Friday, May 21, 2010

Kenapa perlu taat Raja Melayu?

Tun Suzana Tun Haji Othman dan Haji Muzaffar Dato' Haji Mohamad yang membuat kajian mengenai "Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w. dan Kesultanan Melayu" terbitan Crescent News (KL) Sdn Bhd, 2006; telah mengemukakan bukti salasilah keturunan kerabat DiRaja Perlis, Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Selangor dan Tunku Besar Tampin yang bersusur galur daripada keturunan Rasulullah s.a.w. melalui cucu kesayangan baginda iaitu Hasan dan Husin. Lihat rajah di bawah:-

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Maka bertepatanlah sekiranya Raja-Raja Melayu ini ditumpahkan kesetiaan yang setara dengan kemuliaan keturunan Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan Raja-Raja Melayu dalam Perkara 32, 38 dan 181.

Ingatlah bahawa penarikan imuniti Raja-Raja Melayu (pindaan 1993) hanyalah termaktub atas sifat peribadi baginda semata-mata, iaitu seandainya baginda berbuat sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang; itupun baginda hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Khas (Perkara 181) dan bukannya di mahkamah biasa seperti kita. Perkara ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. "Jika Fatimah mencuri, maka akan ku potong tangannya."

Akan tetapi, sekiranya Raja-Raja Melayu bertindak dalam bidang kuasa tugas rasmi baginda, maka Raja-Raja Melayu mempunyai kekebalan serta imuniti sebagaimana yang disahkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kepada Rakyat Raja khususnya anak-anak Melayu, ingatlah bahawa PERJANJIAN yang termeterai antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba itu bukannya dibuat untuk suka-suka. Indonesia sudah terkena tulahnya. Jangan pula kita bawa budaya derhaka yang sama di negara penuh rahmat yang bernama Malaysia ini.

37 comments:

  1. salam..
    maaf saya hendak berbeza pendapat..
    jika pun benar raja2 melayu ini keturunan Rasulullah, kenapa pula kita perlu mencurahkan taat setia kita tanpa berbelah bagi seperti kita taat kepada Rasulullah? Sedangkan darjat Rasulullah itu diangkat atas dasar akhlaknya dan Baginda adalah maksum. Raja2 Melayu maksum ke? Dan lagi 1, jika Rasulullah sanggup memotong tangan Fatimah, itu bermakna Baginda berlaku adil. Bagaimana pula Raja2 Melayu yang perlu dibicara di mahkamah khas? Jika Raja2 Melayu melakukan kesalahan seperti rakyat biasa, mengapa mereka tidak dihukum seperti hukuman yang dikenakan ke atas rakyat biasa? Mana keadilannya? Sesungguhnya di akhirat nanti Raja2 Melayu ini akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sahaja dengan kita.

    ReplyDelete
  2. Sekali pun raja raja melayu berketurunan nabi-nabi tapi ada PUAK yang akan TOLAK kerana ada 12 Nabi yang berketurunan ISRAEL.
    Apa saja dari ISRAEL adalah tidak baik termasuk nabi nabi yang berketurunan Israel?

    ReplyDelete
  3. anon 11.46am. pada pendapat saya yg kurang arif ni, hukuman terhadap raja tu rasanya sama saja dgn rakyat biasa. tiada bezanya. cuma proses perbicaraannya saja yang mungkin berbeza rakyat biasa bg mengekalkan peranan institusi raja dgn rakyat biasa. lgpun raja adalah simbol melayu dan memberi makna kepada bangsa melayu itu sendiri.

    the point is that the Constitutional Amendment was then supported by all parties, be they are pas or dap. after all, nik ajis n bro anu pun tak maksum jugak.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  4. @ Anonymous 21 may 11.46am

    Cuba awak baca betul2 artikel di atas... ada ke tidak penulis menyuruh kita menumpahkan taat setia kebawah DYMM Raja-raja SETARAF dengan taat setia kepada Rasulullah SAW seperti yg awak dakwa??? tak ada, kan? cuma awak sendiri yg terlebih tafsir... ye lah, dah pandai sangat...

