Warga Paneh Miang berkesempatan ke Kota Belanda di Kampung Teluk Gedung, Selatan Pangkor yang terletak dalam kawasan MB Perak. Kota ini dibina pada 1680 oleh pasukan tentera Belanda dan merupakan kesan penjajahan pertama Eropah di negeri Perak. Kota ini juga dijadikan kubu pertahanan untuk mengekang serangan yang dilakukan oleh penduduk tempatan yang memberontak terhadap penjajahan Belanda. Selain itu, kota ini juga berfungsi untuk mengawal laluan dagangan di Perak terutamanya bijih timah. Walaubagaimanapun, seorang pahlawan tempatan yang digelar Panglima Kulup telah menyerang Kota Belanda beberapa kali sehingga akhirnya berjaya mengusir keluar penjajah Belanda dari Pulau Pangkor.
Tak de bezanya Belanda dgn UMNO/BN...kedua2nya penjajah!! satu penjajah asing dan satu lg penjajah dlm negara!!!! tp penjajah dlm negara ni lg teruk, dia menjajah sendiri rakyat dan negaranya atas nama KUASA MEMERINTAH, faham2 saja la.......!! 2X5 jer...
ReplyDeleteKHAIRY BAKAL TERSUNGKUR - RAZALI READY, RAKAN LAIN SIBUK
ReplyDeleteRazali Ibrahim tidak sabar-sabar lagi untuk memangku jawatan Ketua Pemuda Umno? Tak kan belasah Khairy dalam senyap kot
Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang amat agresif dan mempunyai potensi kepimpinan tinggi, akan di bunuh kerjaya politiknya. Anak muda yang pintar ini tidak dibenarkan berkembang di bawah kepimpinan Najib kerana Rosmah dikatakan tidak menyukai beliau. Umno akan terus berpecah tapi malang buat Khairy Jamaluddin, rakan-rakan rapatnya sebelum ini adalah musuh beliau sekarang. www.selamatkanumno.blogspot.com telah dimaklumkan sehingga dalam Pemuda sendiri sudah ada kem-kem yang menunggu sahaja agar Khairy jatuh dengan tuduhan penggunaan politik wang. Khairy sendiri dikatakan mahu berundur dari jawatan tersebut tetapi pengunduran nya pasti akan memberi kesan buruk pada Umno.
Norza Zakaria masih dengan Khairy ke? Semangat setia kawan masih kekal pada Khairy.
Ramai sekarang yang sudah naik tocang dengan mengutuk dan menghina Khairy Jamaluddin. Ramai yang sebelum ini bersekongkol dengan Khairy Jamaluddin kini mengutuk, mengkritik dan menghentam Umno. Kita tengok rakan-rakan tingkat empat, kita tengok Reezal Merican, kita tengok Norza Zakaria, kita tengok Datuk Wan Ahmad Farid, mana mereka semua kini, adakah mereka bersama-sama Kj atau kini hanya bermuka-muka. Mereka hari ini membelasah KJjdalam kem Najib dengan harapan Najib akan menerima mereka semula. KJ akan menjadi mangsa politik seterusnya dan ini pasti memburukkan lagi Umno.
Dalam Pemuda juga, Datuk Razali Ibrahim sudah mula dikatakan akan memangku Ketua Pemuda Umno. Razali dikatakan akan memangku jawatan Ketua Pemuda dalam keadaan KJ akan terus di tekan hebat. Sejarah memangku Ketua Pemuda akan berulang lagi sungguhpun adalah lebih baik Razali bersabar dari tergopoh gapah mahu memangku jawatan tersebut.
Pak Lah, bapa mertua Kj juga tidak akan dapat menyelamatkan Kj. Kedudukan semakin tenat dan Umno semakin sakit. Ingat KJ adalah aset dalam Pemuda tetapi kenapa rakan lain hari ini sanggup mengatakan beliau liabiliti. Dulu bukan main sokong lagi dan hari ini, semakin jauh perginya. Bagi rakan-rakan yang dahulunya bersama-sama Khairy Jamaluddin, hari ini duduk bersama Khairy sudah cukup untuk dikatakan merosakkan kerjaya politik. Semua hari ini berlumba-lumba untuk mencari ruangan dengan Najib. Semua dikatakan sanggup melakukan apa sahaja termasuk menghentam Khairy Jamaluddin. Mungkin hari ini Khairy akan sedar bahawa jalan beliau semakin tertutup dan kedudukan beliau semakin diancam. Ketua Pemuda Umno itu akan menyaksikan rakan-rakan beliau menghentam beliau. Bagi kem Najib pula – kalau mereka boleh belasah Khairy sedangkan dahulu memang rapat, awas sekiranya mereka diberi tempat. Mereka tidak jujur dan mereka hanya mahu memastikan kedudukan mereka sahaja.
Posted by Anti Najib at 5:57 PM 0 comments
bengong btul ano 1235 ni nak kelirukan org. penjajah belanda tu rakyat boleh pilih ke dlm pilihanraya ngok? rakyat yg bg mandat pd bn utk memerintah yg ko sakit hati pasal apa? kau marah rakyat sbb tak pilih pembangkang ke? marah la rakyat kalo brani.
ReplyDeleteTapi kini rakyat dah sedar dan tahu UMNO/BN selama ini menipu rakyat di sebalik slogan muluk2...tp belakang rakyat, semua disapu licin...ok lah, UMNO/BN menang dlm P.Rayakan..tp Pilihan Raya akan datang, jom kita pakat semua rakyat, jgn undi UMNO/BN lagi...sebab undi adalah hak mutlak semua org...org punya suka la nak undi sapa...tp lps ni sakit lah UMNO/BN termasuklah GEDOYOK...moyok la ko lps ni...
