Thursday, July 29, 2010

KPi MBS

Persoalan yang mosti dijawab oleh Montori Belio dan Sukan Malaysia, MP Kemamang, Ahmad Shabery Cheek!

1. Berapo ramai yang sudah faham makna dan peradaban Akta 668 yang dilaung hebat oleh Kementerian Belia dan Sukan?

2. Berapo ramai Pegawai Kementerian yang fasih dan arif perihal Akta 668?

3. Apokah Majlis Perundingan Belia Negara boleh bahaskan Akta 668 secara bijaksana untuk pengetahuan awam seramai 11.67 juta [warga belia di Malaysia]?

4. Hari ini belia pertikai peranan Setiausaha Politik YBM, Dr. Junaidy yang nampak ehh main Wayang Tinggi Production di Pejabat Menteri dan warga belia?

5. Bilo Montori dan Kementerian nak kotakan janji-janji melunaskan Geran Pentadbiran RM3,000 untuk setiap pertubuhan baru di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia? Geran Galakan Aktiviti RM1,000 setiap persatuan? Gelembong peruntukan RM 10 juta, YAB PM janjikan maso Perhimpunan Hari Belia Negara di PICC, tempohari?

6. Berapo ramai yang dapat faedah dek temberang consultant KBS maso program Pemimpin Belia Berkaliber? Ado yang bahas panjang lebar pasai 668? Ado yang kobar ehh...melopeh batuk di tanggo, ajak golak-golak dan hoya-hoya, "Apakah program yang mungkin bolanjo sekitar RM25 ribu ko RM35 ribu satu sesi selama 4 hari dan 3 malam, berbaloi?"

7. Apokah YB Timbalan Montori sibuk golak-golak dengan lawatan ke Korea, Jepun, UAE sebagainya? Juga YB Montori yang tak sudah senyum tak menureh? Apokah ado perjumpaan khas dengan semua Presiden Majlis Belia Negeri tanpa melibatkan MBM pernah dilakukan?

8. Apokah Jawatankuasa Kabinet Belia yang di pengerusi oleh YAB TPM menjalankan kajian terancang dan sistematik atas setiap gerak laku dan timbal balas "rakyat belia"? Apokah Feriz Omar menjalankan tugas dengan bijaksana? Apokah Khairil Anas menjalankan tugas dengan bistari? Apokah Setiausaha Politik paling muda, si Shahrin Jamaluddin di KPM berkhidmat untuk ABT?

9. Apokah MBM masih pokak dan tidak boleh bertugas? Sobab tak cukup duit? KBS kono bori peruntukan RM5 juta sebagai Geran khusus kepada MBM untuk MBM beroperasi secara bijaksana. Geran RM5 juta setahun ini bukan untuk isi tokak dan perut EXCO MBM! Geran RM5 juta diurus dengan hikmah untuk kesejahteraan jentera pengurusan, pentadbiran dan pengendalian program-program strategik. Peruntukan khusus untuk program kendalian MBM mosti disiap oleh KBS, paling bangsat RM5 juta laie. Maknonya, setiap tahun RM10 juta diumpuk kepada MBM untuk diguna hangus, tanpa usul bicara. Yang ponting "kalender program MBM berjalan baik, cekap dan berkesan!"

10. Takdo sobab KBS masih nyungkil lubang hidung sendiri. Jangan bori angin malam pado belio. Belakang PRU-13, pasti kalian tumpas sebelum BERPERANG.

1 comment:

  1. saya setuju dgn artikel KPI MBS x nampak keberkesanan MBM dan tidak sampai ke akar umbi...Jadi KBS harus menilai setiap dasar dan kalendar MBM jgn hanya cantik atas kertas tp pelaksanaan hampeh...

    ReplyDelete