Wednesday, March 3, 2010

Reserve Effect PKR!

Pak Sedaro langsung tidak hairan jika setiap hari akan ada insan yang disedar dan insaf oleh kekuatan "Law of Attraction" dan alami politiking mereka sendiri. Gerakan swadaya ini merupakan naluri insan yang paling halus dan sentimental.

Selepas Kulaan Mohsin MP Bagan Serai keluar baris dari PKR, hari ini dia MP Bebas...Berturut mungkin selepas ini, kawan-kawan PKR yang hanya dikenali oleh B.A.B.I. semasa drama pilihanraya dan pemilihan JKT PKR. Soalnya, apakah kesan sampingan dan reverse effect kepada Rakyat khasnya UMNO dan BN?

1. UMNO sebagai Medan Transit Parasit dan Pelacur Politik Eksekutif yang akan memberi watak baru kepada haiwani politik.

2. UMNO akan buka pintu emas tanpa meminta ufti atau dam atau kifarah atau bunga emas sebagai balasan ganti rugi ukhuwah islami dan bangsa yang telah dicaca-marba oleh perlakuan PKR.

3. BN dalam suasana tekanan perasaan dalaman, kini menghadapi satu lagi tekanan luaran yang bersifat "penyamaran"!

Walau apapun komplikasi politik yang berlaku, PKR masih mewah dengan dakyah dan propaganda oportunis dan sosialis seperti yang dimakmurkan oleh kelompok PENCINTA B.A.B.I.

Walau apapun keputusan lanjut, suasana politik dan kefahaman budaya berpolitik dalam gelanggang dan padang, Rakyat Raja masih kelihatan MISKIN DAN DAIF. Orang Melayu dihimpit dengan kisah penggunaan kotak ikan berinsulasi? Orang Melayu dimamah dengan penyakit seks melampau? Hari ini, media memperdengar hebahan pendidikan seks di sekolah?

Pak Sedaro fikir, suka atau tidak suka, pengajian seks sebagai sebuah ilmu sains biologi pada umur 15 tahun kena diajar dengan betul dan berkesan. Ilmu munakahat dan rancangan pembangunan keluarga Islam atau keluarga Malaysia mesti dijadikan ASET kepada pemodenan ilmu survival ummah. Ada 1.5 juta website pornografi di dunia yang dijadikan bahan tayangan oleh Yahudi dan Nasrani untuk merosak alam fikiran dan pandangan mulia keluarga kepada manusia yang beradab dan beriman dengan Agama masing-masing. Seks atau tidak seks bukan masalah dan objektif utama ilmu ini. Bagaimana memperkaya nilai, adab, hikmah dan nur dalam institusi keluarga bahagia lebih penting. Bukan bila masa kursus pra-perkahwinan, baru sibuk mengetahui pelajaran seks? Akhirnya, seks ini terletak pada "batu jemala patik setiap manusia yang digelar insani"...

Pak Sedaro fikir pengkisahan ANWAR CIFUT yang dipercayai gemar "belakang mati" merupakan kesan sampingan kepada kecohnya perihal pengajian seks di sekolah. Hari ini, bersepah manusia yang meragui alat kelamin sedia ada, menafikan kejadian azali bahawa dia seorang perempuan atau seorang lelaki, merasakan dunia alam jantina bukan jantina asal lebih menarik, trendy dan menggilai alam moden, menikmati keseronokan secara anak syaitan dan iblis...Ini semua reserve effect yang telah diingat dan diamarankan kepada KITA melalui Kisah Nabi Lut.

Apakah Rakyat Raja yang hari ini "lupa bahawa dia punya payu dara dan vagina atau 2 peluru 1 senapang", hanya akan sedar bila tanah yang di diami menterbalik dan membaham ratah tulang belulang mereka? Ingatkah tragedi RIBUT GREG ialah PESANAN PALING AGUNG daripada Khaliq kepada kita di Malaysia? Ingatkah tragedi POS DIPANG juga pesanan kepada kita? Lambungan ombak raksasa TSUNAMI juga loceng amaran kepada kita di Malaysia?

