Thursday, July 8, 2010

MANSUH UPSR DAN PMR

Dalam Utusan ari ni, ado yang menyuarakan kebimbingan tertutupnya industri tuisyen. Boto jugak cakap eh tu. Bilo bebudak dah tak pekso, mako takdo laie yang po’ie tuisyen. Memanglah kalau kito pandang keuntungan sebolah pehak dah tontu merugikan, tapi kalau dipandang kopada pehak yang lobih ramai iaitu bebudak tu, biarlah rugi yang sikit tu tapi lobih ramai yang untung.

Kan eh apo doh, Atok bocakap ni bilo Atuk pandang cucu Atok yang nak amik UPSR tahun ni. Kesian Atok mandang eh. Mongalahkan Atok maso nak amik HSE dulu. Pagi po’ie sekolah macam biaso. Tongahari tak balik, cekgu buek kelas tambahan sampai pukul limo. Balik kang, nak siapkan kojo rumah. Malam pukul 8.00 po’ie tuisyen plak sampai pukul 10. Balik sambung balik buek kojo rumah. Ontah pukul brapo lah budak tu tidur.

Sapo yang tak ondak anak eh tu pandai, tapi biarlah bopado-pado. Komano nak di bawak eh sijil UPSR tu. Dah tontu sumo eh masuk tingkatan 1. Jangan diubah fitrah anak-anak. Bebudak tu perlu bomain. Biar deh bopoluh badan, barulah banyak oksijen masuk ko dalam otak eh. Biar deh bolari tongah padang tu supayo dapek deh bolajar botolak ansur dengan masyarakat. Biar deh dio bolajar ilmu masyarakat socaro torus bukan eh bolaja dari buku jo. Kok dio bomain, buleh deh bolaja menorimo kekalahan dan komongan secara gentlemen. Bukan macam PKR, bilo monang besorak-sorak, bilo kalah mulo nak saman sano, nak saman sinun, orang sana tipu, orang sinia mongak.

Jadi pikir-pikirkanlah. Jangan copek bona suruh anak-anak kito dewaso. Biar deh pueh jadi kanak-kanak. Jangan bilo dah tuo nanti baru toringat nak jadi bebudak. Tulah sobab habis sumo eh nak disondol. Tak kiro hak sondiri ko, hak orang!

10 comments:

  1. Elok juga tu, kurang sikit bebanan cikgu2 - terutama nya cikgu tua yang dah nak pencen tu.

    ReplyDelete
  2. Ramai dari kalangan cikgu sekarang malas malas.. kerana mereka tau, budak tak pandai dalam kelas, mak ayah murid terpaksa hantar tiusyen.

    Saya sejak dulu rasa lebih elok anak tak perlu pergi sekolah, buang terlalu banyak masa;

    Bayangkan, saya hanya mengambil masa 60jam mengajar sendiri dirumah anak2 berumur 4-5tahun Asas bacaan BI,pasai tak mampu hantaq anak2 tiusyen.

    Tapi perati ada rakan2 mereka dalam Tingkatan5, nak baca dan mengeja dalam BI pun tak teghuih!!

    Benda yang boleh diatasi dalam tempoh masa 60jam, dari Thn1-Ting5 (10tahun) cikgu BI kat sekolah mereka dokbuat apa kat murid2 ni? KESIAN BETOI..

    BALU

    ReplyDelete
  3. menghina guru adalah perbuatan yang tidak matang...tanpa guru siapalah saya pada hari ini. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangan..terima kasih cikgu..!

    ReplyDelete
  4. elok sangat yu pakcik oii... dah banyak sangat budak2 lolaki yg jahanam dek kerikulum sekarang ni, porikso tak honti2 kalau makin pandai tu bagus la jugak ni nampaknya
    makin bangang lagi adola..
    mungkin jugak fenomena ini yg membuatkan ramai lolaki menjadi lembut dek korano monatap buku ajo kojonyo.... ataupun fitrah itu telah berubah... mengubah fitrah manusio bahayo jadinyo... keh..keh..

