Monday, October 26, 2009

Hadith Raja


Hadith Rasulullah saw berkenaan pemerintahan Beraja

"Tujuh macam orang, yang Allah swt telah berjanji akan melindungi mereka di bawah perlindunganNya, di masa tidak ada perlindungan, kecuali perlindungan Allah, pertama; raja yang adil..." (HR Syaikhan)

"Dunia itu perbendaharaan yang hadir, yang memakan daripadanya orang baik dan orang yang durhaka, dan akhirat itu perjanjian yang benar, menghukum padanya raja yang adil, membenarkan yang benar dan membatalkan yang batal, maka hendaklah kamu menjadi anak-anak akhirat dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia, maka sesungguhnya tiap-tiap ibu mengikuti akan dia anaknya." (HR Muslim)

"Apabila Allah menghendaki akan kebaikan dengan raja, Allah menjadikan baginya wazir (perdana menteri) yang baik (jujur), jika ia lupa, wazirnya akan memberi peringatan padanya, dan jika dia ingat, wazirnya akan menolongnya. Dan apabila Allah menghendaki dengannya selain demikian, Allah menjadikan wazirnya yang jahat, apabila raja lupa, tidak ada yang mengingatkannya, dan apabila raja ingat, tidak ada yang menolongnya." (HR Nasa'i)

"Adil itu baik, tetapi raja-raja lebih baik berlaku adil. Pemurah itu baik, tetapi orang-orang kaya lebih baik pemurah, wara' itu baik, tetapi ulama-ulama lebih baik baik mempunyai sifat wara' (menjauhkan dirinya dari dosa), sabar itu baik, tetapi orang-orang miskin lebih baik bersabar. Taubat itu baik, tetapi orang-orang muda lebih baik bertaubat. malu itu baik, tetapi wanita-wanita lebih baik mempunyai sifat-sifat malu." (HR Dailamy)

"Sultan adalah payung Allah di bumi ini, tempat bernaungnya orang-orang yang lemah, memberi pertolongan terhadap orang-orang yang teraniaya. Barangsiapa yang memuliakan Sultan Allah di dunia ini, Allah akan memuliakannya pada hari Qiamat." (HR Ibnu An-Najjar)

"Sultan yang adil dan merendahkan diri adalah payung dan tombak Allah di dunia. Allah akan mengangkatnya sebagai 70 orang-orang yang benar." (HR Ibnu Abi Syaibah)

"Dua golongan, apabila baik mereka, maka baiklah masyarakat; iaitu umarak dan ulama." (HR Abu Nuaim)

Pendapat Ulama Tentang Kelebihan Institusi Beraja Islam

Al Imam Ghazali memberikan pendapatnya mengenai raja dan agama seperti maksud berikut;

"Dunia ini adalah tempat bercucuk tanam bagi akhirat, maka tiadalah sempurna agama itu melainkan dengan adanya dunia. Raja dan agama ialah umpama dua anak kembar, agama itu ialah asal dan akar umbi, dan raja itu ialah pengawal. Sesuatu yang tidak mempunyai asal dan akar umbi pasti akan roboh dan sesuatu yang tidak mempunyai pengawal pasti akan hilang. Kerajaan dan kepastian hukum tidak akan sempurna melainkan adanya Sultan. Dan jalan kepastian hukum untuk menyelesaikan perkara pemerintahan adalah dengan Ilmu Feqah."

Syeikh Baihaqi meriwayatkan daripada Kaab al-Ahbar yang bermaksud;

"Sesungguhnya bagi setiap zaman itu ada Raja yang dibangkitkan Allah ke atas hati para manusia zaman itu, maka apabila Allah menghendaki kebajikan untuk mereka (rakyat), Allah akan membangkitkannya sebagai pembawa kebajikan, dan apabila Allah bertujuan untuk membinasakan mereka, Allah akan membangkitkan orang mewah daripada kalangan mereka."

7 comments:

  1. Daulat Tuanku!!!

    Patik doakan agar Tuanku sejahtera dan Negeri kito aman makmur dan rakyat sejahtera....patik amat mencintai NS....

    p/s - dari oghang nogori sombilan...tompek asal Johol, duk jauh dr NS....tp NS totap dihati.....bravo NS...daulat tuanku!!!!

    ReplyDelete
  2. Minggu lepas aku pergi ke sebuah gerai menjual roti john di seremban. Aku pergi ke gerai `tu semata-mata nak beli roti johnnya yang sedap berbanding di tempat lain. Tempatnya adalah di Taman Cengal Utama di Paroi...

