Saturday, November 7, 2009

PIALA MALAYSIA: BN vs PAS

JADI KEBANGGAAN... Skuad Negeri Sembilan yang berjaya menjuarai Piala HMS Malaya pada tahun 1948

PADA 1948, Negeri Sembilan telah mengukir sejarah dalam sukan bola sepak tanah air apabila berjaya menjuarai Piala HMS Malaya (kini dikenali Piala Malaysia).

Bagaimanapun, generasi muda di Negeri Sembilan tidak berkesempatan mengenali wira-wira mereka yang berjaya menjulang piala berprestij itu.

Mujur, Persatuan India Negeri Sembilan menyimpan khazanah gambar bersejarah skuad Negeri Sembilan ketika itu untuk menyingkap kembali sejarah kegemilangan bola sepak negeri ini.

Naib Presidennya, Satwant Singh berkata, beliau berbangga kerana gambar kenangan pasukan Negeri Sembilan tahun 1948 masih tersimpan baik untuk dijadikan tatapan gene- rasi muda.

"Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) pada waktu itu, M. Muthucumaru adalah individu yang bertanggungjawab menyimpan gambar tersebut sebagai simpanan persatuan ini.

"Memang sukar untuk mencari semula gambar ini dan detik bersejarah yang dirakam pada tahun 1948 perlu dikongsi bersama khususnya generasi muda kerana mereka tidak mengenali legenda bola sepak terdahulu," kata Satwant.

Beliau berharap gambar tersebut bukan sahaja dapat mengimbau nostalgia lalu tetapi meniup semangat skuad dan penyokong Negeri Sembilan menjelang pertemuan akhir menen- tang Kelantan esok.

"Saya yakin penantian selama 61 tahun untuk menjulang semula piala berprestij itu dapat direalisasikan sekiranya pemain dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi," jelasnya. - Kosmo


Sejarah bakal berulang apabila Negeri Sembilan hampir pasti menjulang Piala Malaysia edisi ke-84. Kelantan pasti kecewa, sebagaimana PAS kecewa di PRK Bagan Pinang. Rentak kemenangan BN di Bagan Pinang bakal diteruskan oleh skuad bolasepak Negeri Sembilan sebagai hadiah kepada Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang baru sahaja dimasyhurkan sebagai Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan. Alang-alang semua perkara pun orang suka politikkan...apalagi...HOBEN JANG HOBEN, KASI HOBEN SAMA KELANTAN!

9 comments:

  1. haha. sumo pon nak dipolitik an. haha,
    nais~ Hoben jang hoben!

    ReplyDelete
  2. Piala Malaysia: BN vs PAS

    Paneh Miang

    Jahanam Melayu semua benda nak dipolitikkan.

    Kes bini mintak cerai, org umno akan salahkan orang pas, orang pas akan salahkan org umno.....entah bila Melayu ubah pemikiran...jakun politik

    ReplyDelete
  3. Tu lah den dah koba an banyak kali dah!!! kadang2 Paneh Miang ni nak kat bangang ko marah..tapi memang ekau bangang pun, sobab eh, main bola pun nak kempen politik yo!!!! sapo2 pun buleh monang!!! bola itu hal bola lah jang...sikit2 nak kait an yo dgn politik khususnya UMNO...kalau nak ikut an UMNO pun lagi teruk dr bola yang berpusing2, disepak2nya bola umpama dio menyepak rakyat...di hambat dan di koting eh pomain bola...bak kato, main bola kan nampak eh jahatkan... itu lah resmi UMNO...mano ada yg elok eh UMNO ni...lidah bercabang!!!! lain kali jgn tulih cam ni PM...tak membina lngsung!!!

    ReplyDelete
  4. Paneh,

    Kelantan lagi la politikkan bola. Penyokong siap bawa bendera Pas dalam stadium! Bukan main bangga kibarkan bendera Pas masa mula2. 2/3 stadium dipenuhi penyokong Kelantan.

    Tapi akhirnya N9 berjaya menjinakkan Kelantan yang sungguh ganas dengan keadaan stadium umpama medan perang. Habis orang dimercunnya. Pemain nak ambil corner kick pun habis dilempar botol dan mercun. Habis wakil media tercedera. Jurukamera RTM1 berdarah kepala dibaling penyokong fanatik Tok Gurau N.Ajis. Habis tempat duduk stadium dibakar. Pihak stadium yang padamkan api dibaling botol.