    ReplyDelete
  5. aku ingat UPAR tu apo..UPSR..hahaha.

    ReplyDelete
  6. Salam uncle Paneh,

    Apa khabar?

    Memang tak dinafikan ada guru yang malas, biasalah guru pun manusia biasa je, TETAPI kebanyakannya bertanggung jawab dan rajin.

    SAMA juga dengan Polis ke, wakil rakyat ke..manusia biasa je. Ada yang baik dan sebaliknya. Diri kita sendiri pun kadang-kadang ada mood jugak. Almaklum..kita ni semua lemah..insanlah katakan.

    Walaubagaimanapun, Saya tabik pada semua Guru-guru, tak kiralah Guru mata pelajaran apa pun.

    Isu Pembelajaran ini patut dibincangkan dengan mendalam dan panjang lebar KESAN jangka panjang pada SEMUA pihak terlibat.WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  7. BOTO CAKAP ATOK TU..MULA-MULA BUKAN MAIN LAGI PUJI DASAR YG AKAN DIBUEK OLH KPM...SEMUA CANTIK2, TP AKHIRNYA ANAK KITO JUO YG JD MANGSA AKIBAT DASAR PANDIR...TENGOKLAH DASAR PPSMI, BUKAN SAJO TIDAK BERJAYA TAPI BUDAK2 MELAYU MAKIN TIDAK BERMINAT PD MATEMATIK...BONDO SONANG DIO MENYUSAHKAN...ITU LAH BAHANANYO BILO KEUNTUNGAN DIUTAMAKAN, ANAK2 DIGADAIKAN...YG UNTUNG MUKHRIZ YG EMPUNYO MIMOS SBG PEMBEKAL ALATAN PPSMI..


    NI PULAK NAK MANSUH UPSR...DIA BUKAN PIKIR PANJANG PUN...DASAR2 SESUMPAH...KOJAP BERUBAH2..ENTAH APO YG DIO NAK UBAH TAK TAHU LAH DEN!!...YG JADI MANGSO ANAK2 KITO LAH...PANDIR!!

    ReplyDelete
  8. apolah salah cikgu yg kau orang marah bona ni? kito boleh menulis dan membaca ni.. sobab cikgu lah yg ajar. apo lah bangang bona. jgn lupo, ustaz/ustazah pun cikgu gak.

    ni satu lagi yg bingai ni. kalau mansuh upsr, mako lobih ramailah murid2 yg tak tau membaco dan menulis.

    upsr,klimek tahap sekolah rondah. bilo nak pekso upsr, cikgu2 akan bertungkus-lumus. tahap ni anak2 murid mesti pandai baco dan tulis. kalau tidak pretasi sekolah akan terjejas.

    bilo upsr di tiadakan nanti. ibu bapo akan ambik mudah, cikgu2 pun ajar sambil lewo. tak ado apao yg nak ditakutkan. proses pengajaran dan pembelajaran jadi tak menarik.

    kalau nak pekso berasaskan sekolah (pkbs), ini lagi tak rasionaldan tak adil. sekolah bandar cukup guru, cukup peralatan, cukup kemudahan tak setanding dengan sekolah luar bandar yg serba-serbi daif. sebagai contoh, kekurangan guru bahasa inggeris kek luar bandar masih belom selosai. kesian budak2 kampong ni.ni belom bab makmal komputer, makmal sains, perpustakaan, pusat ekses, dll.

    cikgu bahasa inggeris melambak. tapi kek bandar. apo sobab? sobabnyo mengikut suami yg berjawatan dan berkedudukan. sapo berani tukar cikgu ni? kalau dah pogang status datin,lagi power, ado berani !!!!

    jadi sebolom nak buek perubahan, berbincang lah dahulu. mintak pendapat condikiwan yg memang arif dlm bidang ni.

    jangan ulang kesilapan yg dulu. apo dah jadi dgn PPSMI. apo dah jadi dgn PMR. kalau dulu tak lulus LCE, kono mengulang semulo. tp kini tak tau baco pun boleh amik SPM. yg tak minat belajar pun ado kek sekolah. akibatnyo, banyak lah sekolah dibakar, kes pukul guru, kes ponteng, gangstar,pelacuran remaja.

