Thursday, December 17, 2009

P.181 Perlembagaan Persekutuan

Kisah yang dipaparkan di dada akhbar perdana Utusan Malaysia dan Berita Harian, berkenaan Pemangku Sultan Kelantan iaitu Putera Sulung Al-Sultan Kelantan yang menyingkir Adinda Ketiganya dalam Majlis Perajaan Kelantan, tidak WAJAR menjadi bahan berita dan gelak ketawa rakyat.

Pak Sedaro nasihatkan kepada Peguam Cara Persekutuan untuk mohon mengadap Lembaga Penasihat Raja dan Istana Kelantan atau pun Kerabat paling Tua dalam Majlis Raja-Raja Melayu. Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan terpakai dalam konteks ini. Percanggahan ini memerlukan diadakan sebuah Sidang Mahkamah Khas.

Sudahlah Ayahanda Sultan Kelantan gering. Pak Sedaro sebagai Rakyat Raja mohon mengadap penuh ADAB kepada Tengku Putera berdua agar selesaikan kisah ini dalam Kelambu Serambi Mekah. Perkayakan Perkara 181 sewajarnya untuk kepentingan Negeri dan Kerajaan Beraja Kelantan Darul Naim.

Moga Allah beri hidayah dan petunjuk.

2 comments:

  1. Betapo goli geloman den baco Cicit Komut bercakap tentang perlembagaan negaro. Den nasihat Cicit Komut takyah le ke Serambi mekah kalau Parti yg Cicit Komut tatang pun tak mehghurmati undang2 tubuh Perak. Malunyo Den ko Cicit Komut@Pak sadero tak berapo sodar!?

    ReplyDelete
  2. mamat bingai ateh ni handa bona ko pasal undang2 tubuh negori perak? lobih handa agak eh dio ni dr sultan perak sendiri selaku mantan ketua hakim negara. ko dongar la dakyah pembangkang idola cirit ko tu. undang2 tubuh negori sendiri pun tak kaji, nak sibuk undang tubuh negori orang. pirah mabuk.

    ReplyDelete