Tuesday, January 12, 2010

Benar Lagi Membenarkan

Kata Bersahut, Gayung Bersambut. Terpanggil kata seruan BERGERAK. Pak Sedaro nak mengupas beberapa detik mendebarkan dalam pengalaman perjalanan Pak Sedaro di sebuah perkampungan suku Dusun atau Kadazan Dusun yang berada pada kedudukan 50 kilometer dari kaki Gunung Kinabalu.

Jika bangun awal pagi, melihat mentari terbit di ufuk timur, maka tersergam gagah Ciptaan Allah, Gunung Kinabalu pada panorama paling menarik dan mengasyikkan. Perihal sistem dan kaedah Dakwah Pengikut Injil tenunan Borneo amat halus dan kreatif. Pak Sedaro bergelumang dengan mereka semata-mata mencari fakta, apakah benar lagi membenarkan...episod-episod yang diwasilah oleh sekalian ramai manusia yang asalnya agama PAGAN atau tiada AGAMA kepada Agama Islam yang akhirnya musnah kerana keterbalikan kepada AGAMA Kristian yang dikenali sebagai Sidang Injil Borneo.

Apakah ini salah Agama? Atau salah pendakwah Agama? Atau salah Agensi dan Badan yang Mengurus Kegiatan Keagamaan? Atau salah pengikut atau penganut Agama?

Gerakan Freemasonary dan Gerakan Missionary Kristian merupakan sebuah governance terancang dan halus. Setiap jengkal gerakan dikaji dan diperhalusi. Apakah Jabatan Agama atau Pegawai-pegawai Dakwah yang ramai atau belum cukup ramai, tidak terdedah kepada skema latihan yang halus dan terperinci?

Selama beberapa bulan Pak Sedaro berteleku seorang diri sebagai seorang Rakyat Raja yang melihat penyusunan strategik dalam kawalan mereka. Laporan demi laporan Pak Sedaro buat tapi tiada tindakan BIJAKSANA oleh pihak-pihak berwajib. Sepi kepada takut, atau malas menunai AMANAH!

Lokasi Kota Marudu, Kg. Gana ialah pusat penempatan semula 15 buah kumpulan orang Dusun di hutan. Sebanyak 137 isirumah dengan kekuatan 2500 orang. Seawal tahun 1990 135 isi rumah ialah Penganut Islam. Namun pada tahun 2003, 133 rumah sudah SIB. Yang masih Islam ialah Ketua Perantara yang hanya hadir hujung minggu dan rumah Guru yang mengajar di Sekolah Rendah Kg. Gana.

Pak Sedaro melihat, membaca, menghalusi dan berdebat panjang dengan Ketua Agama SIB di sana yang sebenarnya begitu baik dengan Pak Sedaro. Atas dasar hormat akan keterbukaan HUJAH dan PENGUKUHAN HUJAH, namun oleh sebab keseorangan Pak Sedaro tak termampu menyelesai masalah-masalah dan polemik rakyat di sana.

Gerakan Kristian jauh di pendalaman lebih mencerminkan sikap sebagai Kumpulan Mubaligh Pemurah dan Penyayang. Di bawanya berlori makanan dan rangsum kering untuk bekalan selama 3 bulan yang bukan sahaja untuk tujuan Pendakwah mereka seramai 3 orang setiap pertukaran giliran, malah untuk Sekampung. Rangsum ini sebagai alat@instrumen tarikan kepada rakyat yang susah dan mengimpikan makanan tertentu. Bekalan boleh digugurkan dengan helikopter lagi. Jika wujud kecemasan, talian kecemasan khas "SOS" boleh dipancarkan ke Markas Gerakan Utama di Kota Kinabalu, dan penghantaran kawat kecemasan kepada pasukan Rawatan Cemas akan hadir dengan helikopter.

