Thursday, March 18, 2010

Rosmah LIABILITI?

1. Kami sebenarnya tidak berminat untuk berkisah tentang Rosmah Mansor (RM). Bukan kerana dia anak Negeri Sembilan atau bukan juga kerana dia adalah 2nd Lady Malaysia (First Lady merujuk Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan adalah Raja Permaisuri Agong), tetapi kerana kami merasakan dia bukanlah orang yang penting sangat untuk diberikan perhatian.

2. Kami juga tergolong dalam kelompok majoriti yang tidak sukakan Anwar CIFUT, tetapi ia juga tidak bermakna kami akan menolak semua kata Al-Juburi. Lagipun orang tua-tua ada berpesan, jika nak tahu keburukan diri, tanyalah kepada musuh.

3. Kami sedaya mungkin akan mengelak daripada membicarakan mengenai RM, tetapi sindiran dan kecaman rakyat terbanyak terhadap dirinya telah mendesak kami untuk menyatakan pendirian.

4. Kami bukan blogger upahan sepertimana sering dituduh oleh ramai orang. Kami tidak terikat kepada sesiapa dan kami sedaya upaya berhujah atas prinsip "Call A Spade A Spade". Itupun ada juga yang mengaku mereka adalah salah seorang warga Paneh Miang. Terima kasihlah kerana bersusah payah memperakui anda adalah sebahagian warga Paneh Miang walaupun blog ini dianggap goblok oleh segelintir orang. Cuma jangan sesekali gunakan nama kami untuk collect duit daripada orang lain. Nanti tak pasal-pasal pula surat saman kami menyinggah di teratak anda.

5. Kisah mengenai RM bermula apabila spotlight yang melampau diberikan media kepada beliau sejak Najib dilantik Perdana Menteri Malaysia ke-6. Hampir saban hari kisah mengenai dirinya dan PERMATA (bukan 'Permata Yang Hilang' atau 'Permata di Perlimbahan') menjadi liputan media sehingga menenggelamkan peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Malah majoriti rakyat semakin meluat dan mual dengan publisiti terlampau kepada RM.

6. Kisah mengenai Permata Negara mula menjadi bualan apabila peruntukan sehingga RM150 juta diberikan Kerajaan Persekutuan pada 2009 yang kononnya untuk anak-anak pintar di bawah 5 tahun (colour & religion blind), sedangkan manfaatnya tidaklah menyeluruh diterima oleh rakyat terbanyak.

7. Dijangkakan pada tahun 2010 ini, jumlah yang sama akan diperuntukkan kepada program Permata Negara dan pastinya bajet untuk agenda ini akan mencecah sehingga RM300 juta. Dan kos itu pula tidak termasuk kos lain yang terpaksa dibiayai oleh kerajaan negeri di bawah BN untuk membina pusat Permata Negara di setiap negeri.

8. Juga menjadi pertikaian serta persoalan ramai, benarkah bajet Kementerian Pelajaran dipotong semata-mata kerana ingin mengalihkannya kepada program Permata Negara sehinggakan kos operasi dan kurikulum sekolah menjadi mangsa tanpa sebarang peruntukan?

9. Siapa yang patut diutamakan sebenarnya? Potensi pelajar di sekolah kerajaan sedia ada atau segelintir kanak-kanak bawah 5 tahun yang kononnya pintar? Berapa ramai pula rakyat khususnya ibu bapa yang mendapat manfaat langsung daripada program Permata Negara? Atau nawaitu projek ini semata-mata untuk publisiti kipas dan bodek kepada isteri Perdana Menteri?

10. Sasaran pembinaan 300 Pusat Permata Negara di seluruh Malaysia secara tidak langsung telah menafikan peranan Taska Hadhari yang 'layu sebelum berkembang'. Taska Hadhari akan menjadi projek 'gajah putih' apabila tumpuan berlebihan diberikan kepada program Permata Negara. Bukankah Najib pernah menyatakan bahawa keutamaan kerajaan hari ini adalah output dan bukannya kosmetik? Jadi mengapa percanggahan sebegini masih berlaku?

11. Rakyat hari ini juga mempersoalkan laman web isteri Perdana Menteri yang menggunakan alamat laman rasmi Pejabat Perdana Menteri. Adakah laman ini termasuk dalam bajet semasa Kerajaan Persekutuan? Apakah tugas dan peranan sebenar isteri Perdana Menteri?

