Friday, June 25, 2010

Felda oh Felda

Felda amat agung namanya. Inilah kesan daripada trajedi penjarahan berdarah selama 14 hari oleh Komunis, dihimpun strategi oleh Sir Harold Briggs. Rancangan Briggs mengadakan Kampung-kampung Baru untuk mengekang kebergantungan gerila komunis di hutan. Maka, dilonggok ketumbukan kampung yang bertindak sebagai pembekal kepada Komunis, atau nama glamournya Min Yuen. Inilah gerakan bawah tanah dan saraf komunis. Hari ini, kekuatan mereka masih belum diketahui dan dianalisa? Apakah lesen senjata api yang dipohon melalui Jabatan Ikatan Relawan Malaysia mengHALALkan proses pemilikan senjata api di Kampung-kampung Baru?

FELDA merupakan rentetan kepada pengalaman Almarhum Tun Razak kepada Briggs Plan. Model yang sama, cumanya kepentingannya berbeza. Selepas trajedi 13 Mei 1969, maka, Dasar Ekonomi Baru dibentang pada 1972. Semasa inilah FELDA tertua di tanahair iaitu Lembah Bilut dilahirkan. Banyak tragedi hitam putih dialami oleh peneroka generasi pertama. Kisah diserang komunis, dibaham harimau, dipatuk ular, diserang gajah liar, lawatan babi hutan, beruang khatulistiwa, jumpa mawas gergasi, jumpa bigfoot dan memacam lagi, pelbagai kisah yang boleh di sejarah oleh peneroka-peneroka Generasi Pertama yang merintis Rancangan-rancangan FELDA.

Hari ini setelah lebih 40 tahun, FELDA dikelas sebagai Aset Negara paling berjaya dalam industri pertanian dan komoditi. FELDA dipercayai memiliki aset bernilai RM 16 billion, yang secara amnya milik Negara. Harta aset cair milik peneroka mungkin sekitar 10%, manakala untuk kemudahan pengurusan FELDA dan anak-anak syarikatnya sekitar 1%.

FELDA sedang dilanggar badai oleh orientalis yang cuba memesong jatidiri dan iltizam FELDA. Pak Sedaro fikir ado eloknya, FELDA diteropong secara kritikal dan negatif, kerana lewat hari ini, pengurusan atasan FELDA seperti "kacang lupakan kulit", "harapkan pagar, pagar makan pagi", "lembu punya susu, sapi dapat nama". Mereka bongkak dan bakhil dengan harta milik negara. Mereka menuntut pelbagai, sehingga ada urusan yang merugikan FELDA dibuat pelbagai "cover-up".

Hari ini,ramai Pegawai Serata FELDA yang dipantau dari Putrajaya oleh Ahmad Maslan dan Ketua Urusetia Hasanuddin, tidak melaksana tugas dengan berintegriti. Mereka amalkan dasar pecah perintah, diskriminasi berasaskan pilihan tekak sendiri, nepotisme dalam tugasan hakiki, mencetuskan perbalahan antara pergerakan belia FELDA dengan generasi veteran FELDA, menjadi "da'i" fitnah yang akhirnya mencetus permusuhan tidak berbaloi. Ini antara kebejatan sosial yang boleh dikategori sebagai FELDA BANKRAP. Felda hari ini bankrap daripada segi integriti kepegawaian, nilai Aspirasi 1 Malaysia ibarat menanam tebu di bibir, peneroka FELDA tidak dipantau dengan bil-hikmah, pelbagai program sosial dan nilai tambah dilaksana "melepas batuk di tangga", "melepas anjing tersepit", akhirnya "ibarat anjing menyalak bukit".

Di tambah dengan kisah program di MRSM Trolak, CSR Rebung 2010. FELDA langsung tidak mahu membantu agensi paling bungsu Jabatan Perdana Menteri, iaitu Institut Integriti Malaysia. FELDA pandang sebelah mata pun tidak. Sedarkah kalian di FELDA bahawa CSR Rebung 2010 ialah program MRSM Se Malaysia. Yang hadir ialah anak-anak keturunan Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Pribumi Sabah. Mereka ini dahaga akan kasih sayang, diangkat MRSM Felda Trolak sebagai venue, kerana kedudukan dan fasiliti yang dicop hebat. Tapi tiada langsung nilai pengorbanan material yang disambut oleh FELDA. MRSM Felda Trolak diziarah oleh 13 perwira negara yang berjuang bermatian darah dan hilang anggota kerana komunisme daripada Pegawai dan Anggota Veteran Komando VAT 69, PDRM. Tapi FELDA melihat CSR Rebung 2010 sebagai program picisan, tidak penting dan tidak glamour sifatnya. FELDA kini sedang dilanda bala yang diminta oleh mereka sendiri, mereka mencipta bala yang dipacu dan diacuan oleh mereka sendiri.