Pendakwah Kristian boleh berhibur dan mengadakan pelbagai acara sukan, sosial dan hiburan yang boleh memikat kalangan mereka. Pendakwah ini terlatih daripada segi vokalnya, kemahiran tertentu, kemahiran hidup, boleh berbahasa dialek setempat, menjadi guru Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa lain "Tagalog" sebagainya. Pendakwah Kristian juga boleh bersama ke Hutan, menjadi Trainer dan Pasukan Penyelamat Rawatan Cemas. Ini semua bekalan yang diterapi kepada batang tubuh PENDAKWAH KRISTIAN.

Inilah jadual harian Pendakwah Kristian:

0500 pagi- Bangun dan mengadakan Senaman Beramai-ramai

0600 pagi - Buat Sarapan dan Makan bersama tetamu yang digilirkan mengikut rumah

0700 pagi - Turun bekerja bersama kumpulan tertentu sambil mengadakan Ceramah setempat.

1000 pagi - Menjalan kerja-kerja pembersihan kawasan tertentu

1200 tgh - Rehat dan Makan bersama Anak-anak yang balik sekolah

1400 ptg - Mengadakan kelas-kelas kemahiran

1700 ptg - Mengadakan kelas Agama khas untuk yang Buta Huruf

1800 ptg - Bantu dan mengadakan lawatan rumah ke rumah

2000 malam - Makan malam dan mengadakan Rondaan Malam

2200 malam - Sesi Bincang Lewat Malam untuk Penganut Ortodok

0100 pagi - Tidur atau memenuhi undangan tidur di rumah dalam kampung.

Jika ada program Bina Sekolah/Tadika, mereka akan minta BANTUAN khas dari KK. Apakah maknanya ini? Jika diberi pertimbangan NECARA material, siapa yang PASTI TUMPAS!

Sebenarnya kitab ajaran mereka telah memberi GARIS PANDUAN pedagogi yang menyeluruh kepada setiap orang yang dianggap sebagai Da'i atau Pendakwah. Mereka berani berhujah dan berpidato secara terbuka tanpa TAKUT dan RESAH. Istilah "Allah" merupakan permainan mulut mereka dalam kedudukan mereka sebagai Guru Agama SIB.

Perkara 160(2), Orang Melayu/Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sabah dan Sarawak...Pak Sedaro tidak hairan jika sampai masanya kelak, Islam hanya pada nahu romawi. Tetapi roh dan zuk Islam telah TERCABUT dari AKAR DAN TENGKORAK umat Pribumi Sabah misalnya.

Pak Sedaro mendapat peluang untuk berdiskusi panjang lebar dengan Pengarah JHEK kini JASA Negeri Sabah, Pengarah BTN Sabah, Setiausah Majlis Agama Islam Sabah dan Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Sabah, juga beberapa orang pembesar dan cerdik-pandai serta hartawan Islam di Sabah. Semua punya rancangan dan pandangan yang cantik dan BIJAKSANA. Namun, siapa akan menjadi pembawa? Siapakah keldai pacuan mereka? Wibawa para Da'i Islam masih di peringkat kanak-kanak. Mereka mesti dilatih tubi sebagai seorang Patriot dan Fisabilillah yang tulen.

Menginsafi keperitan dan kekurangan di hutan, para DA'I Muslim mesti boleh BERGERAK jauh lebih baik daripada pendakwah Kristian. Negara di perintah oleh orang Islam, kuasa pemerintahan mewarta Perkara 3, Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan.

Rezeki Allah yang dilimpah kepada Pak Sedaro selama berada jauh di pendalaman Sabah, banyak mengajar Pak Sedaro erti sebenar MERDEKA, ISLAM dan Rakyat Raja. Namun masih ramai di luar sana, apalagi kalangan pembaca Paneh dan peminat budiman Paneh yang masih kesamaran akan kebenaran serta fakta survival ummah. Pak Sedaro fikir, jika laporan-laporan Pak Sedaro tulis berkajang-kajang kepada manusia-manusia Pembuat DASAR dan PELAKSANA DASAR diambil peduli, banyak perkara boleh dielak dan tidak dibazirkan.