12. Tidak dinafikan laman web tersebut ada faedahnya terutama untuk rekod koleksi ucapan RM selaku isteri Perdana Menteri. Lagipun Malaysia belum ada data lengkap dalam simpanan arkib, koleksi ucapan isteri-isteri Perdana Menteri sejak merdeka hingga kini. Cadangan kami, kepada mereka yang sedang pening mencari tajuk tesis yang sesuai, ucapan isteri-isteri Perdana Menteri Malaysia boleh dijadikan skop kajian.

13. Namun yang dipertikaikan di sini bukanlah mengenai koleksi ucapan, tetapi kewajaran pembinaan laman web tersebut menggunakan medium rasmi Kerajaan Persekutuan. Tidak pastilah sama ada peruntukan untuk isteri Perdana Menteri dalam hal sebegini sememangnya wujud dalam bajet Persekutuan sejak dulu, tetapi persepsi seperti ini tanpa penjelasan sewajarnya kepada rakyat, pasti akan mengundang musibah. Bukankah lebih manis seandainya pembinaan laman web itu dibiayai sendiri. Atau tiada langsungkah mana-mana 'keparat' yang sanggup menaja?

14. Bisik-bisik mengenai RM yang sering mengawal Najib, mendapat keistimewaan duduk di kerusi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, serta mempunyai pengaruh dalam keputusan Perdana Menteri; pasti tidak akan memberi mileage ke atas usaha bersungguh-sungguh Najib hari ini. Walaupun kami tak ambil pot sangat mengenai cakap-cakap sebegini kerana isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini juga sering ditohmahkan dengan pelbagai fitnah, namun ia bukanlah sesuatu yang tidak perlu diberi perhatian langsung oleh Najib.

15. Najib harus menelusuri episod kejatuhan pemimpin-pemimpin Umno sebelum ini. Jika KJ dikhabarkan sebagai sangat berkuasa sehingga menjadi punca kejatuhan Paklah, maka apa bezanya dengan kisah RM ini?

16. Keramat Umno lebih besar daripada ahlinya. Kejatuhan segelintir individu dalam Umno tidak akan menjejaskan Umno, tetapi individu yang jatuh itu pula akan menerima bala. Anwar CIFUT dan Paklah adalah rujukan 'terbaik' bahawa pemimpin boleh datang dan pergi dalam Umno tetapi Umno tetap akan kekal utuh.

17. Cuma kali ini giliran Najib untuk memastikan dirinya bukanlah mangsa terbaru yang harus dikorbankan.

18. Harus diingat bahawa spekulasi dan persepsi di Malaysia sejak zaman pentadbiran Paklah, kebanyakannya benar-benar terjadi. Tak percaya boleh tanya Anwar CIFUT, Zahid Hamidi, Hishamuddin, KJ dan RPK. Mereka lebih arif dalam permainan spekulasi dan persepsi.

19. Spekulasi dan persepsi mampu membunuh legasi yang baru bermula. Najib perlu memastikan segalanya terkawal atau berundur saja!

23 comments:

  1. satu cerita dan peringatan yg amat baik sekali...cerita pasal Rosmah memang banyak kedengaran...saya harap PM dapat mengawal agar Rosmah tak terlebih publisiti...kalau dalam Warta Berita kadang2 terlebih cerita beliau daripada apa yang Pak Menteri buat untuk kawasan masing2...camama ni

    ReplyDelete
  2. wa macam pelik bin ajaib bila RM jumpa kotak putera saudi tiba2 dah ado cito 600 k dikirim kedubai pd RM untuk beli belah. Org kg wa pun dah 1 kg. tgk utube wanita puaka. Ini bahayo beb, takut kono nasik tangas gilo kito Pantet Miang ooi. Org Kg. wa pun ado tgk jugak 1 Msia altantuya Mongolia.

    ReplyDelete
  3. Bagilah peluang untuk RM buktikan kebolehannya untuk bantu suami

    ReplyDelete
  4. DAH BERJUTA CACI MAKI DILEMPAR KAT ROSMAH. TAPI TAKDE KESAN. SEBABNYA, BANYAK ORANG MENOKOK TAMBAH CERITA. CERITA SEJENGKAL JADI SEDEPA. BENARKAH ROSMAH NI JAHAT SANGAT???

    ReplyDelete
  5. Suami mana berani cakap dia tak takut bini? Kalau handal sangat cakaplah berdepan dengan bini korang. Mahu kena flying kick...he.. he..

    ReplyDelete
  6. Siapa tak takut bini bang...

    ReplyDelete
  7. Ringgit Malaysia (RM) bukan sekadar cerita kosong 100% tetapi ada realiti dan selebihnya tokok tambah dan akhirnya menjadi persepsi. Gabungan kedua duanya , fakta dan persepsi bukan memerlukan bukti kebenaran tetapi bagaimana ia ditangani dengan bijaksana atau ia menjadi satu malapetaka.

