Tuesday, June 23, 2009

TAUBAT lah Nik Aziz!

"Umno is a deviant group, similar to Ayah Pin. Umno and communists are the same. Umno is a socialist party because they reject Islam. Umno is a Malay party but not an Islamic party," the Kelantan Menteri Besar said at a ceramah in Kampung Laloh. Di petik dari NST 23 Jun 2009.

Pak Sedaro boleh menyimpulkan BAHAWA Nik Aziz Nik Mat, sudah menelanjang diri sendiri dalam ketertiban aurat-Nya sendiri.

Maka, pada kadar yang menyeimbang pandangan...Nik Aziz Nik Mat sudah hilang kelayakan sebagai Mursyidul Am atau Tuan Guru atau Pendita kepada Partai Islam Se-Malaysia. Nik Aziz Nik Mat sudah menyamai pengakuan Israel terhadap kekacauan di Iran masa kini.

Apakah Nik Aziz Nik Mat sedar bahawa dia menggali LIANG LAHATnya sendiri? Mengurus JENAZAHnya sendiri? Mentalkin jenazahnya SENDIRI? Nik Aziz mencermin diri sebagai INSAN yang MENODAI perjuangan Tok Janggut di Pasir Puteh. Nik Aziz menyama erti UMNO sebagai kumpulan AJARAN SESAT seperti Ayah PIN. Soalan CEPUMAS - "Kenapa ada dalam kepala akal dan otak Nik Aziz mendefinisi UMNO sebagai kumpulan AJARAN SESAT? Apakah Nik Aziz sendiri SUDAH SESAT dan HILANG HALUAN?"

UMNO dan Komunis itu sama? Apakah definisi sama @ serupa oleh Nik Aziz? Apakah Nik Aziz sedar bahawa keturunan Nik Mat itu sendiri hanya PUPUS oleh KOMUNIS? Apakah UMNO pada zaman ini menjalan penghapusan etnik atau keturunan Nik Aziz pula?

UMNO partai Sosialis? Nik Aziz kena pergi rujuk Perlembagaan UMNO & Perlembagaan PAS & Perlembagaan Persekutuan...Berguru dengan Alim yang Mursyid perihal Perundangan Perlembangaan bukan dengan Bullshit.

UMNO parti Melayu bukan parti Islam? PAS pun bukan parti Islam! ISLAM tidak menganjur umatNYA hidup dalam kePARTAIan yang memecah belah fikrah kemaslahatan dunia. Di Malaysia semua parti yang wujud atas dasar RAS @ KETURUNAN dan bukannya sebab Agama.

Baca definisi dan tafsiran dalam 160 berkenaan Siapa Melayu? Maknanya UMNO dan PAS adalah sinonim, cuma yang membezakan ialah Falsafah Mengejar Sasaran...

Nik Aziz Nik Mat sudah TERLALU JAUH memberi MUKA kepada Brader Anwar Bin Ibrahim dan Lim Kit Siang. Nik Aziz sudah TERLALU UZUR untuk berRASIONAL dalam membina TAMADUN.

Pak Sedaro masih ada HORMAT yang cukup BESAR kepada Timbalan Mursyidul Am, Ayahanda Guru Dr. Haron Din. Beliau seorang insan yang begitu kritikal dan tidak sewenangNYA mengeluar TOHMAH dan DAKYAH yang boleh menghancur KESELAMATAN ummah Malaysia.

Nik Aziz Nik Mat harus sedar bahawa Konsep Da'i bergerak dalam aneka mauduk dan uslub. Wasilah siasah merupakan salah satu uslub dan wadah membawa HARAKAH ISLAM ke kedudukan yang sebenar mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Nik Aziz Nik Mat mungkin lupa sejarah, bagaimana Perang Salib Ke-Empat dilakukan oleh Empayar Penjajahan? Tanya Nik Aziz Nik Mat di mana berlakunya peristiwa Perang Salib Ke-Empat? Siapa antara Penjajah yang menjajah Semenanjung Emas Tanah Melayu ini PALING ZALIM? Apa yang berlaku semasa kejadian ini? Jika Nik Aziz tak tahu, Nik Aziz poei berguru le...

Kepada pendokong dan penyokong BUTA, PEKAK, BISU mana-mana partai siasah...juga orang yang TIDAK sedar bahawa BangsaNYA kian diratah daripada DALAM... fikirkan semula apakah Nik Aziz Nik Mat masih SEGAR atau sudah TIPIS KEWARASAN fikir ILMU dalam kalender hayat Nik Aziz!

TAUBAT lah Nik Aziz Nik Mat!

10 comments:

  1. Bismillahirrahmanirrahim...
    "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali..Ali Imran, ayat 28

    Tok tok guru tertinggal ayat ni...Masyaallah.... bertaubat lahhh
    atau Tok guru hanya paham " kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu)". tapi tertiggal "Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu)"
    Tah la... PAS ni lebih munafik dari UMNO dah lebih bahaya dari YAHUDI sebab ada di dalam golongan kita

    ReplyDelete
  2. asskum..sahabat mendengar cerita..baru2 ni si pingu ke melaka..nak makan ayam percik..tapi kene masak sendiri kat kedai tu..huhu..dah laa kene masak sendiri pastu tak dapek diskaun lak tu..pingu reti ke makan ayam percik..ikan percik tak da ka..huhu..moral of de' story..len kali bawak sendiri dapur arang, arang, mancis dan kelengkapannye..baru dapat diskaun..nanti kito poie jb lak yo..kito makan sup sepit..

