Saturday, July 31, 2010

Only Malays ruling Malaysia?


Taken from the The Unspinners blog;

PRU ke-13: Mungkin Kerajaan Malaysia Adalah Kerajaan Melayu/Bumiputera

Oleh : Susan Lim

Malaysia sering digambarkan sebagai negara yang unik kerana walaupun bermasyarakat majmuk tetapi bersatu padu dan hidup dalam aman harmoni.

Walaupun terdapat berbagai cabaran dan dugaan namun, rakyat Malaysia cukup matang dan tidak mudah dihasut atau dipengaruhi anasir jahat yang cuba menimbulkan huru-hara dan memecahbelahkan masyarakat.

Malangnya, keunikan Malaysia juga bermakna Malaysia adalah negara yang rapuh. Silap perhitungan segala yang telah terbina bersama akan hancur berkecai.

Semangat toleransi, kerjasama, belas kasihan dan kasih sayang yang kian pudar menyukarkan lagi negara ini mengekalkan keunikan ini.

Keupayaan Malaysia untuk berdiri teguh selama ini ialah kerana semua golongan masyarakat menerima Malaysia dan kedudukan masing-masing di dalam perlembagaan seadanya.

Semua golongan memahami dan menghayati perlembagaan dengan penuh sikap tanggungjawab.

Perlembagaan Malaysia telah mengambil kira semua aspek penting dalam masyarakat bagi menghindarkan mana-mana pihak tertindas dan merasa tidak puas hati dengan menggariskan kedudukan masing-masing mengikut hak sebagai penduduk asal dan bukan penduduk asal secara adil.

Jelas, perlembagaan inilah yang menjadi kunci atau rahsia keamanan dan keteguhan Malaysia selama ini.

Tanpa perlembagaan ini, Malaysia mungkin berada 20 – 30 tahun ke belakang, menyaingi negara-negara yang seusianya.

Melihat apa yang berlaku di dalam negara-negara terbabit, bukan mustahil sejarah Malaysia juga akan dipenuhi dengan darah andainya perlembagaan Malaysia tidak tertulis sedemikian rupa.

Percubaan meleraikan ikatan perlembagaan tersebut oleh beberapa pihak menyebabkan Malaysia sedikit goyah.

Negara yang goyah mudah dicerobohi oleh anasir-anasir asing yang telah lama mengintai peluang untuk menelan kita.

Anasir-anasir asing ini cukup arif bahawa satu-satunya cara yang paling berkesan untuk melemahkan terus Malaysia adalah dengan membuka ikatan perlembagaannya.

Dengan itu, mereka menyerang dari dalam pertamanya dengan mengapi-apikan kaum minoriti kononnya mereka tertindas oleh perlembagaan.

Hakikat bahawa kaum minoriti yang memegang kuasa ekonomi negara ini tidak pula diambil kira. Sedikit sebanyak kaum minoriti mula terhasut dan mula membayangkan keinginan untuk menguasai Malaysia sepenuhnya dan bukan hanya melalui ekonomi.

Perkara ini tidak mungkin menjadi parah sekiranya penekanan terhadap subjek sejarah dan perlembagaan negara diteruskan sepertimana selepas merdeka.

Kelalaian kita menekankan perkara ini di sekolah telah membentuk generasi yang tidak tahu sejarah dan memberontak membabi buta. Kebencian mula meluap apabila perasaan tidak puas hati, dengki serta iri hati menguasai diri.

Semangat cintakan negara dan memahami sejarah Malaysia, bukan sejarah bangsa Cina atau bangsa India harus disemai sejak kecil atau semua impian ke arah satu bangsa Malaysia akan tinggal impian sahaja selamanya.

Sudah sampai masanya perkara ini dibincangkan secara terbuka memandangkan sifat perkauman di dalam bangsa Malaysia juga semakin ditunjukkan secara terbuka.

Tidak perlu lagi kita cuba menjaga hati orang yang langsung tidak menjaga hati kita. Jika benar kita ingin menangani masalah ini, kita harus bertegas dan kembali kepada perlembagaan yang telah menyatukan kita.

Hari ini, kita melihat kaum Cina semakin berpaling dari perlembagaan. Hujah mereka bahawa perlembagaan bersifat perkauman dan menganaktirikan mereka dari segi pendidikan dan juga sosial.

Kaum Melayu pula berhujah balas bahawa perlembagaan masih belum dapat diubah selagi kaum Cina terus bersikap rasis atau perkauman dalam pekerjaan dan perniagaan yang dikuasai mereka.

Kaum Melayu bagaimanapun masih ingin mencari penyelesaian dan menyarankan satu sekolah untuk semua bagi merealisasikan satu Malaysia yang sebenar-benarnya di masa depan di mana rakyat Malaysia tidak lagi dinilai dari segi kaumnya.

Namun, saranan ini ditentang hebat oleh kaum Cina dan bertegas inginkan sekolah berasingan dengan alasan untuk memastikan budaya dan bahasa mereka terus berkembang. Kaum Cina tidak berminat dengan satu budaya Malaysia.

Kaum Melayu berhujah lagi bahawa bahasa dan budaya boleh dipelajari selepas waktu sekolah sepertimana pembelajaran agama bagi anak-anak Melayu.

Kaum Cina menolak mentah-mentah dan bertindak balas dengan memohon lebih banyak peruntukan untuk sekolah-sekolah mereka.