    sekolah vokasional memang ado, tp tak cukup bai.

    bagus jugak ado PKR, PAS, DAP. dapek jugak menangkis idea bodoh pemimpin umno ni. kalau tak ado spr, sprm, rtm,tv3, polis,dan semuo agensi kerajaan, pemimpin umno ni tak ado dlm parlimen

    -TOK HUSSIN-

    ReplyDelete
  9. salam 1 malaysia
    ------------------

    saya dapek tahu kat singapura pelajar dari darjah 1 hinggalah
    ke peringkat spm perlu lulus periksa tiap tiap tahun sebelum bolih naik kelas. Itu sobab sistem pelajaran mereka ada kelas, bertarap
    dunia. Kalau tak salah sistem pelajaran mereka ada dalam 10
    terbaik di dunia di dalam pelajaram matematik dan sains.


    Kat melaysia nih, apo dah jadi? walaupun kita mual serumpun
    dengan singapura kita udah jauh kebelakang. Dalam spm aje ada
    hampir 4000+++ dapat 9A keatas. Di singapura hanya 1 orang aje dapat
    10 A dalam GCE O level mereka. Bandingkan. Adokah kita bijak?



    Kat melaysia ada banyak propesser kangkung yang keluarkan idea
    macam kentuit keluar dari punggung. Merapu habis habisan.
    Kalau ikut cerita yang saya dongar, ada pelajar medik yang kononnya
    dapek 16A tapi periksa tahun 2 di luar negaro lingkop.
    macam mano tu?


    Periksa buek budak belajar sentiaso. Kalau tidak melepaklah dia
    kehulu kehilir. Kalau ada perikso selalu taklah berlaku kes-

    1. budak sekolah agamo kat nogori, bunuh kawan pasal tak dapek guna cerek

    2. kat ganu, budak sekolah bunuh kawan satu sekolah

    3. kat rmc , budak baru masuk terbunuk kerana ragging.


    sobab sobab jenayah di sekolah
    ------------------------------------

    1. budak budak ada banyak masa untuk membuat kojo bodoh di dalam

    tahun hanimoon- tingkatan 2, 4. Ada jugak budak 2 yang anggap

    tahun 1-5 itu tahun hanimoon jugak. Banyak kes macam nih di sekolah

    berasrama yang terdiri dari budak 2 cerdik yang tak payah belajar keras

    untuk lulus pmr dan mungkin spm.

    Inilah budak yang hidup dengan moto minimum effort, maksimum result.

    Untuk spm, budak cerdik hanya perlu belajar last minit di tingkatan 5.




    konklusi
    -----------

    saya sokong supaya semua pelajar sekolah kena lulus minimum standard
    sebelum dinaikkan darjah. mana yang tak dapek markah minimum katakan
    dalam pereiksa yang di seragamkan [ standardised test] mereka bolih
    mengambil periksa ulangan . periksa ini bolih dijalankan olih sekolah
    sendiri dengan ada peroses moderation dari tahap persekutuan di dalam
    tahun hanimoon. periksa penting upsr/pmr/spm/stpm adalah hal lembaga peperiksaan . lain lain adalah kementrian pelajaran sistem internal
    aje


    saya harap mentri mat sembab dan macai macainya akan menerima konsep
    ini daripada idea yang berbau kentut -tak nak peperiksaan!


    khong khek khuat




    2

    ReplyDelete
  10. mmmmm...dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang diterapkan sekali nilai-nilai murni. Selain mgajar (cth Sains), ada ilmu lain yang boleh diterapkan (P.Islm, Kajian Tempatan dll bgantung pd tajuk pelajaran yg diajar). Hanya mereka yang bergelar guru memahami proses itu. 'Human touch' memang dilakukan pun selama... ini. Yang beranggapan 'human touch' x djalankan oleh para guru adalah salah. Belajar utk myelami dunia pendidikan sebelum bkata2.

    ReplyDelete