Tuesday, October 27, 2009

Perjuangkan Melayu bermakna perjuangkan Islam

Melayu itu adalah Badan dan Islam itu adalah Nyawa.

"...Adanya erti Melayu itu adalah ia melayukan dirinya, iaitu yang diibaratkan orang dahulu kala daripada erti 'melayu', adalah umpama pucuk kayu yang melayukan dirinya dan bukan layunya itu kerana kena panas atau api. Bahawasanya dengan sahaja-sahaja ini jua ia melayukan dirinya, yakni ia merendahkan dirinya dan tiada ia mahu membesarkan dirinya, baik daripada adab tertibnya atau daripada bahasa peraturannya atau daripada adab makan minumnya dan perjalanannya dan kedudukannya sama ada dalam majlis atau tempat lain. Maka daripada perkara itu tiada diperbuatnya dengan mamang (melampau-lampau), melainkan dengan perangai yang lemah lembut, tiada dengan berlebih-lebihan dan dengan kekurangan (serba sederhana) itulah adanya..." - Tardjan Hadidjaja.

Berikut merupakan nazam Melayu lama yang merujuk kepada pengaruh Islam yang kental dalam jiwa Melayu;

Mula pertama Nabi Allah Adam,
Nenek manusia kafir dan Islam,
Mula asalnya di Islam,
Ditempa Jibrail tanah segenggam.

Tuk Adam jadikan seorang diri,
Berlatih syurga sehari-hari,
Dilihatnya burung dua sejoli,
Ingik Tuk nak beristeri.

Dicerita Tuk Adam Allah ketahui,
Dijadikan Hawa di rusuk kiri,
Allah menagihkan Jibrail saksi,
Diberi hantaran belanja selawat atas Nabi.

Tuk Adam dinikahkan dalam syurga,
Laki dan isteri bersuka ria,
Datang iblis buat celaka,
Jadi Tuk Adam kedatangan derhaka.

Adam dan Hawa berolehi anak,
Laki-laki perempuan hingganya banyak,
Bercucu bercicit semakin biak,
Hingga dunia penuhnya sesak.

Anak Tuk Adam banyak tertipu,
Mengikut syaitan hawa dan nafsu,
Susah Tuk Adam di dalam kubur,
Kepada Tuhan berdoa mengadu.

Ya Tuk Adam Siti Tuk Hawa,
Mandi di Juddah berkoca-koca,
Panjang kuburnya lapan puluh hasta,
Menganjung ke laut entah berapa.

Banyak hari perkara hari,
Tidak sama hari Jumaat,
Banyak Nabi perkara Nabi,
Tidak sama Nabi Muhammad (SAW).

Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan termaktub, "Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Ia juga bermaksud, jika anda memperjuangkan bangsa Melayu, secara tidak langsung anda sebenarnya turut memperjuangkan Islam.

Bagi mereka yang murtad, atau keluar dari agama Islam, ataupun tiada salah satu daripada perkara yang disebut sebagai tafsiran "Melayu" dalam Perlembagaan Persekutuan, maka akan terlucutlah segala hak istimewa mereka sepertimana yang termaktub dalam Perkara 153 berkenaan Hak Istimewa Melayu.

Memperjuangkan Melayu = Memperjuangkan Islam! Ada faham?

8 comments:

  1. Bak kata pepatah Hang Tuah "Tidak Melayu hilang di dunia"

    ReplyDelete
  2. Ramai lupa apabila mereka solat jemaah, rata-rata adalah dari golongan Melayu. Mungkin Muallah ada, tapi hanya sedikit.

    Ramai lupa banyak institusi didirikan atas dasar Melayu. ASN, ASB, IJN. Kalau dulu Melayu tak boleh, sekarang semua Melayu Boleh. kemudi Kapal selam oleh Melayu. Biasiswa pakar-pakar jantung adalah daripada Bisiswa keutamaan Melayu.

    Kerana terdapat pakar2 bedah Melayu YANG DIBERI PELUANG (lagi sekali di ulang: YANG DIBERI PELUANG), maka ramai doktor2, pakar-pakar bedah, jurutera, juruterbang, juru2 kapal selam dari golongan Melayu/Islam.

    Dengan biasawa pakar2 bedah IJN, taukeh2 PAS - Ustaz Fadhil Nor, Haji Hadi, Ayatollah Nik Aziz dapat berubat di IJN.

    Jangan Lupa institusi2 yang di bangunkan untuk membuktikan kemampuan orang2 Melayu/Islam untuk menguasai teknologi!


    MRSM Kalae Chepo 66/73

    ReplyDelete
  3. islam di malaysia ni akan tetap kukuh bila bangsa melayu bersatu. begitulah betapa pentingnya bangsa melayu dipertahankan.

    ReplyDelete
  4. saya setuju bila Melayu kuat maka Islam akan kuat.

    inilah yang ditakuti oleh DAP PKR dan juga munafik dalam Pakatan Rakyat.

    syabas!

    ReplyDelete
  5. Tapi PAS kata mereka memperjuangankan Islam dan bukan Melayu?

    ReplyDelete
  6. klu di Malaysia,

    Islam itu melayu,melayu itu Islam.
    jawa, bugis, aceh,banjar, iban, kadazan, mamak malah cina atau india dan lain2 yg masuk Islam dipanggil masuk melayu.
    Jd didalam melayu itu sendiri ada berbagai2 rumpun.
    adakah memperjuangkan melayu di malaysia itu assobiyah?, yg geng2 kelate suka berpuak2 hidup dlm masyarakat tu bkn aasobiyah ke?
    yg paling nyata melayu Murtad atau melayu yg membinasakan melayu itu yg harus di perangi habis2an.

    ReplyDelete
  7. Dalam PAS, boleh dikatakan setengah daripada mereka inginkan pendekatan dan persefahaman dengan Islam/Melayu UMNO. Tetapi pemimpin mereka pula yang tidak mahu, terlalu mengikut kehendak Anwar Ibrahim melalui Husam Musa.

    Dulu pecah belahkan UMNO, sekarang pecah belahkan PAS pula.

    Yang rugi Melayu juga.
    Yang untung China dan India.

    Jangan berfikir lagi, bertindaklah demi kesatuan umat Islam dan Melayu...

    HatiHitam

    ReplyDelete
  8. Apo ekau dah sosat ko Paneh. Mana kamus yg kau belajar juang melayu juang islam. Memang dah bonar UMNO ajar kau isle sosat.

    ReplyDelete