Thursday, August 27, 2009

Berita Untuk Tok Sahak

Sinar Harian 26 Ogos 2009, LENGGENG - Walaupun negara sudah mengecap pelbagai kemajuan sejak mencapai kemerdekaan namun masih terdapat rumah di Kampung Tengah Lenggeng tidak mempunyai kemudahan bekalan air dan elektrik.

Kini, sudah masuk lima tahun seorang ibu tunggal, Nordiana Bahar, 33, bersama anaknya Najmi Amri Shah, 13, terpaksa bergelap setiap kali tibanya waktu berbuka dan bersahur disebabkan tidak mempunyai bekalan elektrik.

Rumah yang dibina bekas suaminya ini sememangnya tidak disediakan dengan kemudahan tersebut, namun wanita ini tetap tabah meneruskan hidup serta menjalani ibadah puasa seperti masyarakat Islam lain.

Nordiana berkata, sejak dahulu dia dan anak terpaksa berbuka serta bersahur dalam keadaan gelap sambil bertemankan cahaya lilin.

"Syukurlah setakat ini tiada apa yang berlaku biarpun rumah saya sering kali dimasuki binatang berbisa," katanya.

Menurutnya, hati siapa yang tidak sedih melihat rumah lain diterangi cahaya elektrik sedangkan dia hanya mampu menggunakan cahaya lilin, namun itulah situasi yang perlu dihadapi.

"Mujurlah adik yang tinggal di rumah bersebelahan sudi berkongsi bekalan air dengan membenarkan saya menyambung saluran paip dari rumahnya.

"Nasib baik kami ada punca air untuk menjalani kehidupan seharian seperti membasuh dan memasak. Jika tidak lagi sukarlah kehidupan saya," katanya.

p/s: Sebelum ni penyokong Tok Sahak pernah bagi komen dalam blog ni yang Tok Sahak suka mengambil berat akan ibu tunggal. Apo cerito ni Tok? Dah 5 tahun ibu tunggal ni menderito kek kawasan yang dulunya Tok Sahak ponah jadi Adun. Ketua Umno Bahagian Seremban dengan YB Mus Lenggeng nak dok diam sajo ko?

5 comments:

  1. Lama tak dgr cerita pasak Datuk Ishak ni, apa kabar agaknya...


    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Namapknya masih ada yang tertinggal, jalankan amanah yangdiberi rakyat..

    ReplyDelete
  3. Ha Ha Ha ....pecah tembelang Dato Ishak Ismail. Cerita satu Malaya dia buat macam2 kat Lenggeng masa jadik wakil rakyat ....
    Memang penipu ......

    ReplyDelete
  4. Bulan puasa ni korang tak abis nak mencari kekurangan sesorang .pelik boto lah melayu ni .Baru se orang mungkin tercicir utk dibantu oleh Dato Sahak ,dah hebahkan satu Dunia.Apo jadi kepada yang ramai yg telah ditolong oleh Dato Sahak ni.Jgn lah sebab nilo setitik ni nak Rosakkan pulak Susu sebelango.Siasat lah dulu umat yg sorang ni.Jgn dok nak balun yo dlm laman paneh .Setidak tidaknyo org lain tahu Dato Sahak telah banyak menolong IT IT baik di kawasan Lenggeng Maupun Dlm Jajahan UMNO Bahagian Seremban.Cuma tak mau diheboh hebohkan. Kepada Dato Sahak bersabarlah hanya ALLAH S.W.T yg maha mengetahui segalanya.

    ReplyDelete
  5. utk samdol yg golak bosa kek atas tu.. "abih kau ingt, mat hassan tu tak penipu ko??? bodek kuat kau nie.... tu psl melayu dlm umno nie jahanam! dato ishak bkn malaikat, tp tak tau lah klu kau dah angap mat hassan tu tuhan kau plak kn???" heheee =p

    ReplyDelete