    Tapi yang kasihannya penjual roti john tu dalam masa tengah buat roti john tu sembang dengan aku..katanya dia dan rakan-rakan peniaga di situ dah diberi notis untuk melupuskan barang perniagaan mereka ditempat tersebut oleh Majlis Daerah Seremban. Salinan surat notisnya juga ditunjukkan kat aku...sedihnya.

    Dalam rintihannya itu..dia berkata wajarkah rakyat bawahan sepertinya diperlakukan begitu...mana pembelaan untuk rakyat sepertinya.

    Katanya lagi orang melayu sepertinya baru nak berniaga..mana nak cari modal untuk buka kedai atau tempat yang selesa. Kalau ada pun yang di buat oleh Majlis Perbandaran Seremban didirikan di tempat yang tak ramai orang dan tak strategik...tempat macam tu ke suruh orang melayu berniaga?

    Dan lagi katanya dia terdengar di salah sebuah negeri pakatan rakyat gerai boleh di dirikan dimana-mana....dan bagi aku, rakyat bawahan sepertinya keadaan itu menarik hatinya...

    Kalau benar keadaan sedemikian, aku sarankan MB Tok Mat harus mencari inisiatif untuk menarik sokongan rakyat bawahan seperti mereka ini...jangan asyik fikir untuk mereka yang dah mewah dan bergaya sebaliknya nasib rakyat bawahan seperti Brader jual roti john dan sewaktu dengannya haruslah dibela...Inilah masanya nak memenangi hati rakyat kembali...

    Kepada pegawai Majlis Perbandaran Seremban rujuklah kepada menteri besar terlebih dulu sebelum tindakan dibuat dalam hal ni. tolong selesaikan masalah rakyat bawahan ini.

    Dan kepada peniaga-peniaga kecil, gerai-gerai yang perlukan bantuan aku syorkan korang pergilah berjumpa dengan MB korang kat Pekan Rantau setiap Hari Khamis. Suarakan kesusahan korang kat MB kita ni...

    Kasihanlah rakyat...rakyat didahulukan....

    sekian....

    Rosli Rantau(Orangkampung73@gmail.com)

    ReplyDelete
  3. Betul tu! Raja yang ADIL yang benar-benar berlandaskan ugama Islam. Bukan Raja yang berlandaskan politik serta bisnes.....

    ReplyDelete
  4. Daulat Tuanku!

    Kami bangga lahir di negeri BerRaja. Semoga Tuanku dan kerabat diberkati Allah swt. Semuga juga Negeri Sembilan terus maju dengan rakyat yang berwawasan, berfikiran positif dan membawa ke arah kebaikan kita semua, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. orang Melayu di tanah Melayu memeluk agama islam apabila parameswara memeluk agama islam, ia adalah suatu bukti terpenting sumbangan raja kepada perkembangan islam di semenanjung tanah melayu.

    ReplyDelete
  6. Tanggal 1/1/11, jam 4.00pm,bertempat d sebuah klinik gigi yang agak popular di bandar Pantai Timur,aku terpandang sorang pakcik yang agak berusia.Tak dsangka, bermulalah perbualan menarik pasal politik,ekonomi ,sosial dll.Menariknya, walaupun pakcik ni nampak agak tipikal, tapi semua prkmbangan politik diketahuinya."Tapak pinggir bandar ni tempat pakcik n ayah kamu mandi-manda satu masa dulu, pakcik sedih kerana orang kita dah tiada lagi..semuanya dah jadi milik org yang bukan seagama dan sebangsa dengan kita"keluhnya sayu. Tambahnya lagi " mana peranan pemimpin Melayu kita,kalaulah macam ni..x mustahil kita akan masuk hutan pula"..Peliknya,tampuk pemerintahan masih kita pegang, tapi tanah2 dipinggir n bandar dah jadi milik orang.Mereka lantang memperjuangkan hak bangsa(konon),tapi tanah2 org habis Melayu habis digadai.Kalaula macam ni, tak payahlah kita takut kepimpinan diambil alih bangsa lain, kerana bangsa kita sendiri dah lakukannya.Lokasi area bangunan MISC, Ladang Sekolah, tanjung hingga ke pusat bandar asalnya milik sejati org Melayu, kini sudah pupus n jadi milik orang.Yang hairannya, perkampungan Cina terus kekal n dbangunkan dan dihias indah.Masakan orag Melayu nak tinggal disitu, kucing kampung pun dibaham anjing agaknya .Itu d Pantai Timur, d Pantai Barat x tau la saya.Pemimpin sediaada sering laung2kan ketuanan Melayu(tenggorak engkau), pakcik tua yang dah uzur pun pandai menilai.Konklusinya, payah nak dpt pemimpin brjiwa patrotisme mcm era Ghafar Baba dulu,yg ada kini kaki2 merapu n hedoisme je.Duit..duit...duit..sekian.

    ReplyDelete