    Krisis Paklah, UMNO dan Mahathir juga berlegar kepada silap Paklah dan UMNO melayan Mahathir dalam menangatani beberapa isu terutama jambatan bengkok dan akhirnya makan diri, UMNO hilang banyak jawatan MB dan Paklah tersingkir secara memalukan dan sampai la KJ jadi bahan ketawa dan liabiliti.

    Persepsi terhadap RM juga tidak boleh dipandang ringan kerana 'rakyat' telah bersuara dan jika sekali lagi Mahathir dan NGO turut bersuara, takut takut Najib tertinggal bas.

    Musuh Najib di dalam UMNO juga harus tidak dipandang ringan untuk mengambil kesempatan 'mencatasnya' jika isu RM tidak ditangani dengan bijak.

    ReplyDelete
  8. Betui........betui ...betui Keluangman.
    Tak pernah lagi sejarah PM sebelumni yang terlebih sudu berbandng RM.Tup-tup BAM dapat RM2Juta lepas ChongWei menang All England. Oiiikk, senang bebeno nk dapat peruntukkan !!!!

    ReplyDelete
  9. Salam Paneh,

    Kenalan Mak Cik yang mungkin seusia kamu, ada seorang anak yang amat luar biasa cerdik, tetapi tidak tahu mana nak letak budak ni.


    Tidaklah Mak Cik tahu di mana dan apa jadi pada keluarga ini sejak mereka pindah. Tapi memang budak ni bawah 5 tahun boleh buat maths form 5 dan kirakan bayaran income tax mak bapak dia.

    PERMATA tidak membebankan JIKA diurus dan ditakbirkan dengan baik. RUGI besar pada negara jika anak anak yang terlebih kurniaan ini terbiar sahaja.

    Pasal Politik ini biasalah Paneh, kalau boleh kuching Najib pun mereka nak kutuk apa tah lagi Rosmah. Mak Cik tidak nampak salahnya media beri highlight pada isteri seorang Pemimpin.

    Masalahnya sekarang, ramai sangat orang yang terikut sentimen tak suka Rosmah walaupun Rosmah tak berdosa atau berhutang pada mereka. Dan inilah mileage pada pembangkang.

    Susah jadi pemimpin pada orang Melayu sebab semua nak pemimpin yang perfect. Walaupun mereka sendiri tidak perfect.

    Masa Tun Dr. M dulu pun macam macam mereka gelar Toh Puah Siti Hasmah. Mak Cik ingat lagi. Lepas itu giliran Pak Lah pula. Agaknya kalau Karpal jadi PM baru mereka diam tak tegur bini dia. Baru mereka puas hati.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  10. Aku bukan takut bini tapi bini tak takut kat aku..
    siapa2 yg takut bini tu mati la lagi baik, memalukan anak Adam je..

    ReplyDelete
  11. saya rasa bangga pula punya 2nd lady yang bijak. Women's lib...hmmm
    tak salah kalau project permata di lancarkan, itu kan positf impact pada perkembangan kanak2 pintar, supaya kepintaran kanak2 kita tidak terbuang begitu saja....genius tuuu , in the making. Harta berharga rakyat.
    Saya dulu tak suka juga RM, tapi setelah dia jadi 2nd lady, tak dak pun benda yang tak sesuai yang di buat, kalau dia boleh bentang kertas kerja dan memberi ucapan di persada dunia...saya bangga laa.
    Wanita sekarang bukan ikut punggung laki, tengok laa tak semestinya PM jer...dalam keluarga biasa pun sekarang wanita dah jadi samarata...sama cari makan , sama cari harta, bukan sperti zaman dulu. Memang i tak gemar rambut dia yang besar tu...tapi "a spade is a spade" ..Hari tu dia juga yang telepon isteri Presiden Mesir untuk pembebasan pelajar malaysia yang ikut viva palestina. Kira dia tak lah pakai baju kurung mahal dok jer tepi PM dia wak kerja la juga...
    Ok perr....RM... ada tanggung jawab. Nak ungkit benda benda cam ni dah ketinggalan zaman la...wanita dah equal...saya pun cari makan sendiri tak tunggu laki kasi makan. Janganlah sebab cam tu kita nak kutuk dia ,....mcm u tak suka wanita bijak pulak...

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Cuba nilai peranan isteri zaman sekarang. Isteri yang memegang jawatan besar di jabatan dan di syarikat konglomerat, mereka adalah golongan yang tegas dan dapat melalukan tanggungjawab, memberi idea untuk perkembangan keluarga dan syarikat.