Waima 4 boya Tsunami di lautan perairan Malaysia sekali pun...manusia yang SUDAH hilang kiblat, lupa dan abai kandungan pertama yang disoal dalam rumah banglo 7x5 ialah "sembahyang kamu bagaimana?"....Rakyat Raja, kamulah pemimpin dan pengurus kepada alam Melayu yang namanya Bumi Melayu atau Malay-sia ini.

PKR sedang mengalami proses pembersihan jiwa raga dan hijrah 10 orang terdahulu dilambang sebagai signal kepada KEBENARAN BAHAWA PKR IALAH PARTI BELACAN DAN CIPTAAN NAFSU KESUMAT B.A.B.I. KEBENARAN BAHAWA TIADA DEFINISI PAKATAN RAKYAT DALAM PKR+DAP+PAS+PSM. KEBENARAN BAHAWA RAKYAT RAJA MASIH BELUM BERSEDIA UNTUK MEMAKMUR DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN SECARA OBJEKTIF DAN KHUSUS. KEBENARAN BAHAWASANYA P.32 MASIH PENTING, P153 MASIH MUSTAHAK, P160 MASIH RELEVAN, P3 TERLALU TINGGI MAQAM KEPENTINGAN DALAM NEGARA MALAYSIA.

Hari ini, DAP sedang mencorak Pulau Pinang sebagai bahan ejekan musuh-musuh luar Malaysia. DAP sedang memproses dokumen haram untuk menghalal kedudukan mereka sebagai parti Neo-Komunis. DAP sedang menggilap mukasurat-mukasurat yang dahulunya di pandang sepi oleh BN khasnya GERAKAN+UMNO. DAP sedang menyibuk diri untuk membina protokol dan prosedur baru, kerana DAP yakin mereka AKAN MENANG BESAR PRU-13. Wahai Anak Pulau Pinang, sekarang ini kalian ibarat bidalan Melayu "Menang Sorak, Kampung Tergadai"...Masa begitu banyak laporan khas untuk tambah baik pembangunan secara runcit di kampung-kampung tertentu dan terpencil, tidak mahu diendahkan. Institusi yang mempunyai kepentingan kepada agama, budaya dan masyarakat, banyak di anak tirikan di samping langsung TIDAK AMBIL PEDULI "lantak hang la"...KINI, terimalah UBAT DUNIA kalian...

Bukan UMNO yang perlu diubah, orang-orang UMNO mesti diubah untuk berubah. Orang UMNO yang hidup atas prinsip sombong, takbur, riak, jumud, bahalol, bodoh, bangang, denial sindrom, penakut, dayus, penyamun, lanun, penipu, pengkhianat, munafiq MESTI sudah dikenalpasti dan dihantar ke wad-wad pemulihan dan psikologi pengkayaan nilai UMNO. Orang UMNO yang sedia KAYA-RAYA, MEWAH TAK BERINGAT, HARTA BERGUNI-GUNI mesti sudah diberi "alarm lampu merah" untuk menyumbang kembali kepada Rakyat Raja yang ramai masih lapar, dahaga dan kebuluran. Orang UMNO yang sudah LUPA DIRI, HILANG INGATAN, HILANG KIBLAT DAN TIDAK BOLEH DIUBAT MAHU PUN BERTAUBAT, buang sahajalah mereka ini ke sebuah pulau menanti MATI.

Musim El-Nino ini rupanya memberi beberapa hikmah TERBAIK kepada Rakyat khasnya Rakyat Raja. Biar paneh dunio, boleh la cover sikit. Kok paneh Mahsyar, tak sapo boleh cover doo...

Hari ini UMNO berada di perbatasan untuk BERJAYA ATAU LINGKUP. TERBILANG ATAU JAHANAM. Bacolah...jangan tak baco.