ReplyDeleteUndi UMNO/BN umpama kita bersubahat dgn pembuat dosa sepanjang hidupnya...nauzubillah...kita tetap ada dosa sekali...hati kita tidak akan tenang seumur hidup jika kita tersalah undi UMNO/BN kerana memikirkan mereka melakukan perbuatan salah mk kita terheret sama...insafla...
Good article bro!
ReplyDeleteONE MALAYSIA DAN ONE ISRAEL SATU KEBETULAN??
ReplyDeleteSebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel.
Adalah amat memeranjatkan, semua yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa berkebetulan dengan Israel malah dari segi perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.
Konsep One Israel 1980
Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.
Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.
Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri.
Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.
Kesimpulan
Namun demikian, tiada teori konspirasi yang boleh dikaitkan antara Malaysia dan Israel dalam memperkenalkan konsep ini. Sama ada ia satu lagi kebetulan selepas Wawasan 2020 adalah terserah kepada penelitian pihak pembaca.
Konsep One Malaysia dan One Israel setakat ini kami mentafsirkan sebagai satu lagi kebetulan. Mungkin selepas ini Malaysia akan melancarkan lagi beberapa dasar yang berciri-cirikan kebetulan.
Sebagai rakyat Malaysia, kami mengharapkan tiada unsur-unsur pengaruh luar (Israel) yang menyelubungi pentabdbiran kerajaan Malaysia sekarang. Mudah-mudahan Malaysia sentiasa aman makmur lagi berdaulat!
Ikuti TEORI WAWASAN 2020 dan kaitannya dengan Israel di Rencana Rakyat
pru13 rakyat tetap akan pilih bn. ingat kata2 aku semua wahai penyokong2 pembangkang. apabila rakyat dah rasa selesa maka apa perlunya perubahan? tak belajar theory of needs ka? keh keh keh.
ReplyDeleteGodoyok kata :
ReplyDeletetak belajar theory of needs ka? keh keh keh.
Aku kata :
Tetapi kalau ikut teori keperluan juga, manusia akan mencari keperluan yang lebih baik dari sedia ada,jika pihak lain menawarkana lbh baik dr sedia ada...Bukankah itu naluri manusia?..soalnya pihak lagi satu berupaya membuat tawaran lbh baik dr sedia ada, maka semua manusia akan pergi kepada dia...itu juga satu keperluan bg setiap manusia...
jadi, aku nasihat ko spy buat lah kerja kau dgn lbh tekun lagi, spy Pilihan Raya akan datang (lbh kurang 2 th lg) kau tidak berputih mata..kalu nak ikut masa dah agak suntuk dah ni...tp aku harap ko cuba terbaik lah...aku nak tgk..
betul kata gedoyok tu hompuk. skrg mmg bn tgh buat keja dan pru13 insyaAllah masih milik bn. takut kau je yg penat kempen memburukkan bn di blog ni tapi akhirnya kau sendiri yg berputih mata. bab pihak lain tawarkan lebih baik tu aku rasa tak kemana pun. pusing2 tang tu juga. dah lebih setahun pun memerintah negeri tp masih di takuk lama. nak buat perubahan tak perlu masa yg lama yer dak? tanya staf2 majlis daerah di bawah kerajaan pembangkang apa depa nak habaq.
ReplyDelete-tom tem bak-
Ye la hompuk...BN /UMNO bertungkus lumus tak kira siang malam, sampai tak cukup tanah nak berlari sana sini semata2 rak pujuk rakyat sokong mereka dgn pelbg penawaran lumayan...tp kita dah faham bona putar alam UMNO/BN ni hompuk...tp berapo ramai bona yang termakan gula2 manis UMNO/BN yg didalamnya racun hompuk...sekali terkono tak dapek org nak cayo waris...kok ekau terlopong nanti...2 th lg tak lamo lg waris...kita samo2 tgk game ni waris...sb kita bertokak pun tak guna waris...serah pd rakyat...ko tak leh claim mcm2 waris...tgk lah pd Manek Urai dulu sbg indikator awal waris....!!!
ReplyDeleteki ki ki... teruskan....
ReplyDeleteteruslah bermimpi, gamaknya dgn kemenangan dibeberapa kawasan yg disandang sendiri sblmnya blh nak dijadikan indicator kpd kemenangan PRU13. lucu bunyinya tp itulah hakikat kata2 org yg nak menyedapkan hati juga nak membodohkan rakyat.
rakyat dah sedar dan insaf akan kesilapan lalu, krn pengaruh emosi makanya beberapa negeri tlh hilang arah tuju. beberapa kawasan tlh merudum layu. janji yg diwar2kan ghaib entah kemana. mimpi indah yg diharap menjadi realiti rupa2nya hanya gula ditepi bibir. Biarlah UMNO bermain silap mata tetapi rakyat dpt merasa keuntungannya daripada hamburan janji indah rupa2nya hampeh belaka bahkan rakyat pula yg menderita. makanya terlajak perahu undurkanlah ia, tersalah pilih PRU12 maka PRU13 pilihlah yg tlh terbukti jasanya.
insaflah juga....
Rakyat juga telah sedar bhw dgn memilih BN/UMNO lg bermakna akan lebih teruklah kehidupan rakyat...betapa rasuah dan penyelewengan kuasa demi kepentingan diri semakin mejadi wabak yg sudah tdk terkawal lagi....
ReplyDeleteInsaflah...sokong UMNO/BN memang akan membawa rebah bg rakyat....