    Paneh, keadaan ni macam di Bagan Pinang tempoh hari. Walaupun Pas membanjiri BP dengan kelakuan kurang ajarnya. Dengan sikap asyik nak pukul orang. Dengan sikap gedebe yang sinonim dengan Pas. Akhirnya, berjaya juga dijinakkan.

    Jelas sekali rakyat memandang jijik dengan sikap kurang ajar mereka ini. Dah2lah berperangai gedebe tu Pas. Islam tak ajar macam tu. Tak tahulah kalau Tok Gurau N.Ajis yang ajar.

    bagan-

    ReplyDelete
  5. Tahniah kito monang!

    Hobin Jang Hobin...3x
    Daghi sawah tughun padang
    Kini kau dah pandai nondang
    Kali ini mesti monang
    Bukan susah cukup sonang
    Hobin jang hobin...3x

    Sumbek gol banyak-banyak
    Bia sampai jaghing kuyak
    Main bia hati-hati
    Jangan masok gol sendighi
    Hobin jang hobin...x3

    Duo satu kocik bona
    Ompek satu sonyum lebar
    Kalu buleh tujuh kosong
    Bia dio balik molopong
    Molopong.. molopong. molopong..
    Hobing jang hobin...3x

    Hobin jang hobin...3x
    Yam Tuan sokong kito
    Montoghi Bosar sokong kito
    Undang Luak sokong kito
    Jangan buek malu muko
    Hobin jang hobin...3x

    Kali ini kalau kalah
    Balik kampong potong gotah
    Kito jangan monggollabah
    Pialo kito punggah
    Punggah.. punggah...
    Hobin Jang Hobin...3x

    Hobin bin bin bin hobin jang hobin..............
    Hobin... hobin... hobin jang hobinnnnn........
    Hobin jang hobin....

    ReplyDelete
  6. hahaha. den ngaso hompuk 10.02pm tak paham maksud sinis paneh dlm post ni bilo dio kato 'alang2 sumo bondo pun org nak politikkan'. bangang gak hompuk ni menafsir. tapi cakap cam baguih ngato org tulih tak membino. ulasan ekau lagi la bertamadun. tuih!

    tahniah wira negori9. bungok punyo penyokong kelantan. nasib baik den dok jauh kek stadium tadi. kok tak...

    ReplyDelete
  7. Tahniah Jang!!! Kato ombung den, kejayaan itu kito rayakan bersama, kegagalan tu kito tanggung bersamo. Nogori memang hebat taun ni. Taun dopan kito bori Kolantan gigit kerusi plaks.

    ReplyDelete
  8. bukan laki rita rudainiNovember 8, 2009 at 1:32 PM

    tgk tajuk post kau ni mcm kau dah ramal je akn ada penyokong klate yg akan kibar bendera pas kat stadium smlm paneh. bagus. tak sesia aku ikut tulisan kau sblm2 ni.

    ReplyDelete
  9. tahniah buat skuad ruso yg bjayo monyomboleh kijang...ngaso gak den nak nengok pialo berpindah ke tanah adat pepatih...kojo kuat laie bia deh lamo pialo tu kat sini

    jgn tkat tahun ni jo pas tu bungkuih...

    pado ore klate jugo tahniah sbb memeriahkan liga malaysia/piala mlaysia...nk harapkan org n9 adolah suku stadium jo...mano poi ehh...bbudak ghobau,bahau,pasoh,bukir rokan,jolobu,pilah,palong,senaling,jompol.apo KJ tak sponcer tiket ko?

    den raspek gak kat bbudak klate...dari jauh datang berbas2,tinggal anak bini,tutup kodai,lupo banjir,berabih duit beli tiket sampai ke paroi,beli baju demi semangat cintakn negeri...budak n9 mano deh?ado plak yg sombong kato liga mlasia apo klass.....lain lah EPL...alahai duduk celah akar banat nak mogah tak tentu pasal...

    last...syabas jugo pado jang2 yg dah mulo brani kibar bendera pas...tak byk tapi ado....

    ReplyDelete