Monday, June 1, 2009

Perlekeh Rakyat

Babak 1

Perbualan di antara 2 orang sahabat penyokong totok Pas yang berkelulusan Al-Azhar, Mesir.

Ustaz 1: Ana dapat tawaran untuk berkerja dengan kerajaan. Apa pendapat ente?

Ustaz 2: Kalau boleh ente jangan jatuhkan diri ente yang dah tinggi.

Persoalan

Berdasarkan perbualan tersebut, den beranggapan bahawa penjawat awam sangat dipandang rendah oleh ustaz tersebut. Dan kenyataan ustaz itu juga membuktikan, jika ada dikalangan penyokong pembangkang yang bekerja dengan kerajaan, sudah tentu harga diri mereka 2 kali ganda lebih rendah daripada kakitangan awam lain yang menyokong kerajaan. Sebabnya, penyokong pembangkang tidak menyokong dasar-dasar kerajaan, tetapi sanggup pula berkompromi untuk bekerja dengan kerajaan demi wang dan periuk nasi sendiri. Mereka ni munafik atau apa? Hmmm...

Babak 2

Lokasi di markas Pas bersebelahan Surau Hitam di Ampangan, Seremban di mana salah seorang pemimpin tertinggi PKR NSDK sedang berceramah.

Penceramah: Kita dah terbau kerusi-kerusi empuk di Putrajaya. InsyaAllah tuan-tuan, tak lama lagi tu. Kalau kita memerintah, kita akan masukkan menteri-menteri BN ni dalam ISA.

Persoalan

Bukankah dulu pembangkang beria-ia mengatakan bahawa jika mereka memerintah maka mereka akan melelong Putrajaya? Takkanlah penyokong mereka dah lupa apa yang di'fatwa'kan Hadi Awang mengenai perlelongan Putrajaya ni? Sekarang dah mengidam kerusi empuk Putrajaya pulak dah...

Dan bukan ke sebelum ni pembangkang bersungguh-sungguh berkempen mahu hapuskan ISA? Dalam blog-blog pembangkang penuh dengan logo "Hapuskan ISA". Jadi mengapa pula dalam siri ceramah pembangkang, pemimpin mereka kata mahu menyumbat menteri-menteri BN ke dalam ISA setelah mempunyai kuasa?

Inilah yang dikatakan "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata tak serupa bikin".

Babak 3

Perbualan di antara seorang wanita penjawat awam yang merupakan penyokong totok Pas dengan seorang lelaki yang tidak berparti.

Wanita: Saya adalah ahli parti Pas. Dalam Quran ada disebut bulan, bintang, matahari...tapi tidak pula menyebut dacing. Cuba tengok di sekeliling tuan, bukankah flora itu berwarna hijau. Jika rumput berwarna biru...tak makan la lembu jawabnya.

Lelaki: Adakah puan faham apa yang dimaksudkan dengan bendera atau simbol Pas? Bendera Pas menerangkan - "Satu bulatan putih di atas latar belakang berwarna hijau". Tiada pula simbol itu diterangkan sebagai bulan.

Dalam surah Rahman, ada disebut sekurang-kurangnya 4 kali perkataan "mizan". Dalam Quran jika tak silap saya, muncul sekurang-kurangnya 7 kali perkataan "mizan". Tapi saya takdelah sebut bahawa perkataan "mizan" itu bermaksud dacing. Namun, jika puan boleh melukis atau gambarkan kepada saya bagaimanakah bentuk neraca timbangan Allah swt di padang mahsyar kelak, sekarang juga saya akan masuk Pas.

Persoalan untuk puan, adakah Al-Quran yang diwahyukan itu mempunyai warna? Jika ada, warna apakah Al-Quran itu? Bukankah Al-Quran juga mengisahkan mengenai langit dan laut? Warna apakah langit dan laut itu? Adakah warna langit dan laut itu menggambarkan Islam itu berwarna biru?
Para sahabat juga pernah memuji Rasulullah saw yang kelihatan hebat memakai pakaian berwarna merah. Maka bolehkah dikatakan merah itu melambangkan Islam? Adakah Islam itu berwarna?

Wanita: .....*terdiam*.....(dan secara tiba-tiba mengalami serangan asma yang kronik).

p/s: Babak-babak di atas adalah berdasarkan peristiwa sebenar yang berlaku. Lu pikiaq la sendiri.....

12 comments:

  1. Salam,

    Seorg sahabat yang telah 'insaf'(lalu masuk pas) berkata bekerja dgn kerajaan tidak munafik, kerana kata beliau umpama muslim yang bekerja dgn kerajaan kapiaq spt amerika. Ulama depa petua kata boleh......

    ReplyDelete
  2. Inilah yang dinamakan Islam itu dipolitikkan oleh PAS. Semua berkaitan Parti Poltik PAS akan dihalalkan melalui rujukan Al-Quran walaupun ianya bertentangan dengan Al-Quran itu sendiri. Semua sumber dikorek untuk menghalalkan perbuatan haram PAS. Kalau UMNO, semua sumber dicari untuk mengharamkan yang halal dilakukan oleh UMNO. Dunia akhir zaman, mata dan hati sudah tertutup.

    ReplyDelete
  3. Vey good analysis Paneh. Hope the opposition supporters could answer these. By the way, I doubt they have answers to all the facts.

    ReplyDelete
  4. PM,

    eden suko botul dongar tag "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata tak serupa bikin"

    kekekek..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  5. Macamana guru yang menentang kerajaan nak memberitahu pelajarnya konsep Satu Malaysia?

