Monday, March 22, 2010

Rumah 18

Catatan ini sekadar ingin mengajak pembaca untuk merenung jasa dan bakti pemimpin kita yang terdahulu. Anda boleh untuk tidak bersetuju dengan tulisan ini, tetapi ia adalah fakta yang harus dipertimbangkan dengan kewarasan minda dan jiwa.

1. Rumah 18, rumah di mana mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dilahirkan. Sewaktu berada di Kedah dua hari yang lepas, nyatanya orang Kedah tanpa mengira fahaman politik benar-benar bangga dengan insan yang bernama Mahathir Mohamed. Sepanjang berada di sana, tidak saya dengar seorang pun orang tempatan Kedah yang mengutuk Tun. Malah pujian melambung-lambung diberikan kepada insan berjasa. Apa yang jelas, dari riak muka dan tutur bicara, Tun Mahathir adalah kebanggaan mereka kerana jasa, bakti dan keluhuran budi beliau dalam memimpin dan mengubah kehidupan rakyat Malaysia.

2. Sahabat saya (India Muslim) pernah berkata, "Mana-mana orang Melayu yang tidak berterima kasih kepada Mahathir, mereka itu bodoh." A statement which i couldn't agree more with her. Very true and very sincere.

3. Kerana wawasan dan keazaman Tun Mahathir, orang Melayu kini sudah jauh ke hadapan berbanding 50 tahun yang lalu. Semasa berada dalam penerbangan ke Alor Star, saya lihat beberapa orang pelajar sekolah berasrama penuh menaiki penerbangan yang sama. Agakan saya mereka dalam perjalanan pulang ke asrama masing-masing. Salah seorang daripada mereka malah duduk di 'Business Class'. Bukti bahawa ibubapa sekarang sudah tidak susah lagi berbanding zaman saya dahulu, terpaksa naik bas sahaja. Lebih teruk kalau kena berasak naik keretapi selama 14 jam untuk sampai ke gedung ilmu.

4. Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Star, saya lihat ia sudah jauh berbeza berbanding dahulu. Sudah mampu menampung penerbangan terus jemaah haji ke Tanah Suci, tanpa perlu untuk bersusah payah transit di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan suci. Kemudahan ini harus benar-benar disyukuri, kerana ia sedikit sebanyak telah memudahkan jemaah dalam menuju bertemu Ilahi. Sebagai rakyat, rasanya tidak sukar untuk kita berterima kasih jika dibandingkan kesukaran pemimpin kita merancang dan melaksanakan idea-idea bernas demi kesejahteraan rakyat.

5. Apa yang dicatatkan di atas tidaklah seberapa jika hendak dibandingkan dengan segala jasa dan budi yang telah Tun taburkan. Namun kiranya cukup untuk mengingatkan kita semua agar berterima kasih kepada beliau. Mungkin ada kesilapan yang pernah beliau lakukan (seperti melantik Pak Lah sebagai penyambung warisan), tetapi saya kira itu tidak cukup untuk menidakkan sumbangannya kepada agama, bangsa dan tanahair ini. Apatah lagi untuk dihina oleh penyokong-penyokong buta penjilat Al-Juburi.

6. Harapan saya agar DS Najib dapat menyambung kegemilangan ini dan beliau akan sentiasa di sokong oleh isteri yang baik, kalaupun tidak sehebat Siti Khadijah ataupun 'Aisyah, setidak-tidaknya setanding kesetiaan, keluhuran dan kerendahan hati Tun Siti Hasmah.

6 comments:

  1. Tuan, apa yang dilihat pembangunan hari ini di Kedah khususnya Alor Setar sebenarnya sama dengan 10 tahun terdahulu sejak Syed Razak jadi MB.

    Orang Kedah dah cemuih dengan apa yang ada, tidak ada pembaharuan dan sekarang satu lagi 'bala' menimpa - masalah air..

    Kedah gagal berbanding dengan Kelantan yang menjadi psuat pelancongan..