Tidak boleh tidak, mana-mana pihak berkecuali akan melihat bahawa adanya semacam muslihat kaum Cina untuk menggagalkan usaha ke arah satu bangsa Malaysia.

Perkara ini telah berlanjutan sekian lama, namun dengan kewarasan segolongan pemimpin-pemimpin kaum Cina di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional, titik tengah toleransi dapat dicapai di mana sekolah Cina masih beroperasi dan Melayu juga tetap kekal menikmati hak yang ada.

Malangnya, parti-parti komponen Barisan Nasional kini mula menari sama rentak dengan pembangkang Cina dan menuntut agar ikatan perlembagaan yang sekian lama menyatukan kita, dilonggarkan atau dibuka terus.

Sifat ini dilihat sebagai pentingkan diri, tamak serta angkuh kerana ia secara jelas memberi faedah hanya kepada satu pihak iaitu kaum Cina.

Kaum Melayu dan Bumiputera jelas akan tertindas terus melalui percaturan ekonomi di dalam pekerjaan dan perniagaan.

Penindasan ekonomi akan secara langsung membawa kepada penindasan dari segi sosial dan pendidikan.

Apabila kaum Melayu tertindas dari segala segi, maka logiknya juga kuasa politik juga akan hilang sama sekali.

Inikah muslihat kaum Cina? Tidak perlu berdalih kononnya mereka tidak mendiskriminasi kaum lain di tempat kerja dan perniagaan mereka. Mengaku sajalah kerana diskriminasi kaum majoriti oleh minoriti seolah-olah sudah diterima sebagai ‘cara hidup’ di Malaysia.

Berdasarkan sikap parti-parti komponen yang mewakili kaum Cina di dalam BN yang seolah-olah dingin dan enggan bekerjasama untuk memulihkan sokongan kaum mereka kepada BN, maka tidak mustahil selepas Pilihanraya ke-13 nanti, kerajaan Malaysia akan menjadi kerajaan Melayu/Bumiputera semata-mata.

Andainya kaum Cina langsung tidak memberi undi kepada BN juga, BN akan tetap mampu membentuk kerajaan kerana jumlah wakil Cina di dalam BN tidak signifikan.

Begitu juga dengan Sabah dan Sarawak di mana majoriti pengundinya adalah kaum bumiputera. Tidak mungkin Menteri dan Timbalan Menteri dilantik dari kaum Cina.

Andainya ini benar-benar berlaku, maka kaum Cina tidak akan ada lagi wakil dalam kerajaan kerana pastinya Melayu di dalam UMNO akan mendesak supaya peruntukan kaum Cina di dalam kabinet dihapuskan sekiranya semua dari mereka tewas dalam pilihanraya.

Kaum Cina di Malaysia harus berbalik kepada perlembagaan yang mengikat tali perpaduan negara ini jika mereka benar-benar sayangkan negara, serius ingin membentuk satu bangsa Malaysia dan tidak punya apa-apa muslihat untuk menguasai dan menindas sesiapa.

Jika benar kaum Cina tidak punya sebarang muslihat dan niat jahat, mereka seharusnya akur bahawa satu-satunya cara untuk membentuk satu bangsa Malaysia adalah melalui sistem Satu Sekolah Untuk Semua.

Selagi kita masih membeza-bezakan sekolah, kita akan terus membeza-bezakan kaum. Selagi kita terus membeza-bezakan kaum, cita-cita untuk membentuk satu bangsa Malaysia tidak mungkin dicapai.

Selagi satu bangsa Malaysia tidak tercapai, selagi itulah perlembagaan tetap perlu dipelihara dan didokong oleh semua bagi menjamin keamanan dan keadilan untuk semua.

Sumber: Malaysia Instinct

Is this author Susan Lim provoking things? Well, she should be responsible for her article and does this violates Sedition Act? Maybe the Home Ministry could look upon this matter.

3 comments:

  1. "Kaum Melayu dan Bumiputera jelas akan tertindas terus melalui percaturan ekonomi di dalam pekerjaan dan perniagaan.

    Penindasan ekonomi akan secara langsung membawa kepada penindasan dari segi sosial dan pendidikan."

    aku sokong 100% bahasa cina diwajibkan di sekolah2.. dgn cara tu sja melayu dpt bersaing dgn mereka.. kita patut buat sesuatu utk anak cucu kita.. persoalan nyer.. berani ke melayu2 di malaysia ni berubah demi masa dpn anak cucu mereka ini..?? sekian TATA

    ReplyDelete
  2. Anon di atas memberikan cadangan yang menarik

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya hantar 2 anak saya ke sekolah Cina. Apa yang saya pelajari adalah sikap mereka yang tidak bertoleransi langsung bila mereka berkuasa.

    bayangkan, mesyuarat PIBG diadakan di dalam bahasa mandarin, bukan bahasa kebangsaan. Pilihan pengerusi dan ajk semua dah disusun. Yang hadir diminta setuju saja dengan cadangan mereka.

    Cuba bayangkan bila Malaysia diperintah mereka nanti? Adakah kita akan menikmati kebebasan dan hak seperti yang mereka nikmati di bawah kerajaan sekarang? Saya senyum saja....melayu ni tak sedar diri....akan habislah masa depan anak cucu kita nanti kalau tidak masak dgn percaturan ini.

    Kita wajib pertahankan hak sebab MEMANG KITA ADIL. Setidaknya kita tidak sekat kebebasan dan hak mereka. Bersatulah......

    ReplyDelete