Tuesday, March 9, 2010

BTN bukan LOLONGAN MURAHAN

Pak Sedaro merasa makin ramai yang buta nahu di BTN. Bacolah suratkhabar Berita Harian hari ini, 9 Mac 2010, yang dipapar ghairahnya Pemuda UMNO Selangor. Sedangkan undang-undang Khas Kem Bina Negara, Biro Tatanegara JPM ialah tiada mana-mana media boleh menyiar photo-finish dalaman dalam kawasan KBN. Nampaknya, jika subjek ini di PEKAK dan di BUTA, hanya kerana nama 1 Malaysia...Pak Sedaro fikir, sumpah SEMERAH PADI dan SEMANGAT JANJI SETIA NEGARAWAN sudah dilangkah dan dinodai.

Kok beriya hendak melobi kehebatan 1 Malaysia bukannya dengan gambar demikian. Apakah ini senario populariti dan glamor yang dikejar oleh Ahmad Maslan? Atau ini merupakan strategi psywar? Ada banyak lagi, kaedah yang lebih berkesan dan halus...wahai orang BTN. Pak Sedaro pornah yo, disorong dalam kancah tu maso mudo marin, kalu tak silap belampuh di dinding Dewan Ceramah, diwarta perihal Larangan membawa keluar sebarang rakaman, gambar dan sebagainya dari dalam kamar KBN.

Apakah ini langkah untuk melembut persepsi rakyat yang tidak pernah atau langsung tiada kedudukan untuk di KURSUS kan? Atau apakah ini boleh memberi gambaran keterangan bahawa BTN ialah organisasi awam bersifat manusiawi?

Pak Sedaro baru bersembang dengan 5 orang mantan Setiausaha Politik kepada Perdana-Perdana Menteri, yang memberi perspektif tersendiri tentang keletah BTN sejak akhir-akhir ini. Pengumuman Seminar 1 Malaysia sebanyak 500 siri, apakah sebagai halwa tekak atau benar akan digasak kepada Rakyat? Jika hendak dilaksana, kenapa tidak bermula sejak semalam? Jika BTN sedar akan ikhlasnya YAB PM dan YAB TPM, Seminar 1 Malaysia perlu digerak jaya sebanyak 100 siri setiap Negeri, maknanya akan ada 100 x 14 Negeri = 1400 siri sepanjang tahun 2010. 5 orang mantan Setiausaha Politik PM-PM terdahulu, masing-masing melontar hujah demikian:

1. BTN mesti buat Kemaskini Penggerak Seluruh Malaysia dengan panggil semula Veteran Penggerak yang masih bernafas.

2. BTN kena guna sama kepakaran Ahli Agama yang ramai merupakan Pejuang Otai yang mahir dalam kupasan ilmu khusus untuk Kuliah dan Syarahan Agama BTN.

3. BTN kena adakan Pre-Council Perdana di PICC dalam waktu terdekat. Sebaiknya sebelum bulan Mei 2010 dengan himpunan 3500 Tenaga Penggerak seluruh Malaysia bagi 1001 tujuan demi kebaikan Tanahair Malaysia.

4. BTN kena himpun Semua Bekas Setiausaha Politik PM-PM dan TPM yang masih hidup, juga semua Setiausaha Politik YB Menteri-Menteri yang masih bernyawa, kerana mereka memberi implikasi besar kepada Proses Halusinasi Ilmu Politik Malaysia.

5. BTN, JASA, KEMAS, MKN dan IIM kena bersatu dalam membina Kelompok Tenaga Penggerak Malaysia yang membawa mesej-mesej mengekang Kebejatan dan Berantakan Sosial yang makin meruncing. Jika tidak nescaya...terimalah keputusannya 2013.

Pak Sedaro sempat juga berbicara panjang dengan anak Melayu dan umat Islam pertama yang berjaya meneroka Kutub Selatan dan Kutub Utara. Buah fikirannya ada benarnya. Iaitu alam semakin cemburu dan miskin dengan skema kelestarian bumi. Begitu juga cara kita mengurus politik tanahair. Gunakanlah MEPS "mind, emotional, physical, social" dalam aturan survival kita. Maknanya, Jika Sharifah Mazlina ini boleh menerobos Kutub Selatan seluas Tanah Amerika Syarikat selama 22 hari sejauh 1127 km perjalanan; dan Kutub Utara selama 9.5 hari dan berjaya khatam Quran 114 surah di Kutub Selatan...apakah Rakyat Raja masih buta untuk lakukan yang "miracle"?

Akhirnya, Pak Sedaro fikir ingatan dan amaran 5 orang mantan Setiausaha Politik PM-PM ini amat PENTING, MENDESAK DAN WAJAR DISEGERAKAN. Insan-insan ini melihat gejolak dan lambungan yang memutih, kita tidak mahu "BLUE ICE" di Kutub Utara meradak bumi Malaysia, pula.

Pulanglah .... pulanglah ke haluan SEBENAR.

7 comments:

  1. Jadi jelaslah UMNO terlibat dalam mencorakkan BTN.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    BTN nak mengadakan siri ceramah 1 Malaysia tahun katanya...500 siri....cammon laa brader Maslan...ini jaman aa...ceramah2 org talak main lor....haiyaa....LEBIH BAIK BTN JOIN SURE HEBOH LOR, jika itu macam strategi mau pakai....banyak...pendek akal la itu Ketua Perangan UMNO ....dengar khabar Si Maslan ni bijak buat AKRONIM so..baik buat bengkel bina AKRONIM laa lagi baik...NASIB LAA UMNO, makin lama makin tak keruan tindakannya.

    ReplyDelete
  3. Den pun baru je jumpo n borak2 minum teh dgn mantan Setpol Pm,Tpm malahan dgn mantan Pm jgk sekali..bru yo lopeh jmpo td ha.Semuo ckp bgtau den sebonarnyo BTN ialah BIRO TAIK NEGARO. Terperanjat jgk den mulo2 td,tp setelah semua penerangan yg dioarang bg barulah den botul2 faham... Tak dapek nak nafikan lg dah mmg botul BTN ialah BIRO TAIK NEGARO. Kah! Kah! Kah! Kah!!! Hampeh botul.. 1malaysia kono tipu..

    ReplyDelete
  4. sampai camtu sekali akronim yg diberi kepado btn oleh spesis hompuk ateh ni. nampak na takut ngan btn.

    ReplyDelete
  5. Untuk Anon 6.53 .ya lah tu ada jumpa dengan org org yg di tulis atau saje je nat buat cerita.Apakah jenis org awak ni agak nya?sebenar nya Dia ni jenis Hampeh punya MELAYU.

    ReplyDelete
  6. Allo anon 9:01... Mgkn kaulah sebonarnya MELAYU HAMPEH sobab kau jenis mudah percayo bulat bulat yg kononnya..d ulang kononya penulis artikel pi jumpo orang2 tu semuo?kah! Kah! Kah! Kah!!! Tapi kau ragu2 pulak bilo den kobar den pn bru jmpo org2 tu semuo..Apo pasal susah nk percayo pulak? Kok bagus bonar tak kan jadi tahap pencacai upahan yo??? Pembongak yo lobih tu... Kah! Kah! Kah! Kah!!! 1malaysia kono tipu... Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!!!

    ReplyDelete
  7. bangang punya geng isham.

    ReplyDelete