    Adakah:
    "Satu Malaysia adalah konsep yang baik."

    Atau:
    "Satu Malaysia akan merosakkan negara."

    Atau:
    "Satu Malaysia ada baik dan ada buruknya."

    Demang rasa, lebih baik cikgu tu berhenti je...

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Rasuah berleluasa dlm politik Pas. Pemimpin pas pandai memyimpan. Menuduh Umno sebuah parti rasuah adakah semata-mata menyembunyikan diri mereka semata-mata.

    ReplyDelete
  7. Waduh! waduh hebat betul seloka encik2 UMNO ni yer....

    Aku pun ada seloka gak..

    SEBAB APO MASUK UMNO???

    Seloka budak sekolah nak memilih parti politik bilo dio dah bosa nanti .

    Budak sekolah 1 : "Mat ekau dah bosa sok ekau nak masuk parti mano?"

    Budak sekolah 2 : " Eden nak masuk UMNO jang?"

    Budak sekolah 1 : "Apo pulak ekau nak masuk UMNO lak ?"

    Budak sekolah 2 : "Yo lah, ekau tengok YB kita tu, baru yo jd YB dah tigo ompek keto dio, abah den kato laie byk tanah dio bg kek sedaro eh, kalau bg kek sedaro, dio dapek lagi lah banyak eh kan?"

    Budak sekolah 1 : "Mat ekau cakap boto2 ni Mat, jgn fitnah Mat?"

    Budak sekolah 2 :" Ekau ni, apolah..dah terbonggeng dopan mato, ekau nak kato apo laie..sobonar eh, abah den pun dapek yo jang. yo lah jang, bak kato org masuk UMNO kalau tak kayo, ekau bangang boto lah jang, ekau nak susah ko esok jang.?"

    Budak sekolah 1 : "Yo ko Mat..!den ingat UMNO ni nak berjuang bangso dio?"

    Budak sekolah 2 : "ekau ni plak, jgn bangang bona lah jang...yo lah rakyat tu jago yo, tp perut jago dulu jang...ekau buek2 tak faham lah jang...he,,he..he..perut dulu jago jang..peluang ni bukan dapek hari2 jang...?"

    Budak sekolah 1 : " Yo ko Mat...den pun nak masuk UMNO lah cam tu...corah maso dopan...tak yah bolajar tinggi2 dah dapek sumo kan, pandai boto ekau Mat..!"

    kedua2 budak sekolah itu pun suka hati he..he..he...dan tak soba2 nak masuk UMNO untuk...................................................KAYA...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum anakku Paneh,

    MAS SELAMAT pun baru minggu lalu ditahan bawah ISA.

    SENYAP sahaja semuanya.

    Mak Cik tunggu juga kalau kalau:

    Ada yang berbaring atas jalan menetang Mas Selamat di hantar ke Kemunting.

    Ada demonstrasi jalanan.

    Ada yang bakar lilin, vigil ikut style kristian tu.

    Kalau kalau ada yang MOGOK LAPAR, ikut style Hindu dan Buddhist tu. Oh Ya, sambil mogok elok juga buat meditasi macam Buddha.

    Tak ada pula.

    Senyap je.

    Jadi ISA masih relevan di Malaysia KALAU TAK KENA BATANG HUDUNG dan badan badan mereka sekali.

    Kalau pada orang lain tak mengapa.

    Putra Jaya? Kalau nak kerusi empok tu, beli sahajalah sendiri. Di Courts Mammoth tu belambak, letak di mana mana di Putra Jaya dan duduk. Sekarang ini pun boleh.

    Oh Maaf, PAS Zuhud. Tak perlu kerusi Empok. Bentang tikar pun sudah cukup. Bawah pokok pun boleh bersidang dan buat kerja, tak perlu pejabat canggih.

    Yang Diputra Jaya tu sekarang bekerja untuk rakyat dan Negara, mereka tak duduk sahaja atas kerusi empok sambil mengumpat dan fitnah orang lain.

    Kalau sibuk bercakap memang SATU kerja pun tak boleh buat. Tapi rakyat kena makan nasi tak boleh makan Angin sahaja.

    Kalau tak suka dengan kerjaan sekarang tak payahlah makan gaji dengan kerajaan. Takut tak halal pulak nanti, kan sekarang ni ramai yang tukang bagi fatwa.

    Ramai yang ikhlas mahu bekerja, mereka yang patut diutamakan.

    ReplyDelete
  9. Ada akai ka Pantet Miang, gedung akai kau penuh SHIT.

    ReplyDelete
  10. Bernas juga.......

    adakala kena fikir dan belajar menerima. kena tanya pada diri 'betulkah apa yg aku perjuangkan ini?' 'aku membela yg hak atau membela yg bathil?'. 'andai aku membela yg bathil bgmn?'. benarkah aku hanya melihat kuman diseberang laut sehingga terlupa gajah didepan mata? andai kata semua yg berlawanan dgnku adalah kebenaran bgmn? bersediakah aku utk menanggung azabnya?

    Subhanallah......

    ReplyDelete
  11. ermm...lawak gak aa citer babak 3 ni..sib baik tak meninggal oang tua tu..tapi dengan pukulan ayat lelaki memang tepat dan memberi kesan yang dalam kepada wanita tu..memang betul la ayat lelaki tu..

    ReplyDelete
  12. klu keadaan poltik PAS berterusan sebegini, aku mati hidup semula 1000x pn aku TIDAK akan sokong pas..

    ReplyDelete