Tuesday, March 30, 2010

MEB Menuju 2020

Berikut antara intipati Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut.

* Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan.

* Kerajaan dan KWSP akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang.

* Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jln Ampang, Jln Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos penyelenggaraannya.

* Pembangunan tanah di Sungai Buloh dan pembangunan beberapa bidang tanah di bandar raya ini dijangka menjana pelaburan baharu bernilai lebih RM5 bilion

* Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio kemungkinan diswastakan.

* Petronas telah mengenal pasti dua subsidiari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta.

* Khazanah Nasional Bhd. akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat.

Secara keseluruhannya, berapakah nilai sebenar yang boleh diperoleh oleh satu isirumah Rakyat Raja? Apakah nilai RM24 ribu setahun untuk mentakrif kejayaan MEB kepada umat Melayu? Maknanya RM2,000 sebulan untuk diinfak kepada keluarga Rakyat Raja. Apakah keluarga Rakyat Raja di desa dan kampung terpencil juga menerima tempias dek limpahan ekonomi baru Malaysia?

Apakah keluarga Pribumi Sabah di Kota Marudu misalnya memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM2,000 atau Pribumi Sawarak di Bario dapat pendapatan yang sama? Apakah kos bahan makanan dan hasilan makanan akan meningkat setidaknya 1 kali ganda. Daripada RM1.45 sekilo gula kepada RM2.15 sekilo gula dalam masa 10 tahun mendatang. Atau harga petrol daripada RM1.80 Ron 97 seliter kepada RM2.80 seliter dalam masa 5 tahun.

Ingatlah bahawa Masyarakat Berpendapatan Tinggi = Kos Sara Hidup dan Berbelanja Juga Tinggi. Bersedialah Rakyat Raja bahawa alam yang baru akan TIBA dan masa seronok dengan subsidi akan LUPUT.

MEB jika dikaji dengan mendalam, berupaya menyelesai masalah Poket Kumpulan Isirumah di bandar-bandar besar sahaja. MEB masih belum dapat membantu selesai masalah Rakyat Raja yang MEREMPAT DAN PARIA di kampung dan desa.

Selangor melalui SYABAS dalam percuma 20m kubic air. Harus diingat bahawa percuma ini sementara, strategi berselindung dengan menukar meter-meter air sedang GIAT dilaksana di Selangor, yang akhirnya Selangor untuk 60m kubic dengan kos. Ramai yang alpa tentang modus operandi BIJAK ini.

MEB akan dirasakan membebani Rakyat Raja jika Kerajaan BN gagal memberi kupasan yang TEPAT kepada masalah memperoleh duit oleh rakyat:

1. Skim-skim bantuan Modal untuk perniagaan runcit mesti di perhebat.

2. Grand Napoleon dan Pelantak Duit Haram di institusi perbankan dan kewangan mesti diambil TINDAKAN kerana merekalah pengkhianat Nombor Wahid Negara hari ini.

3. Kemasukan Dana Asing untuk menampung Modal Pemula Projek Raksasa mesti diberi kelulusan SEGERA. Jika tidak Singapura yang kecil akan terus JUARA Rakyat.

4. Pengamal Politik yang Rakus dengan Mentekedarah Duit Rakyat mesti diberi AMARAN untuk BERUBAH. Kerana jika mereka GAGAL berubah rentak dan selera, PRU-13 akan dibakar oleh rakyat dengan api Kebebasan yang menafikan Pilihanraya. Rakyat akan jelak dengan pembohongan oleh BN dan bukan BN. Akhirnya mereka lebih rela ramai MP Bebas dalam Dewan Rakyat. Fenomena ini ialah BALASAN dek kecuaian BN dalam menakhoda zaman 2003-2008. Hukumannya berlanjutan selama 1 dekad.

MEB ialah kuda tunggangan DS Najib dan lantai pinkie TSMhy. MEB dijangka memberi suntikan sebanyak RM20-RM40 bilion sehingga 2020. Tanah seluas 3,000 ekar di Sungai Buluh wajar dijadikan Kajian Kes dan Showcase kepada Rakyat Raja.

Tanah komersil bernilai RM300-RM400 sekaki persegi dalam Bandaraya Kuala Lumpur perlu diteliti taraf pembangunannya. Boleh untuk KAYAkan Cina dan Keling, tapi jangan Perkara 153 dan Hak Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Sabah dinafikan secara HALUS dan bersifat Yahudi.

MEB sebagai manifestasi Malaysia sebuah Negara Maju. Andai rakyat Raja berhajat untuk MAJU, maka, fikirkan kubur Islam Jalan Ampang yang mungkin akan beralih jua.

1 comment:

  1. Semuanya indah khabar dr rupa....yang kaya terus kaya yang miskin papa kedana...hidup makin terhimpit...ekonomi makin teruk.....slogan itu, slogan ini semuanya muluk2..tapi hampeh!

    ReplyDelete