dok semeja bulat seekor pun tak bangun ikut solat, pakat jeling kau dan aku sbb ada satu KP kata kat Den, Nak naik dlm UMNO tak leh tunjuk warak sgt, Ptui hipokrit. Dasar parti Penjajah guna agama utk tarik tipu org Melayu.

    ReplyDelete
  15. Mmg dasar lahanat! celako punyo sial! apo yg ekau mengarut ni! rentikanlah fitnah tu! tak abih2 asyik nak memfitnah yo kojo eh...
    yg korg anon PR sibuk2 org UMNO x semayang, makan x baca bismilah, mentekedarah, apakejadahnya! lantak diorg la nak msuk syurga ke atau negara itu pilihan diorg. kalo boto nak dakwah apsal x nasihat direct kat org umno yg korg jumpa tu? ni ckp dlm blog ni apa hal? mmg sial la korg ni, suka sgt buat kerja fitnah, adu domba, suka tgk org saling bergaduh, bermusuh. mmg setanlah korg kalo niat camtu!.

    korg sibuk mcm2 pasal UMNO, negeri yg korg dah menang x reti2 nak bangunkan. asyik sgt dgr ceramah tok guru dan tok guru pun asyik sgt bagi ceramah kat anak buah samapi nak urus tadbir negeri pun kacau bilau. malaslah nak cakap betapa sialnya PR ni. tapi yg pasti dasar PR mmg sial, celaka, dan lahanat

    ReplyDelete