    ReplyDelete
  2. Kelantan pusat pelancongan???? ye ke... bukan sebagai transit nak ke sempadan ke... Aku g dah kelantan... kat stesyen bas tu busuk... sampah banyak.. macam tak terancang....

    Dok kedah pun lama gak... Masa Syed Razak jd MB... Tun jugak yang jadi PM...

    Tuan Kluangman... sekurang2nya.. lihat dulu.. tuan pandai masuk laman blog ni pun kerana dasar yang dibuat oleh pemimpin2 yang dikepalai Tun...

    Kemudahan ICT Malaysia ini lebih maju berbanding dengan luar negara... G lah Perancis... tanyakan tentang ICT pada rakyat mereka.. dan kaji balik apa jawapannya...

    Salam 1 Malaysia... Hidup TUN...

    ReplyDelete
  3. kluangman, bukankah kedah skang di tangan PAS? kalau pemimpin pembangkang bijak, mereka lah sepatutnya buat perubahan tu. kalau tidak ada pembaharuan,bukan lagi salah BN, tapi salah PAS kerana tidak ambil peluang...masalah air adalah masalah dalam kepimpinan sekarang...jadi jika rakyat tidak senang, kerajaan yg memerintah sekarang lah patut disalahkan kerana gagal tangani isu rakyat.


    pasal klate ni, ambo oghe klate...ambo tahu sangatlah klate tu lagu mana...indah khabar dari rupa jer...bukan pusat pelancongan...PUSAT PELENCONGAN...transit dadah nak masuk malaysia...transit pelacur...transit barang seludup...transit HIV...

    ReplyDelete
  4. Anon 2.48 - saya tak sentuh dan tak komen pun pasal Tun, yang disentuh Kedah tidak membangun sejak 10 tahun lalu semasa di tangan UMNO, di tangan PAS sekarang tentulah lebih hancus.

    Dan hari ini UMNO Kedah berebut nak tawan semula Kedah dari PAS, tawan untuk apa??? Untuk pembangunan? 10 tahun di tangan Det Khalid apa yang dibangunkan kecuali buncitkan perut sendiri dan tukang angguk paklah (dan membelasah Tun).

    Yang buta sahaja tidak melihat Kelantan tidak terus maju berbanding dengan Kedah terutama dari segi pelancongan, rakyat mudah cari makan, perniagaan hebat, hotel sokmo penuh, kondo pun tersergam kat bandar..Jejantas merentang di tengah tengah bandar sedang dibina..Kelantan akan makin maju apabila wang ehsan mula masuk. Pusat pusat perniagaan baru di Kok Lanas, Tanah Merah, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa makin rancak. Resort dan motel berderet sepanjang pantai.

    Apakah suasana ini terdapat di Kedah???

    Tapi kemajuan itu bukan bereri secara langsung dari Nik Aziz, ia tetap datang dari korporat dan Kerajaan Persekutuan dengan Kerjasama Kerajaan Negeri.

    Kalau ada yang masih anggap Kelantan sekadar transit dadah dan ke Siam, jelas orang ini masih ketinggalan zaman dan melihat Kelantan dengan topeng politik semborono.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Paneh,

    Mak Cik pun harap yang sama seperti kamu.

    Syukur ada Pemimpin berwawasan macam Tun Dr. M. 1000 nak cari satu pun entah bila.

    Walaubagaimana pun diharap dan didoakan DS Najib mampu menyambung legasi ini. InsyaAllah.

    DS Rosmah is doing fine, as far as I am concerned.

    She is a lucky lady, destined to be a PM's wife. Telah tertulis di Lauh Mahfuz.

    Ramai yang jealous.

    Tiap hari bergerabak 'pahala percuma' dia kumpul dari segenap tanah air.

    ReplyDelete
  6. Melayuangkat: dulupun Paklah dan KJ 'bergerabak' juga depa pungut pahala setiap hari. Saya sangat setuju RM juga dapat perkara yang sama hari ini.

    Tapi esok esoknya, lum tahu lagi...

    ReplyDelete