Wednesday, February 17, 2010

The Three Kingdom: Malaysia Ambang PRU-13

Amat menarik wayang gambar penceritaan Sejarah Panglima Perang Dinasti Raja Wu, Shu dan Wang, yang akhirnya Dinasti Raja Jun menaiki takhta. Panglima-panglima besar dan Komando peperangan bertungkus-lumus mengelilingi tanah-tanah Negeri dan Wilayah untuk peluasan penjajahan secara ketenteraan beraja. Akhirnya yang menaiki singgahsana Kerajaan Beraja ialah Dinasti Jun, yang berpunca daripada Konsortium Ketiga-tiga Kerajaan Beraja ini. Persekutuan ini memberi ciri tersirat yang begitu mendalam kepada Kerajaan Barisan Nasional di Persekutuan dan Kerajaan Komplot Pembangkang, hatta senario lintang-pukang paham kuasa eksekutif politik turut memberi impak besar kepada ekonomi Negara dan intisari harian politikus marhain dan jembel.

Kenyataan Nik Aziz di ambang nanyuk dan menjahanam kedaulatan Perkara 3, bahawa sambutan dan perarakan Maulidiur Rasul tiada makna dan fadhilatnya! Apakah pernyataan ini COCOK dengan kerusinya sebagai Mursyidul Am PAS? Apakah ini petanda keruntuhan institusi wahdatul-fikr PAS sebagai sebuah organisasi siasah Melayu yang umurnya muda 5 tahun daripada UMNO? Kesannya Nik Aziz sudah mencampak diri, maruah, akademiaNYA ke dalam tong sampah dan mentadbir dirinya sebagai Orang Tua Nanyuk mengurus perihal ehwal Kerajaan Kelantan.

Suasana hingar-bingar di Kedutaan Australia di Jalan Yap Kwan Seng, sekadar gerakan jembel, yang akhirnya di pandang lekeh, miskin dan daif oleh Australia. Laporan akhbar seramai 500 orang sahaja yang sibuk membodohkan DIRI pada jam 0900. KJ dan rangkaian kawan mereka yang pendek strategi telah masuk PERANGKAP SULIT DAN LICIK Yahudi dan Sheriff US di Asia Pasific. Maknanya, Pemuda UMNO dipimpin oleh pasukan dengkel ilmu Pengurusan Politik Serantau dan Pengurusan Perang Saraf Serantau. Langkah yang lebih bijak sewajarnya:

1. Semua warga Malaysia yang masih sah kerakyatan mereka di Australia, ditarbiyah tentang senario sebenar oleh Petugas di Kedutaan Malaysia. Sementara di Australia, semua pelajar Malaysia dipanggil pulang serta-merta, sebagai kaedah saraf menunjukkan kekuatan Malaysia. Juga berpakat dengan ASEAN untuk memberi gesaan kepada Australia supaya PRINSIP ZOFFAN mesti dihormati kerana kedaulatan sesebuah negara.

2. Bloggers dan media elektronik serta cetak, mesti disorongkan dengan Nilai Berita Berkualiti Tinggi dalam urusan mencantas pemikiran Neo-Komunis dan Zionis dalam aliran di Australia, kerana Australia ialah sebuah Negara Merdeka tetapi tiada Daulat Kerajaan mereka. Australia bukan seperti United Kingdom sifatnya, sebagai Negara Merdeka dan Berdaulat.

3. Boikot syarikat dan produk keluaran Australia, panggil semua syarikat berpangkalan di Australia yang beroperasi di Malaysia oleh YB Menteri Luar Negeri dan YB Menteri Dalam Negeri. Mesej ini akhirnya menekan MP Tak Sedar DiUntung di Australia untuk berfikir sebelum memulakan Konsep Winning The Battle over Crossing Fences.

Senario terkini, Zulkifli Ahli Parlimen PKR yang mendedah wujud Little Nepoleon dan Firaun Kecil dalam PKR juga melalui gerakan halus NGO tajaan Dajjal Domestik dan Asing. Banyak kebenarannya kenyataan Zulkifli Nordin ini. Dewan Rakyat yang bakal bersidang 01/2010 pada bulan Mac ini akan lebih memuak rakyat dengan dogengan dan kepalsuan yang ditiup dan disambut oleh Ahli Parlimen PKR+DAP+PAS. Mungkin MP Bebas-Pasir Mas akan sibuk dalam perjuangan PERKASA. Manakala MP BN Backbenchers dan sekutu akan sibuk mengira untung dan melobi yang mana boleh, projek itu dan ini. MP yang bertugas sebagai Anggota Pentadbiran terpaksa pecah kepala untuk menjawab dan menepis yang mana perlu, pada kiraan harakat tertentu.

Fenomena yang dipertonton kepada warganegara Malaysia hari ini, merupakan petanda bahawa Tanah Melayu ini semakin dimamah oleh kealpaan Rakyat dan Pengundi yang sah dalam daftar pemilih SPR. Fenomena ini merupakan garam belacan yang dipersetujui oleh 64% pengundi di kebanyakkan kawasan mengundi. Fenomena ini merupakan bala' kepada Negara Merdeka dan Berdaulat dengan pengakuan bahawa Raja Berperlembagaan.

