Friday, March 5, 2010

NAJIB DITIPU

Sedikit fakta ringkas mengenai pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM):-

1. Mula diadakan pada 2007 sebagai usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ke-5 terbesar dunia.

2. Penganjuran program ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang mengurniakan kontrak penganjuran kepada sebuah syarikat konsultan yang dilantik (atas dasar idea penganjuran yang datangnya daripada pihak mereka).

3. Kontrak penganjuran bernilai lebih RM1 juta yang bertujuan untuk menanggung sepenuhnya kos penganjuran, perjalanan pergi balik peserta luar negara, penginapan, elaun hakim dan lain-lain perbelanjaan peserta yang dijangka datang dari benua Eropah, Amerika Syarikat, Asia etc.

Namun apa yang ingin diutarakan di sini bukanlah berkenaan kehebatan acara penuh berprestij itu, tetapi persoalan mengenai tindakan jijik syarikat konsultan dilantik yang telah menyalahgunakan sebahagian wang yang telah diperuntukkan.

Berdasarkan maklumat, penyelewengan berlaku apabila pihak penganjur telah bertindak 'mengupah peserta antarabangsa' bagi menyertai pertandingan PABM, sedangkan hakikatnya sebahagian peserta terbabit hanyalah diimport daripada kalangan pelajar sedia ada di UIAM/UM dan bukannya dibawa dari luar negara sebagaimana yang sepatutnya.

Jika dihitung akan jumlah wang yang disalahgunakan, mungkin tidaklah sebanyak mana. Namun bukannya persoalan mengenai jumlah wang yang digelapkan itu yang kami pertikaikan, tetapi penyakit khinzir rasuah dan korupsi yang dilakukan pihak penganjur secara tidak langsung telah menjejaskan kredibiliti pertandingan itu sendiri. Rentetan itu kami menuntut agar perkara ini diberikan perhatian serius oleh DS Najib. Sementelah penganjur bersama program tersebut pada tahun ini adalah pihak JPM sendiri dan DS Najib pula dijangka hadir pada malam ini untuk merasmikan majlis penutupan program; maka sudah tentu nama DS Najib dan JPM akan buruk hanya disebabkan oleh perangai laknat segelintir pencinta korupsi.

Andai program bersifat intelek sebegini pun boleh dijadikan agenda korupsi untuk menggelapkan wang cukai rakyat, maka tidak mustahil gejala yang lebih buruk boleh berlaku di sektor-sektor lain.

DS Najib perlu memastikan orang sekeliling yang bertindak sebagai penasihatnya bukanlah dikalangan manusia yang busuk niat dan bangkai perangai. Kami faham akan sikap DS Najib yang enggan membuang orang sesuka hati kerana faktor belas yang tinggi dalam diri beliau. Namun DS Najib harus ingat bahawa musuh dalam selimut yang bakal menghancurkan kredibilitinya adalah lebih berbahaya berbanding musuh yang berada di luar kelompok pentadbiran JPM. Golongan sebegini perlu dihapuskan habis-habisan sebelum menjelangnya PRU-13 kerana spesis sebeginilah yang dikatakan "Sokong Yang Membawa Rebah."

31 comments:

  1. susah sangat ke nak ambil tindakan ke atas mereka ni? atau pegawai di kementerian pun tumpang dua kaki dalam memakan 'najis' tu?

    kalau dah tahu dalangnya,report saje ke SPRM...apa susah?

    ReplyDelete
  2. yup, kalau ada bukti secukupnya, please make a report to SPRM. Kalau benarlah allegation ni, hit them hard.. tak habis2 dengan seleweng. macam mana nak pulih kalau pusing sana rasuah, pusing sini rasuah.. alih2 siNajib jugak yg disalahkan..

    ReplyDelete
  3. setuju dgn tajuk 'Najib ditipu' tu.

