Wednesday, January 20, 2010

Bersedia Hadapi Kos Sara Hidup Lebih Tinggi

Rakyat mesti bersedia untuk membayar harga yang lebih tinggi bagi barangan dan perkhidmatan jika mereka mahu menikmati pendapatan yang lebih tinggi di bawah Model Ekonomi Baru yang dicadangkan, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata kos sara hidup perlu meningkat di bawah ekonomi berpendapatan tinggi kerana kerajaan juga perlu menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi.

"Tanpa peningkatan kos sara hidup, kita tidak boleh menikmati pendapatan lebih tinggi," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang Model Ekonomi Baru.

"Bagi kerajaan, ini soal menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi. Kerajaan juga perlu ada wang untuk membayar upah yang lebih tinggi kepada anggotanya," kata beliau selepas upacara menandatangani perjanjian antara Petronas Lubricants International dan Proton Holdings Bhd di sini.

Namun demikian, kata Mahathir, pendapatan yang lebih tinggi juga akan membolehkan rakyat Malaysia membeli lebih banyak kerana peningkatan pendapatan akan lebih tinggi daripada kenaikan harga keperluan harian.

Beliau juga berkata rakyat Malaysia tidak harus bersungut tentang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kerana negara ini menikmati harga terendah bagi hampir segala-galanya, berbanding negara-negara jiran sekalipun.

"Malah kebanyakan negara pengeluar minyak juga menjual produk petroleumnya pada harga yang lebih tinggi. Jadi, jika rakyat mahu pendapatan lebih tinggi, mereka mestilah menerima hakikat perlu membayar lebih bagi apa juga yang mereka beli," tegas beliau.

Mahathir berkata kerajaan juga sedang mengkaji pelaburan langsung asing yang boleh membantu menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui industri yang ada lebih nilai tambahan, dan beginilh caranya negara-negara kos tinggi di dunia kekal berdaya saing meskipun tenaga buruhnya mahal.

"Kita tidaklah akan menanggung kos setinggi sesetengah negara maju ini, tetapi kita perlu menerima hakikat bahawa kita perlu membayar lebih bagi membolehkan pengeluar membayar upah yang lebih tinggi," kata beliau.

-- BERNAMA

10 comments:

  1. ...Dan bersedia juga menghadapi penyembelihan berpanjangan oleh UMNO/BN ke atas rakyat...kerana kelemahan kepimpinan najib maka rakyat merana....

    ....Formula One berharga lbh RM 1 Bilion dijaja ke sana ke mari dgn baangganya namun peruntukan anak2 sekolah, asrama, makanan, keperluan rakyat lbh kurang sama jumlahnya dgn kos Formula One disentap dan direntap oleh UMNO/BN...fikir lah..adakah perlu kita beri lagi pd perompak2 ni menguruskan kita??? fikr dgn waras!!!

    ReplyDelete
  2. kepala hotak lu la BN..sapa yg ajar lu woi. dasar firaun!

    ReplyDelete
  3. ......Dan memang rakyat DIDAHULUKAN UNTUK DISEMBELIH...kemudian 1 Malaysia pula akan dikorbankan oleh jin2 rakus..akibat kelemahan mrk mentadbir negara...maka yg perlu didahulukan utk dikorbankan adalah RAKYAT...siapa rakyat itu? KITA SEMUA...