Di ambang PRU-13, Pak Sedaro melihat beberapa perkara mungkin akan berlaku:

1. Andainya Kuasa Pentadbiran Eksekutif mengambil sikap tidak peduli terhadap rungutan, sungutan, komentar pedas dan menyakit hati rakyat berkenaan kelakuan, telatah, gelagat isteri-isteri mereka yang memakai aksesori suami sebagai Ahli Parlimen juga Ahli Dewan Undangan Negeri secara bongkak, angkuh, takbur dan keterlaluan, MAKAnya...Bacakanlah talkin kepada Barisan Nasional.

2. Di dalam Perlembagaan Persekutuan, Anggota Pentadbiran ialah Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, Timbalan Menteri dan orang yang dicadang lantikan oleh PM melalui Surat Cara Perlantikan dengan menerima tanda setuju ehsan oleh DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong. Tiada klausa isteri-isteri kepada PM@TPM@Menteri-menteri@MB@KM yang boleh sewenang dan melampaui amalan lazim berasaskan Perlembagaan Persekutuan. Ini HARUS diberi ingatan kepada sekalian Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Ada juga sang suami yang NAIK DAUN bila bini dia YB...!

3. Pengukuhan kerajaan BN hari ini banyak diterjemah oleh rakyat awam sebagai Kerajaan 45%. Manakala Kerajaan 55% ialah milik kaum-kaum lain. Apakah sindrom MENIPU DIRI SENDIRI boleh menjadi kitab pilihan pentadbiran semasa? Samalah juga dengan Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor, dominasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, rakyat awam menterjemah mereka sebagai Kerajaan 3/4 atau 75% TIDAK UPAYA dan TIDAK BISTARI. Manakala 1/4 atau 25% selebihnya hilang ontah di mano?

Apakah dalam PRU-13 Pengundi akan menterbalik semua pilihan semasa? Apakah PRU-13 akan memberi sirna kepada Rakyat Raja serta Orang Asli? Apakah Pribumi Sarawak dan Sabah akan berpuashati dengan kelangsungan survival di Malaysia Timur? Apakah Banjaran Crocker akan diteroka untuk memperoleh Cinta DUNIA?

Pengkisahan 3 Kingdom banyak memberi personafikasi yang mendalam, jika diamati setiap langkah dan strategi peperangan mereka. Kata-kata panglima besar Raja Wu, "Jika kamu sekalian mati berperang, biarlah dalam kedudukan bermaruah. Dan aku akan TERUS berperang, walaupun kalian gugur dahulu." Rupanya yang menjadi MUSUH DALAM SELIMUT ialah abang sendiri, sebagai PENGKHIANAT kepada beliau dan kerajaan Dinasti Wu.

Wahai pembaco yang budiman, seorang Ahli Sarjana Purba Arab berpesan, jika Negara ini dilihat hanya dengan keluasan tanahnya, maka kau akan mendapat sempadan wilayah, jika Negara ini dilihat hanya dengan kepadatan manusianya, maka kau akan mendapat kekayaan melimpah ruah, jika Negara ini dilihat dengan ketinggian tamadun ilmunya, maka kau akan mendapat nilai Merdeka dan Rezeki Berganda, jika Negara ini dilihat dengan pandangan roh, maka kau akan mendapat petunjuk kesentosaan. Hatta kalian yang BISTARI Negara mesti dijarah dan dinukil melalui Tanahnya, Manusianya, Tamadun Ilmunya dan Rohnya, MAKA kalian akan memperoleh Jambatan Syurga Dunia dan Akhirat. Terpelihara kalian dari Fitnah dan KeHancuran.

Pak Sedaro fikir, elok yo...kito membidik jasad, batang tubuh peribadi untuk menilai survival PERJUANGAN ini demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

5 comments:

  1. Org ke 20 kaya rupanya anak aku, patutlah sampai aku cabar paklah pecat aku dari petronas. Perjuangan bolom selosai, anak aku yg botak ada sikit kureng dari KJ yg nyata lebih bijak. beranai macam anak menakan aku dulu, anak sheikh fazir. Hari ni KJ tunjuk perasaan kat kedutaan Australia. Itu baru anak jantan. Orang maju kehadapan, Msia maju kebelakang.

    ReplyDelete
  2. Puuut kontut, wow wangi kato Barisan najis. 2 hari tak berak beb, satu dunia tercium beb. Msia bolehland.

    ReplyDelete
  3. org cina yg ramai jadi jutawan tu tak dihebohkan, sekerat dua melayu jadi kaya yg jadi perhatian. patutlah melayu lambat maju sbb masih ramai saki baki keturunan si kitol kat malaysia ni. dengki dengan kejayaan bangsa sendiri. kalo tak bijak dan usaha toksahkan nak jadi kaya, nak pakai keta kancil pun belum tentu. hanya melayu saja yg mampu jatuhkan melayu.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  4. Betullah tom tem bak.Banyak cina jadi kaya meka tak bising pulak .Melayu baru seorang dua dah mcm mcm katanya.PHD itulah rasmi org melayu nak wat mcm mana kan.

    ReplyDelete
  5. Ado akai ka tom tom bak tulis sendiri sokong sendiri, pueek.

    ReplyDelete