Wednesday, June 10, 2009

Tragedi Pemikiran Melayu

Oleh Prof Diraja Ungku Aziz

KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.

Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.

Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah. Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.

Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.

Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.

Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.

Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.

Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.

Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.

Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.

Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.

Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.

Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.

17 comments:

  1. pandangan yang berguna bagi akal yang mahu berfikir....
    terima kasih ungku aziz dan terima kasih saudara paneh miang

    ReplyDelete
  2. Satu pandangan yang amat berguna. Tetapi satu perkara kita terlupa.

    Bagaimana dengan ibu bapa? Ramai yang gemar suruh anak diam atau usah banyak bertanya bila si anak ada seribu satu persoalan.

    Bila ditanya, ibu / ayah tiada jawapan maka disuruh anak diam dan usah berlagak pandai. Makin lama hilanglah keyakinan anak untuk bertanya dan minat untuk mencari ilmu.

    Tetapi bila si anak kian membesar dia marah si anak sebab tidak pandai befikir. Hai, Melayu, Melayu.

    ReplyDelete
  3. betul apa yg saudara katakan..

    bila kita tanya itu dan ini, orang akan melabelkan kita sebagai orang yang menyusahkan dan patut dijauhi.

    apa salahnya bila ditanya, jawablah..

    minda melayu dilatih untuk menjawab bila diarah atau dibenarkan sahaja.

    ReplyDelete
  4. Kebijaksanaan cina berpolitik memberi kesan kebaikan dan keuntungan kepada mereka, sebalik nya telah memberi banyak keburukkan dan kerugian besar kepada kaum melayu/Islam.

    Seperti kata2 Mat Sabu: "Setiap kali PRU diadakan, kaum cina bersatu, mereka menyokong satu parti sama ada MCA, Gerakan atau DAP."
    Pada PRU12 yang lepas, mereka bersatu menyokong DAP. Mereka menjadi kuat jika berada dalam satu parti.

    ReplyDelete
  5. Salam semua....

    Ini adalah pandangan yang di nanti nanti...bernas dan menjurus kearah nilai sebenar MELAYU tu.

    Budaya ingin tahu...sejak zaman kanak kanak, remaja dan seterusnya perlu dipraktikan olih orang MELAYU

    Sindrom banyak sangat "DO and DON'T", nanti anak kurang ajar kerana banyak bertanya dan pantang larang, TETAPI yang mana orang MELAYU sendiri akur atas indahnya peribahasa MELAYU..yang dicipta mereka sendiri...

    SAPERTI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG
    BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT
    SUDAH TERANTUK BARU TERNADAH
    DAN banyak lagi yang canggih canggih.....

    Tetapi ada pula MELAYU MUDAH LUPA
    serta sikap "inferiority complex" MELAYU tu sendiri...yang di didik olih MELAYU juga

    Jadi siapa yang rugi....

    Kesimpulan nyer,, MUHASABAH diri, sentiasa berfikiran positif, cari punca dan sebab sesuatu insiden tu berlaku, sentiasa bersikap terbuka

    Dan harta pusaka yang sebenar untuk anak cucu cicit kita ORANG MELAYU adalah pendidikan dalan erti yang sebenarnya....

    Sekali lagi kepada Prof Ungku Aziz "tabik spring" atas pandangan Prof...tu , dan diharapkan selalu lah berikan pandangan pandangan Prof...kepada kami..

    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

    Wallah Hualam

    ReplyDelete
  6. antara punca kegagalan orang melayu ni adalah disebabkan orang kito ni lebih taksub kepada politik dan hiburan.. dengan itu kita memerlukan lebih ramai lagi Pak Ungku dalam masyarakat sebagai penunjuk jalan kepada orang melayu yang berani serta ingin berubah..