    pindaan perlembagaan persekutuan 1993 telahpun mewujudkan Mahkamah Khas bagi membicarakan salahlaku jenayah yang didapati dilakukan oleh baginda-baginda sekiranya terbukti ada. it has been 17 years, takkan awak tak ambil maklum?! Mahkamah Khas ini adalah demi menjaga code of conduct kebawah duli-duli tuanku supaya institusi beraja kita terus dihormati rakyat.

    malangnya, orang2 macam awak jugalah yg memutarblitkan fakta untuk memburuk-burukkan PM pada masa itu YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, kononnya beliau menghapuskan kuasa raja-raja! yg perlu awak sedar bahawa selagi tidak tersabit sebarang kesalahan jenayah, KEKEBALAN raja-raja adalah sentiasa KEKAL.

    sila baca juga apa yg dikongsikan oleh tom tem bak... bahawa pindaan perlembagaan ini bukan sahaja disokong semua pihak, bahkan mendapat PERKENAN daripada Duli-duli Tuanku sendiri.

    ReplyDelete
  5. salam ziarah hari jumaat..
    penghulu segala hari..
    moga kita mendapat hikmahnya
    dan di kurniakan kesihatan
    yang baik..

    ReplyDelete
  6. Qabil dan Habil dari keturunan Nabi Adam pun berbunuhan sebab berebutkan perempuan.

    Keturunan Nabi tidak menjamin perangai baik macam Nabi.

    PKR = Illuminati

    ReplyDelete
  7. Salam,
    rasanya belum terlambat utk ucapkan tahniah pd paneh miang atas komen2nya dalam isu semasa yg mengaitkan isu melayu dan bumiputera.teruskanlah demi menegakkan yg hak.
    -wassalam-

    ReplyDelete
  8. Mana yg betul ni, Raja kita katanya berketurunan Alexander the Great.

    ReplyDelete
  9. Saya langsung tak setuju.

    Kalau ikut cerita Demang Lebar Daud, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah, betul tak?

    Kalau ikut posting saudara, kerana dapat dibuktikan susuh galur raja sampai ke Rasulullah maka bertepatanlah kita taat setia pada raja.

    Soalan saya: Logik ke? Tak perlu cerita panjang, sendiri boleh fikir.

    ReplyDelete
  10. Jika rasullullah berkata akan aku puong tangan fatimah sekiranya beliau mencuri..

    Ini bermakna rasulullah sangat adil dalam menjatuhkan hukuman. Tak kiralah orang biasa hatta ahli keluarga.

    Persoalannya sekarang. Adakah raja2 akan dikenakan hukuman yang sama dengan kita (rakyat biasa) jika mereka melakukan kesalahan??

    ReplyDelete
  11. cucu datok mandaliarMay 21, 2010 at 5:36 PM

    masa mahathir dgn org2 umno celaka ni dulu kutuk raja2 melayu .....tak timbul pulak salasilah yg raja2 ni keturunan nani MUHAMMAD SAw...i tiba2 timbul pulak ni apa hal......keturunan nabi dan anak2 cucu nabi tak baw3ak pulak pelari anak dara dan bini org....ni raja melaka dulu....sampai kalah dgn portugis sebab dah kena ketular....kahkahkah

    ReplyDelete
  12. ASSALAMUALIAKUM WBT

    Wahai saudaraku yang berbeza pendapat. Bkn nak cerita perihal raja. Tapi...... mengenai Ahli Bait Nabi saw. Tak kira la raja ke tidak. Tapi yang pastinya bukanla rajagopal. Hehehe.

    Kita kasih sayang kat ahli bait ni bukan sebab dia tapi sebab datuk dia, Nabi saw yang kita kasihi. Sebab taat setia serta kasih dan sayang kat Nabi saw kita curah melalui keturunan Nabi saw. so kasih sayang serta darjat nabi saw bukan sekadar atas dasar akhlaknya saja tapi meliputi semua perkara termasuklah tubuh badan Nabi saw itu sendiri.

    Kalau saudara pernah membaca kitab nmengenai ahli bait pasti saudara takkan menulis artikel sebegini rupa. Banyak hadith Nabi saw membicarakan mengenai ahli bait ini. Ditambah pula dengan cerita yang sarat dengan pengajaran mengenai ahli bait atupun cucu cicit Nabi saw..