    ReplyDelete
  4. BODOH LA HANG NI..
    BAIK HANG TARIK BALIK ARTIKEL MERAPU HANG NI

    AKU NI ANTARA YG INVOLVE DLM PENGANJURAN PERTAMA KALI DI UM DI KOLEJ BESTARI,UM

    AG BESTARI TU MMG SYARIKAT KAWAN AKU, BEKAS PENGARAH DAN PENCIPTA PERTANDINGAN NI

    PESERTA TU SEMUA MEWAKILI NEGARA ATAU UNIVERSITI MASING MASING

    HANG MANA TAU APA>> RETI BUAT FITNAH SUNDAL SAJA..

    LAIN KALI CHECK DULU PUNDEK WOII..

    BODOH DAN BANGANG

    PATUT BANGGA LA SIKIT ORG NAK MERTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT ANTARABANGSA...

    NI LA PENYAKIT HANGPA SEMUA

    ReplyDelete
  5. Bro, apa pasal lu keluarkan artikel macam ni. Buat malu aje. Memanglah ada budak UIA ambil bahagian. PM pun tahu sebab ada negara tak ada universiti di sana yang ajar Bahasa Melayu. Budak tu bukan wakil Malaysia, dia wakil negara dia.
    Apa masalahnya. Ramai juga peserta yang lepas tu lanjut pelajaran peringkat Master kat Malaysia lepas pertandingan sebab suka kat bahasa Melayu.

    Ada yang belajar kat universiti aku. Aku kenal 2 daripada diaorang.

    Jadi, janganlah dengki sangat Bro. Nanti kita tuduh konsultan tu hati busuk, padahal kita yang tulis ni lagi busuk hatinya. Kena rasional dan hati2 bro.

    ReplyDelete
  6. Betul ke belanja RM2 juta? Aku tanya kat member di Kementerian Pengajian Tinggi, katanya tak pernah dalam sejarah diaorang luluskan peruntukan semacam tu utk acara macam pidato yang tak banyak peminat ni. Jangan sebarkan fitnah pada hari Jumaat. Kalau mati petang ni, tak pasal-pasal check in dalam neraka jahanam.

    ReplyDelete
  7. APA KATA KITA TENGOK SIARAN LANGSUNG PIDATO TU DALAM TV1 MALAM NI. KITA TENGOK PESERTANYA BUDAK UIA KE UM.

    KALAU SAH BUKAN BUDAK UIA DAN UM, HANG JAWABLAH KAT AKHIRAT NANTI.

    LOVE U....

    ReplyDelete
  8. kenapa bro...dah rasa kecut ke? selama ni dok makan duit haram tak ada siapa yang pedulikan? sekarang baru engkau tahu tinggi rendah langit ni ye? orang melayu yang suka pakai topeng konon perjuangkan sesuatu untuk bangsa dan negara macam kau orang ni lah perosak dan sampah masyarakat sebenar...lebih hina dan jijik daripada penagih2 dadah tu semua...

    ReplyDelete
  9. ANO LOVE U....

    yang akan bertanding malam ni hanya yang terpilih sahaja...

    seorang pelajar uia akan berpidato bagi kategori nusantara.

    untuk kategori antarabangsa, yg akan berpidato mlm ni hanyalah 5 drpd 45 wakil yang telah disaring sebanyak 3 peringkat...

    lain kali kalau nak bercakap dapatkan dulu info dan fakta...

    ReplyDelete
  10. Hentikan hasad dengki. Jangan lemahkan lagi bahasa yang sudah lemah

    ReplyDelete
  11. Aku fikir Kementerian Pengajian Tinggi bijak. Dia tahu PM nak pelajar asing belajar bahasa melayu tapi kolej dan universiti swasta tak berapa sambut.

    UIA nampaknya faham aspirasi Najib dan KPT.

    Belajar satu hal, bertanding satu hal. Kalau belajar kat UIA dalam bahasa Inggeris tapi masuk bertanding pidato dalam bahasa melayu dan tampak hebat, bukankah ini kejayaan untuk negara kita. Tahniahlah UIA.

