Tuesday, April 13, 2010

Menilai Semula IIM

Institut Integriti Malaysia yang diberi tiup nyawa pada 5 November 2003 kini, hampir berusia 7 tahun, menjelang 5 November 2010. Namun demikian, kewujudan IIM tidak dirasai kesannya oleh Rakyat Malaysia, khasnya pendusta, pencatur dan pengodam duit-duit rakyat, duit perseorangan, rasuah politik, rasuah jawatan, rasuah kedudukan, rasuah pingat/anugerah/gelaran, rasuah seks, rasuah moral dan rasuah sosial yang lainnya.

Aspek apakah yang wajar kita nilai IIM ini? Dalam usia, anak berusia 7 tahun. IIM sewajar sudah punya kekuatan "poll of IIM qualified trainers" di dalam masyarakat. Dulu, IIM begitu aktif dengan UNDP membina kumpulan Penceramah,Fasilitator, Jurulatih yang sifatnya mungkin terdorong kepada akademia.

IIM hari ini, dilihat tidak lebih sebagai Pusat Pengumpulan Maklumat dan Pusat Pembekuan Maklumat dan Pusat Pembukuan Maklumat, yang tidak dapat dicapai atau diakses oleh warganegara.

IIM sudah SEHARUSNYA dan WAJIB berubah, daripada sebuah fakulti tidak mesra rakyat kepada Universiti Integriti Rakyat Malaysia. IIM mesti dilihat besar dan bersifat pahlawan dalam arena mematang dan mendewasa fikrah adab, integriti dan susila rakyat, khasnya warganegara.

Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seorang yang alim dalam bab latihan integriti, kerana Abu Kassim ini dulu ialah Ketua Pegawai Integriti Amanah Ikhtiar Malaysia dan sering bercambah ilmu pengetahuan dengan IIM. Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali sebelum ini Timbalan Presiden IIM. Sewajarnya pencetus IIM ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi disuburkan dalam Rangka atau Model Kepimpinan IIM, Penasihat Agung atau Presiden Seumur Hidup Institut Integriti Malaysi, barulah relevan kedudukan dia sebagai pengkarya Modal Insan Berintegriti dalam konteks dia lahirkan pada 5 November 2010. Setakat menunggu kerusi Pengerusi IKIM, apa ke halnya!

Pak Sedaro nak sungkit pasal IIM, kerana Pak Sedaro fikir IIM boleh buat banyak perkara baik dan berkesan kepada Negara ini, khasnya untuk kepentingan kemaslahatan warganegara dan rakyat yang menumpang kasih di tanahair Melayu ini.

Pak Sedaro fikir, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kena beri Dana Projek-projek khas yang sesuai, misalnya RM 30 juta setahun, untuk IIM benar-benar dinikmati kejelekitan ilmunya kepada awam.

Banyak perkara yang diwar-war oleh IIM, tapi tiada yang mendengar. Ibarat kata gayung "Kata Bersahut, Gayng Bersambut"...namun dek kerana limitasi kewangan mungkin, IIM hanya syok sendiri di atas Bukit Duta, belakang Stadium Hoki Jalan Duta dan bersebelahan MACA, Akademi BPR. Mari kita nilai semula, peranan besar yang WAJIB dimain oleh IIM:

1. Membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mengkaji, membina dan menggerak Modul dan Model Latihan semasa Cuti Sekolah, khas dalam konteks Integriti.

2. Membantu Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengkaji, membina dan mengerak Modul dan Model Latihan CSR khas untuk Mahasiswa IPTA & IPTS, baik dalam modus operandi - semi akademik, latihan luar, program outreach "TURBA", program Menjaro Polemas, program Khidmat Masyarakat@Khidmat Bakti, Program Bina Insan, Program Jiwa Murni, Program Anak Angkat, Program Antara Dua Negara sebagainya, Program Intelektual yang lazim seterusnya.

3. Membantu Kementeri Belia dan Sukan dalam mengadakan program-program integriti bermula daripada persatuan belia di bawah Registrar of Society 2007, yang berupa Summer Camp, Khemah Kerja, Wilderness Camp, Retreat, Sebagainya.

