Friday, September 11, 2009

AWAS Komunis Nusantara Kembali!

Pak Sedaro dok lama teropong, sama ada gerakan tertentu menyambut di Jakarta. Ternyata, telahan Pak Sedaro 10 bulan marin benar, berasas dan punya jejak yang di tinggal berdarah di Jakarta.

Jika Rakyat dan Pembaco Budiman perasan... Gerakan ini bermula dari Negara Gajah Putih. Kemudian, di alir ke Tanah Melayu. Lewat beberapa hari lalu, berasap di Indonesia. Usaha subversif, atau bahasa kitab Merahnya "Min Yuen" sedang dirancak secara teratur oleh personaliti tertentu dalam ASEAN.

Partai Komunis Indonesia telah melakukan provokasi BERNANAH dalam akal sekelompok rakyat tidak berdosa PANCASILA. Penat Presiden SBY selepas Puasa ini.

Untuk Rakyat Malaysia baik di Tanah Melayu, mahu pun Sabah dan Sarawak, juga yang bermukim di Indonesia, bacalah dengan lidah yang fasih dan lancar. Bacalah dengan akliah dan jasad perjuangan yang menebal.

Pak Sedaro tak mahu KITA gamat, gayat dan goyah. Selagi mana Akta Keselamatan Dalam Negeri berkuatkuasa di Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah, insyaallah, kita akan AMAN dan DAMAI.

Partai Komunis Nusantara sedang mengganas. PKM sudah berkubur secara BERSENJATA API, tapi masih bernafas dalam lumpur dan kesumat yang tidak merdeka dan tidak BERTAKLIK kepada Kepercayaan Kepada Tuhan.

Wahai umat Malaysia, moga Ramadhan ini Allah berikan ganjaran dan hikmah untuk anak-anak Merdeka Malaysia BERSATU MEMBINA NEGARA, MEMPERTEGUH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, MEMBASMI MUSUH DALAM SELIMUT DAN GUNTING DALAM LIPATAN.

Ingatlah, bahawa Allah berfirman dalam Surah As-Shams, intipati utamanya agar Manusia memilih jalan baik atau pun jalan durjana.

IQRA!

No comments:

Post a Comment