FELDA kena jelas dalam mengurus kemelut dan polemik. Jika harta mereka bernilai RM 1 trillion sekalipun, kiaranya mereka mengabaikan kesetianegaraan dan nilai bil-hikmah, maka, FELDA akan jahanam. Hari ini, banyak perkara yang dirundung oleh FELDA sejak 20 tahun lalu makin menjadi-jadi.

Buatlah "head count", berapa ramai kalangan pegawai FELDA yang mentekedarah duit FELDA untuk perut, anak, bini dan keturunan yang hilang sifat syukurnya dan membalas budi kepada FELDA dan Kerajaan Malaysia? berapa ramai kalangan anak-anak peneroka FELDA yang memberi jiwa, jasad dan roh kekayaan mereka kepada FELDA dan membina beberapa intrumen kepentingan bersama FELDA? Misalnya YAYASAN BAKTI FELDA "khas untuk tabung pengajian tinggi", DANA USAHAWAN BARU FELDA "khas untuk lipat ganda keusahawanan Felda", KAMPUNG FELDA TRADISIONAL "sebagai projek inap desa - homestay", MUZIUM FELDA MALAYSIA, SEKOLAH BERASRAMA PENUH KHAS atas nama MAKTAB TUN DR. MAHATHIR [mengadakan pengajian dengan elemen ATM, Sains, Tahfiz], YAYASAN CSR FELDA "khas untuk program kebajikan dan sosial serta latihan pengkayaan modal insan" dan sebagainya.

Inilah yang wajar dilihat sebagai Modeling Ekonomi Baru FELDA menjengah alaf. FELDA mesti ada kompetensi New Economic Model sendiri, Pengurusan FELDA yang makan harta kekayaan atas nama politik dan retorik, BOLEH KELUAR BARIS dan TIDAK PERLU LEBIH LAMA MENJAHANAM FELDA.

Felda ialah urat nadi rakyat Raja, Felda ialah denyut jantung bangsa Malaysia, Felda ialah helang yang wajib terbang tinggi dan bisa menyambar mangsa.

Felda bukan milik Najib Tun Razak, bukan milik Ahmad Maslan, bukan milik Yusuf Noor. Felda ialah hak negara, hak rakyat Raja, hak penerus dan pewaris tanahair ini.

Felda tidak boleh kecundang, kerana negara baru merdeka 53 tahun. Felda tidak boleh dijahanam oleh tembolok, tekak, perut yang membusung dek rakus dan haloba duniawi. Felda ialah Mercu Bangsa Malaysia.

Pak Sedaro berdoa agar FELDA menjadi sejarah Bangsa Merdeka dan Berdaulat. Bumi di pijak, milik KITO.

4 comments:

  1. lurah bilut..bukan lembah bilut..

    ReplyDelete
  2. Bapanya mulakan felda, anaknya matikan felda. Entah berapa kali si-anak beri cash kapada peserta felda untuk menunjukan keprihatinan, beli undi, felda banyak duit (cash cow) dan lain2 tujuan tertentu. Patutkah pemimpin mempunyai idea yang cetek?

    Sime Darby nak bankrap. Untuk berselindung digabongkan dengan golden hope, guthrie kedalam satu megakeparat. Begitu juga dengan felda (pengerusi: Yusuf Nor)nak bankrap jadi gabungkan dengan felcra (pengerusi: Rahim Thamby Chik) dan risda. Sedia maklum agensi2 ini berlainan fungsi dan stakeholders.

    Siapa pula berkepala besar hendak jadi chairman seperti musa hitam dengan SD - a thorn in the neck, the killer of Memali, the RM1.6 billion man? Buang CEO ambil yang membankrapkan felda? Ia kononnya berpengalaman diluar negara semasa di BB. Kalau begitu ikut contoh Kevin Rudd, General Maccrhrystal ... resign! Sebab itu musa adalah elegant pretender.

    Recylcing non-performers, so-called leaders adalah masalah negara.

    ReplyDelete
  3. CUBA2 LAH BAWAK SPRM MASUK KE FELDA SIASAT DAKWAAN KERUGIAN/SUSUT KEUNTUNGAN SPT MANA DAKWAAN PEMBANGKANG...ADA BERANI KA?

    ReplyDelete
  4. apo ni ? semuo bekas mentori yg bermasalah menjadi
    pengerusi risda, felda, fecra, fama, ....

    patutlah malaysia hampir bankrup !!!!

    tak ado ko org yg baik sikit nak dijadikan pengerusi ?


    -tom tem bak kepala but-

    ReplyDelete