4. Mengasak semua Syarikat Berkaitan Kerajaan, Agensi Berkanun baik di bawah Kerajaan Persekutuan mahu pun Kerajaan Negeri, dalam pemerintahan BN atau Pakatan Rakyat, untuk memberi peruntukan CSR dan menjalan segala usaha kecil berteras nilai Integritas yang cocok dengan keperluan setempat. Maknanya peranan IIM amat tinggi nilainya.

5. Sudah tiba masanya, Institut Integriti Malaysia memiliki 1000 orang Penceramah atau Fasilitator yang mengikuti proses saringan secara terancang, misalnya IIM wujudkan program pengkaderan yang bertahap dan dinilai keupayaan atau kredibiliti setiap peserta. Maka, kelompok ini boleh digerak sebilang masa, sebagai Aset IIM yang diberi honorarium sesuai dan sewaktunya. Inilah proses acquired knowledge yang MESTI diamati dengan berkesan oleh IIM.

Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kena CELIK ILMU dalam soal mencerakin dan menjimak fakulti ilmu-ilmu sosioterapi dan sosiologi Rakyat, khasnya warganegara. Biro Tatanegara, JPM tidak mampu menjalan semua tugasan kerana TERAS memberi makna Perlembagaan Persekutuan pun belum habis dijaya secara BIJAKSANA. Institut Integriti Malaysia, JPM ialah wahana dan wasilah memberi pandangan soal ADAB kepada Bangsa dan Tamadun Malaysia. IIM ialah warasah dan halaqah yang mesti diangkat KEKUATANNYA, kerana inilah antara Senjata Bangsa Malaysia yang amat digeruni dan diawasi oleh Yahudi, Nasrani dan Majusi.

PM dan TPM, bacolah Paneh ini dengan Kepala Akal Budi dan Akal Hati. Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung.

4 comments:

  1. Cicit Komut kali ini menggunakan perkataan menjimak. Bravo memang ekau advance tingkatan 6.

    ReplyDelete
  2. maaf saya berpendapat lain. IIM patut dibubarkan kerana telah sedia ada banyak institusi yang masing2 sepatutnya memikir , mencetuskan ide, perancangan, aktiviti kearah pembangunan insan, masyarakat, agama, negara.

    bujet yang peruntukan untuk IIM boleh digunakan penubuhan Rice Research Board bermodelkan RRI atau MPOB

    ReplyDelete
  3. NS, Melaka, Johor sudah tiada sawah padi lagi. Pengeluaran padi negara hanya mencukupi 65% sementara di Sarawak dan Sabah masing2 25%.

    Jepun, Indonesia yang bilangan penduduknya ratusan juta cukup dengan beras sendiri. Kita mengharap beras import dari Vietnam dan Thailand.Bilangan penduduk mereka akan bertambah serta tanah sawah tidak meningkat maupun kurang. Oleh itu beras banyak untuk makanan sendiri dan kurang untuk export. Kalau ada bencana alam beras untuk export langsung tidak ada.

    Semenjak tahun 70an lagi kita hendak mengeluarkan beras secukupnya tetapi sehingga ini masih tahap cakap-cakap aja.

    Walau pun MARDI ada menjalankan penyelidikan padi tetapi tidak menyeluruh dan kepakaran dan bujet tidak mencukupi. Maklumlah MARDI perlu menjalankan penyelidikan pertanian yang luas.

    Kami telah menghantar memorandum supaya mengadakan Malaysian Rice Research Board kpd Muhyiddin, Menteri Pertanian dulu. Di Jepun misalnya, 60 orang pakar mengkaji rice genome sahaja. Di MARDI hanya 15 orang penyelidik padi.

    Kasihan cucu cicit kita akan bergantung lebih pada gandum (burgher, roti canai dsb) yang dikawal oleh barat!

    ReplyDelete
  4. Mengabihkan BOREH yo tu...
    UMNO + APCO = APNO .
    Sekutu YAHUDI LAKNAT.
    Pergi JAHANAM lah MELAYU UMNO SEMUA...

    ReplyDelete