Monday, December 28, 2009

Lama punya cerita..

Rujukan: ccg.org/indonesian
Penggunaan lilin bagi tujuan pemujaan mula diamalkan oleh penganut agama Aryan kuno yang menggunakannya dalam upacara Yule bagi menghindari dewa-dewa guruh, ribut dan taufan. Dalam upacara tersebut, lilin dinyalakan dan kemudiannya diikat pada pokok oak yang dianggap keramat.

Pada Zaman Gelap Eropah, beberapa kawasan seperti Ruthenia dan Eropah amnya, lilin telah digunakan oleh pencuri dan perompak sebagai peransang untuk tidur. Lilin pada zaman itu diperbuat daripada anatomi lemak manusia. Kaedah pembuatannya adalah dengan menggunakan tulang-tulang manusia yang diisikan dengan lemak badan orang yang telah digantung mati. Kebanyakan lilin pada ketika itu diperbuat daripada tulang jari anak yang baru lahir; dan dikhabarkan lilin berkualiti tinggi menggunakan tulang jari anak yang belum lahir sebagai bahan. Pada penghujung abad ke-17 di Eropah, para perompak dan pencuri lazimnya akan membunuh wanita-wanita mengandung bagi mendapatkan tulang jari anak dalam rahim mereka untuk dibuat lilin.

Amalan Aryan kuno yang diserap ke dalam agama Katolik dan Ortodoks kini dikenali sebagai lilin Easter. Kebanyakan masyarakat Jerman akan menyalakan unggun api besar sewaktu Easter serta menghantar kayu-kayu api ke setiap rumah untuk dinyalakan unggun api bagi menghindari dewa-dewa guruh, ribut dan taufan. Lilin pula dibakar untuk melindungi diri daripada kumpulan ahli sihir. Lilin tunggal raksasa dinyalakan sebelum Easter Hari Minggu dan kemudiannya kesemua lilin gereja dinyalakan daripada lilin tunggal tersebut. Amalan ini kebiasaannya berterusan selama setahun sehinggalah tiba hari Easter berikutnya.

Sesetengah masyarakat turut menganggap lilin sebagai simbolik kepada cara pemikiran 'Doktrin Jiwa'. Dalam sistem Asyur-Babilon, lilin dipercayai sebagai 'simbol terang' individu yang berkaitan dengan riwayat hidup dalam kehidupan alam semesta dan universal. Amalan menyalakan lilin di hadapan mezbah-mezbah kafir yang kemudiannya menjadi amalan agama Kristian adalah bersandarkan pada premis yang terkandung dalam doktrin kafir yang berkehendakkan 'Keabadian Jiwa'.

Pelbagai jenis pemujaan melalui penggunaan lilin pernah dilakukan masyarakat kuno bagi mengasingkan 'kesucian' seseorang individu melalui kuasa roh bagi menyenangkan entiti yang dipuja. Lebih banyak entiti yang mahu disenangkan, maka lebih banyak lilin yang perlu dinyalakan. Seperti di bawah?

6 comments:

  1. takde org pas yg nak komen ke posting ko ni paneh? yelah. dah terkena batang hidung sendiri nak buat lagu mana ye tak? pas kan maksum. semua benda yang depa buat tak boleh salah punya. bukan takat pasang lilin, poster nik aziz pun penuh dalam rumah. ambil berkat la katakan. sampaikan pakai selipar pun mesti nak ada gambar nik aziz. keh keh keh. agaknya keliling gambar nik aziz pun dorg pernah pasang lilin. sbb tu nizar ni mcm dah biasa pegang lilin.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Please used your own nick. Tq.

    ReplyDelete
  4. Ekau tak do bondo lain ko nak posting bai???? kesian den nengok an kau ni...dah habih modal ko???? Den raso elok bona ekau (UMNO) nyalakan lilin pergi cari enjin jet yg hilang tu...mahal enjin jet tu jang!!! duit kito sumo tu yg losap tu...nyalakan lilin jang, poie cari copek!!!

    Dan nyalokan lilin banyak2, pergi supaya terang jalan pergi cari Che Det, cubo tanyokan duit RM 100 bilion tu...boto ko atau tipu cerito nih!!! jgn lupo bwk sekali SPRM ko, polis ko, ...dan jgn lupo plak nyalokan lilin gak supaya terang jalan, pergi cari rumah pak lah plak, tanyo dio kek mano poie eh duit kito sumo sebyk RM 270 Bilion tu...??? boto ko tak boto pak lah buek cam tu....????tanyo dio...dan bwk sekali SPRM dan polis...

    Dan nyalo2kan lilin siasat kes2 bosa yg lain tu, yo jang....!!! nyalokan lilin pd yg dah mati buek apo kan??? dio bukan tahu pun dunio ni cerah ko golap ko kan jang????

    ReplyDelete
  5. Tom tem bak kena tembak sekali terus padam comment.

    ReplyDelete
  6. waklu rupanya yg selalu nyamar jadi aku. hahaha. kesian. takde identiti sendiri. mistaken identity ko nih. keliru dgn gender agaknya. mesti zaman sekolah selalu kena buli.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete