Thursday, December 10, 2009

Mengupas Tabir GB4B

Pak Sedaro terpanggil untuk menulis dan mengupas beberapa isu sensasi atau yang disensasikan oleh khalayak tentang pimpinan belia dan pola kepemimpinan belia. Dalam hal ini, Pak Sedaro lebih cenderung memberi pandangan kepada tabir Gerakan Belia 4B Malaysia. Khabarnya, Gerakan Belia 4B Malaysia peringkat Kebangsaan akan menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan di Puteri Resort, Melaka pada 20 Disember 2009 hingga 22 Disember 2009.

Khabarnya juga, semua barisan pimpinan semasa yang diteraju oleh YAB DS Ali Rustam akan melepaskan jawatan masing-masing. Maknanya tiada lagi Presiden 4B Malaysia yang menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka, Timbalan Presiden 4B Malaysia menjawat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Wakil-wakil Rakyat, Dato'-Dato' dan sebagainya. Gamaknya pelapis yang mungkin hadir ialah keturunan pewaris dan orang luar. Nama seperti Muamar Gadaffi Jamaluddin (anak Drs. Jamaluddin Rahim "Uncle"), Mohd Nizam Omar, Hasan Ayub (anak Datuk Ayub Yahya), Mohd Fuad, Daniar, Wan Salwati Abdullah, Rafiq, Zamsari, Hamizi sebagainya akan mewarnai jatuh-bangun GB4B selepas 23 Disember 2009.

Apakah yang menjadi ukuran pimpinan masa depan? Apakah cukup dengan aktiviti dan program-program bercorak one-off, berkala, musiman, tahunan? Apakah sebenarnya yang perlu dicari pengikat kepada wadah Belia Melayu seramai 500 ribu ahli GB4B ini?

Tabir GB4B Malaysia di peringkat Negeri memperlihat pelbagai ragam dan pendekatan yang kadang-kala mencemarkan institusi perlembagaan pertubuhannya. Misalnya, dalam kisah yang diperdengarkan kepada Pak Sedaro, ada pulak Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, yang terlebih cerdik jadi MC untuk jemput ahli dalam Mesyuarat untuk berucap. Secara spesifik kisah ini berlaku di Sidang Mesyuarat Agung 4B Negeri Sembilan. Pengarah JBS, Baharuddin Jali jemput Wan Salwati (Ketua Cawangan 4B Rumah Rakyat Kg. Bahagia, yang kaedah pendaftarannya masih diragui secara perlembagaan 4B Malaysia) untuk buat pengumuman. Apakah dengan jawatan Wan Salwati ini sebagai Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan, membolehkan dia sesuka hati tanpa menghormati Pengerusi Tetap dan Kaedah Perjalanan dan Peraturan Mesyuarat 4B mengikut Perlembagaan boleh melangkaui segalanya? Lagi ganas, Wan Salwati umumkan beri peruntukan Jersi Bolasepak kepada semua kawasan 4B dalam Negeri Sembilan menggunakan Peruntuka Pejabat Menteri? Siapa sebenarnya Menteri? Apakah ini Integriti seorang yang dijemput sebagai Pegawai Awam atau Ahli mematuhi korum permesyuaratan? Apakah tugasan seorang Pengarah JBS sebagai pengampu dan pembodek kelas atasan? Apakah ini nilai akauntabiliti dan integriti seorang yang diberikan gred S48 atau S54 di sesebuah Negeri?

Perenggan di atas merupakan antara asam garam, pemikiran dan pendekatan politiking belia yang MENJAHANAM dan MEMPARIA budaya ilmu kepemimpinan tuntas yang ingin dihayati oleh ramai belia muda. Apabila Perlembagaan Pertubuhan boleh dilanggar, barang pasti banyak perkara di sebalik kelambu HITAM...yang belum terbongkar!

Kembali kepada perkara Tabir GB4B. Melihat kepada fenomena alam belia yang semakin mencabar dalam dunia fiksyen dan komunikasi termaju. Gerakan Belia 4B Malaysia sudah menjengah sebuah alam kepemimpinan yang memerlukan daya fikir dan daya tindak secara bijaksana dan berkesan.

Melihat kepada bangunan GB4B di belakang Balai Polis Jalan Travers memberi gambaran bahawa GB4B ialah organisasi ketinggalan zaman. Bunyi macam besar, tapi seperti siput babi. Kenapa perkara ini berlaku? Apakah kekayaan GB4B hanya bersangkut dalam perut-perut suku-sakat berhadap Firaun dan Namrud? Apakah resepi TAMAK HALOBA menjadi hidangan kepemimpinan GB4B sejak 30 tahun lalu? Apakah resepi LANTAK KAULAH menjadi rempah ratus kepada peralihan kuasa dan pergolekan zaman GB4B sejak 30 tahun lalu?

GB4B khabarnya dipenuhi oleh manusia-manusia yang hebat, berkedudukan, berjawatan tinggi, berharta, kaya-raya. Tetapi malangnya, perjalanan dan survival persatuan ini ibarat melukut di tepi gantang, ibarat retak menanti belah, ibarat telur hujung tanduk.

GB4B khabarnya akan diwarisi oleh kepimpinan yang baik dan berkesan. Tetapi malangnya, sehingga hari ini, rakyat melihat sandiwara pimpinan Penaja yang dimainkan oleh sikap TAMAK KUASA dan GILA HARTA merupakan instrumen yang didendangkan. Banyak program terdahulu pun, masih belum dilunaskan hutang-piutang. Buat acara nak besar, nak "grand". Tapi bila selesai dan dah jadi taik. Kepala taik pun GB4B tak boleh lunaskan. Berjanji ibarat tempayan emas, penghujungnya penyapu buruk pun tak nampak.

Gerakan Belia 4B Malaysia bukan sebuah oraganisasi yang boleh dijadikan KAMBING HITAM dan bahan lelucon rakyat. Inilah antara pertubuhan yang menjadi kaki dan tangan kepada empayar pergerakan belia Nasional. Namun, drama dan pelbagai peristiwa dalaman GB4B memberi cerminan bahawa Rakyat Raja yang sudah tinggi menggunung, harta menjengah awam, pangkat dan gelaran menjadi dodoian Iblis semakin melupakan tanggungjawab sebenar GB4B tertubuh dan akar usulnya.

Apakah bentuk perubahan yang WAJIB dilaksana oleh barisan Kerajaan 4B Malaysia yang baru nanti? Sebagai membuka minda pergerakan yang lebih mapan dan ampuh, Pak Sedaro mencadang 7 Bidang Keberhasilan Utama yang wajar:-

1. Memperkasa budaya ICT secara tepat, benar dan berkesan. Semua 4B Kawasan dan 4B Negeri mesti mempunyai Blog khas dan boleh mengadakan program interaksi serta antara-muka dengan pengguna, juga server utama di Ibu Pejabat 4B Malaysia.

2. Semua 4B Negeri mesti memperoleh DANA sekurangnya RM 2 juta setiap tahun, dari 4B Malaysia untuk pengurusan program dan operasi. 4B Malaysia mempunyai pelbagai mekanisme semasa dalam memperoleh hasil pergerakan. Misalnya, kutipan parkir di Pasar Melaka Sentral sebagainya, sewaan tanah dan banyak lagi.

3. Semua Pejabat 4B Malaysia Negeri, mesti mempunyai Sekretariat Tetap yang beroperasi seperti Pejabat biasa. Dengan mengadakan oraganisasi kerja yang berkesan, maka, 4B Malaysia boleh menjadi "champion" Rakyat Raja.

4. Mendesak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia memberi peruntukan khas dalam sektoral seperti Penganjuran PJKN, mendesak Kementerian Pertahanan memberi peruntukan khas dalam sektoral Program Khidmat Negara, mendesak Kementerian Pertanian memberi peruntukan khas dalam bidang Bio-Aqua dan Bio-Tani, mendesak setiap Negeri agar memberi tanah seluas 100 ekar untuk dibangunkan projek keusahawaan belia.

5. GB4B menjadi pemain utama dalam urusan "BersamaMu 4B Malaysia" menyelesai masalah rakyat dan penghubung kepada jaringan kuasa pentadbiran dan Kerajaan Persekutuan.

6. GB4B berfikir dan bertindak untuk membina sebuah Wisma 4B Malaysia setinggi 20 tingkat dengan kompleks membeli-belah, Hotel 5 bintang, ruang rekreasi dalaman bertaraf dunia dan Pusat kepentingan penganjuran program Belia Dunia.

7. Memastikan 500 ribu ahli belia Melayu yang berpayung di bawah 4B Malaysia memperoleh manfaat. Misalnya dengan mengadakan kerjasama Kontrak untuk memberi insurans kepada semua ahli belia.

Sebetulnya, banyak lagi inisiatif yang lateral yang boleh dilaksana oleh 4B Malaysia. Mengupas tabir 4B sebagai batu loncatan kepada lebih banyak perkara besar dan mega. Soalnya apakah pimpinan baru nanti mempunyai kaca mata dan sudut pandang yang jauh serta mencapah atau sekadar "membesarkan punggung" dan mematahkan kerusi buruk sahaja.!

9 comments:

  1. MB negri sembilan mat hassan cukup hebat. terbaca dalam suratkhabar baru ni dia kata dia tak tahu undang-undang bahawa salah pakai money changer hantar rm10juta ke london.

    Tak sangka kita ada menteri besar yang bodoh-bodoh dalam malaysia ini. rupanya kita selama ini dipimpin oleh mb bodoh.

    dengar cerita mat hassan pernah jadi manager maybank di london pada satu masa dulu. maka maybank nampaknya dapat mb bodoh. tak tau undang2.

    najib pula entah apa dia buat. buat pekak badak saja. lama-lama umno jadi badak berendam.

    ReplyDelete
  2. Jonis Mel;ayu Haprak bukan nya pejuang Bangsa Melayu. Ini jonih Melayu bangsawan pro barat, jonih kembang jubo bila dia dikaitkan dengan barat. Kepalanya kepala shit, dah terpacul keluar pun masih nak bercakap pandai. katanya dah nak pencen tapi demi anak botak, dia kembali lagi. Nak disokong anak rombau pun paham sajalah semua pemuda UMNO sokong sbb duit dah masuk akaun. Melayu2 melayu, bilalah nak belajar jadi cerdik. Aku nasihatkan pada mereka yg kunun pejuang melayu, bongkar semua rasuah termasuk isu PKFZ sampai zakaria Deros buat rumah 4 juta. Tak perlu gembur sisatan anak TGNA dah siasat 90 peratus tapi Khir Toyol baru 10 peratus. Kalau mcm ni tunggu masa Melayu Msia jadi Melayu Singapura. Melayu mudah lupa kata situa tu tp aku tak lupa Perwaja.

    ReplyDelete
  3. Memang tepat sekali....

    melayu dlm UMNO ni lah yang akan melingkupkan Melayu keseluruhannya...
    pendek kato lah, melayu (yg dlm umno la)ni buleh dijual boli dan hargo dio seposen pun tak sampai......murah na!!! usahkan buleh diboli, jual pun bulehh mcm kobau....cam to bona lah tak bermaruah eh melayu UMNO ni.....

    nak pogang jaawatan dlm belia 4B konon...alamat eh, hancur lah...jawatan ke mano, belia hanyut...yg kembung perut...tu lah...bos belia 4BONGOK....

    ReplyDelete
  4. Hi !.
    might , probably very interested to know how one can reach 2000 per day of income .
    There is no need to invest much at first. You may commense to get income with as small sum of money as 20-100 dollars.

    AimTrust is what you haven`t ever dreamt of such a chance to become rich
    The company incorporates an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

    It is based in Panama with offices around the world.
    Do you want to become really rich in short time?
    That`s your choice That`s what you desire!

    I feel good, I began to take up income with the help of this company,
    and I invite you to do the same. If it gets down to choose a proper partner who uses your money in a right way - that`s AimTrust!.
    I take now up to 2G every day, and my first deposit was 1 grand only!
    It`s easy to join , just click this link http://ucalakefa.s-enterprize.com/ewovon.html
    and lucky you`re! Let`s take our chance together to become rich

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Sedaro,

    Tinggi bona Pak Sedaro letak NKRA GB4B ni. 2 juta stahun kepada negeri.maksud ee 22 juta untuk sume negeri kat Semenanjung.

    Ni NKRA Planet mana ni?

    ReplyDelete
  6. SALAM BRO 'PANEH MIANG'. TONTANG GB4B NI, EDEN RASO SAMO MACAM YANG SUDAH-SUDAH KITO TENGOK BELIA HARI INI TERUTAMA JANTAN/BETINO ANAK MELAYU CAMNO OK KO EKAU TENGOK.....NAHUZUBILLAH MANO YANG ADO ASAS UGAMA KIRO OK LAH ADO SOGAN SILU. BALAI SENI BUDAYA KEK TERACHI TU, SIANG MALAM SUNYI SEPI YO APO KATO KALAU TOK MAT TUKAR AKTIVITI KE 'ANJUNG SUDUT PIDATO/CERAMAH POLITIK DAN SENI BUDAYA BANGSA' BILA PROGRAM DAPAT SAMBUTAN BAIK, UNTUK JANGKA PANJANG RAKYAT PUN DAPAT MENAMBAH SUMBER PENDAPATAN MELALUI AKTIVITI PERNIAGAAN PBT PUN DAPAT HASIL PENYEWAAN KOK UMNO KUAT TAK PERLU TAKUT DENGAN BAYANG BAYANG SENDIRI LAIN LAH DAH TAK KUEK MANO....HARAP SOLERO YO TAJAM..... PEMBANGKANG TAK KESAH PUNYO..... PRODUK PELANCUNGAN BARU PERTAMO DALAM 1 MALAYSIA

    ReplyDelete
  7. salam bro...

