Sunday, May 16, 2010

ATM Perlu Tugas Masa AMAN

Pak Sedaro nak kongsilah serba sikit dalam Paneh Miang ni agar pembaco yang ado "engagement dengan ATM" boleh buka mata dengan lebih bosar dan luas. Hari ini disebabkan Malaysia secara lahirnya berada dalam status Aman dan Damai, mako Angkatan Tentera Malaysia di lihat tidak cekap bila mana berlaku peperangan sebenar.

Pak Sedaro berpeluang berbincang dan mendalami kemelut berantak perang zaman Jepun dan zaman Komunis dengan 5 orang pemilik Seri Perkasa Pahlawan Gagah Berani [SP] dan Panglima Gagah Berani [PGB] yang berlatar belakang Pegawai Armor, Lt. Kol Basri (B), PW1 Kanang anak Langkau (B), Lt. Jeneral Tan Sri Zaini [Panglima Markas Medan](B), DSP Mohd Nor Abdul Razak [Komando 69, PDRM](B), SAC II Abdul Razak [Komando 69, PDRM], Mej. Jeneral Datuk Paduka Ghazali Ibrahim [B] mantan Panglima Markas Medan, seorang RGK, Kapt Sudirman [B] RGK serta Kapt Azman [B] RGK.

Dapatan daripada hasil perbincangan menjurus kepada:

1. Pegawai dan Anggota ATM kena banyak ikuti latihan Pengurusan Bencana di mana-mana Negara yang mengalami kehancuran akibat bencana alam. Siren kecemasan Bantuan Khas ATM wajar digerak sebilang masa kerana ia aset pelajaran sebenar. Tambahan pula Malaysia berada di luar lingkungan gegaran gunung berapi dan sebagainya.

2. Pegawai dan Anggota ATM kena digerak sebagai pasukan kawalan keselamatan rapat untuk semua Kapal Dagang milik GLC atau Syarikat Malaysia. Mereka mesti dilatih sebagai pasukan elit pengurusan anti-rampasan kapal dari capaian lanun. Bukan seperti insiden Rampasan Bunga Melati 2 dan Bunga Melati 5, yang hanya turun selepas 40 hari kapal di tawan di Teluk Aden dan bersauh di perairan lanun Somalia. PASKAL naik pun, bila dah selamat. Tiada pertempuran sebenar.

3. Pegawai dan Anggota ATM mesti dijadikan aset ilmu. Maknanya semua yang beruniform kena ikuti pelbagai kursus Modal Insan seperti Kursus Neuro Linguistic Programming, belajar bahasa selain bahasa Inggeris, belajar ilmu-ilmu survival peperangan baru, ikuti lebih banyak Latihan Raksasa dan mengadakan banyak engagement dengan Rakyat supaya Rakyat faham apa erti Pertahanan dan Keselamatan negara.

4. Pegawai dan Anggota ATM mesti didedahkan dengan mauduk-mauduk tamadun oleh Pemikir Melayu agar mereka ini selepas pencen dan berhenti mempunyai kekuatan dan prinsip survival Bangsa yang jelas dan tidak disumbang seleweng oleh jentera gerak saraf dan perang saraf PKR+PAS+DAP+PSM.

5. Perkaya budaya mencipta dan meneroka dunia ketenteraan untuk kepentingan dan kemakmuran dunia ketenteraan Islam dan Alam Melayu.

ATM ialah Anak Tanah Melayu, Ahli Tamadun Melayu dan Anggota Tanaman Modal yang cukup berfungsi sifatnya. Angkatan Tentera Malaysia merupakan aset pertahanan barisan hadapan utama untuk Rakyat dan Warganegara Malaysia.

Di kala AMAN, ATM mesti dilihat berpotensi memberi imej yang baik dan berkesan. Semua Parlimen sebanyak 222 kawasan, wajarnya pada tahun 2015 sudah memiliki satu Batalion Rejimen Askar Wataniah siri 500, kekuatan 1 batalion antara 850 hingga 1,000 anggota. Maknanya ATM akan punya anggota seramai 700 ribu orang sama ada secara Kerahan, Sukarela dan Tetap. Kekuatan ini tidak boleh lagi menampung kekuatan rakyat sebenar jika berlaku peperangan. Akhirnya Rakyat ialah bala tentera pertahanan negara yang akan memastikan Bumi ini tidak dijajah dan terpelihara.

Pak Sedaro doakan mohon Allah Pengatur Sekalian Alam agar dijauhi olehnya Malaysia daripada bala bencana, perpecahan dan rusuhan kaum, pergaduhan yang memudarat Negara dan peperangan yang menghancur Bumi Melayu Malaysia ini.

4 comments:

  1. setuju bonar lah dengan Pok Sedaro nih..

    ReplyDelete
  2. 4. Pegawai dan Anggota ATM mesti didedahkan dengan mauduk-mauduk tamadun oleh Pemikir Melayu agar mereka ini selepas pencen dan berhenti mempunyai kekuatan dan prinsip survival Bangsa yang jelas dan tidak disumbang seleweng oleh jentera gerak saraf dan perang saraf PKR+PAS+DAP+PSM.

    yang atas ni cadangan BODOH.. pegawai dan anggota ATM mesti didedahkan dengan ajaran ISLAM supaya sedar tentang kerajaan yang menhalalkan judi dan arak.. supaya anggota, terutamanya pegawai tak lagi minum arak..semoga semua orang sedar bila masa majlis "toast to the king" tak dihidangkan arak!! sebab arak tu haram..

    nak bagi cadanganpun biar laa nampak bijak.

    ReplyDelete
  3. hello bhai... mana ada toast to the king minum arak...
    pe barang ni bhai..
    jgn nak merapu kalau xtaw k
    cuba bergaul ngan dorang n tanya masalah dgn lebih baik..
    tahniah paneh miang kerana mmberi cadangan yg sgt baik...
    majukan cadangan kepada pihak atasan atm n pdrm

    ReplyDelete
  4. asalamualaikum...

    den setuju ngan ideo sedaro tu, tp bueklah ngan jujur dan ikhlas.
    jangan nanti, bilo enjin kapal torbang hilang, salahkan prebet lak.

    sian prebet dijadikan kambing hitam!

    jangan buek peel umno. habih sumo nak digadai. hancur melayu nanti !!!!

    orang sekarang dah cerodik, dio tengok jo gelagat org yg ado kuaso ni buek kojo.

    ReplyDelete