    ReplyDelete
  4. F1 utk masa dpn begitu juga keperluan pembelajaran. sementelah malaysia sesatunya negara islam yg keluarkan kereta berbanding negara bkn islam yg lain, maka pelaburan F1 ini sgt wajar bagi mereka yg berfikir dgn waras perihal pelaburan teknologi masa depan ni. hanya org yg ingin melihat negara islam kekal mundur je yg byk hentam ni. begitu juga peruntukan utk anak2 kurang bernasib baik tetap diutamakan dan tdk pun terabai. cuma mak bapak yg mampu tukar spot rim dan beli rokok tiap hari saja yg bising pasal bajet sek anak2 ni. biasalah...bab diri sendiri senyap, bab belanja anak bising.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  5. bab ekonomi ni sya lbh pecayakan mahathir dari pkr dap apalagi pas. lgpun dia dah diktiraf seantero dunia mmg pakar bab menaikkan taraf hidup rakyat. negara maju pun akui dlm diam kehebatan dia cuma tak nak cakap sbb mahathir ni org islam. dengki la tu. syukur kite dpt pemimpin yg hebat kurniaan ilahi.

    ReplyDelete
  6. Salam Ziarah,

    Bersetuju sangat-sangat dengan komen (anon Tom Tem Bak).Memang sebenarnya kerajaan berusaha untuk membantu semua rakyat.Peruntukkan dipotong demi menyelamatkan negara dari terus dicengkam oleh masalah ekonomi yang tidak menentu sekarang oleh itu bersabarlah sikit apabila ekonomi sudah pulih kerajaan pasti akan mengembalikan peruntukkan ini semula untuk rakyat.

    ReplyDelete
  7. ala..kalau takat nak glamer pasal masuk Formula One wat ape??? ko ingat masuk F1 tu, kos dia sikit2 ker??? kerajaan terpaksa membelanjakan RM berbilion..apa yg kita dapat...rakyat susah cam tu gak lah..bila dah tak der duit nak korek nanti..korek poket rakyat..kerajaan apa takut...sebab semua tu kita yg tanggung...adakah dgn masuk F1 tu semua rakyat senang lenang??? ekonomi negara makmur..sedangkan hakikatnya negara kita dah tak berduit....lantak lah..

    ReplyDelete
  8. pelaburan dlm F1 ni merupakan prospek penjenamaan petronas dan sekaligus mendatangkan lebih byk income pd negara. persepsi thdp kestabilan ekons dan politik penting bagi menjana pelaburan langsung dan tdk langsung. ia juga mencerminkan kebolehpercayaan firma a/bangsa untuk berkerjasama dgn syarikat local. spt kata tdm kita perlu membayar lebih bagi membolehkan pengeluar membayar upah yang lebih tinggi. ini basic ekons. kau labur byk, perolehan pun akan banyak juga. sama juga tarikan kebolehpercayaan terhdp jenama syarikat tempatan adalah hasil projek2 mega yg lain spt klcc, klia, putrajaya etc. susah nak terangkan benda2 begini pd org mcm anon atas ni yg tahu merungut je. keja malas yg tau komplen 24/7. Allah tidak akan ubah nasib ssuatu kaum itu jika dia sendiri tdk mengubahnya. mmg susah nak ubah mentaliti rakyat yang sudah terlalu lama hidup dlm era subsidi ni. kena slow2 la explain. mana2 negara di dunia ni pun mereka bersusah dulu sebelum hidup senang. bukan tetiba jadi senang je. jgn la compare zaman dulu yg kurang penduduk dgn skrg yg dah ramai penduduk. nilai matawang malaysia dulu dan skrg juga tdk sama. pikir2kanlah.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  9. skong tom tem bak. kalo local co dah naik taraf dan mampu berdaya saing mako lbh ramai org dpt kojo dan lebih tinggi upah dpt diberikan. satu pelaburan j/panjang yg baik. akhirnya rakyat jugo yg untung. kito bukan nak cerito ko mampu boli tiket f1 ko idak. kito citor pulangan maso dopan. utk anak cucu kito yg silap2 mampu ado keto f1 sorang sebijik akan dtg. anon ko pikir tu kasi panjang la skit.

    ReplyDelete
  10. Kita lihat dan baca pengulas yang gelojoh, panas baran & tak berilmu dan bandingkan ulasan yang ada fakta & ilmu.Saya kagum dengan kecerdikan TDM.

    ReplyDelete