Tuesday, February 2, 2010

Berundurlah secara Terhormat

1. Hari ini parti-parti yang didokong oleh orang Melayu sedang menghadapi krisis.

2. Sama ada Umno atau Pas, masing-masing sedang bergelut menyelesaikan konflik dalaman parti.

3. Kami masih tidak menganggap PKR sebagai sebuah parti Melayu, jadi kami kurang peduli dengan apa yang terjadi dengan parti tersebut. Ada tak menambah, tiada tak mengurang.

4. Pas pula kini dilabelkan masyarakat Melayu sebagai 'parti tidak bertaring' sementelah sering diperkuda dan dipermainkan DAP. Pas hari ini umpama bunga refflesia yang nampak gah tapi berbau busuk. Tengiknya membuatkan ramai menjauhkan diri dari parti tersebut.

5. Berbicara dengan ramai kenalan yang juga ahli biasa Pas, jelas menunjukkan isyarat bahawa mereka sudah mula meragui corak kepimpinan Pas; dan cuba mengalih fokus terhadap Umno yang cukup terkenal sebagai wadah perjuangan Melayu.

6. Namun fokus yang diberikan adalah semata-mata untuk menilai adakah pemimpin Umno masa kini masih meminggirkan pandangan serta bicara orang muda.

7. Rata-rata mereka yang berpendidikan tinggi merasakan mereka tiada tempat di dalam Umno kerana dianggap sebagai ancaman kepada kepimpinan sedia ada.

8. Kadangkala kami juga hairan memikirkan jawatankuasa bahagian serta sayap Umno yang kebiasaannya dihuni oleh mereka yang singkat akal dan kurang pendidikan.

9. Sama ada mereka berada di kedudukan itu disebabkan kehandalan berpolitik, ATAU mereka sengaja diletakkan di situ oleh Ketua Bahagian kerana dianggap tidak akan memberi cabaran kepada kepimpinan sedia ada.

10. Maka dapatlah disaksikan bahawa seseorang Ketua Bahagian Umno mampu mengekalkan jawatan sehingga berpuluh tahun lamanya, hanya disebabkan mereka tidak pernah menyediakan barisan pemimpin pelapis dengan memastikan orang-orang di bawah mereka adalah spesis yang tidak tahu melawan serta mudah diperbodohkan.

11. Kami tidak pasti dengan apa yang berlaku di negeri lain, tetapi di Negeri Sembilan ini anda pasti dapat menilai bagaimana Naib Ketua Bahagian lebih petah berhujah berbanding Timbalan Ketua Bahagian; Naib Ketua Wanita serta Naib Ketua Pemuda pula dilihat lebih berkarisma dan bersemangat berbanding Ketua masing-masing.

12. Paling menarik apabila Ketua Cawangan pula dilihat lebih relevan dan 'berotak' berbanding AJK Bahagian Umno.

13. Mengapa ini berlaku?

14. Alasan yang sering diberikan oleh kebanyakan pemimpin Umno sedia ada, kononnya ahli Umno yang berpendidikan tinggi ini tidak sabar menempuh dugaan dan cabaran.

15. Mereka berhujah bahawa ahli muda Umno yang kononnya berpengetahuan itu, sentiasa menuntut kedudukan atau jawatan yang dirasakan layak untuk mereka tanpa mahu belajar selok belok politik bagi mencapai kedudukan tersebut.

16. Kalau boleh semua orang nak di'langgar'nya tanpa ada perasaan hormat terhadap pemimpin yang telah lama berkhidmat kepada parti.

17. Macam Bro Anwar Bin Ibrahim dulu yang akan 'melanggar' siapa saja demi ke mercu kuasa, tetapi malangnya dia sendiri yang tercampak keluar. Bro Nuar ni dalam Umno dan luar Umno sama saja. Asalkan cita-cita mahu jadi PM tercapai, matlamat akan menghalalkan cara.

18. Cuma orang bodoh saja yang masih menyokongnya kerana hanya belajar sejarah Anwar selepas 2 September 1998.

19. Dan hari ini legasi Anwar diteruskan pula oleh KJ. Cuma KJ berada di kedudukannya hari ini kerana menggunakan parachute untuk turun dari atas yang sedikit berbeza dengan Anwar yang mengggunakan ekskolator untuk naik ke atas.

20. Kepimpinan Umno hari ini wajib kembali kepada bidalan lama iaitu "yang muda disayangi, yang tua dihormati".

21. Gandingan baru dan lama dalam Umno amat penting dalam usaha mengembalikan taring Umno yang semakin tumpul.

22. Pemimpin yang berkhidmat terlalu lama di peringkat Umno bahagian yang dianggap kurang relevan serta menjadi kebencian penduduk setempat, perlu mula mempertimbangkan untuk mengundur diri bagi memberi laluan kepada generasi baru.

