Saturday, March 13, 2010

MP Bebas Dalam Sejarah DR

Pak Sedaro nak ngupas sikit sebolum Dewan Rakyat bersidang mulo 15 Mac hingga 15 April ini. Dewan Rakyat kali ini mempunyai rangkaian Ahli Parlimen Bebas paling ramai dalam sejarah Malaysia iaitu 8 orang. Kepalo bosar dalam pasukan ini ialah Presiden Majlis Pemuafakatan Melayu juga Presiden PERKASA, Ibrahim Ali. Dulunya Ibrahim ini juga "champion student leader" awal 1970an hingga 1977. Dulu dia seorang Ahli Pentadbiran selaku Timbalan Menteri di JPM, maso Putrajaya baru sehari beroperasi, diolah Jaguh Tingkat 4 Blok Timur.

Dalam episod mengupas telatah Nik Aziz yang digelar Mursyidul Am PAS? Menilai rangka fikir budak Melaka di Pulau Pinang, Lim Guan Eng? Menilik gelagat CIFUT B.A.B.I yang makin lintang-pukang langkah silatnya dalam kamar di Istana Keadilan? Pak Sedaro fikir, semua retorika politik monyet-monyet politikus akan dibentang seluasnya dalam Parlimen...

Penyokong PAS+DAP+PKR sentiasa sangsi dan ada yang berani mengakui pertemuan-pertemuan mereka dengan insan tertentu, yang akhirnya menjerat hujah-hujah daif mereka. Kalian yang menyibuk dalam direktori politik, jika mahukan akses kepada drama tanyalah pada Saifuddin Nasution, Mustafa Kamil Ayub, Salahuddin Ayub, Taib Azzimuddin. Bukan dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Wan Azizah, Tengku Razaleigh.

Kalian tak sudah heboh dengan bilangan dan jumlah [kuantiti] perihal Murtad? Masjid? sebagainya...Kenapa kalian tidak persoal dan tanya:

1. Berapa banyak duit aku dalam sehari yang sanggup aku sumbang dalam tabung Surau atau Masjid?

2. Berapa ramai anak Remaja yang sesat jiwa-raga, sesat akal-budi, sesat adab-pekerti dan sesat fizikal yang sudah aku perbaiki dan bantu pulihkan?

3. Berapa kali dalam sehari yang aku berfikir, Alangkah baiknya jika aku kaya-raya, maka:

Boleh aku bina lebih banyak sudut ilmu?
Boleh aku biaya pasukan My-Dakwah?
Boleh aku tarbiyah anak Tamil dan anak Thiong Hua, anak Serani, anak Benggali tentang ISLAM dan hidup dalam komuniti Malaysia berasaskan Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan?

4. Bilakan boleh aku BERKORBAN untuk kepentingan roh Agama Islam? Boleh aku laksana tugasan JIHAD EKONOMI kepada ramai Miskin Bandar dan Miskin Tegar Desa?

5. Sudah beranikah untuk aku TEGUR wakil rakyat, pegawai kerajaan, pegawai bank, pegawai polis atau orang-orang yang MAKAN RASUAH?

6. Sampai bilakah Rakyat Raja menjadi BACUL di Tanahair sendiri, hanya berani berkokok dalam kain dan kelambu putih?

Ini semua bahang dan bahana yang dilempias kepada Umat Melayu khasnya Orang Islam di Malaysia. Insan yang masih belum Islam sedang meraba-raba mencari TONGKAT AMANAH DAN KUASA RAKYAT RAJA. Hari ini, Perdana Menteri Malaysia Keenam semasa berucap di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran parti dan NGO sahabat Cina khasnya Usahawan-Usahawan Keturunan Cina, melahirkan kenyataan "Please HELP the government and increase your investment in the country...nevetheless you are sustaining your investment aboard..."

Kenyataan MINTA TOLONG tidak boleh lahir daripada seorang PM. Pak Sedaro baco ucapan-ucapan Perdana Menteri baik daripada Negara Mana sekalipun...tidak akan TERJUIH daripada mulut mereka istilah "TOLONGLAH TAMBAH PELABURAN ANDA DALAM NEGARA..."

Banyak kaedah penyampaian yang lebih HALUS, TAJAM dan SPIRITUAL sifatnya seperti "To honor your patriotism, I believe it is BEST for you to increase your investment into domestic market"...atau apa sahaja pendekatan, untuk TIUP JIWA DAN ROH nasionalisme, patriotisme, keuntungan bersama, rasa syukur dan terima kasih, rasa terhutang budi kerana jasa negara ini kepada usahawan berjaya, rasa terima kasih kepada Tuhan kerana kurniaan Malaysia yang jauh daripada malapetaka sebagainya...