Kita bukan penghalang kepada siapa hendak peluk atau anut agama apa. Kita sebenarnya MAKIN ALPA dan LUPA bahawa Negara ini Apa? Negara ini Siapa? Agama itu untuk Apa? Anutan Agama itu Siapa? Islam sebagai BERITA atau Islam sebagai SuratKhabar Pencerita? Sedarkah kalian di luar sana, bahawa apa yang sedang berlaku ADALAH atas KESALAHAN DAN SIKAP SAMBIL LEWA PENGUASA-PENTADBIR-PENGURUS-PEMAJU-PELAKSANA yang diberi amanah oleh Negara Malaysia melalui JANJI SETIA DAN SUMPAH MEMEGANG JAWATAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Allah-hu akbar-Allah Ya Rabb.

5 comments:

  1. Sama samalah kita menghayati ucapan kenyataan media oleh ketua pembangkang terhadap isu ini. Kenyataan yg berhemah lagi bernas yg lahir dari kajian mendalam terhadap sesuatu dari sejarah lagi. janganlah kita emo tak tentu pasal hingga yg paling tua pun masih ingin memberi pandangan kununnya iannya bernas. Jamgan kita cuba menghalalkan cara untuk membangkitkan emosi rakyat atau baka yg hanya tahu mengunus keris aja tapi sebenarnya jika kuah yg tumpah kenasi pun nasi basi juga. Nauzubillah jangan pula ada agenda tersembunyi seperti tradisi bila tersepit aja talian hayat samada isu bangsa atau agama terus tanpa berfikir rasional, dimainkan juga piring hitam lama, yang pada rata2nya rakyat amat arif dizaman Dacing dan bukan lagi dizaman kapal layor.

    ReplyDelete
  2. sama-sama juga kita hayati amanat dan amanah perdana menteri malaysia yang sedar dan tahu bahawa ini semua taktik ketua pembangkang utk menang pilihanraya di sarawak yang ramai kristian. sbb tu bersungguh2 dia menyokong kristian. satu taktik provokasi basi parti komunis ramai yg semua maklum sejak 1998 untuk mengelak bicara liwat yg semakin hampir menjerut leher.

    ReplyDelete
  3. cakap guna otak la sikit.. barua ungkai..jangan nak guna perkataan nauzubillah nak tunjuk lebih Islam kalau engkau dah dikristiankan.. bodoh.. Org Islam dalam PR sebenar dah kafir...liwat, rasuah, main bini orang, minum arak, semuanya halal, sanggup gadai Islam untuk politik. Bodoh punya manusia..Kita jumpa dekat akhirat tengok macam mana. Jangan jadi orang Islam kalau tak berani nak tegakkan agama sendiri. Laknat punya manusia...

    ReplyDelete
  4. Kaedah yang dilakukan oleh pendakwah SIB itu perlu dijadikan contoh tentang bagaimana dakwah mereka dijalankan. Walaupun banyak jabatan dan kakitangan yang berteraskan agama Islam yang ditubohkan, namun tidak semua akan dapat melakukan seperti yang dilakukan oleh pendakwah SIB.

    Oleh itu kita umat Islam perlu sedar tentang kemungkinan yang akan berlaku bilamana ramai yang akan murtad sekiranya tiada apa tindakan yang dilakukan terhadap usaha dakwah Islam kepada rakyat Malaysia. Mungkin perkara ini terlepas pandang atau petugas yang telah kerajaan amanahkan tidak menunaikan amanah seperti yang diharapkan.

    ReplyDelete
  5. Cara dakwah yang baik ialah tiru saja cara dan kaedah mereka tapi mesti lebih baik dan mantap...

    Bukankah rakyat Jepun, kemudian Taiwan dan China buat begitu untuk merangsang ekonomi mereka?

    Hatihitam

    ReplyDelete