    ReplyDelete
  12. saya rasa PM bukan mahu berbicara isu memartabatkan bahasa tetapi isu penggelapan duit oleh golongan yang tamak dan mahu jalan mudah...

    tidaklah dinafikan usaha ini adalah satu usaha yang sgt baik...tetapi niat tidak menghalalkan cara...apatah lagi program ini dianjurkan bertujuan untuk meningkat 'softskill'...

    dengan menipu,ia mencemarkan kemurniaan program tersebut. saya cuba telusuri sada benar atau tidak dakwaan PM,dan nyatanya ada kebenaran. anda boleh semak senarai peserta tahun lepas di link berikut.http://www.pabm.com.my/peserta%202009.html.

    setidak-tidaknya peserta ke tujuh dan 10 yang dipaparkan sah pelajar UIAM...

    ReplyDelete
  13. Aku sokong KACANG. Kat Malaysia ni nak suruh orang Melayu masuk pidato pun, sikit punya susah. Nak suruh orang Cina dan India Malaysia cakap Melayu dengan betul pun susah.

    Nak suruh masuk bertanding, Ya Ampun...

    Rasanya nenek aku yg dah tak ada gigi tu lagi hebat cakapnya...he..he

    ReplyDelete
  14. Sejak bila konsultan atau kontraktor swasta yang diberi projek kerajaan kena beri laporan audit pada Kementerian.

    Polisi baru ke bro? Selama ni tak pernah ada pun. Kau tanyalah kat Datuk, Nenek hang pa yang dah lama hidup tu.

    Betuk ke ada unsur rasuah? Atau hang tak dapat syer?
    Ataupun hang ni jadi pupet untuk orang lain?

    ReplyDelete
  15. Bro, lu kerja kat BTN kan? takkan tak tahu polisi kerajaan?

    ReplyDelete
  16. Bro, lu kerja kat BTN kan? Takkan tak tahu prosedur berkaitan kewangan kerajaan.

    ReplyDelete
  17. nko nih memang miang bulu kote !

    bende mcm ni pun nak dipolitikkan..

    gi jilat bontot nuar la

    ReplyDelete
  18. Dlm khutbah Jumaat tadi khatib ada cakap:

    ``Mereka yg bagi rasuah dan ambil rasuah adalah pengkhianat negara''

    Mereka yang memfitnah dengan mengatakan orang ambil rasuah, pengkhianat agama.

    Pilihlah ikut suka

    ReplyDelete
  19. AG BISTARI PATUT BUAT REPORT POLIS DAN SAMAN PENULIS ARTIKEL

    ReplyDelete
  20. Saudara, tak tahu apa tujuan u tulis artikel nie, apakah sebenar ini memperjuangkan kebenaran atau sekadar hobi menggumpul dosa2 kering yang perlu dijawab di akhirat nanti...

    I pernah terlibat sebanyak 3 kali dalam pertandingan ini sebagai salah seorg AJK yang terlibat langsung dari segala hal pengurusan dan persediaan...mengenai budjet yang saudara katakan itu, cukup untuk dikatakan suatu FITNAH YG TERHEBAT di hari BERKAT ini...harap2 saudara sempat bertaubat sebelum dipanggil Allah untuk 'mengadap'-NYA nanti...! Thank u