    Minta maaf saudara, kalau ada keturunan saudara dulu2 ada yang alim besar dan terbukti kealimannya. Terkenal di mata manusia. Pasti saudara turut berbangga dan bermegah kerana memiliki datuk moyang yang alim lagi terkenal. Apatah lagi kalau berketurunan Nabi saw kan. kan kan kan. Sepatutnya mereka lagi lebih bermegah.

    Oh ya...... nak cerita bab maksum ni. Bukan raja saja tak maksum. Pintu kemaksuman telah di tutup rapat oleh Allah swt selepas wafat ataupun Intikol nya Nabi saw. Maknanya sekarang ni dah takda manusia yg maksum. So bila tak maksum maka dia sudah terdedah dengan sebarang benuk maksiat tak kira la najib razak ke, muhidin ke, mufti ke, nik aziz ke, hadi awang ke, anwar berahim ke.

    Yang pastinya setiap manusia itu walaupun dia raja kita tidak mempertahankannya. Tapi institusi Raja itu yang kita pertahankan. Apatah lagi kalau ada susur galur raja tersebut sampai ke Saidina Rasulullah saw. Lagi la kita hormati walaupun bukan kat dia TAPI KAT DATUK MEREKA.

    Jadi, saya pohon saudara baca dulu buku yg disarankan sebelum memberi komen yang menurut hawa nafsu semata-mata.

    Oleh itu renung2kan lah kembali apa yg saudara tuliskan itu. Kalau berasa sangsi dengan saya, sila berjumpa dengan alim ulama' yg betul2 kenal tentang Nabi saw yang mana mereka yg tidak ada sebarang kepentingan dalam arena politik kepartian ini.

    Semoga Allah swt memberi hidayah kepada saudara. Nabi saw pernah berdoa...... Allahumahdi kaumi fainnahum laya'lamun.

    Wallahu a'lam.

    Jgn kita bicara mengenai raja di akhirat saja. Saya takuti dengan penulisan saudara yang sebegini akan membuatkan Nabi saw tidak memberi syafaat di atas keceluparan saudara menghina AHLUL BAIT NABI SAW DI AKHIRAT KELAK.

    ReplyDelete
  13. Inilah sebabnya kita mesti taat kepada sultan kita yang didakwa berketurunan nabi

    http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.com/2009/09/timber-businessas-done-in-pahang.html

    ReplyDelete
  14. Ya betul...kena baca dulu baru komen...yang perlu dipertahankan adalah institusi, bukan individu. kalau benar raja atau sultan bersalah, bukankah sudah ada tempat khas utk dibicarakan. bukan utk membezakan antara raja dan rakyat tetapi utk memelihara kehormatan institusi tersebut. kalau nak tau lebih lanjut belilah buku tu...ni beli buku kedekut....mana nak dapat ilmu....

    ReplyDelete
  15. Rasullah S.A.W. bersabda bermaksud jika Fatimah anakku mencuri nescaya aku akan potong tangannya. Juga baginda bersabda selanjutnya,telah jatuh banyak kerajaan sebelumnya bilamana orang kebanyakan salah dihukum tetapi orang kaya atau bangsawan yg melakukan salah dilepaskan. Ini bukan saja berlaku dizaman Raja Mandaliar Mahakutty juga berlaku di Pekan Rasa ulu Selangor dimana anak org besar Pahang memberi 3 juto kpd SKJKcina Rasa dan terang2 melafaskan "the rule is simple, you help me, i help you" You deliver Robert Lau Sunday, on Monday I pay you 5 Million" Kalau kesalahan ini SPRM buat mata juling, Insyallah (bukanlah sy doa) sabda Rasullah s.a.w. akan berlaku. Renung dan fikir, jgn asyik nak ter tem bak org aja, kena btg hidung sendiri.

    ReplyDelete
  16. Jangan biarkan Melayu terus membodoh dan menakut-nakutkan orang Melayu bagi mengekalkan kedudukan dan kekayaan kelompok mereka.

    Dengar ceritanya Samy Vellu pun keturunan nabi jugak...... Nabi Adam.

    ReplyDelete
  17. Hoi Alias yusoff.

