Saturday, April 17, 2010

Hulu Selangor & Sibu

Fenomena gawat politik yang dimain oleh bloggers PKR, PAS, UMNO, BN dan Team Bebas yang tidak bertuan, sesungguhnya tidak culas dan fokus kepada intisari sebenar Keperluan Rakyat dan Kehendak Pengundi. Ada 2 perkara berbeza, keperluan Rakyat dalam Kawasan dan kawanan Pilihanraya dan Kehendak Pengundi Sah dalam Kawasan Pilihanraya.

Setelah 8 kali, proses dihadiah PRK terakhir di Bagan Pinang, BN masih tidak berbicara dan berbahasa untuk Rakyat dan Pengundi. Pasukan PKR+PAS+DAP semakin menabur bahasa dan bicara penuh fatamorgana dan skeptikal kepada sebarang percaturan polemik hatta beriya-iya mencipta populariti Pengganas Politik, misalnya.

Hulu Selangor dalam Negeri Paling Maju di Malaysia. Sibu dalam Negeri Paling Kaya Sumber Asli di Malaysia. Majoriti pengundi di Hulu Selangor ialah Rakyat Raja. Majoriti pengundi di Sibu ialah Kaum Cina. Kumpulan dominan di Hulu Selangor ialah Kaum Cina dan Tamil. Kumpulan dominan di Sibu ialah Kaum Cina. Populasi sebenar masyarakat dalam Parlimen Hulu Selangor ialah 55% Melayu a.k.a Rakyat Raja, 15% Orang Asli, manakala 30% Kaum-kaum Lain. Populasi sebenar masyarakat dalam Parlimen Sibu ialah 55% Kaum Cina, 20% Pribumi Sarawak, manakala 10% Melayu, 15% Kaum-kaum Lain.

Dalam hebohnya, BN dan Pakatan PKR+PAS+DAP bersorak merancang penguasaan kerusi Dewan Rakyat ini, maka, akan ramailah perajurit berkampung untuk menabur bakti walaupun hanya menebeng atau menempel muka semata-mata. Maknanya, di samping banyak perkara dijadikan "kambing hitam" atau "jajaan politiking", maka, insan-insan yang terpinggir akan terus menagih harapan dan simpati.

Apa sobonar ehh, yang diperlukan oleh mana-mana kawasan Parlimen di Malaysia?

1. Isu Elektrik, Air, Jalanraya, Tiang telefon semakin jembel sifatnya, walaupun masih banyak yang boleh dipertingkat.

2. Isu subsidi juga sudah menjadi isu asing dan dengkel.

Melihat kepada kedudukan Malaysia pada tahap semasa dan 20 tahun akan datang. Maka, wajarlah perkara-perkara berikut diberikan pertimbangan:

1. Projek-projek ekonomi ditambah baik, sehingga kawasan-kawasan ini boleh memberi pulangan pendapatan per kapita daripada RM 15,000 [semasa] kepada RM 45,000 [ 20 tahun kelak].

2. Naik taraf beberapa fasiliti awam yang berupaya mengekang penghijrahan tenaga kerja mahir ke bandar-bandar besar.

3. Projek-projek Super Mega dan Perusahaan Berskala Gergasi di lokaliti tertentu dalam kawasan Parlimen yang boleh memberi kesan limpahan ekonomi keliling "spill-over economy", yang akhirnya dimanfaat oleh 20,000 tenaga mahir dan 10,000 tenaga separuh mahir.

Gelembong Ahli Parlimen yang bersidang dalam Dewan Rakyat yang baru selosai 15 April 2010 lalu, masih ramai yang kabur dan diperkaya oleh fikrah songsang politikus-politikus bobrok dan goblok.

Mangsa kepadanya ialah Rakyat dan Warganegara yang masih merempat menagih Sesuap Nasi dan Seteguk Air. Ahli Parlimen dulu yang pandu Wira Buruk dah tukar BMW 7 series, Motor Honda Cup dah pakai Lexus 300GL, dulu berjalan mengesel sekarang berjalan togak dan memacak. Kereto Ahli Parlimen paling blaso pun Camry atau CRV. Mercedez dan Jaguar melambak. Perdana V6 kereta khas Kerajaan Persekutuan. Peruntukan ke kawasan Ahli Parlimen hampir RM 1 juta, setahun. Mano yang bijaksano, kok dulu seorang usahawang mako lobatlah poket dan boleh turun lobih kepado kawasan.

Semua Ahli Parlimen dan ADUN boleh akses kepada projek-projek khas di bawah ICU, JPM. Tapi sobab, ramai kalangan pengundi yang buta ilmu politik, berpolitik dan biologi politik, mako, sampai kesudah "meraung setiap penjuru alam"...

Inilah bahan0, bilo pembaco dan komentar yang tidak redha dan ikhlas jiwanya membino rangka fikir ummah. Kalian yang sembrono, bukan wakalah kepada rakyat, sebaliknya wazir firaun kepada rakyat. Hari ini, Hulu Selangor, esok Sibu akan menerima lantakan politik "New Economic Model"... Kepado kalian yang makin daif berwacana Pak Sedaro jemput kalian baco "Knowledge, Language, Thought and The Civilization of Islam": Essay in Honor of Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Dan Atlas Perjuangan Nabi Muhammad, Detik Sejarah Rundingan Baling dan Old Treaties & Documents of Malaysia 1791-1965. Insyaallah, kalian akan makin KENAL makna MERDEKA, KEPERLUAN RAKYAT DAN KEHENDAK PENGUNDI.

3 comments:

  1. Mamat ni kalau posting dia, fullamak memang class!!

    namun dia sendiri terlupa bhw di HS telah dipusakai oleh BN selama 4 penggal (20tahun lbh kurang) tapi apa yang ada? apa yang dibanggakan? dan apa yang dibuat oleh keling Pelir Nizal itu? 20 tahun cukup byk masa dibagi...cukup2 lah tu..sama jer dgn perangai UMNO/BN menuduh PR tak reti buat kerja, tapi UMNO/BN yg terlalu cerdik buat kerja, tapi kawasan di HS masih mundur spt di awaal kemerdekaan...siapa yg pegang kawasan itu puluhan tahun?...


    yg pasti kecerdikan pelir nival semasa menjadi MP HS telah digunakan utk membohongi rakyat demi mengaut seberapa byk yg boleh harta pusaka di HS...akibatnya dia disepak dan diterajang keluar olh pengundi on Mac 2008...namun kita datang lg spesis yg sama cuma memakai nama yg lain tetapi besar juga andaian bhw si ayam sanung MIC mat kamal ini taiada bezanya juga dgn pelir nival nanti...

    dia berjanji cukup manis, menabur wang berguni2, namun hakikatnya mereka sedang menipu rakyat sama spt dulu dengan dibantu kuat oleh rakan perniagaannya iaitu UMNOAPCO/BARISAN NAJIS....

    tolak mereka...jgn terpedaya lagi dgn dakyah2 umnoapco/barisan najis ini....

    ReplyDelete
  2. Calon UMNO+APCO=APNO=BARISAN NERAKO ialah En. KAMAL..
    KAH! KAH! KAH! KAH!!!

    ReplyDelete
  3. Usahawan Jual Minyak mestilah ado ayat Bahaso Berbungo Bungo Taik Ayam dio tu... AWAS!!! Kok Terhidu boleh jd Poning Kepalo nt..
    KAH! KAH! KAH! KAH!!!

    ReplyDelete