Friday, October 9, 2009

Bumi & Non-Bumi ...

Pak Sedaro fikir, ramai orang sibuk memulun di Bagan Pinang malam ni, sobab tingga 24 jam ajo nak braso kepala akal pengundi agar memilih siapa yang nak dipangkah pado pagi 11 Oktober 2009.

Pak Sedaro nak senduk dulu, pemikiran 34% warganegara Kaum-Kaum Lain, yang mungkin juga menyokong dan tidak menyokong salah satu antara banyak parti siasah dan parti pemerintah Persekutuan dan Negeri-negeri.

Pak Sedaro menyelidik Blog 1 Malaysia, rupanya terlalu banyak dipertikai soal Bumi dan Non-Bumi. Kenapa bila beli rumah, kereta, ASN, tanah sebagainya yang bersifat Aset atau Harta maka wujud kluster Bumiputera dan Bukan Bumiputera? Pada kaedahnya harga yang ditawar kepada Bakal Pembeli Bumiputera sedikit lebih rendah daripada Bukan Bumiputera...

Kepada kelompok warganegara yang masih kelabu, kuning dan kelam Perlembagaan Persekutuan 1957, yang mula diriwayat pada 1948. Inilah yang dinamakan dalam pengkisahan panjang lebar oleh pakar sejarah dan pakar perundangan dunia serta digazet mematuhi Perkara 153. Jika saudara-saudari rakyat Malaysia, dan setuju dengan Perundangan Persekutuan dan Perlembagaan Persekutuan, jangan la...ungkit lagi, soal ini. Bila dah tak dapat nak kelepet skrip, langsung diberikan pertuduhan bahawa Apakah ini dierti sebagai 1 Malaysia?

Hallo kawan, Negara Malaysia ini ada daulatnya yang NYATA dan HAKIKI. Kepada rakan Kaum-kaum lain, yang masih tidak boleh menerima Perlembagaan Persekutuan dan Kuasa-Kuasa Mutlak yang terkandung di dalamnya...Pak Sedaro minta saudara-saudari "lucutkan kewarganegaraan diri sendiri".

Jangan main politik dengan istilah Bumiputera dan Bukan Bumiputera. Jangan gunakan kenyataan ini sebagai bahan dan skrip adu domba dan muslihat perang saraf, kepercayaan dan ideologi politik assabiyah masing-masing.

Jangan dendangkan perihal Bumi dan Non-Bumi lagi, Jangan dendangkan perihal Keris, Tombak, Kerambit dan Tekpi. Jangan dendangkan perihal Tanjak, Baju Melayu, Baju Kurung, Bunga Mawar dan Warna Kuning. Jangan dendangkan perihal Tabal, Kerjan dan Adat Istiadat Raja-raja Melayu. Semua ini adalah HAK HAKIKI Rakyat Raja yang diperturun oleh pemerintahan 600 tahun lampau. Suku-sakat dan datuk nenek moyang kalian, datang hinggap bersinggah menikmati hasil dagang dan jualan sahaja di kala itu.

Solosai INGATAN KERAMAT tadi. Masuk pula, N 31 Bagan Pinang. Gamaknya dalam pembacaan penggemar blog PM ini, ramai juga warga PAS-PKR-DAP. Namun kualiti perbahasan kalian "PAKATAN ARUS SONGSANG" masih ditebing curam yang tinggi. Tak jojak dan terjuntai perasaan ingin kembali TAUBAT....Namun sobab proses indoktrinasi Mursyidul Am PAS, dengan kuliah dan syarahan putar belitnya...menyebabkan ramai melopong dan izinkan LANGAU berendam dalam kerongkong JERANGKUNG.

Apakah seorang Pendakwah atau Da'i yang tulen, sanggup menggadai diskripsi jiwa raganya dengan membikin adjustment KUBRA pada kalimah toiyibbah...? Pak Sedaro tak perlu buat tempelan sobab siapo yang poei ceramah politiknya semalam, sesungguhnya kaget mendengar hujah-hujah SYIAH yang boleh disabitkan dalam bidang ilmu sebagai KAEDAH PIDATO POLITIK SONGSANG, yang tujuannya untuk perut dan tekak politik semata.

Kalu, Al-Tantawi dengar hujah Nik Aziz...barang pasti beliau akan menangis sedih, kerana Nik Aziz telah mencacat nilai beliau sebagai Da'i yang baik, berkesan dan hebat. Jika Sheikh Abdullah Fahim, iaitu antara guru Nik Aziz sendiri masih hidup, barang pasti beliau menyusun jari mohon keampunan dan taubat daripada Khaliq. Jika Sheikh Ustaz Ahmad Fuad, Tok Kenali, Almarhum Tok Janggut, Sheikh Haji Mohamad Said Al-Linggi, To' Ku Paloh dan Sheikh Tuan Tulis masih hidup, sesungguhnya Nik Aziz merupakan anak didikan kelompok Kaum Muda yang jauh tersasar daripada landasan ilmu. Kesian...

Kenapa Dewan Tertinggi PAS atau Muzakarah Ulamak PAS begitu rendah maqam ilmu dan maqam survival pengurusan tamadun ummah? Kenapa kalian begitu sekali mendendang subjek pilihan yang sebenarnya MENGGALI LIANG LAHAD sendiri? Kenapa kalian tidak berfikir sebagai kelompok manusia POLITIK dan BERPOLITIK secara ADAB,...

Semua ini merupakan PERISTIWA BENAR yang menceritakan siapa PAS-PKR-DAP. Semua ini lakonan? Semua ini kebetulan? Semua ini kenyataan? Atau semua ini BUKTI?

Oleh yang demikian, kepada UMNO sebagai parti Melayu, parti Rakyat Malaysia, parti berasas Islam...mesti BANTU sahabat Rakyat Raja PAS yang makin dicucuk faham ORTODOKS SYIAH. Makin dimamah oleh faham Yahudi jelmaan Anwar Ibrahim...yang masih sepi, ghaibkan diri, berkhalawat mungkin...di sudut dunia berbeza dengan rakan atau banjingan politik rekaan PKR...Sedarlah bahawa Malaysia masih belum matang tamadun BERPOLITIK.

48 tahun lagi, perjalanan penentu...Jika ada lagi By-Election tahun 2010, personafikasi POLITIK media baru mesti dicipta dari SEKARANG....

2 comments:

  1. Beginilah kalau rendahnya nilai gelaran ulama, ustad dan lebai dalam PAS khawarij, tak payah berilmu tinggi dalam hal-hal agama Islam, yang penting mahu pakai kopiah putih cukup untuk diberi gelaran al fadhil-alustad.......

    PAS khawarij bukan nak mendidik masyarakat, mereka cuma nak berpolitik untuk kuasa itu saja.....

    ReplyDelete
  2. aku rasa reverse phycho kau tu tak menjadi la mudz. cuba cara lain la pulok ok.

    ReplyDelete