    Kwn tak campur bab politik. Tapi jgn main2 bab mcm ni. Semua keturunan nabi bkn samy velu saja termasuk kau. Atau kau keturunan Beruk ikut teori darwin. Tapi ni Bab Nabi Muhammad saw tak sama. Pegi belajr agama jgn nak bepolitik je. Kot tak tau bab nabi jgn ckp. Kot nak politik, politik je la jgn nak sentuh bab nabi.

    p.s. bkn org politik tp meluat dgn org ckp ikut nafsu. tak semesti raja saja keturunan nabi.

    ReplyDelete
  18. memetik kata2 ismail kamus, ahli jawatankuasa pas pusat semasa kelas hudud di selangor, "melepaskan 9 orang yang ternyata bersalah itu adalah lebih baik daripada menghukum seorang yang tidak bersalah." itu intipati hukum hudud bak kata ismail kamus.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  19. Raja Lawak Musim Ke#3May 22, 2010 at 5:12 PM

    raja......
    raja gopal...
    raja linggam......
    raja kari.......
    raja petra.......
    tiada apa pun perbezaan antara raja dan rakyat hanyalah taqwa kepada ALLAH SWT...darjat raja hanya dimata manusia bukannya ada syafaat @ keistimewaan yang ALLAH berikan walau apa pun keturunannya manusia jika syirik dan durhaka pada ALLAH adalah sama saja. melainkan mereka "amal makruf nahi mungkar"
    tak payah lah kita nak kalut2 dok pertikai hak rakyat dan hak raja.biar apa pun keturunan manusia dari adam dan hawa jua.

    ReplyDelete
  20. anti raja yg buat maksiat , minum arak dan main judiMay 22, 2010 at 5:58 PM

    majlis raja-raja tak berfungsi pun.. benda halal haram tak pernah tegur pun!

    to hell laa semua raja yg kononnya ketua agama dan pelindung rakyat!

    ReplyDelete
  21. Kalau dah macam tu Kes Sodomy 2 patutnya dah tak timbul memandangkan kenyataan Epul pun sama bercanggah mcm Azizan drebar. Kes yg paling ajaib dalam dunia, sontot yg tiada penetrasi, dah tu cakap pulak Dr. berbohong juga sepertimana ke usung tilam dulu. Mana boleh dapat dek, melainkan diMsia bolehland. PS juga ado kapal solam sampai hari ini bolum dapek menyolam! Allah maha kaya nak tunjuk, lobih baik ditukar nama KD Altantuya.

    ReplyDelete
  22. Bagi saya, raja dan sultan melayu sudah tidak relevan lagi di zaman moden ini.

    Selain membazirkan perbendaharaan negara melayan gaya hidup mewah mereka anak beranak dan segala suku sakat, tiada faedah lain yang saya nampak.

    Maaf, itu pandangan pribadi saya setelah lama berfikir-fikir dan mencongak-congak!

    ReplyDelete
  23. Hai, ada bincang hal sodom lak, syok ni.... Bro tanya DSAI tu betul tak dia ada 9 bini lelaki. Manusia boleh tipu. Mana mungkin Allah dia nak tipu. Berapa ekor beruk dia bela bro. Kalau tak caya tanya diaaaaaaa........

    ReplyDelete
  24. Wahai anon 11.13pm. Jika anda seorang melayu, maka anda tahulah bahawa anda adalah subjek tu the rulers. Rulers dlm hal ini adalah Raja yg memberi makna kpd moyang anda, diri anda dan waris anda iaitu yg digelar sbg Rakyat Raja. Andainya satu hari nnt salah satu drpd 4 elemen utama dlm perlembagaan persekutuan terhapus, maka rajalah yg akan menjamin kelansungan hidup pribumi di negara ini kerana dunia mengiktiraf raja2 melayu dan bukannya mengiktiraf parti. Yang menjamin anda dpt hak istimewa melayu, yang turut menjamin pemerintahan negara ini kekal pada orang Islam ialah institusi diraja. Pemikiran anda jelas telah dipengaruhi oleh komunis tajaan dap, pas dan pkr yg bercita2 menjadikan negara ini sbg republik dgn terhapusnya institusi raja. Jika itu berlaku, maka mudahlah cina or india menjadi presiden dan pemerintah mutlak negara ini. Adakah itu yg anda mahukan? Kaji sejarah kepentingan institusi diraja di negara ini, jgn cakap ikut sedap akal yg dangkal.

