Thursday, July 23, 2009

Alam Politik Bangsa dari Anak Kecil

Pak Sedaro nak kongsi sikit beberapa pandangan daripada 7 orang anak kecil yang pernah Pak Sedaro soal-siasat. Nak tengok sama ado budak kecil di umur 12 tahun sudah mengerti apa itu Politik, Haiwan Politik dan Pencacai Politik serta apa jua yang mereka definisi sebagai Politik.

Nama anak kecil ini Ayub berumur 12 tahun anak Melayu dari sebuah kampung terperosok di Jeniang.

Soalan: Chek suka ka dengan orang politik?
Jawab: Suka, awat tanya. Politik tu apa dia?
Soalan: Lagu nie, politik ini orang hak yang Pak dan Mak hang pi sokong la, ada bendera macam-macam warna? Biru ada gambaq Dacing, Hijau ada gambaq bulan, Putih ada gambaq roket, Biru caiq ada kot tengah ada gambaq macam mata lebam?
Jawab: Ohhh....kot tu ka. Chek tak suka semua, lagu tu.
Soalan: Awat pulak? Sat habaq suka.
Jawab: Depa nak bagi cekelat pun. Depa masuk bising aja. Kami nak main pun tak dak tempat. Abang dok habaq lagu nie la, hidup dah masuk 12 tahun dah. Bohong kot ni, kot tu aja...depa ini.

Nama anak kecil ini Maran umur 12 tahun anak India dari sebuah kampung di Rantau.

Soalan: Tamby Boy, ada suka sama politik orang ka?
Jawab: Tak da suka la Pak Cik? Apahal tanya sama saya. Saya bapak juga pandai ini hal.
Soalan: Ohh, itu macam ka boy. Okey, tara apa. Sikit lagi. Ini orang baju Biru, Putih, Hijau, Biru Laut dan Merah, mana satu Boy suka...
Jawab: Satu pun tak da. Semua tak da betul. Sana tipu, sini tipu. Saya susah jugak.
Soalan: Tamby Boy, susah macam mana?
Jawab: Mari Pak cik, tengok saya rumah. Saya bapak dan mak banyak kerja kuat. Ada orang datang jugak, tapi cerita saja banyak. Itu mau bikin, ini mau bikin...saya mati pun belum tentu siap bikin.

Nama anak kecil ini Kwan umur 12 tahun anak Cina dari sebuah kampung di Melaka.

Soalan: Boy, dah makan? Uncle mau tanya sikit boleh? Suka orang politik?
Jawab: Sudah, Boleh...Politik tak syok oohhh, uncle.
Soalan: Apa hat tarak syok? Boy bapak bukan senang sama politik ka?
Jawab: Tarak lah uncle. Hari-hari mau makan free. Semua pun sama, Biru, Putih, Merah, Hijau, Biru Laut. Ini semua kambing Uncle.
Soalan: Hait, banyak marah you Boy? Apa dia sudah bikin sama you?
Jawab: Tara guna mau cakap Uncle. Saya bapa meniaga. Dia orang mau makan free, ini macam susah la. Kerja tak mau, datang kangkang saja. Kita bukan BODOH lagi.

Nama anak kecil ini Dashan umur 12 tahun anak Sikh dari sebuah Pekan di Kuala Lipis.

Soalan: Boy, ada senang. Boleh uncle cakap sikit?
Jawab: No problem uncle. Saya pun boring.
Soalan: Boy suka politik? Mau jadi politician macam Karpal Singh?
Jawab: Politik suka. Karpal Singh tak suka.
Soalan: Kenapa tak suka Karpal Singh? Ada orang politik buat kacau ka?
Jawab: Dia sudah tua, buat malu. Duduk rumah pergi Kuil lagi baik. Orang politik tak buat kacau. Dia orang mari pun tak dak. Bohong keliling pandai, la. Kerja macam kambing.

Nama anak kecil ini Kulup umur 12 tahun anak Orang Asli dari sebuah pekan di Batu Pahat.

Soalan: Abang mari kejap, tak payah malu lah? Pak cik nak tanya sikit.
Jawab: Ok. Apa hal?
Soalan: Ada suka tak sama orang politik?
Jawab: Suka, kenapa?
Soalan: Orang politik macam mana? Dia selalu datang ke?
Jawab: Entah. Selalu tak juga. Tapi sekali datang syok, macam-macam ada.
Soalan: Banyak ke dapat macam-macam tu?
Jawab: Banyak juga, beri pagi habis petang. Tu aje lah...

Nama anak kecil ini Siangang umur 12 tahun anak Iban dari sebuah kampung di Limbang

Soalan: Abang, sekejap. Nak tanya sikit.
Jawab: Boleh, tapi sekejap aja. Saya malu.
Soalan: Tak perlu malu. Ada tak orang politik datang ke kampung?
Jawab: Tak ada.
Soalan: Ada tak bapa atau mama kasi tau, kalau mau sokong politik sokong siapa?
Jawab: Ada, tapi dia bilang sokong saja. Yang lain tak perlu. Dia orang bukan betul, penipu ada.
Soalan: Tipu macam mana?
Jawab: Dulu, masa saya kecil. kata mama, dia mau beri itu dan ini, ada kedai, klinik, sekolah, api, air, ladang, dan haiwan untuk jaga. Tapi sampai sekarang, tak ada. Itu lah PENIPU namanya.

