Tuesday, March 16, 2010

Kementerian Kesihatan BACUL

Episod membentuk pegawai perubatan BACUL dan DAIF tentang Negara Malaysia ini dilapor oleh kenalan Pak Sedaro. Kisahnya berlaku dalam kamar dan gelanggang Biro Tatanegara. Begitu banyak peristiwa sebenarnya pasal BTN ini. Tapi yang ini menarik untuk dikupas, implikasinya kepada PEMIKIRAN HAPRAK.

Apalah istimewa pegawai perubatan mentah yang belum lagi sahih bergelar pakar yang diwajib sebagai prasyarat Kerajaan Malaysia mengikuti skema Kenegaraan sebelum memula tugas di pusat kesihatan milik kerajaan. Proses yang sepatutnya berlangsung 5 hari [tempoh sebenar] telah disingkatkan kepada 1 hari yang hanya disebabkan kawtaw HARAM antara KSN dan TKSU Kementerian Kesihatan.

Apa yang handalnyo doktor-doktor mentah ini terutama yang berada lama di luar negara yang mungkin terjajah dengan pemikiran Yahudi dan Nasrani serta ortodoks isme-isme tertentu dunia luar? Bila mana hanya mendengar kandungan ceramah-ceramah yang bersifat "helicopter-view" tetapi sudah wujud persepsi negatif tanpa mahu menyelam pedagogi ilmu sebenar Kenegaraan melalui siri-siri Bengkel atau Kumpulan Kluster?

Apa kejadahnya diwarta Kenegaraan dilaksana selama 5 hari tanpa kompromi kepada semua kakitangan awam tetapi para doktor haprak ini diberi keistimewaan "handicap" semacam orang berpakat runding di Golf course ajo sifat ehh? Setahu Pak Sedaro, ramai kekawan yang pornah poei, par, kakitangan sokongan, pegawai, pengarah, ketua pengarah, PTD, sampailah Setiausaha Politik sekalipun, kono 5 hari di pulun Kenegaraan. Tapi doktor mentah yang tak sudah masak hanya bergelumang proses hanya 1 hari atau 1 setengah hari saja.

Apokah kita sudah mengarah kepada membentuk identiti Pegawai Perubatan dan Pegawai Kerajaan yang BACUL dan DAYUS? Apokah ada macai setaraf KSN & KSU yang HAPRAK untuk kawtaw dalam memberi LAMPU HIJAU kepada proses Kenegaraan yang hanya berlangsung dalam tempoh sehari tetapi diiktiraf dengan kurniaan sijil JPM? Apo murah sangatkah nilai sijil JPM itu sehinga boleh dikompromi dan digadai martabat serta tarafnya? Paling Haprak bersulam Sadis apabila di kalangan doktor ini langsung tidak boleh berbahasa Melayu dan gagal pula peperiksaan wajib!

Kalau Pak Sedaro nak belek dan telek, sudah pasti Orang Paling Senior dalam Jawatan di Kementerian Kesihatan yang buat kerja MEMBACUL dan MENDAYUS kumpulan doktor perubatan yang masih BUTA Negara untuk tidak ikuti sektoral ilmu Kenegaraan secara "full-package". Apakah mungkin sikap berprasangka, bahawa dengan penurunan ilmu Kenegaraan yang padat dan padu, maka doktor-doktor ini menjadi seorang patriot dan bukan seorang ahli perubatan yang patriotik?

Apakah skema BTN ini melahir racist yang menjadi percikan dan hamburan fikiran, sepertimana yang disebut oleh doktor mentah yang menjadi peserta dalam kumpulan ini yang menulis warkah ulungnya kepada KSN? Inilah pola fikir HAPRAK yang tidak lahir daripada sekolah Kenegaraan yang langsung tidak masak, mahupun berputik!


Pak Sedaro fikir, sudah sekian lama istilah kawtaw di Kedai Mamak @ Warung Cendol @ Sebatang Curut @ di Meja Catur @ di Padang Futsal @ di Green @ di Coffee House Hotel/Resort/Golf Club menjadi sandaran kebanyakan manusia bertali leher, berjaket kemas, berkereta ehsan Kerajaan dan makan duit Rakyat. Mereka ini tanpa segan akhirnya memperdagang tahap ilmu manusia lain untuk TUJUAN menjahanam martabat patriotisme anak bangsa merdeka!

Pak Sedaro fikir, dah tibo maso agar Little Napolean @ Little Al-Pacino @ Little Crook ini dihapus dalam kamar dan kedudukan hakiki masing-masing. Tak kiralah siapa mereka, andai sudah tiba masa untuk pencen, PENCENKANLAH...tak perlu sambung KONTRAK. Jangan pula sampai dikatakan Rakyat, BERAMBUSLAH daripada jawatan itu! Baik yang namanya Kepala Segala Pegawai dan Kakitangan Awam, atau pun Juak-Juak Kanan atau pun Soldadu-Soldadu Kanan dalam mana-mana Kementerian, Jabatan dan Agensi atau Syarikat Berkaitan Kerajaan.