    ReplyDelete
  25. Pembetulan perkataan, org Melayu is the subject to the Rulers. Kaji sejarah dan kajilah perlembagaan persekutuan. InsyaAllah, anda akan lebih memahami.

    ReplyDelete
  26. konsep nepotisma dan relevan-nya bangsa , keterunan
    di dalam fabrik sosial negara

    ----------------------------------

    Konsep nepos [suku kata kepada nepotisma] menurut wiki adalah satu
    adat pegawai gereja yang membuat pemegang jawatan utama gereja melantik
    anak sedara ke jawatan jawatan penting di dalam gerombolan gereja. Ini
    adalah kerna si pemegang jawatan di dalam gereja tidak ber-anak kerna
    mereka hidup tanpa berpasangan pompuan. Namun relationship homo berterusan hingga kini.

    Abu jahal- pak sedara nabi
    ---------------------------

    Di dalam sejarah nabi muhammad [ saw ] , tidak ada spesial case
    untuk keluarga nabi. Malah nabi ada berkata- tangan puteri kesayangannya akan di potong jika dia didapati mencuri.
    Saya ada dengar cerita bahawa kubur pak sedara nabi sendiri, abu jahal ada diikat dengan kunci besar dan tidak diampuni olih masyarakat arab walaupun
    dia adalah pak sedara kepada nabi [saw].


    Relevan kah fakta jika si polan X itu keterunan nabi
    ------------------------------------------------------

    dari diskos di atas , jelaslah tidak ada relevannya kepada
    masyarakat majmuk jika si polan X atau Y itu keterunan nabi.

    Pada zaman melayu kekampongan dan kurang berpelajaran, kita
    di galakkan melalui protokol [macai raja ] untuk memberi respek yang istimewa
    kepada geng geng sayyed. Di dalam hal ini ada juga Friday -born
    sayyed. Respek yang di pinta tidak ada diskaun.

    Lagi satu perkara penting yang mesti diinafi olih semua- kebenaran
    yang dilaporkan adalah contradiction in terms.

    Translation- dari satu aspek - kome kata sultan itu keterunan nabi.
    yang di beri respek kerana kesucian agama.

    dari aspek negatif pula, protokol yang digunapakai contradik prinsip
    islam . Ianya satu dichotomi yang bercanggah

    apa dia yang bercanggah?

    kesucian agama dan konsep hindu yang di terap

    contoh
    -------

    maha[konsep hindu] ---- supreme [ islam guina untuk Allah yang esa]

    daulat ---- tidak ada konsep dalam islam. di saudi, al malek faisal
    akan di panggil ' ya faisal.....[ berceritalah apa apa..]

    sembah ---- a reasonable 'muslim arab' tidak akan senmbah raja


    Jadi , reasonable inferen menunjukkan penulisan si polan tentang

    raja berketerunan nabi mungkin tidak dapat dipertahan dengan logik

    yang di utarakan. anyways good luck jika ianya benar atau tak benar.


    Mat khong khek khuat

    ReplyDelete
  27. Kesah Sejarah Melayu mengenai Sang Sepurba tu karut. Baca untuk hiburan bolehlah. Kalau raja raja negara Barat, oklah, mereka tak kacau pentadbiran negara dan tahu had kekuasaan masing masing.Malaysia ni tidak begitu, mereka ingat mereka masih raja yang berkuasa mutlak. Yang sedihnya, kita sekarang ada dua jenis Raja-satu yang betul Raja, satu lagi ahli politik yang fikir mereka raja. hancur negara kita-ada dua jenis raja.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  28. Wahai mat khong kek khuat.

    Hang ni mengaji ke tak ni. Jangan tulis ikut nafsu, lain kali tulis ikut ilmu.

    1. Daulat tarak tapi daulah tetap ada. Tak jumpa kot. Hang sebut solat. dalam azan sebut solah. benda yang lain kot mengikut ilmu kau yg kau rasa dalam sangat tu.

