Monday, March 8, 2010

Kamus Terakhir CIFUT B.A.B.I.

Bingkisan terakhir CIFUT B.A.B.I. sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, yang pernah menjawat Presiden ABIM, Presiden MBM, Menteri Pelajaran, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri sudah tiba ke penghujung rancangan polemik politiking. Dia sudah dihadiah dengan tahanan di Kemunting sebagai Tahanan ISA sebanyak 2 kali. Insan yang bernama Anwar Ibrahim telah mendapat kedudukan sebagai Ahli Yang Amat Berhormat, seketika dulu.

Penghakiman Rayuan terakhir telah memberi gambaran siapa sebenarnya CIFUT B.A.B.I. Dia tidak tahu dan arif soal perundangan dan Perlembagaan Persekutuan. Kuasa melantik dan menggugur jawatan mana-mana Ahli Jemaah Menteri ialah Kuasa Perdana Menteri, maka inilah keadilan yang diletak oleh 3 panel hakim yang mengikut kehendak Anwar Ibrahim, sebab 2 orang yang sebelumnya di bantah oleh CIFUT juga.

Apa yang hendak dipromo oleh CIFUT B.A.B.I.? Apakah dia masih ada reserved psywar atau reversed psywar yang belum dizahirkan? Dia juga telah "declare" untuk serah jawatan Ketua Pembangkang kepada Lim Kit Siang, yang siang-siang telah menYIANG PAS+PKR yang pening? Anwar juga telah menyedia payung emas kepada Azizah dan keluarga sebanyak USD3 billion, yang tak habis makan 5 keturunan. Dengan bekalan simpanan wang ringgit semewah itu, cukup untuk anak-beranak Anwar hidup di Mauritius dan Cayman Island atau Maldives selama 150 tahun. Di labur pula dalam Swiss Bank atau Granada International Bank, boleh sudah keturunan Anwar dapat wang dividen tambahan sebanyak USD500 million dalam masa 3 tahun.

Kamus terakhir CIFUT BABI akan menjadi noktah penutup kepada drama retorika politik kufur nikmat yang sekian lama menjadi hantu dan jembalang kepada Rakyat Raja, khasnya pengikut sembrono PKR+PAS+DAP+PSM, yang ditempias kepada ahli simpati UMNO yang masih ramai tidak kenal "apa maknanya Jintan" dan "apa ertinya Lawang"?

Insurans Rakyat Raja ialah Perlembagaan dan Roh Perlembagaan. Insurans CIFUT ialah hujah pembelaan yang diwakili oleh manusia dari rangkaian CIFUT, yang percaya kepada wang ringgit dan memendam impian bahawa CIFUT ialah Perdana Menteri Malaysia selepas PRU-13!

Hari ini, keadilan yang PASTI ialah Dr. Mahathir semasa pentadbiran sebagai Perdana Menteri Malaysia melakukan tindakan berasas perundangan dan hukum Perlembagaan Persekutuan. Keadilan yang NYATA ialah Dr. Mahathir merupakan insan yang memberi karektor kepada Anwar Ibrahim, jika tidak Anwar Ibrahim tidak berada sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Yang SAHIH ialah Dr. Mahathir mengambil risiko besar kepada sebuah Negara Bangsa yang Baru dan masih Bayi.

Yang PASTI ialah Anwar Ibrahim seorang pelaku politik bobrok dan populis, sehingga bersedia BERKORBAN untuk KUASA YAHUDI dan NASRANI. Yang PASTI ialah Anwar Ibrahim telah berjaya seleweng fitrah YAB Nik Aziz Nik Mat yang akhirnya, hari ini Nik Aziz Nik Mat telah terjun dengan labu-labunya. Yang PASTI ialah Anwar Ibrahim telah berjaya memecah perintah dan menjahanam rangka demokrasi berperlembagaan dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan, yang hari ini membawa kepada falsafah penghidupan rakyat leweh dan beweh. Falsafah hidup Rakyat Raja telah dicetak secara berseni oleh Anwar Ibrahim, hingga mereka ini LUPA dan ALPA, siapa, di mana, bagaimana, yang namanya Umat Melayu, yang agamanya Islam, yang sifatnya Bil-Hikmah?

Secara tidak sedar, sudah bulan Mac 2010 iaitu 1/3 tahun. Sudah berlaku 25 gerak gempa yang melanda muka bumi, Putrajaya masih belum ada, Damansara Height masih belum berlaku, Bangsar belum terjadi. Sedarlah kalian umat Muhammad, Bumi ibarat Nenek Kebayan Bongkok Tiga, yang akan meratah disiplin harian kita. Azab dunia masih boleh dinafikan, namun bila mana dilambung tanah di perut bumi di bawah rumah kita, barulah kita bangkit dari tidur yang lena.

Pak Sedaro melihat survival kita semakin mendesak, Rakyat Raja mesti mencari harta melimpah ruah supaya dapat dikorban kepada kegiatan fisabilillah. Andai masih ratusan ribu manusia dikhayal oleh CIFUT B.A.B.I. sedarlah....bahawa kalian masih PAPA, sedang dia, Anwar Ibrahim Kaya-Raya. Kamus Terakhir CIFUT BABI, mungkin dia akan menulis "Antara Pisang Tanduk dan Karipap Pusing: Hobi dan Seleraku"...

8 comments:

  1. ayo,
    lu ni apahal?panggil orang nama macam tu?lu relek la..
    gua bukan apa,gua ingat lu ada apa apa cerita best...lu kampong la..

    ReplyDelete
  2. anon, lu ngok la. itulah cerita pasal ciput yang PM tulis. lu talak faham lagi ka atau buat2 talak faham. lu ulu la.

    the truth hurts. syabas PM.

    ReplyDelete
  3. Biasolah jang..hakim tentu terpandang2 akan jelingan manjo Mahathir sblm membuat keputusan jang...


    asas perkiraan hakim adalah :mahahtir masih hidup, kang salah penghakiman nak mampos...

    tapi mahathir terang2 bersalah mencatur hakim dlm kes video linggam, tak pulak kena seret ke mahkamh dan dihukum....itu lah undang2 kito jang!!! tak polik pun..

    sapo berkuasa, dia akan mengkudakan semuanya...biasala

    ReplyDelete
  4. power betul mahathir sejak video linggam sampai sekarang dia masih caturkan hakim. lebih power dr bush. cara mahathir catur tu macam org lain takde otak nak pikir. mcm semua org bodoh takleh nak fikir yg benda tu salah. dalam berjuta org yang duduk dlm kerajaan, semuanya akur dgn percaturan mahathir. sampai anwar dulu pun jadi pak angguk. hebat. dah keluar baru nak memekak. pejuang apa namanya tu? pejuang juburi.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  5. Ya Allah cicit Komut, lidah kau macam lidah biawak aku nasihat bawa bertaubat jangan jadi pengikut Mahadajjal Mahazalim, Amin.

    ReplyDelete
  6. Yo lah tom tem bak...mahathir kan hebat...kenapo plak masa dia memrintah dulu si Nazri pun yes man yo dgn dio?menikus si Nazri...tapi bilo mahathir dah pencen dan jd warga emas, maka si Nazri pun kasi hantam sama dia juga? apasal aaaa???

    ReplyDelete
  7. Pak ngah bg santan ompek kilo...

    ReplyDelete
  8. Pak ngah Santan Lu kg mari ka?

    ReplyDelete