Monday, October 5, 2009

Naib Presiden PAS - SA! BEBALISME!

Istilah Bebalisme telah ditafsir dan dihurai secara ilmiah dengan panjang lebar oleh YM Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam bukunya bertajuk Islam & Sekularisme 1972. Peristilahan ini turut disambut oleh Prof. Di Raja Ungku Abdul Aziz Ungku Ismail dalam pidato dan ucapan sepanjang beliau menjawat Jawatan Naib Canselor Universiti Malaya.

Mauduk pemikiran yang sama jiwa, rentak dan iramanya turut disambut oleh Timbalan Mursyidul Am, PAS Mantan Prof. Dato' Dr. Harun Din semasa beliau bertugas sebagai Ahli Sarjana di UKM, Bangi.

Gamaknya, barisan dan saf pimpinan PAS masih mendewa kepala akliah BEBAL dalam regim dan kohort ilmu mereka yang tampak secara "TERANG dan JELAS" begitu sontot dan dengkek. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub anak Pontian, Johor sibuk mencacai kisah DALAM KELAMBU dan KAIN Angkatan Tentera Malaysia.

Pak Sedaro nak jengkal dan jontik, anak BANGANG Naib Presiden PAS dan angkatan sekongkol denganNYA,...Angkatan Tentera Malaysia mempunyai ketumbukan pemerintahan tentera yang begitu DIHORMATI oleh rakan, teman, sahabat, kawan dan LAWAN. PAT yang baru juga terdahulu daripadanya dalam PIDATO ULUNG Panglima Angkatan Tentera Malaysia dah berhujah dengan panjang lebar akan memacam Agenda yang hendak dimanfaatkan.

Kenapa Salahudin Ayub, jadi JAKUN dan macam BATAK..membising perkara yang ada Jentera Pentadbiran dan Pemerintahan sendiri seperti ATM? Kenapa dia dulu tak masuk askar dan jadi Pegawai Tentera? Kenapa dalam Parlimen Malaysia tak bawa isu-isu ini kepada sidang 222 Ahli Dewan Rakyat yang boleh memutus Apa JUA KEPUTUSAN penting?

Bersembang dan membohong depan Pengundi dan Rakyat yang bukan pengundi, adalah KERJA KUMPULAN DAYUS PAS-PKR-DAP. Tak pernah lekang untuk TUJUAN MANIPULASI...Kisah Betapa KOTOR dan BUSUKnya Wakaf Che Yeh tak solosai? Sungai Kelantan begitu punya sejarah Tok Janggut yang kini sepi dan BUSUK pun belum BERES? Kisah Selangor yang MERAGAM tak habis-habis masih belum BERES? Kisah Pulau Pinang dengan nostalgia dan sketsa POLITIK DAP yang belum ada penyelesainya? Kisah Kedah masih penuh dengan sandiwara...?

Apalagi yang di SIBUK oleh PAS di Bagan Pinang, hanyalah ibarat pepatah Melayu "Melepas Anjing Tersepit".

Kumpulan Banjingan Politik PAS-PKR-DAP sudah makin HAUS, FAKIR dan DAIF. Kalau beriya benar hendak berjuang, Naib Presiden PAS-Salahudin Ayub dan sekutunya di Bagan Pinang..., ajak peminat kalian yang TOTOK di Bagan Pinang menyelami kehidupan sebenar rakyat MISKIN Bagan Pinang, rakyat terpinggir Bagan Pinang, rakyat OKU di Bagan Pinang...

Bukan menjadi LIDAH kepada PAT, PTD, PTL, PTU...mereka tidak perlukan Wadah dan Wasilah POLITIK untuk menyelesai masalah mereka. Pak sedaro teringat posan penerima SP dan PGB RRD dulu, selagi Askar Melayu dan Pasukan Tentera di angkat oleh Raja-Raja Melayu, selagi itulah nafas, denyut nadi dan degup jantung pahlawan dan perajurit ATM akan hidup dengan AMAN dan DAMAI, disaluti pemeliharaan oleh Baginda Tuanku.

Adois...BEBALISME penyakit dan wabak PAS-PKR-DAP.....pergi berus GIGI le.

6 comments:

  1. kalau kita beriman kepada Allah kita tidak akan menesta makhluk lain. kita harus nilai diri kita terlebih dahulu sejauhmana perhambaan kita kepada Allah. saya tak kata saya baik tapi saya kalau boleh kita bersama2 merendah diri kepada Allah semoga pekerjaan yang kita buat samada kecil atau besar dirahmati dan diberkati.

    ReplyDelete
  2. mendabik dada adalah termasuk golongan takbur. ingatlah dosa yang tidak diampin Allah adalah dosa orang takbur yang mana takbur ini adalah syirik.

    ReplyDelete
  3. bahasa yang tuan luahkan seolah tuan sudah berada disatu tempat yang sangat tinggi lebih tinggi dari orang lain. ini sangat bahaya. tuan beranggapan bahawa tuanlah yang baik dan orang lain jahat. kata orang2 tua, cara begitu sangat hina ibarat masuk bakul angkat sendiri. kita akan mati mungkin dekat atau lambat. kita akan hidup disatu dunia yang lain yang sendiri kita tidak tau bagaimana keadaan hidupnya. adalah lebih baik kita berlaku adil pada diri kita bahawa kita tidak termasuk dalam golongan takbur tidak termasuk

    ReplyDelete
  4. marilah berdoa dan berharap agar segala kesombongan dan kebongkakan UMNO segara berakhir dan UMNO tersungkur untuk selama-lamanya..

    ReplyDelete
  5. Apo yang Pak Sedaro membising ni??? yo lah orang tua memang goma momokak macam Pak Sedaro ni...

    Cuma UMNO /BN sajo yang sering menyalahgunakan kuasa ke atas ATM, dgn alasan utk KERAJAAN MALAYSIA, tp untuk kepetingan UMNO/BN...UMNO/BN seringkali membodohkan rakyat bhw UMNO/BN itu kerajaan, dan kerajaan itu UMNO/BN....itulah pemikiran sesat barat UBN...

    ReplyDelete
  6. Pak Sadero adalah insan cicit komut

    ReplyDelete