    ReplyDelete
  7. Budaya penjajah Inggeris yg meminggirkan minda Melayu diteruskan oleh UMNO sekarang yang berterusan mengongkong minda org melayu dari spektrum berfikir.bagus sekali artikel ini yg secara tidak sedarnya bagaimana penjajah Inggeris memasong minda melayu kini diteruskan olh UMNO pulak...sebab itu minda melayu tidak berkembang, kerana UMNO telah mencipta acuan minda melayu agar ikut sahaja cakap UMNO jika tidak anda musuh kami!!!lihatlah UMNO memasong minda melayu dengan mengawal peranan media utama (elektronik/cetak) secara tersusun..dgn isi pemberitaan yg khusus hanya utk menyokong UMNO sahaja dan mengasak serta memburukan pembangkang secara keterlaluan...rakyat khususnya org melayu sudah "di setting" minda mrk dgn hanya nampak UMNO/BN...rakyat khususnya melayu dilarang menyokong pembangkang, mereka tidak diberi kebebasan bersuara utk menyatakan pendapat berbeza walaupun perkara itu jelas merugikan Melayu....org melayu dari dahulu memang dicucuk hidung hingga lah kini olh org yg berkuasa demi untuk mengekalkan kuasa...begitulah nasib melayu yg sentiasa dijadikan korban dan tidak boleh bersuara menyatakan pandangan mereka...sekiranya mereka bersuara, pasti mereka akan ditimpa bala UMNO....melayu tiada pilihan, suka atau tidak hanya UMNO sahaja....itulah dia, yg tiada lebih dan tiada kurang aksi UMNO serupa dgn penjajah dahulu kala....

    ReplyDelete
  8. tipikal hompuk menyalahkan parti itu parti ini. bukan dikaji dari perspektif melayu itu sendiri. inilah yg dikatakan hati busuk @ lidah syaitan. kerja hanya memecah belahkan ummat iaitu ano 10.31pm. berhati2 dgn org sebegini. mugkn musuh dlm selimut yg bukan pun melayu.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  9. Tom tem bak kata :
    tipikal hompuk menyalahkan parti itu parti ini. bukan dikaji dari perspektif melayu itu sendiri. inilah yg dikatakan hati busuk @ lidah syaitan. kerja hanya memecah belahkan ummat iaitu ano 10.31pm. berhati2 dgn org sebegini. mugkn musuh dlm selimut yg bukan pun melayu.

    -tom tem bak-

    Aku kata :
    Bukan kah ini suatu realiti??? apa bezanya perangai Inggeris dgn UMNO yg menyekat suara rakyat khususnya Melayu dr bersuara berkenaan kepentingan nya??? bersuara menegakkan kepentingan umat melayu itu sendiri lebih mulia dr menghambakan melayu melutut menurut kemahuan gila dan haloba UMNO /BN sendiri jang!! kenapo ekau marah??? bukan kah itu suatu relaiti??? semua org kini semakin sedar dan insaf akan peri laku gila UMNO yg tak ubah sama spt penjajah Inggeris...penjajah Inggeris hanya mahu org melayu Islam kuat dlm hal2 agama sahaja namun mereka tidak mahu suara2 menentang melibatkan hal2 kepentingan strategik mereka...sama lah spt UMNO yg mahukan melayu bengong dlm hal2 sekeliling mereka sahaja...supaya minda melayu tak ke mana2 pun...setiap masa mulut dan telinga melayu disumbat dgn berita berkaitan mengampu UMNO, namun kini umat melayu sedikit demi sedikit mula merangkak-rangkak dlm kesuraman cahaya dihujung sana untuk keluar dr kegelapan UMNO yg mencengkam mereka berkurun lama....

    POOOORRAAAHHHH lah lu mamat....!!! Engkolah warisan UMNO yg menjadi penjajah minda bangsa ekau sendiri...engkolah menjadikan bangsa enko semakin punah....jgn salahkan org lain....sedarlah engko....shittt u...

    .............no to UMNO............

    ReplyDelete
  10. hompuk kata

    apa bezanya perangai Inggeris dgn UMNO yg menyekat suara rakyat khususnya Melayu dr bersuara berkenaan kepentingan nya???

    aku kata

    kau tgk keliling, sapa yg marah bila melayu bersuara utk kepentingan mereka? umno ke marah? jgn jadi bodoh kawan. siapa sebenarnya menyekat melayu utk mempertahankan haknya? umno ke sekat atau pkr/dap? pun buta lagi ke?

    ungku aziz kata

    "Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu".

    saranan diataslah yang selama ini dibuat oleh pemimpin umno spt tun razak dan mahathir. org mcm kau mana nak faham. nak harap pemimpin pas yg cakap bab sains dan teknologi tggu kucing bertanduk la jwbnya. alquran itu sains dan sains itu sendiri ialah alquran. ayat pertama yang diwahyukan dlm alquran ialah berkaitan menuntut ilmu. dan aku tgk umno berjaya memperkasakan kegemilangan ilmu seperti yg dituntut alquran sampai org mcm kau pun pandai menaip komputer dan tau bukak blog. dan ilmu itu perlu dikembangkan lagi. pegi baca artikel jejak andalusia dlm blog ni la hompuk biar terbukak minda tu. tapi kalo Allah taknak bagi hidayah kat kau nak buat mcmana hompuk. kekallah kau hompuk selamanya.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Paneh,

    Mak Cik dah dapat agak komen komen yang bakal diterima bila Mak Cik mula baca tulisan ini.