23. Kita bukan selamanya ingin menongkat langit. Jika kita benar-benar bagus, pasti tiada alasan untuk orang lain menolak kita.

24. Ambillah ikhtibar kisah Sardon Jubir dan Ghafar Baba. Dua pemimpin Melayu yang meletakkan kepentingan rakyat lebih dari segala-galanya.

7 comments:

  1. Pak sadaro. Bendero tu soghoman dengan pungkok BM bukan main kombang laie. Dulu... lambang kapa laya, kini Dacing kerala... untuk selamanya tukar gambar punkok posting pagi tadi sebagai lambang baru UMNGOK/BN eden jamin PRU 13 gerombolan boleh monang semua nogori BRO.....

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum,

    Akarumbi Umno melihat golongan berpelajaran bukannya tak mampu memimpin tapi penyertaan dan kepimpinannya bermusim.

    Dlm suasana politik negara yg selesa,mereka sibuk mencari harta lantas mereka lupa perjuangan bangsa. Hal dan pergaulan kemasyarakatan jatuh nombor dua.

    Bila bangsa dah terluka, maka riuh rendahlah golongan intelektual ini menjerit kononnya mereka lah yg patutnya disanjung sebagai pembela bangsa. Sewenangnya menyalahkan Umno yg berketuakan golongan yg tidak berpendidikan tinggi seterusnya menjadikan Umno lemah.

    Adakah ilmu politik Melayu ini hanya diukur dgn ijazah yg berjela-jela? Apakah mereka yg sederhana pendidikannya tidak ada akal dan buah fikiran?

    Hakikatnya Melayu di bumi bertuah ini bukanlah semuanya bernasib baik & berpeluang mendpt pendidikan tinggi.

    Majoritinya Melayu negara ini terdiri dari golongan yg sederhana tahap keintelektualannya begitu juga dlm aspek pemilikan hartanya.

    Namun jumlah ini jugalah yg berjiwa sgt berani dan memiliki semangat juang yg sentiasa membara.
    Jadi jgn lah pula dgn semberono dan enaknya menuduh golongan ini memboloti segala bentuk kuasa dlm Umno!

    Yg herannya, golongan cerdik pandai sekrg menggunakan daya inteleknya hanya sibuk nak mengumpul harta dan jadi tamak haloba, perjuangan maruah bangsa bukan lagi perkara utama. Malah sedih sekali sifat berani dlm jiwa dah semakin terhakis.

    Soalnya,kesedaran mcmana lagi yg ditunggu oleh intelektual Melayu utk mula mengikhlaskan diri, memberanikan diri dan menjiwai perjuangan demi kedaulatan bangsa?

    ReplyDelete
  3. Tersedak tgk mbendera parti al-juburi al-liwati mcm tuh...dlm ati, patutlaa pun...khoiiittttt tuihhhh....yarkzzzz

    ReplyDelete
  4. Tontu Paneh teringin ngan punggung sayfool (auw jgn le bang ni dah kali ke 8 abg liwat saya). Boleh jugo kalau lu nak raso Paneh. Lobang dubur kato orang mmg Paneh. Kalu lobang Sayfool den pasti maseh daro sobab waktu dio poe jumpa Dr Burma tu dio adu jubo dio sakit macam kono dek plastik cocok. Den pasti kalau jonih Auw si sayfool ni,tuntu dio suko bonar berangan dengan vibrator sodap ajo jolok sambil berangan DSAI. Biaso lo si jonih Auw mmg kuat berangan, tapi jangan jadi macam bekas ketua pondan udah le, cabut keris masuk sarung balik terus tersengih tunjuk gigi ponuh puikh. Tapi den sokong jika dia ganti Najib sebb dia pun anak bokeh PM,lopeh dio boleh bagi kek anok mahahaprak pulak? bersatu kita bersatu.

    ReplyDelete
  5. "Lobang dubur kato orang mmg Paneh." kato si hompuk.

    keh keh keh. orang kato ko atau ekau yg slalu cubo. hahaha. biaso org yg biaso buek je yg tau ni. ko jolok lubang sapo hompuk? bini sindili ka? kui kui kui.

    ReplyDelete
  6. ini lah masalah kebanyakan org2 Malaysia...dengan sedikit saja gangguan,dah melencong daripada isu pokok...org letak gambar bendera tu sekadar nk uji sejauh mana bijaknya ano2 yg masuk mengkritik,tapi nyatanya memang dungu...lain isu yg diutarakan,lain plak komennya...suka sangat lari topik,macam anwar aljubburi tu jugak...

    friendly reminder to penyokong al-anwrul bontoti:
    "it's better to ramian silent and be thought a fool rather than to speak up and remove all doubts"

    ReplyDelete