Monday, November 2, 2009

JAIS Pendek Akal?

Pak Sedaro tidak terkejut dengan teknik dan taktik yang diwarisi oleh Jabatan Agama Islam Selangor dalam insiden yang meranap perihal kemaslahatan ummah. Penahanan Dr. MaZa, mantan Mufti Negeri Perlis Indera Kayangan oleh JAIS dengan sokongan PDRM, amat menyedihkan Pak Sedaro kerana 3 sebab:-

1. Menunjukkan kepada umat Malaysia bukan Islam bahawa Jabatan Agama tidak ada bil-hikmah dalam berurusan kemaslahatan sendiri.

2. Menunjukkan bahawa sengaja ditahan demikian rupa kerana kehadiran pemberita ibarat semut yang seolah-olah menggambarkan tujuan penahanan ialah untuk mengaibkan.

3. Spekulasi awam ialah 'Ada Musuh Dalam Selimut' dalam kerja pentadbiran pengurusan Agama Islam yang sememangnya merancang insiden-insiden untuk menjatuhkan maruah orang lain.

Pembaco budiman layarilah laman www.drmaza.com dan blog Majlis Peguam Syarie. Persatuan Peguam Syarie Malaysia dah ghaibkan cerita yang dimuntahi oleh Dr. Asri.

Inilah tanda akhir zaman apabila penguasa seperti Namrud sifat amalannya. Mungkin sejarah penahanan ini akan menjadi titik tolak kepada banyak lagi cerita masa depan. Apakah maklumbalas Pejabat-Pejabat Mufti seluruh Negara? Apa pula maklumbalas Menteri Hal Ehwal Agama? Apa pula maklumbalas Persatuan Ulama' Malaysia dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan? Apakah maklumbalas Penasihat dan Pegawai Agama kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu?

Walaupun insiden 8 jam ini nampak kecil di mata, tapi implikasi kepada Perlembagaan Persekutuan, Institusi Majlis Raja-Raja Melayu dan Perkara 153 amat besar. Apakah sudah berkembang biak Dajjal dalam tamadun pemikiran ummah Islam di Malaysia?

3 comments:

  1. Ya Pak! Pak Sedaro@cicit Komut tak terkejut dgn penahanan Dr MAZA. Saya pun tak terkejut bilomano den baco blog Hishamuddin rais, 1 Malaysia dah tau. Tolong lah Cicit komut kembali kepangkal jalan sbb kita dah terang lagi bersuloh yg ada tangan yg masih mencium tangan penjajah Barat. Biarlah orang ugama nak menyampaikan kalam Allah jika dah ulamak2 dlm UMNO dah jadi bacul takut pada pemerintah. Den cubo 100 peratus amal makruf nahi mungkar.Ps. Den paling takut meke yg sekular spt mahahaprak clear pisahkan agama atau pun Dajjal yg bertopeng kan manusia walaupun sudah pencen.

    ReplyDelete
  2. Kalau setakat nak mengkafirkan umat, tak payah tunggu ulamak buat. Kalau senang-senang tu cuba bukak you-yube dan tengok macamana Badrul Amin maki-hamun Asri.

    ReplyDelete
  3. Inilah posting yang den sokong 100 % dr Paneh...selamo ini den byk menghentam PM tp kali ni den setuju benar dgn pndgn PM, sobab apo, kita berasa sedih apabila org2 agama berusaha menyampaikan ilmu agama, tapi disekat plak dgn alasan yg cukup bangang!!! (tak ado tauliah????) plak dah!! habis selamo ini dio (Ust.Maza) dah jd mufti pun, berceramah lg, masuk Utusan Minggu lg (ada kolum dio lg), masuk blog UMNO (dlm PM ini sendiri kan) hentam PAS...dan dio lbh byk menguntungkan UMNO dr pembangkang sendiri!!!

    Tapi bilo kito perhatikan dgn jelas dan detail, baru kito faham kenapo dan apo tujuan Dr Maza kono cam tu...iaitu siapa yg menahan Dr Maza, tak lain tak bukan ialah JAIS, bukan MAINS..bilo sobut JAIS, mako susur galur dio adalah di bwh kuasa terus Jabatan Perdana Menteri (JPM)...kenapa plak JPM ada kaitan dlm hal ini???? sobab JPM ingin menggambarkan bhw yg punya angkara ini adalah KERAJAAN NEGERI SELANGOR!!! kan Najib dah buat statemnt dah kat TV...apa relatednya JPM, JAIS dalam kes DR MAZA???? tak lain tak bukan untuk memerangkapm kerajaan neegri Selangor....dan ingin menjatuhkannnya!!!!!kes Dr Maza ini adalah antara beberapa jarum beracun yang akan dan sedang mencari mangsa untuk disuntik ke atas kerajaan negeri Selangor....supaya kerajaan negeri selangor lumpuh dan tumbang...

    senang yo...itu perkiraannya...tak lain tak bukan adalah kerana kepentingan politik ...demi kuasa politik pihak2 berkenaan (faham2 je lah) akan sanggup berbuat apa sahaja, hatta perkara bodoh yg memalukan spt ini....semua ni adalah jerat dan perangkap...siapa kena dan terkena....sama2 kita lihat...boto tak PAK SEDARO....

    ReplyDelete