    MESTI cannonnya pada UMNO juga. Tak banyak sedikit.
    Prof pun dah tak laku pada Orang Melayu jenis ini.

    Yang Baik jadi Tak Baik dan sebaliknya.

    Sepatutnya mereka ini baca sahaja Harakah.

    Sebab APA sahaja dari Harakah mereka terima bulat bulat sebab ada lambang bulan dan warna hijau. Jadi tak payahlah buang masa lagi baca penulisan dengan Kajian berilmiah dari seorang Professor di Raja.

    Sekarang ini cuaca Panas, tak lama lagi kamu tunggu, cannonnya pada UMNO juga. Tengoklah nanti.

    ReplyDelete
  12. Tom Tem Bak ...
    kalau takat ekau nafikan dgn beri contoh dan hujahan lemah mcm tu..tak yah waris....den langsung tak terliur dgn hujahan ekau2 semua BPN...boto den cakap...den tak nampak apo yg ekau cakap sbg hujahan ilmiah yg bermutu tinggi...cuma, hujahan ekau semua hanyalah menyokong dan mengampu UMNO tak habis2...pada hal kita sendiri pun boleh lihat situasi yg berlaku di hadapan mato dan kita sendiri merasainya...wah! berani ekau kato den tak dpt hidayah waris!!! hebat boto ekau...tp den bersyukurlah bhw, Allah tlh memberi kesedaran pd aku bhw sememangnya UMNO telah rosak segala segi...disebabkan pemimpinnya sibuk dgn rebutan keduniaan maka mana ada masa dia nak kesahkan nasib dan menanam nilai akhlak mulia di kalangan bangsanya sendiri...ko lihatlah apa nasib bangsa ekau sendiri...tak payah aku nyatakan satu persatu....kadang2 aku lihat pemimpin UMNO yg mcm tu menyuruh pulak org sentiasa ikut agama!!!! bullshit lah....cakap tak serupa bikin, dan itu namanya cakap politik......berbalik kpd perangai UMNO memang acuan dgn penjajah inggeris...nama UMNO tu pun terhasil drpd singkatan nama Inggeris!!! mana Melayunya?? Memang Melayu tak hilang di dunia kata Tuah...tp nilai Melayu itu yg semakin hancur, akibat dr penjajahan UMNO terhadap bangsanya...UMNO?BN akan melakukan apa sahaja pd org Melayu, org melayu tiada pilihan, kecuali ikut, dengar dan jgn melawan!! walau perkara itu merugikan bnagsanya itu sendiri...dari dulu UMNO telah mengikat kaki tangan dan mulut serta membutakan hati dan fikiran melayu spy kekuasaan mereka tidak diganggu...itu sahaja...ko nak nafikan ker lagi....????terserahlah...

    ReplyDelete
  13. Kadang-kadang.....

    Tertanya2 dimana silap dan salahnya UMNO/BN sehingga setiap yg dilakukan dihujahkan dgn kesalahannya. Digambar betapa sgt hina dan dina akan UMNO/BN dan sgt mulia dan keramat PAS/DAP/PKR itu. Hujahan yg disandarkan atas nama agama yg jelas kelihatan menggunakan agama utk kepentingan diri. mengorbankan agama utk diri bukan mengorbankan diri utk agama.

    sungguh hebat umno sehingga mampu memaksa individu terpesong mindanya. adakah benar UMNO yg memesongkan individu atau individu itu sendiri yg tlh sedar dan mendapat hidayah dari-Nya? lupakah kita akan firman allah yg mafhumnya 'tidak akan Ku ubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubahkan nasibnya sendiri'

    Benarkah UMNO menutup minda melayu? tertutup minda apabila kita hanya melihat sesuatu dr satu aspek. siapakah yg menganjur melihat sesuatu perkara dr satu aspek atau sudut shj? UMNO, PAS, PKR atau DAP? cuba buka akhbar utusan, harakah dan suara keadilan akhbar mana yg menganjurkan maklumat hanya dr satu sudut?
    rasanya minda akan tertutup dan terpesong apabila kita kekurangan maklumat. antara UMNO,PAS, PKR dan DAP siapa yg menganjurkan boikot sumber2 ilmu?