    2. Apa kena mengena abu jahal dengan ahlul bait. Dua perkara yg berbeza. Abu jahal bukan ahlul bait nabi saw. Ahlul bait dikira melalui nasab anak nabi saw ( Fatimah r.aha) dan setengah pendapat mengatakan termasuk isteri-isteri nabi saw. tak dak pun di sebut abu jahal. tang mana hang jumpa. pelik juga.

    3. Harus di ingat, Abu jahal diringan kan azab pada hari isnin di sebabkan terlalu riang dengan kelahiran saw.

    4. Banyak sangat keistimewaan jadi ahlul bait nabi saw ni. Kot tak arif jgn tulis ikut nafsu. Bahaya mat kong kek khuat.

    Tak pa la yang pentingnya....... Nang bu tinang, kui bu tikui,
    Nak wat mcm mana hang memang dah bangang, Elok hang piiii mampui. Mcm sesuai jeeee. Hehehehe jgn mara haaaaaaa.

    ReplyDelete
  29. Wahai anon 11.13pm. Jika anda seorang melayu, maka anda tahulah bahawa anda adalah subjek tu the rulers. Rulers dlm hal ini adalah Raja yg memberi makna kpd moyang anda, diri anda dan waris anda iaitu yg digelar sbg Rakyat Raja. Andainya satu hari nnt salah satu drpd 4 elemen utama dlm perlembagaan persekutuan terhapus, maka rajalah yg akan menjamin kelansungan hidup pribumi di negara ini kerana dunia mengiktiraf raja2 melayu dan bukannya mengiktiraf parti. Yang menjamin anda dpt hak istimewa melayu, yang turut menjamin pemerintahan negara ini kekal pada orang Islam ialah institusi diraja. Pemikiran anda jelas telah dipengaruhi oleh komunis tajaan dap, pas dan pkr yg bercita2 menjadikan negara ini sbg republik dgn terhapusnya institusi raja. Jika itu berlaku, maka mudahlah cina or india menjadi presiden dan pemerintah mutlak negara ini. Adakah itu yg anda mahukan? Kaji sejarah kepentingan institusi diraja di negara ini, jgn cakap ikut sedap akal yg dangkal.


    ADA AKU KISAH!!!! ahahah

    ReplyDelete
  30. Raja Melayu??????? what that???
    ahahkahakahahakakakaaka

    ReplyDelete
  31. Salam.
    Asal kejadian raja2 mana2 pom didunia ni same jerrr.xyah kecoh2 r.makan minum berak kencing ,sakit demam, mati...samaaaaaa jerr..so,apasal korang kecoh2 lg???Ni zaman sains n teknologi...bukan Zaman Sang Sapurba d Bukit Siguntang (edisi lawak),yagn Penting TAKWA kepada Yg Esa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu ko rasa sains ko blh membela nasib anak cucu ko teruskanlah dgn pendapat ko y sengal tu...jgn2 spm subjek sains ko gagal mangkuk

      Delete
  32. Salam.
    Asal kejadian raja2 mana2 pom didunia ni same jerrr.xyah kecoh2 r.makan minum berak kencing ,sakit demam, mati...samaaaaaa jerr..so,apasal korang kecoh2 lg???Ni zaman sains n teknologi...bukan Zaman Sang Sapurba d Bukit Siguntang (edisi lawak),yagn Penting TAKWA kepada Yg Esa.

    ReplyDelete
  33. pi mabuk lahhh bro,mana kau dapat salasiah tu apa nas nas lu bro apa bukti lu sedap rasa lu, dapat dalam mimpi ka, lu buat kajian ka lu pasti ka sumber lu sahih, yg gua pasti kita semua manusia mmg keturunan nabi n mmg raja/khalifah dalam keluarga sendiri n hamba yg di jadikan untuk taat perintah allah, kajian lu tak abis bro sbb ada raja yg tak patut pun jadi raja lu pikir2 la sendiri, kan tu namanya rebutan kuasa n berbaik2 dgn british lu tak khatam lagi bro

    ReplyDelete
  34. raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah

    ReplyDelete
  35. Sultan bukan keturunan rasulullah kecuali sultan perak.... perjumpaan dgn tun suzana tlah dibuat n dia sedri perakui...

    ReplyDelete