    1)sejarah knight templar:
    dri movie National treasure ada menerangkan ttg penemuan harta karundi sebuah makam yg mana dikatakan ianya terlalu bernilai utk seorang manusia sekalipun seorang raja… harta disini bukannya emas permata tp spekulasi mengatakan ianya sbnrnya buku mengenai amalan sihir dan pemujaan syaitan. dgn penemuan ini mereka menubuhkan penjaga kepada harta ni sebagai knight templar. freemason pula merjuk kepada nama mason yg dikatakan pemilik makam.
    2)propaganda media
    mereka ini ada memberi mesej yg jelas dalam kebanyakkan box office movie dan melalui artis2 terkenal jika anda perasan…
    National treasure: Permulaan cerita dimana datuk dia hendak bercerita ttg sejarah freemason. pertukaran scene dri attic kt pyramid.. dapat dilihat yg mana pertukaran itu dibuat secara fade in dan akhirnya yg tinggal sebelum scene bertukar sepenuhnya adalah unfinished pyramid dan eyes on the top of the pyramid.
    The Matrix: sewaktu neo hendak berjumpa morpheus. ia menaiki tangga yg mana lantainya adalah checkered(berselang hitam putih) floor. tangga berbentuk vortex.pintu at the end of it.
    ini bertepatan dgn ajaran mereka.
    consert madonna,britney spears,dan cristina.
    madonna turun dri tangga yg mana terdapat 13 ank tangga(dipercayai oleh pemuja syaitan sbgi demonic number selain 666).menari diatas checkered floor. motif dri consert ini adalah untuk melepaskan britney dri mereka dan promote cristina. ini dapat dilihat oleh perubahan kepada imej cristina dan britney.
    3)lady in red
    annual award. kebanyakan movie. terdapat lady in red termasuk episode pertama cerita kartun alladin yg dipertontonkan kepada kanak. apa itu lady in red? ia dikatakan merujuk kepada ppuan penggoda, yg menarik llki kejalan salah.
    4)building
    i)kebanyakkan rumah ibadat agama jew,islam, dam kristian. mempunyai beberapa persamaan tetapi mempunyai perbezaan yg ketara dgn design rumah ibadat “mereka”. tetapi rumah ibadat “mereka” mempunyai benyak persamaan dgn binaan hari ini. ini kerana bentuk senibina agama islam,kristian dan jew adalah utntuk channeling a positive energy manakala rumah ibadat “mereka” adalah untuk channeling negative energy.
    two tower and a gate-KLCC, Lord of The Ring
    stripped tower design-buruj dubai

    3)perbalahan agama (isu sensitif)
    jika dilihat agama kristian,islam, dan jew berbalah dan menghadapi tentangan crist-phobia, islamic-phobia, jew-phobia. pernahkan kita dengar Buddha-phobia, hindu-phobia???
    knp? menurut sejarah agama islam, kristian, jew, datang dri satu sumber yg sama. makala agama yg lain adalah merupakan dri pemikiran yg sama. mengapa begini???
    ini kerana. jika “mereka” percaya akan kewujudan syaitan yg disembah “mereka”.”mereka” pasti percaya with the opposite one. The One And Only Lord of Almighty. jd mereka cuba utk memecah belahkan agama tadi.

    4)new world order
    world is but one country.cubaan untuk menyatukan dunia dibawah satu pemerintahan.

    for more info sila rujuk kepada The Arrival di http://www.youtube.com...
    terdapat 49 episode terhasil dri kajian bertahun tahun tetapi kebanyakan dri episod ini terpaksa diupload berulang kali kerana dipadam oleh pihak youtube sndri. trima kasih

    den tak tau bro dah tau ke belum..tapi seingat den bro minat bab freemason ni.jadi den bagi apo yang den jumpo...

    ReplyDelete
  8. Tq bro tepet. Den baru sampai rumah dari Perlis nih. Bz skit lately ni. Nak nengok blog pun tak sompek. The Arrival siri pertama den pernah upload dalam blog ni. Siri2 lain ada gak download utk koleksi kajian tapi tak dapat semua. Anyway, timo kasih bro.

    ReplyDelete
  9. bilo kono point blank terus lari tajuk cakap bingai.

    ReplyDelete