Friday, September 18, 2009

Tak baik tipu tau...

Tersebutlah sebuah ceritera, seorang salesman Hindu telah menemui ajal. Ketika di alam lain, salesman itu telah ditempatkan di sebuah bilik menunggu sebelum diputuskan sama ada ke 'syurga' atau 'neraka'. Semasa menunggu, salesman tersebut berasa hairan kerana dilihatnya bilik tersebut dipenuhi dengan jam. Ada beraneka jenis jam di situ dan pergerakan jarum jam tersebut tidak pula sama antara satu dengan yang lain. Ada jarum jam yang bergerak laju dan ada pula yang bergerak perlahan. Seketika kemudian, salesman tersebut didatangi oleh dewa bertangan lapan.

Salesman: Boleh tanya ka? Kenapa ini bilik ada banyak jam jugak?

Dewa: Oh...semua jam ni adalah petunjuk dosa manusia. Setiap orang ada jamnya sendiri.

Salesman: Petunjuk dosa? Tapi kenapa semua jarum jam gerak tarak sama?

Dewa: Hmmmm...jarum jam ni adalah petunjuk jika seseorang itu menipu. Jika setiap kali individu itu menipu, maka jarum jamnya akan bergerak. Semakin banyak dia menipu, maka makin lajulah jarum jam yang mewakilinya bergerak.

Salesman: Itu macam ka? Itu jam saya punya mana?

Dewa: Hah...ni jam kau (sambil menunjukkan ke arah sebuah jam).

Salesman itu melihat 'jam tipu' nya bergerak agak perlahan. "Nampaknya ada can aku masuk 'syurga' pasal manyak perlahan aku punya jarum gerak", katanya dalam hati.

Salesman: Incik dewa, sikit mau tanya...bulih ka tengok jam kawan.

Dewa: Kawan kau sapa nama?

Saleman: K anak/omak J.

Dewa pun tunjukkan pada salesman tu jam milik kawannya. "Uishh...manyak laju juga jarum dia gerak. Sah la K a/o J ni suka menipu", kata salesman tu dalam hati.

Salesman: Lagi sikit juga mau mintak tolong. Bulih tengok jam pemimpin Malaysia ka?

Dewa: Banyak songeh la kau ni. Jam siapa pulak yang kau nak tengok?

Salesman: Mr. Samy Vellu sama Brader Anwar Bin Ibrahim. Kasi tunjuk la dewa...

Dewa: Lor...kau tak nampak ke yang berputar ligat kat syiling tu. Jam depa dua tu kami bikin kipas.

4 comments:

  1. Tuan, lepas ni setiap kali terpandang kipas yang berputar pasti aku teringat dosa dosa depa..

    Boleh pakai ka teori ni..

    ReplyDelete
  2. whoaaaaa ....


    chopp!!!! siapakah "ittew"??

    Yay!! muhkakakkakakaka


    sekseyy ok!


    kahkahkah


    mmmm ~ campus life? paham paham .. muhahahhahaha

    ReplyDelete
  3. Bang Paneh, ada berita baru bang, muka beruk MB palsu keno lontar cat merah. Padam muko beruk bingai tu, dasar tak sodar diri, sikit2 cakap pusing konon PR nak keliru rakyat tapi 1 Malaysia pun tak keliru Bang, yang keliru pelopor 1 Malaysia, malunya akuuu ada melayu yg bengap dan kutty muda ni.

    ReplyDelete
  4. Salam sahabat,

    SELAMAT HARI RAYA ‘IDIL FITRI
    Maafkanlah kat kawan kalau ada terlajak tulis, terpanjang tajuk, terumpat keji dari ujung rambut sampai ke kaki………….

    ReplyDelete