Friday, February 26, 2010

Jawatankuasa KABINET Pembangunan Belia ...

Ini topik yang semenang dinanti oleh Pak Sedaro sojak 1991 lagi. Selepas pindaan AUKU 1990, subjek ini menjadi subjek pilihan Pak Sedaro. Rupo eh, zaman ni barulah PM dan TPM yang masing-masing, mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia sudah buka Medan dan Padang dengan merealisasi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia.

Alangkah bijaksana Jawatankuasa ini, jika pasukan tersebut terdiri daripada:

- 2 x Wakil Alumni Kapal Belia Asia Tenggara/Jepun
- 2 x Wakil Alumni Penerima Anugerah Belia Negara sejak mula diperkenal.
- 2 x Wakil Alumni Program KLTD Tunas Samudera
- 1 x Wakil Alumni Tun Razak Youth Leadership Awards, Malaysian Institute of Management
- 1 x Wakil PROWARIS
- 1 x Wakil ANSARA
- 1 x Wakil ALEPS
- 1 x Wakil MYCOBA
- 1 x Wakil Khas MBM ke UNDP
- 1 x Senator wakil Sektoral/Kumpulan Belia
- 2 x Wakil MBM
- 2 x Wakil Ahli Lantikan Menteri MPBN

Di samping 12-15 Kementerian yang terlibat, Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia wajib mengurus sebuah Sekretariat Tetap Kabinet yang dipandu oleh seorang Pegawai Khas PM@TPM dalam sektoral BELIA, kemudian mengadakan pantauan dengan mewujudkan Sekretariat Kerja Tetap Pembangunan Belia di peringkat Kerajaan Negeri, misalnya seperti Negeri Melaka, dengan seorang pegawai bertangungjawab yang namanya Mohd Nizam Omar.

Semua negeri wajar mewujudkan kepentingan ini yang memantau langsung dari kamar YAB Menteri Besar setiap negeri.

Banyak sudah wacana Pak Sedaro bilo bercakap isu-isu ini. Dah berkajang-kajang. Jadi inilah maso Pegawai-Pegawai Khas yang memantau Paneh Miang untuk ambil perhatian eksklusif terhadap segala macam bicara tentangnya.

Walaupun negara semakin maju, masih belum ada sebuah fakulti teguh seperti National Olympic Center di Shibuya, Tokyo yang dibina pada 1972. Maknanya, dengan adanya Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia, sudah membolehkan beberapa sektor strategik dibangunkan antaranya:

1. Pusat Pembangunan Belia Negara di Bukit Jalil.
2. Taman Latihan Rekreasi Luar Negara di Guai, Pahang Darul Makmur.
3. Bank Pemajuan Belia Malaysia dengan dana RM5 billion.
4. Projek Kluster di Wilayah Ekonomi ECER, NCER, Iskandar Malaysia, SCORE dan SABAH untuk 45% kuota usahawan belia.
5. Geran Pengajian Tinggi untuk Program Lanjutan peringkat PhD sebanyak RM1 billion setahun bagi melahirkan lebih ramai generasi belia berilmu tinggi dan cintakan Negara.
6. Universiti Belia Dunia berpangkalan di Tanah Felda Sendayan yang telah dilunas oleh Kerajaan Mad Hasan. Universiti ini fokus kepada program kerja belia yang diangkat oleh CYP, UN, Raleigh International dan sebagainya.

Cukuplah...lagi pun pada akhirnya Jawatankuasa ni, mungkin heboh dengan 1 Malaysia 1 Belia ajo; atau kajian Merdeka dan Perlembagaan Persekutuan kepada 11.4 juta warga belia Malaysia; atau untuk monang PRU ajo; atau sekadar buat kerja untuk tambah peluang kerjaya kepada ramai lepasan universiti yang hendak kerja dengan Kerajaan Malaysia.

Sama ada akan wujud Kampung Belia untuk tujuan ala-FELDA MODEN atau Program SMART BELIA untuk memantapkan industri keusahawanan dan rantaian nilai usahawan Belia....terlalu banyak yang boleh dilaksanakan. Namun siapakah yang untung atau TERUS TERMENUNG?

2 comments:

  1. Assalamualaikum Uncle,

    Wah, hebat betul Uncle Paneh. Dari gaya tulisan memang Uncle Paneh bukan calang calang orang. Banyak Pengalaman dalam urusan Pentadbiran. Apa apa pun saya berharap JIKA ada idea bernas eloklah Uncle Paneh sumbangkan juga berama ke arah Pembangunan Belia ini.

    Saya kurang arif isu ini tetapi saya pasti ianya akan membawa kepada kebaikan, saya hanya mampu berdoa semoga ianya dapat direalisasikan untuk kebaikkan semua belia Malaysia, terutamanya belia Melayu.

    Baik Belia, InsyaAllah baiklah masa hadapan Negara.

    ReplyDelete
  2. Jawatankuasa apo laie ni. Heboh dengan jawatakuaso. Apo yang nak di buek tubuh jawatankuaso, sampai nak sambut hari jadi pun tubuh jawatankuaso. Tak do perubahan lansung. Mulo-mulo tubuh jawatankuaso. Lopeh tu berobot nak jadi pengerusi. Lopeh tu kato mengato. Orang tu tak boto, orang ni tak boto, orang tu tak leh buek kojo, orang ni tak pandai. Lopeh tu gaduh. Dah tak suai. Bepocah masuk pati pembangkang. Tuduh kerajaan macam-macam. Punco eh hanyo tak dapek jadi pengerusi. Macam macam pengerusi. Sumo eh pasal jawatankuasa. Ingat dengan jawatankuaso ni buleh selosai masalah ko. Mentori ado kuaso gunolah dengan bijaksano. Kalau tak buleh buek kojo.. beronti. Ramai lagi orang yang nak bekojo. KJ pun dah lamo tunggu tu... Muah ha ha ha ha .

    ReplyDelete