    ReplyDelete
  3. sabar sdr paneh miang, jangan marah kerana kerajaan perpaduan sudah direject..sabar, bawa mengucap, tak baik meracau macam tu

    ReplyDelete
  4. Hina betul UMNO ni pada pandangan Nik Aziz. Sedangkan selama kini UMNO lah yang telah meletakkan agenda Islam begitu tinggi martabatnya di negara ini. Jika tidak UMNO siapa yang berjaya meletak Islam sebagai agama Persekutuan didalam perlembagaan. Thailand sampai sekarang selepas berbelas kali rangka perlembagaan baru masih tak dapat nak letak agama budha sebagai agama rasmi negara itu...... entah lah.

    ReplyDelete
  5. Rasa2nya lah...

    Bukan Tuan Guru yg perlu bertaubat. bukankah tuan guru adalah tuan guru yg banyak ilmu, tinggi peribadi, suci dan mulia?. tuan guru jgn dikomen, jgn disentuh jgn diusik. tuan guru ini karomah, sempurna, lengkap pengetahuan duniawi dan ukhrawi.

    Siapa kita yg nak komen siapa tuan guru? apa makom kita nak menyoal tuan guru? apa darjat kita mempertikai tuan guru? tinggi mana ilmu kita menyoal keputusan tuan guru? mesti tuan guru dah mendapat petunjuk dan hidayah sblm mengeluarkan kata2. jadi kita ikutlah saja..... makanya jdlah kita luncai terjun dgn labunya.

    kenyataaan tuan guru menjelaskan lg bahawa terdapat perbezaan antara ulamak PAS dan ulamak yg sebenar. ulamak sebenar tidak terlibat secara langsung dlm politik iaitu setiap keputusan bukan utk kepentinga politik walaupun menyentuh bab dan hal politik. sebaliknya ulamak PAS tlh terang dan jelas walaupun berkaitan agama makanya keputusan itu sudah pasti berkepentingan politik.

    ulamak ini walau apapun yg berlaku pasti tidak akan mahu bertaubat dr keputusan yg diambil sedangkan tlh terang dan jelas kekurangannya. makanya siapa yg perlu bertaubat??? org yg berkepentingan politik itu biarkanlah dialam politiknya. yg tidak mempunyai kepentingan politik inilah yg perlu bertaubat andai tlh tersilap.

    sama2lah kita bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka....!

    Wallahua'lam...

    ReplyDelete
  6. konapo ekau marah bona kek Nik Aziz ni bro??? patut eh akau bolasah pemimpin UMNO yg terus dan keji tu...NIK AZIZ yg ekau marah2 tu tak do pun rasuah ko, apo ko...mentang2lah dio tak sokong U.G ekau marah bukan main lagi yo..cubo dio sokong, den raso taik dio pun rela ekau buek bolacan kan...bullshit lah lu Paneh!!!! memang dasar umno cakap tak serupa bikin...tak yah lah nak U.G ngan UMNO ni...UMNO ni bukan reti bahasa pun....namo yo molayu islam...porangai ngalahkan______..... sudah lah lu UMNO....tunggulah maso eh...tak lamo lagi doh....pasti solosai dan aman negaro tanpa UMNO/BN...

    ReplyDelete
  7. Anda pasti.....!

    Betul ke bila PR memerintah negara, negara akan aman, damai, maju, tiada rasuah, tiada jenayah?. bolehkah semuanya akan jadi baik2 belaka?. blh berikan satu contoh negara dlm dunia ini mempunyai kriteria spt yg dikatakan td?

    Sepengetahuannya tiada negara yg mempunyai ciri2 yg disebut2. kita lihat apa jd negara iran? bgmn jenayah dinegara arab? adakah negara yg mendapat no 1 dlm indeks rasuah pasti tiada rasuah?

    bolehkah PAS, PKR dan DAP membentuk kerajaan malaysia yg stabil? apa asas kpd pemebentukan kerajaan yg stabil itu? blh buktikan? cth mudah, bila PAS kata Hukum Hudud apa kata DAP?.

    entahlah... rasanya spt mimpi jika negara stabil dibawah pemerintahan PR. tgklah negeri2 yg diperintah PR rasa mcm nak mengangis melihat nasib org melayu disana.

    entahlah....

    ReplyDelete
  8. bro,
    sape ckp PAS xde rasuah..cume ia xmo digembar gembur dan dielakkan dari diketahui media..yg mngetahui hanya orge tertentu..yg bagusnye mereka bermuzakarah untuk selesaikan dari diketahui ramai pihak..xpercaya?
    opss one more thing,budaya ape skang ni melambak sticker kete lambang pas ngn objek bayangan kepala tuk guru bewarna putih,backgroundnye warne ijau..
    mcm syiah je memuliakan pemimpin ni..

    ReplyDelete
  9. yg mrosakkan politik negara kite ni adalah org yg mcm paneh miang n pnyokong2 ...parti umno asal nye bgus nk perjuangkan melayu islam..tp pnyokong2 yg jahil mcm dorg ni la yg sanggup mngutuk mnghina org alim ulama yg merosakkan segalanya..snggup mnolak perkara yg paling pnting iaitu agama dan lbih mmentingkan bangsa..walhal yg mnjamin masuk syurga adalah agama..jgn jadi jahil yg bodoh sombong

    ReplyDelete
  10. knape perlu berpecah smata hanya kerna politik yg xmnjamin jalan ke syurga..knape nk menghina sesama mnusia..jgn pndg sgt politik wahai sdara paneh...tgok akhirat nt..sdara mngutuk mnghina apa yg sdara dapat??tenangkah hati sdara??jgn mngukur org lain dgn swenang wenangnya..sdara knal rapat ke dgn TGNA??pernah berbual2?prnah solat jemaah same2?knali la dulu dgn rapat sblom mnilai ape2...

    ReplyDelete