7 comments:

  1. Pada pendapat saya sebelum belajar mengenal Sex, yang utama ialah pelajaran undang-undang mengenai larangan sex di bawah umur, ini kerana mereka akan menyatakan mereka melakukan kerana suka sama suka, masalah sekarang mereka kebanyakan tidak belajar undang-undang. wajarlah dibuat sesuatu untuk mengajar mereka tentang undang-undang dan juga menunjukkan hukuman yang akan dihadapi.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    bro!!!

    aku sokong kenyataan ini...

    "Soalnya, apakah kesan sampingan dan reverse effect kepada Rakyat khasnya UMNO dan BN?

    1. UMNO sebagai Medan Transit Parasit dan Pelacur Politik Eksekutif yang akan memberi watak baru kepada haiwani politik.

    2. UMNO akan buka pintu emas tanpa meminta ufti atau dam atau kifarah atau bunga emas sebagai balasan ganti rugi ukhuwah islami dan bangsa yang telah dicaca-marba oleh perlakuan PKR.

    3. BN dalam suasana tekanan perasaan dalaman, kini menghadapi satu lagi tekanan luaran yang bersifat "penyamaran"!

    power beb!!!!

    ....

    ReplyDelete
  3. Berita Terkini..!!
    Anwar sendiri diberitakan akan meninggalkan PKR dan memasuki PPSB* tak lama lagi kerana merasa sangat kecewa dgn tindakan menikam dari belakang beberapa Wakil Rakyat PKR yg cabut lari dari PKR ketika sokongan mereka amat diperlukan.Anwar dikatakan akan melaksanakan 'Rebranding Exercise' utk menonjolkan imej barunya yg bersih,warak dan berdisiplin.Utk itu Anwar memerlukan sebuah organisasi spr PPSB yg sememangnya mempunyai imej yg mantap,kukoh dan digeruni masyarakat.Berita tersebut juga menyebut bahawa pihak tertinggi PPSB juga sudah bersedia utk menerima kedatangan Anwar pada bila2 masa jua.....

    *(PPSB -PARTI PENJARA SG.BULOH)

    ReplyDelete
  4. Pak Sadero@ Cirit Komut@ Pantet Miang ni yg aku bengang sangat. Konun (ala mahadajjal) pandai sangat surat menyurat, bersajak berseloka dan berpantun, tup2 ditulisnya "reserve effect". Eja pun tak pandai wahai pengikut belakang busuk lubang taik epul. Teliti dan berpikirlah Pak Sedar O!Aku cadangkan kau tulislah surat bersama2 budak sekolah pada PM Monggoliwat.

    ReplyDelete
  5. itu je yg ko mampu komen hompuk? heheh. tipikal hompuk otak singkat. err hompuk, ramai fans paneh miang kat facebook tu aku tgk. kau xnk join ke?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  6. Den setuju bonalah dgn Pak Sedaro..iaitu UMNO kini sbg transit PELACUR POLITIK dan BAKUL SAMPAH dan BANGKAI politician murahan....

    UMNO kini hnya ada dua talian nyawo Pak Sedaro, yg mano UMNO kini bergantung nyawo pd :

    1. Jubo Sepol yg UMNO sedut hari2
    2. Pelacur politik murahan dr sumpahan PKR yg kini merewang2 mencari RM, harta, pangkat, darjat, kemewahan, projek, saham dlm UMNO...jadilah UMNO ni PARTI BAKUL SAMPAH Pak Sedaro!!! cam no nih Pak Sedaro? lain macam yo UMNO nijam nih!!!

    ReplyDelete
  7. tipikal pembangkang. bila mp sendiri keluar parti nak gak salahkan org lain. konon nak saham la, duit la. blah blah blah. sendiri salah xnk ngaku. islam sarankan muhasabah diri la hompuk. bukan salahkan org lain. bingai punyo hompuk.

    ReplyDelete