Thursday, April 22, 2010

PKR semakin letih...

Alkisah, tersebutlah kisah di zaman dahulu kala, wujud seorang lelaki yang dikenali sebagai kaki tonggang. Minatnya kepada arak dan 'hobi Kassim Selamat selepas berkahwin dengan Sabariah' sudah menjadi rahsia umum. Namun pada suatu hari, terdetik dihati lelaki itu untuk bertaubat dan berubah. Mungkin juga disebabkan namanya telah diangkat menjadi calon Penghulu Kampung Selulu, justeru cepat-cepat dia mengisytiharkan diri telah bertaubat kerana tidak mahu dicop dengan gelaran Mr. Wine.

Setelah bertaubat dengan linangan air mata sambil diampunkan dosanya ala-ala paderi oleh seorang tua di Negeri Kotor-Pengotor, maka lelaki itu memasang niat untuk mengerjakan umrah di Mekah. Akhirnya berangkatlah si hamba Allah itu ke Mekah dengan diiringi isterinya tanpa mendapat tajaan mana-mana syarikat.

Setibanya di Mekah, lelaki itu pun mulalah melakukan amalan-amalan wajib dan sunat bagi menunaikan umrah. Maka tibalah saat dan ketikanya untuk lelaki itu melakukan tawaf mengelilingi Kaabah. Semasa bertawaf, tiba-tiba dia merasa keletihan. Walaupun cuba memaksa diri berjalan mengelilingi Kaabah, namun apabila masuk tawaf ke-4, lelaki itu mula terduduk kepenatan. Maka terfikirlah dibenaknya;

"Macamana aku nak tawaf ni. Tenaga pun dah takde. Tak boleh jadi ni. Aku mesti togok air botol yang aku kata nak berenti minum tu untuk memudahkan aku bertawaf. Lantaklah kalo orang nak percaya yang aku ni bukan lagi kaki tonggang. Lagipun bukan orang tau sejak bila aku berhenti minum. Yang penting aku kena selesaikan tawaf ni."

Maka lelaki itu pergilah mencari kedai menjual arak. Setelah berjumpa jenama air kencing setan yang menjadi kegemarannya, dia kembali semula dan duduk minum di hadapan Kaabah. Sedang leka menogok...beliau ditahan beberapa anggota polis Arab yang curiga melihat tingkahlakunya.

Polis Arab: MasyaAllah...apa ente buat? Ente minum arak depan Kaabah ka? Apa ente sudah gila isim?

Si Lelaki: (Dalam keadaan mabuk dan pening) Hik..hik! Ya maulana polisia. Ana mau tawaf ini Kaabah sebenarnya. Tapi sampai tawaf ke-4, ana sudah tiada daya. Tiada lagi tenaga. Jadi ana fikir, daripada ana gagal menyudahkan tawaf, lebih baik ana minum ini air. Supaya lepas ni ana tak perlu lagi tawaf keliling Kaabah, tapi Kaabah yang akan tawaf keliling ana.

Huhuhuu...

Gambar sekadar hiasan yang tiada kena mengena dengan tajuk dan cerita.

6 comments:

  1. Salam Paneh,

    Mak Cik tidak setuju cara dia menghilangkan penatnya ini. Lagi pun cari sampai mana pun takkan jumpa arak di Makkah. Sebab semua takut kena pancung.

    Sepatutnya kalau letih boleh cari dan sapu "Minyak Kuda". Di Makkah pun ada macam-macam jenis minyak,kalau tak ada minyak kuda, minyak Unta mesti ada.

    Pada satu masa zaman dulu Dulu, masa Mak Cik kecik2, masuk lumba lari wakili pasukan rumah atau sekolah, mesti sapu "Minyak kuda' supaya kuat berlari.

    Tidaklah diketahui kesahihan minyak kuda ini tapi oleh kerana Guru guru suruh sapu dan mereka yang supply, kita sebagai murid, turut sahaja. Malah semua yang nak lumba lari sapu kaki dengan MINYAK KUDA.

    Ada ke lagi di Malaysia ni MINYAK KUDA di tahun 2010? Relevant ke lagi Minyak Kuda??? WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Lawak la paneh. Sampai kelu puak pr nak komen. Paneh Miang sungguh.

    -via blackberry-

    ReplyDelete
  3. Tolong bloglistkan blog hamba..HAMBALAH THE POPE GOMO!!

    POPEGOMO.BLOGSPOT.COM

    ReplyDelete
  4. mano bebudak hompuk ni? ngindu lak den nak baco komen bangang dorg tu. ko dorg takleh nak komen sobab asik golak baco posting ni. wakakakaka. sapo org no tigo dr dopan dlm gamba tu paneh? cam kona yo. mueheheh.

    ReplyDelete
  5. Jika perkauman menjadi isunya, maka
    Lebih baik undi India yg tunduk pada Melayu,
    daripada undi Melayu yang tunduk pada DAP...

    Jika Islam menjadi isunya, maka
    Lebih baik undi India yg tak bising pasal azan,
    daripada undi Melayu yg org kuatnya (DAP) tak tahan dengar azan...

    Jika arak isunya, maka
    Lebih baik undi India yg tak campurtangan rampasan arak di Selangor,
    daripada undi Melayu yg menjadi pak turut kata org (DAP) yg menentang rampasan arak...

    Timbang2 la melayu hulu selangor...
    jgn sampai satu hari nanti,
    wakil Melayu tp tak melayu pun,
    wakil Melayu tp azan da tak kedengaran da...
    wakil Melayu tp penguatkuasa tak boleh rampas arak...

    Kita terpaksa menarik rambut dalam tepung...

    ReplyDelete
  6. kepada ano. 1.50 am, tahniah, kewarasan berfikiran gitu pasti akan menyelamatkan tanah melayu ini

    ReplyDelete