Nama anak kecil ini Ronny umur 12 tahun anak Kadazan dari sebuah kampung di Kota Marudu.

Soalan: Abang, mau tanya sikit ba.
Jawab: Boleh, tanya apa?
Soalan: Orang politik suka tak?
Jawab: Tak suka ba. Dia orang suka bohong ba.
Soalan: Bohong macam mana?
Jawab: Jumpa saja bagi RM10. Cerita mau bikin macam-macam masuk kampung. Tapi tak nampak pun. Hidung pun tak nampak.

Pembaco budiman ini merupakan 7 orang anak kecil yang memberi pandangan budak-budak dalam alam POLITIK BANGSA. Jika di kaji secara mendalam, banyak bahasa tersirat yang cuba ditonjolkan oleh mereka.

Jika di lihat kepada kekerapan wakil rakyat yang menuruti kaedah dan pedagogi seorang WAKIL RAKYAT - ternyata gagal. Baik GAGAL dalam erti kata rakyat, juga Panglima dan Pegawai Wakil Rakyat tidak JUJUR dan IKHLAS dalam melaksana amanah.

Gamaknya ramai juga Wakil Rakyat yang terpaksa menjawab kecuaian AMANAH di kubur nanti. Kepada Pegawai yang mengaku TAAT SETIA kepada wakil rakyat, juga terima beban yang sama. Ingatlah bahawa KERAKUSAN dan KETAMAKAN wakil rakyat bukan alat cagaran Rakyat.

9 comments:

  1. Orang politik memang la...berrebut nak kuasa, bila dah dapat, masing2 dah gemuk poket, perut pun gendut, ladang pun bertambah2luas, projek pun berkati2 dapat...semua pun lupa la...dan buat2 lupa....terutama pada bendera merah putih, bulat di tengah2 dan ada keris dlm bulatan....dia punya libas!!! mak oii...dasyat...!!! kok elok tak po yo...ini tibai keliling!!!!

    ReplyDelete
  2. kalau diorang pikir pasal kubur.. syurga nerako.. takdo sapo yang hingin nak jadi orang politik ni.. tapi bilo kepalo sebok pikir pasal untung.. tu yang melibeh kiri kanan tu... kaut apo yang sompek.. yang memilih pun tak pasal2 sesamo tompang tuii..

    ReplyDelete
  3. sokong pendapat penanggah,

    marilah kito satukan politik dalam Islam... InsyAllah takdo pihak yang sakit hati..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  4. Salam Bro

    Dah dasar politik pun atas janji air liur. Kalau kalah langsung tak di tunaikan janji tu. Kalau menang dia akan tarik tali lah. Tenguklah Negeri yang dah duduk di bawah pembangkang sekarang, macam2 hal...dia main tarik tali sesama sendiri, rakyat jugak yang rugi, kerja tak buat cuma cari salah orang aje.

    ReplyDelete
  5. pembangkang elok jadi pembangkang ajo baru botul,
    macam chegubard tu ha.. projek landasan keto api baguih.. jalan soromban-gomeh naiktaraf 2 lane baguih.. cumo orang kampung dapek pampasan yang tak sotimpal.. elokla tu chegubard perjuangkan..

    kut chegubard duk dalam karajaan nogri payah pasal banyak nak catch-up prosedur2 pengambilahan tanah, penilaian tanah, pengeluaran wang dan lain-lain...
    dio cakap pandai la..
    kut den pandai cakap den akan koba kek org yang tanah kono ambik tu banglo sorang sebijik.. solobih eh lu pikir la sendiri..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  6. salam...
    yo.. den sokong ekao selagi ado yg ingin lotak islam kek atas...

    ReplyDelete
  7. Lagu UmNgok...
    Bersatu kita bersatu...
    Dgn setia berganding bahu...
    Tipu terus menipu...
    Kita TIPU MELAYU...
    Bersama kita bersama...
    Menjunjung hasrat semua...
    Berjasa pada kroni...
    Anak isteri dan bini...
    Lambang kita yg rebah dipandang keji dan haprak...
    Bersatu bersedia KHIANAT Cogankatanya...
    UmNgoK terus lara ROMPAK RAKYAT MALAYSIA.
    HamPeh!!!

    ReplyDelete
  8. sayang botul pak puk ni dgn umno sampai hafal lagu umno utk dimodified. itulah bukti kasih syg paling agong abad ini. kah kah kah...

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  9. sanggup dia hapal...nih jenis2 kepala orientalis nih...mcm set2 yg seleweng Al-Quran dgn ciptaan mereka sendiri...jenis lagu nih laaa....:)

    ReplyDelete