Friday, June 5, 2009

Nak Jadi Hipokrit Atau Munafik?

ONE MALAYSIA

People --->Policy --->Process--->Product

Berdasarkan teori pengurusan, konsep Satu Malaysia akan melalui tahap-tahap tertentu sebelum rakyat menikmati hasil atau kesan daripada konsep tersebut. Sebelum kita meneliti tahap-tahap tersebut, perlu difahami bahawa slogan Satu Malaysia adalah kesinambungan daripada slogan Muhibah yang popular di tahun 60an/70an, serta slogan Perpaduan di tahun 80an/90an.

Dalam sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum seperti Malaysia, perpaduan merupakan syarat wajib untuk membangunkan negara. Sebarang usaha untuk memecah-belahkan rakyat perlulah ditangani terlebih dahulu kerana tanpa perpaduan maka sudah pasti tidak akan wujud kemakmuran.

Sesebuah polisi ataupun dasar yang diperkenalkan kerajaan tidak boleh dinafikan adalah untuk keselesaan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Tidak wujud dasar berat sebelah oleh kerajaan selama ini, kerana jika ia wujud maka sudah pasti majoriti rakyat akan menolak atau tidak menyokong semua dasar kerajaan sejak dulu lagi. Jadi tidak timbul isu yang kononnya semua dasar kerajaan adalah tidak adil. Cuma yang kekal hanyalah dasar afirmatif yang diwarisi sejak turun temurun seperti kewarganegaraan dan hak istimewa pribumi yang telahpun sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Cuma yang mungkin menjadi masalah kepada rakyat dan kerajaan adalah proses ataupun perlaksanaan sesuatu dasar.

Golongan pelaksana dasar seperti kakitangan kerajaan yang tidak cekap serta menikam dari belakanglah yang selalunya menghakis sokongan rakyat kepada kerajaan yang memerintah. Kakitangan kerajaan sama ada diperingkat persekutuan mahupun negeri yang tidak mesra rakyat, korup serta bekerja sambil lewa sebenarnya adalah pengkhianat negara. Mereka inilah sebenarnya yang telah menggagalkan dasar yang ditetapkan pemimpin sehingga menyebabkan sesuatu proses terjejas teruk.

Disebabkan pelaksana dasar seringkali gagal dalam melaksanakan amanah yang diberikan, maka rakyat akan cenderung untuk menyalahkan pemimpin politik, terutamanya jemaah menteri dalam kerajaan persekutuan, termasuklah menteri besar serta ahli mesyuarat kerajaan negeri. Kakitangan kerajaan yang menyeleweng kebiasaannya menyedari bahawa mereka tidak akan dipersalahkan secara langsung oleh rakyat kerana seringkali pemimpin politik yang akan dikecam. Contoh mudah, sahabat kami pernah menceritakan pengalaman beliau yang tidak dibenarkan masuk untuk berurusan di kaunter sebuah Majlis Bandaran hanya kerana beliau tidak memakai kasut; jelas menunjukkan bahawa kebanyakan pelaksana dasar adalah gagal untuk memahami dasar mesra rakyat yang diperkenalkan kerajaan.

Kepada wakil rakyat pembangkang yang telah terbau kerusi empuk Putrajaya, anda perlu memastikan bermula hari ini siapakah penjawat awam korup yang perlu diberhentikan kerana mereka inilah sebenarnya yang telah menggagalkan kerajaan BN. Pastikan penjawat awam yang mensabotaj kerajaan dibuang kerja walaupun mereka adalah penyokong anda kerana mereka juga pasti boleh melakukan perkara yang sama terhadap pakatan pembangkang.

Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh wakil rakyat di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri hakikatnya adalah demi kesejahteraan rakyat semata-mata dan kakitangan kerajaan telah diberikan amanah untuk melaksanakan dasar tersebut. Jangan dituduh bahawa orang politik melindungi mereka yang korup, jika anda sendiri tidak mampu untuk mengatakan "TIDAK" kepada mereka yang melakukan kesalahan. Jangan menyalahkan kerajaan BN hanya kerana penjawat awamnya yang bersalah. Jangan dihukum kerajaan BN, tetapi sebaliknya hukumlah penjawat awam yang gagal melaksanakan amanahnya.