    Tidak salah kalau Rosmah juga salah satu wanita besi yang membantu perkembangan negara dan sekiranya itu di anggap lebih sudu macam tak kena kerana wanita sekarang dah jadi CEO, MD, President public listed.

    sabar jerr laa dengan pemikiran takuk lama.

    ReplyDelete
  13. setuju dgn Makcik. Apapun, pandangan paneh adalah petanda bahawa penyokong kerajaan prihatin dgn semua perkara dan tidak menyokong melulu. yang penting, kepimpinan najib perlu dipertahankan kerana ia wadah terbaik yang kita ada.

    ReplyDelete
  14. Saya rasa RM ni tak la sejahat atau sehina KJ, RM bukan agen asing seperti KJ dan ANwar CIFUT, dia hanyalah seorang isteri yang bijak dan pandai menggunakan peluang yang ada, dia tidak la seburuk apa yang tuan tulis tu, RM selalu cuba membuat sesuatu yang lebih berfaedah untuk anak-anak kecil manakala KJ pula sapu projek dari sekcil-kecil ke sebesar-besarnya, berilah peluang kepada RM, dia tidaklah seburuk yang disangka.

    ReplyDelete
  15. Persepsi orang adalah penentu undi makcik oiiii...

    ReplyDelete
  16. Siapapun jadi PM dari UMNO akan dicari dan diketengahkan sesiapa sebagai liabiliti kepada PM. Ingat macam mana pembangkang mengutuk Dr. Hasmah Ali dan Khairy . Sekarang kenapa tak kutuk Khiry lagi. Kalau ulamak mereka ulamak terompah, pengikut lagi le macam tunggul kayu, tong kosong dan sampah.

    ReplyDelete
  17. khabar angin ni semakin kuat bertiup....penasihat kiri dan kanan dan media kenalah buat kerja. Jangan sampai anggapan 'queen control'atau imelda marcos dan sebagainya dianggap benar.

    ReplyDelete
  18. Pembangkang ni memang pandai 'membunuh karektor pemimpin' jadi pejuang-pejuang UMNO perlu lebih pandai 'menghidupkan karektor pemimpin'. Itu tugas mereka. Bukan sekadar pandai membodek untuk dapat projek. Kalau orang UMNO sendiri pun samo terikut-ikut maka sediakan kan liang lahat untuk dikuburkan UMNO ini.

    ReplyDelete
  19. Walau apapun pastikan RM tak decide untuk negara

    ReplyDelete
  20. Orang seluruh negara dah komen macam-macam.
    Ada dia kesah?

    ReplyDelete
  21. Wanita yg 1 ni mmg kelas...sana sini citer dia n permata. Ada baik jgk program tu. Sbg chek gu sy myokong benda2 yg mbwa kbaikan. Apa lg program yg mlibatkn pkembangan intelek. Tp nyer...hehehhehee...x cukup lg ke ngan tabika, taska n prasek? kalo dpbaiki n dpkemaskn lg apa yg ada skrg ni mgkin ble kurangkan budget kut. Ntah ler...sy ni x pandai bab2 cm ni. Apa2 pn bangga bila ada wanita cm RM ni. Cuma, ada baiknya kut RM ni jgn tlalu mnonjol. Liabiliti???? mmmm kalo pd Najib bukan liabiliti kut. Isteri mana ble d anggp liabiliti...tp kalo pd UMNO, hehehheehee...tanya org UMNO sendiri ler...

    ReplyDelete
  22. kenapa tajuk nie ada gmbr dr.fazley and bini dia?? apa kaitan ngn rosmah???

    ReplyDelete
  23. A'skm wbt..den nk menyibuk sat jer ...bahasopn dh kelam kabut bangat nie...bgini ajo lah,den pikio lgu nie..peranan lelaki dn wanita di muka bumi Allah ini...berkait plk dgn spin dn leaking ekonomi dlm konteks yg sgt menyeluruh dn kesan sosial jngka pdk dan pjg pd ngra kita..dr faktor kjdian manusia yg mempunyai jantina sehingga ke hujubg dunia.sebagai contoh perimbangan pembyrn gaji mengikut jntina...klu ppuan tak kerja lelaki blh dpt gaji lbh drpd double...hnya sektr2 berkait shj yg melibatkn org2 ppuan bkrja...hnya sekadr memberi atau luahn pndpt saje..bkn niat nk mnyinggung perasaan org lain...a'skm wbt

    ReplyDelete