Secara tersirat, Pak Sedaro fikir Perdana Menteri, DS Najib mesti arif untuk tahu keperluan perkataan TOLONG ini, kerana Press dan Media "pick-up" statement tersebut yang menunjuk DAIF DAN PARIAnya Rakyat Raja..., Jika yang berucap itu Ali bin Ahmad, orang tidak ambil peduli.

Apakah relevannya 8 Ahli Parlimen Bebas ini nanti? Sebarang kata-kata yang dihambur dalam Dewan Rakyat akan digazet dalam Hansard Parlimen. Percaya pembaco budiman, Hansard Parlimen jika di amati secara halus akan memperlihat swadaya kepemimpinan Negara. Ia juga merupakan senjata fikir kepada insan yang bijak memberi tafsiran tepat dan kupasan peluang. Banyak pewartaan yang dinyata dalam hansard yang masih belum dimanfaat oleh Ahli Parlimen kepada Rakyat. Hakikatnya, Rakyat atau Pengundi tidak tahu kepentingan Hansard. Ada juga Ahli Parlimen yang tidak mahir mengeksploitasi kepentingan, keperluan dan kehendak Hansard. Pengkisahan tragedi besar banyak dihujah, dibahas dan didebat dan semua ternukil dalam hansard. Kepada kelompok penyelidik Parlimentary Yahudi, mereka mengguna Hansard satu-satu negara untuk menyelam, menilai keutuhan dan ketegaran komitmen setiap orang Ahli Dewan.

Pak Sedaro, harap lebih ramai Ahli Parlimen sedar bahawa pintu bala sedang menunggu di depan mata. Alam Melayu semakin dihimpit oleh kefakiran dan kekafiran politik yang MENJAHANAM jiwa, watak dan identiti Rakyat Raja. Ramai pembaco yang tidak tahu politik dalam istilah "underwear-politic". Yang sibuk komentar dalam PM ialah manusia-manusia suku masak dalam mengenali POLITIC, POLITIC dan POLITIC. Akhirnya manusia Anwar Ibrahim yang dapat tambah vaksinasi KELENTONG DAN LAKU untuk hadaman kumpulan suku-suku masak ini.

Dalam UMNO pun, manusia-manusia suku masak ramai. Mereka daif untuk kenal makna RAKYAT RAJA, RAKYAT RAJA dan RAKYAT RAJA. Kerana mereka khayal dalam operasi lengah minda yang dicipta oleh Yahudi melalui DAP+PKR+PAS.

Kita sudah kena berhujah dan berbahas tentang PRU ke-14 dan selepas 2020. Bukan sentiasa senang diri melebar punggung atas kerusi empuk, untuk menanti seorang Tua yang datang dari Gunung.

5 comments:

  1. boleh tak pakai bahasa yg tak berbunga2

    ReplyDelete
  2. salam pm. maaf kalo aku menegur. aku tau dlm blog ni ramai penulis. tp aku kurang skit nak baca kalo cicit kamat ni menulis sbb aku selalunya tak faham apa mesej yg cuba dia nak sampaikan. baca artikel sebegini dgn bahasa yg berbelit2 bagi aku xkn buat org sedar sebaliknya org semakin tension walau mesej yg nak disampaikan bagus. bkan aku sorg je cakap begitu tapi rasanya ramai org juga ada sentimen yag sama. bukan semua org minat sastera ok. maaf ya pm. jgn amik ati.

    ReplyDelete
  3. Yg sebonar eh cicit kamat ni dulu kunun-kununnyo nk jd sasterawan tp tk kesampaian...kesian den.Akhirnyo dapek jd PENCACAIWAN yo.,.satu anugerah yg d beri dan d tajo penuh oleh puak2 dlm UmNgok...jadilah tu,yo tak? Kah! Kah! Kah! Kah!!!

    ReplyDelete
  4. Pandangan dan kenyataan yang baik. Alangkah malangnya, bila mana ramai Anak Melayu sudah daif ilmu berbahasa dan berbicara. Nak bahasa bermadah, bersyair, bergurindam, berseloka BARULAH namo eh..bahasa Sastera atau Linguistik Metafor. Wacana Cicit Kamat ialah untuk HADAMAN MINDA INSAN YANG BERFIKIR. Andai manusia itu selesa dengan alam biasa dan sedia kala, INILAH de-facto "PENELANJANGAN BAHASA" yang mentafsir siapa kita, nilai kita, kemajuan fikrah kita, capaian kejayaan kita.?
    Baguslah jika KALIAN PEMBACO mengerti, mengasing SUMBI daripada GIGI.

    ReplyDelete
  5. Cicit Kamat usahawan minyak Gamat.... Biasolah tu yo tak.. bahaso org jual minyak...

    ReplyDelete