    ReplyDelete
  21. nampaknya topik ni dah buat ramai orang marah pm. biasa hari jumaat kurang dpt komen kalo aku baca blog ni. kali ni byk pulak. memang la seperti kata kebykn org, dunia akademik ni tak boleh disentuh. depa ni maksum. lebih hebat dari mahkamah dan kabinet. tak kiralah siapa yang salah tetapi bab kerja kena ada etika. jika benar peserta terbabit bkn yang sebenar-benarnya dari luar negara dan hanya dibawa dr uni tempatan, elok la jangan diulang lagi pd masa hadapan. utk memula mungkin boleh dimaafkan atas alasan kesuntukan masa, kurang contact, persediaan dan sebagainya. tetapi utk akan dtg jgn la diulang lagi. kerja mesti ada etika. kuasa mahkamah pun tak boleh betulkan etika dan jatidiri ni kalo diri sendiri pun tak nak berubah.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  22. alo. ni sumo taktik pantet miang ni nak promosi prtandingan dobat tu. maklum la kurang penonton. bangang la korang ni terpengaruh dongan bebudak paneh ni. ptuii...

    ReplyDelete
  23. Aku totap sokong Kera jaan, bersatu kita bersatu.

    ReplyDelete
  24. Aku totap sokong BN, bersatu kita bersatu

    ReplyDelete
  25. PM ni jenih Melayu otak SEMPITTTTTTTTTTTTTTTT!!!!!!

    mcm cipan dan babi hutan

    ReplyDelete
  26. SALAM,

    NAJIB SYOK SENDIRI???

    ....

    ReplyDelete
  27. apalah yang ko sakit hati sgt..nenek ko x dapet sher ker...ker ko sakit hati pasal ko sendiri x dapet tipu najib...kan...kan.kan...ko gilah blaja cara2 nak tipu ngan sakai.
    pas tu kan ko suruh nenek ko gi hisap konek AG Bestari tu
    HANTU MAKAN KONEK BETULAH KO NI

    apa yg ko sakit hati sgt...aku pun x tahulah...
    yang ada coment tu cikgulak tu ..cikgu pa ko org ni ehhh

    x faham betulah ngan ko org ni

    ReplyDelete
  28. sekadar peringatan buat semua...

    AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

    BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

    Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

    (1) Seseorang yang—

    (a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

    (i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

    (ii) memulakan penghantaran,

    apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

    (b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

    adalah melakukan suatu kesalahan—

    (2) Seseorang yang secara sedar—

    (a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

    (b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

    adalah melakukan suatu kesalahan.

    (3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

    sumber rujukan: www.skmm.gov.my

    ReplyDelete
  29. aku selalu cakap pecinta basa ni mengada ngada.
    fasal jual buku kat sekolah mereka sanggup
    gadai the future of anak melayu jadi kerani, despatch
    dan buruh.

    anak sedara baru lulus dari u dengan cgpa 3+ .

    apo jadi. beliau jadi kerani sementara dari bulan 5 hingga kini.
    bilo pegi interbiu majikan tak nak fasal tak fasih b.i.


    bila aku cakap si mangkuk pecinta basa jangan campur urusan
    dasar ppsmi bereka pergi berarak keliling bandor mcam
    berok


    si rais jolobo tu pengkianat bangsa dan pernah kianati
    parti dulu. kini nak bosar bosarkan bm .dia belajar b.i
    kat singapura sampai phd dalam bi.

    haram jadah ni sekarang nak semua pelajar gunakan bm.

    betul kes pantat tak kesian melayu. di sorang nak jadi
    pandai . tu har i mengada ngada dalam tee vee- cakap
    'ha ha itu...'' bila pengacara cakap sikit dalam b.i

    haram jadah macam rais patut di beri pencen awal=halau aje
    buat sial pada melayu


    paksedaracifut

    ReplyDelete
  30. Orang kata "pokok yang berbuahlah yang sering dibaling, dijolok dan digoncang!". Sudah menjadi lumrah manusia (Melayu khususnya!)...tak boleh tengok orang senang!

    Penganjur PABM, teruskan cita-cita dan usaha murni mengantarabangsakan BM. YAB PM pasti tahu siapa yang menipu dan siapa yang mahu mengampu beliau. Biak pilah. Orang yang tak menyenangi usaha orang lain, orang itulah yang sebenarnya penyangak dan hampas masyarakat!

    ReplyDelete