Gamaknya, penyakit RACUN TIKUS sudah merebak ke dalam organisasi awam lebih dasyhat. Apabila keputusan kumpulan kecil ini boleh "deny" dan "dismiss" Standard Operating Procedure Biro Tatanegara, maknanya mereka secara automatis memberi signal bahawa Kenegaraan tidak mustahak untuk insan. Pada mereka, persetankanlah dengan perintah Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Menteri yang Beramanah dalam BTN. Apakah ini BANJINGAN dan PEMIKIRAN HAPRAK yang sedang melata di kalangan Rakyat?

Apakah ada komplot yang sedang merencana JAHANAMnya sebuah TAMADUN RAKYAT RAJA yang baru bertatih 53 tahun? Apakah konspirasi ini sedang membentuk "troop" PENDUSTA NEGARA BANGSA PROFESIONAL dalam masa 10 tahun dari sekarang?

Sedarkah kalian siapa pun yang membaco "tempelak ini" bahawa jika BTN tidak anjur simposium Kenegaraan Malaysia, nescaya Tanah Melayu ini sudah lama tergadai 30 tahun dulu.

Sedarkah kalian pemegang pinjaman pelajaran dan biasiswa Kerajaan Persekutuan Malaysia, bahawa anda sedang meminjam masa cucu cicit anda?

Sedarkah kalian pegawai perubatan yang tak khatam Kenegaraan, bahawa "kalian sudah terperangkap dalam statistik" kumpulan berotak tapi tidak berakal, berakhlak tapi tidak berpekerti, berjasad tapi tiada roh, berjiwa besar tapi tiada integriti. Kalian telah berjaya dimomok oleh sandiwara beberapa kerat KUDA KEPANG dalam urusan latihan kefahaman kalian. Kasihan...biarkan...biarkan...

Sedarkah bahawa rakyat Malaysia masa depan bakal berhadapan dengan DOKTOR yang tiada zuk' terhadap tanahair TETAPI hanya berkiblatkan Duit, Kaya, Mewah dan Cabut Lari.

Inilah senario bila mano masing-masing anggap kerja integriti bukan tugas amali setiap insan, khasnya Pegawai-Pegawai Perdana Menteri, Pegawai-Pegawai Timbalan Perdana Menteri, Pegawai-Pegawai Timbalan Menteri di JPM, Pegawai-Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cukuplah sandiwara "Beraja di Mata, Bersultan di Hati". Bidalan perpatih ado berposan "Kok dijorit pokak, kok ditampar biso, kok leko merano, kok ulit merabo."

3 comments:

  1. buat le kursus 2 minggu lagi baguih. tak dak doktor kat jabatan kecemasan hangpa jugak yang bising. kena tunggu lama kat klinik geng hangpa jugak yg melolong,....semua tak kena! nak habaq mai, doktor-doktor yg tak leh cakap melayu tu semuanya tak minat langsung nak kerja kat hospital kerajaan. kalau kerja hospital gomen gaji RM5000/ ja untuk doktor biasa. Pakar kalu ada la lebih sikit. Tapi kat luar, pakar boleh dapat senang2 RM60,000 sebulan tau ! jadi yg pakat-pakat tinggai kat hospital kerajaan ni kira orang-orang yg tak brapa bijak le kot. Dah le hari-hari kena maki dengan pesakit, sedara mara pesakit dan orang-orang yg pandai cakap macam sedara ni lah! Semua orang salah, sedara je lah yg betui! Oii pi buat negara sendiri la....

    ReplyDelete
  2. aper ker ramai sangat ker doktor2 tak khatam tu ke BTN...ada hospital tutup ker? tak kut..setuju kat penulis...5 hari kursus BTN takkan tutup hospital!!

    ReplyDelete
  3. Anon 9:31pm dan Komat

    Sey baco dalam sikit. Ekau beduo melihat profesion sebagai statut berimbuhan.

    Tu sobab ramai macam Anon dan Komat, yang tak tahu instrumen kepentingan Perkara 153 dan Perkara 152.

    Semua warganegara Malaysia yang ditaja atau diberi pinjam atau diberi biasiswa oleh Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri, GLCs dan Agensi tertentu untuk melanjut Pelajaran ke Luar Negara MESTI ikuti prosedur tetap yang diwarta dalam Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pekeliling Program Pengajian Luar Negara di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

    Sey tanyo geng sey yang di Durham Medical College, dio keturunan Sikh. Kobar eh, elok bonar BTN buat "kefahaman Kenegaraan" sobab tulah dia tahu, nilai Perlembagaan Persekutuan, dan bilo nak pulang ke tanahair. Mano dio nak khidmat, itu pilihan memasing.

    Dio kobar laie, Orang Malaysia tak mampu nak lanjut buat Medical Studies di UK sobab kok, tak do Kerajaan Malaysia boie duit, tak dapek do. Jumlah keseluruhan kos pengajian perubatan di Luar Negara di UK misalnya ialah RM 1 juta.

    Setuju bonar sey tu, bilo sipolan nang gomar Pak Sedaro nie, hamput kisah ini tadi.

    ReplyDelete