    Harap2 pembaca laman ini tidak terpesong dgn dakyah2 yg menggalakkan kebencian yg tidak berasas. kebencian berlandaskan persepsi dan andaian. hujah yg tidak membawa kpd silaturahmi. hujah yg menolak kebenaran menerima kebatilan. Hujah yg mencari salah dan silap sehingga terlupa kesilapan org yg diagungkan (melihat buruknya najib sehingga lupa penjuburan yg dilakukan B.A.B.I)

    wallahua'alam.....

    ReplyDelete
  14. Paneh Miang kata:
    "...... kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini." - aku setuju.

    Aku tambah: Melayu hari ini ... "bagaikan enau dalam belukar, nak lepaskan pucuk masing2 saja". ramai yang mentaliti sempit, hati busuk, nafsu kotor ... dok cekik, tipu, tindas dan ganas kepada bangsa sendiri!! melayu dah tak selamat dah hari ni. melayu sendiri yang menjadi mangsa bunuh, pukul, dera, rompak, rogol, tipu, buli, diskriminasi, dll ... di tanah air sendiri. sapa nak tolong? suara melayu siapa hirau? kalau suara lantang, dah jadi derhaka. kalau melawan kena belasah lagi. yang benar hanya bila berkuasa... semua cantik. budaya ampu melangit. Inilah nasib bangsa merdeka dalam acuan penjajah!.

    Aku nak tanya: Bila pula nak melayu keluar dari "kotak usang bikinan penjajah" tuh??? masih tak rimas lagi ke terperap dalam kebusukan lama tuu?

    ReplyDelete
  15. Dijajah vs Merdeka....

    Setuju juga dgn pendapat bahawa sesetengah masyarakat malaysia khususnya org melayu yg masih lg dijajah.

    Dijajah mindanya, yg berminda hamba. Minda hamba yg tidak terbuka. Minda yg jumud. Minda yg tidak dpt melihat kebaikan sebaliknya bergelumang kemungkaran.

    Minda hamba yg sering menunding salah kpd org lain diatas kelemahan diri.

    alangkah indahnya, andai ada minda yg bebas merdeka, yg berusaha mencapai matlamat walaupun penuh rintangan dan cobaan. berusaha memantapkan diri dan tidak meletakkan kesalahan kpd org lain.

    Entahlah...........

    ReplyDelete
  16. Sdr Paneh..

    Apa yang Pak Ungku cakap tu banyak terkena pada UMNO BARU. Sebab UMNO Baru dibina atas asas perjuangan Politik individu bukanya Kemerdekaan. Selain itu, generasi dalam UMNO tersebut 90% ialah mereka di pasca Merdeka. Mereka tak tahu apa perjuangan kemerdekaan..yang mereka tahu tembolok masing-masing.

    PKR mendapat perhatian bukan kerana Anwar Ibrahim, malah Anwar itu sendiri lahir dari institusi UMNO BARU tetapi kerana Rakyat Malaysia sudah tak tahan dengan karenah Pemimpin UMNO BARU yang menekan dan gila kuasa serta bodoh sombong (Malu untuk meminta maaf serta marah jika ditegur). Di tambah pula rekod pemimpin kompunen BN yang teruk terutamanya Dato' Samy Vellu.

    Tapi dalam tulisan Pak Ungku ini...he he..pasal Budaya Menyekat ini sampai ke tahap Universiti macam perli AUKU aje ..he he he..

    ReplyDelete
  17. Betul lah tu......!

    setuju sgt jika dikatakan bhw kemenangan PAS, PKR dan DAP buka krn kehebatan mrk sebaliknya kealpaan BN dibuai alunan keseronokan dan keselesaan. sering mendongak ke langit sehingga terlupa kaki dibumi. benarlah saranan PM 'berubah sebelum diubah, berubah sebelum rebah'. marahnya rakyat bukan krn besarnya kereta ahli UMNO tp marahnya rakyat apabila tidak mempelawa menaiki kereta besat itu.

    harap2nya pemimpin2 BN khususnya UMNO merasai akan denyut nadi rakyat. dan semua itu tlh kelihatan apabila terdapat org kuat UMNO yg sanggup turun kg menoreh getah, tidur dirumah kg, berjemaah disurau dan masjid kg. perkara ini perlu diteladani.

    walau bagaimanapun sbg rakyat jgnlah kerana nyamuk kelambu dibakar. kelak yg rugi diri sendiri. cukuplah kekhilafan yg terjadi sama2lah insafi diri. terlajak perahu blh diundur, terlajak kata badan binasa, terlajak perbuatan diri sengsara.

    marilah kembali satukan ummah!!!

    ReplyDelete