Sunday, July 5, 2009

Doktor Falsafah "DEMOKRASI"? Mari Mana?

ALOR SETAR 5 Julai — Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengadakan Majlis Konvokesyen Khas pada 17 Julai ini untuk memberi anugerah kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Naib Canselor UUM Tan Sri Dr Nordin Kardi berkata, Tun Abdullah akan menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi. Tuanku Canselor Sultan Kedah berkenan untuk berangkat ke majlis penganugerahan itu. Penganugerahan itu bertujuan menghargai jasa dan bakti cemerlang Abdullah yang sanggup berkorban demi memastikan rakyat negara ini memahami dan menghayati demokrasi. “Paklah adalah seorang yang sangat konsisten menjiwai dan memahami demokrasi dan antara asas demokrasi beliau ialah rakyat mestilah mampu berdikari, berfikir sendiri dan setiap rakyat menyumbang kepada keharmonian negara,” kata Nordin kepada pemberita di sini hari ini.

Inilah fenomena ilmu PALING lucu dan menyobabkan Pak Sedaro berguling-guling ketawo. Banyak sudah universiti Dunia yang Agung dan Tersohor yang Pak Sedaro tahu, pernah melawat dan bercakap laie dongan Vice Canselor, tapi Malaysia cuba nak mengubah DUNIA ILMUAN...Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepada Tun Abdullah?

Apakah ini kaedah untuk Memalukan Tun Abdullah? Apakah ini satu lagi sandiwara ilmu golongan Neo-Harvard 6 bulan?

Kalau ia pun hendak memberi nilai ilmu kepada Tun Abdullah, berilah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Hadhari atau Pengurusan Sains Sosial. Atau cipta Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Modal Insan atau Tamadun Hadhari...

Atau beri Tun Abdullah gelaran Prof. Emiritus dan keDoktoran Falsafah dalam bidang Pengurusan Kepemimpinan Islam Hadhari...

Kenyataan Pak Din, NC UUM seperti tersampuk Hantu Sintok. Siapa yang sebenar menampan demokrasi? Belajar berdikari...siapa dia? Malulah sikit Pak Din.

UUM dibina atas falsafah Pengurusan atau secara tersiratNYA UUM itu "Harvard of the East di kelompok Benua Timur". UUM ini diasas dengan air mata dan DARAH para pejuang yang gugur di Medan Sungai Sintok dan Sungai Badak. UUM ini merupakan Mercu Menara Bangsa di tanah paling Utara tanahair dengan memberi makna kepada Daerah Kubang Pasu, kawasan mantan PM ke-4.

Para ilmuan veteran dan Guru @ Pendeta Ilmu tua yang masih bernafas di Malaysia, nyata sedih dengan adanya satu bentuk penghargaan yang dongeng sifatnya Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi...ha..ha..ha..he..he..he...

Ontah mari mano fahaman ini...

6 comments:

  1. Apa yang Dollah sudah buat? Adakah dia merobohkan sebuah pemerintahan sosialis atau komunis dan menegakkan pemerintahan demokrasi di Malaysia ini? Atau setidak-tidaknya menghalang penubuhan sebuah pemerintahan bukan-demokrasi barulah padan dengan anugerah itu.

    Biarlah berpadanan. Jangan nanti anugerah yang berprestij begitu jadi mainan hingga nilainya setaraf dengan bag plastik pembungkus sampah buangan.

    Kalau nak bodek pun, jangan sampai nampak kebodohan sendiri!

    ReplyDelete
  2. Pak sedaro lai bijak dari pak din
    mako den menyokong ponoh jiko pak sedaro di calunkan sebagai NC UUM akan datang....

    ReplyDelete
  3. haha..

    Kalau mcm tu pun boleh dapat Dr Falsafah, saya cadangkan UUM turun pangkat ke sekoleh rendah..

    Maksimum lulus UPSR je

    ReplyDelete
  4. Saya cadangkan kepada pihak UUM Kedah memberi anugerah yang bernama :FALSAFAH FLIP DAN FLOP DENGAN KEPUJIAN KELAS PERTAMA'kerana 6 tahun Pak Lah memerintah Malaysia jadi hancur..waNG pETRONAS ENTAH KEMANA dan pembangunan ZERO ..zero and zero.

    ReplyDelete
  5. kalau nak bodek pun, biar lah kene tempatnya....tah apo2 ntah...buek ditertawokan org yo...

    ReplyDelete
  6. Salam Bo

    Setahu saya Pak Lah yang merosakan foundation demokrasi Malaysia mengikut acuan otak beku dia...dulu mana ada sangat demonstrasi lepas AnWar masuk dalam...Zaman Dolah memerintahlah kita dapat lihat pemimpin yang banyak meranapkan kedaulatan negara kita pada S'pura...Nak bina jambatan dalam wilayah sendiri pun kena minta restu dari S'pura apa hal...S'pura tambak wilayah dia minta kebenaran kita dari Malaysia ke..Dolah tak layak untuk apa2 anugerah dari Universiti di Malaysia pun..

    ReplyDelete