Pembangkang pula janganlah terlalu ghairah untuk mengejar 'kilauan' Putrajaya, tetapi cubalah belajar untuk mengukur kemampuan diri. Bersediakah anda dari segi fizikal dan mental untuk menyelesaian pelbagai permasalahan negara? Jangan hanya 'melihat' rakyat di Semenanjung Malaysia sahaja, tetapi fikirkan juga apa yang anda boleh lakukan supaya harga gula di Baram, Sarawak yang berharga RM5.30 sekilo dapat disamakan dengan harga gula di Kuala Lumpur; atau menyamakan harga gas memasak di Seremban yang berharga RM27 berbanding Baram yang mencecah sehingga RM83 setong.

Kakitangan awam pasti tidak akan menjadi lebih efisien dibawah pembangkang berbanding dibawah kerajaan BN ketika ini. Kepada pengundi majoriti senyap, anda nilailah sendiri adakah semua masalah akan selesai jika anda menukar kerajaan atau adakah tindakan anda memilih pembangkang akan menyebabkan perkhidmatan awam menjadi lebih baik selagi orang yang sama bertugas sebagai pelaksana dasar?

Mulai sekarang, BN wajib melakukan 'pembersihan' secara besar-besaran terhadap penjawat awam yang gagal menghayati dasar-dasar kerajaan agar rakyat memperolehi manfaat yang sewajarnya mereka terima.

Kepada para sahabat..."Gendang sudah dipalu. Ayuh kita ke medan perang!"

4 comments:

  1. Lawan tetap lawan......

    Reformasi! Reformasi! Reformasi!

    Takbir! Allahuakbar...!
    Takbir! Allahuakbar...!
    Takbir! Allahuakbar...!

    jeng! jeng! jeng.......!

    ReplyDelete
  2. Asslamualaikum Paneh,

    Pada Hari Jumaat ini malas nak cakap pasal Politik tetapi rasa kena komen juga.

    Paneh,

    Nafsu adalah segala-galanya.

    Jarang manusia mahu berfikir akan "Kemampuan" diri mereka seperti yang kamu sarankan.

    Mereka rasa mereka boleh sebab mereka memerhati, mengkritik dan maki hamun DARI LUAR dengan sokongan yang DI DALAM.

    Cakap memang senang. Setakat Takbir AllahuAkbar, budak Tadika pun boleh. Setakat ungapkan "Lawan tetap Lawan", Mat Rempit mana pun boleh. Tak perlu yang berjiwa Hang Tuah atau Jebat.

    Tetapi bila bab menrealisasikannya itu lain cerita. Tetapi golongan sebegini memang telah sedia dengan alasan masing masing. Kalau tak dapat buat kerja TENTU ada kambing hitam. Namun, nak mengaku kelemahan diri sendiri, tidak sekali.

    Mak Cik setuju (kalau benar) ada penjawat Kerajaan yang mensebotaj dasar atau apa pun yang diwar warkan untuk rakyat bagai api dalam sekam dan mesti digantikan dengan yang lebih boleh dipercayai.

    Orang yang Baik tetapi Baik dan sebaliknya.

    Bahaya berurusan dengan mereka yang Talam dua muka dalam perkara apa pun. Waliyazubillah!! Semoga ALlah swt jauhkan kita dari sikap Munafik.

    ReplyDelete
  3. Pejuwang, artikel yang menarik. Bila boleh kita minum teh sekali ni.

    ReplyDelete
  4. Pendek kato eh...UMNO/BN ni dah lamo bona berkuaso...bilo terlalu lamo berkuasa maka dia hanyo nampak boto kek dio yo...org lain buek sumo tak boto....UMNO/BN ni seumpamo riak lah pd diri dio sendiri...semuo yg dibuek hebat2 bolako...semuanyo muluk2 belako, dlm maso yg samo adoo yo yg jahanam hasil tgn dio sendiri...
    Tak apo lah mari kito cubo yg lain pulak nanti...kepado rakyat malaya yg inginkan kesejahteraan, kito samo2 jgn undi UMNO/BN nanti...kalau tak berkenan calon lawan UMNO/BN...jgn keluar mengundi...nak undi UMNO /BN namo eh...sori....kita tukar menu lain plak...kenapo P.M yg menentukan hak memilih rakyat pulak???biarlah diorg nak pilih sapo2 dio suko...tak leh cam tu...masing2 ado hak nak pilih kerajaan, jiko kita dah tak yakin dgn UMNO/BN kito tukar yo lah, bg undi kek dio jahanam semuo eh, tembolok dio yo yg konyang..kito tukarlah..pedulikan UMNO/Bn tu...itu hak kito

    ReplyDelete