Monday, July 26, 2010

Zaman Khairy: PEMUDA Paling BACUL!

Politik Taik Hidung Masin Ketua Pemuda BN yang secara kebetulan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Khalid mendakwa, meskipun Pas dan UMNO datang dari bangsa yang sama iaitu Melayu dan Islam sebagai pegangan mereka, kerjasama itu tidak boleh dilaksanakan kerana kedua-dua parti mempunyai matlamat yang berbeza.

Khairy menambah, masalah yang berlaku dalam Pas hari ini adalah ahli parti itu terbahagi kepada dua iaitu sebelah pihak mahukan perpaduan dengan UMNO dan sebelah lagi berharapkan perpaduan itu tidak berlaku.

"Dalam parti itu ada yang hendak dan ada yang tidak. Bagi UMNO, sekiranya berlaku perpaduan, kita ucapkan Alhamdulillah demi kebaikan Melayu dan Islam tetapi jika mereka tidak mahu, kita tidak ada sebarang masalah.

"UMNO tidak 'hadap' (terlalu berharap) sangat benda ini sebab kita kuat. Kita boleh menang tanpa Pas dan buktinya, kita sudah berpuluh-puluh tahun memerintah tanpa mereka. Kalau mereka tidak mahu, jangan cakap tentang hal ini lagi," ujarnya.


Note: Budak Kerbau Jantan belaan UMNO ini tahu tak, apo yang dio sodang hadap? PAS ko? UMNO ko? Rakyat Raja? atau Melayu secara total?

Kok bangang sangat jangan jadi Ketua Pemuda UMNO, baik jadi Ketua Pemuda PKR...! Apo Mat Hasan, Ketua Bahagian Rombau, tak bori warning ko pado budak hingusan ini. Jangan kau ingat kok dah meraso berjemur 1 bulan di padang kawad Markas Rejimen 508, kau dah bosar bodobah...lobai. Kolopai kau pun kau tak tahu laie nak tudung.

Pedulikan drama PAS, baik Hassan Ali, baik Khalid Samad. Abang dio si Shahir Samad pun tak heboh, apo pulak kau nak jual temberang UMNO? Maso ini, bukan laei maso untuk jajo UMNO baik, UMNO parti langit, UMNO parti terbesar Melayu, UMNO parti berpuluh tahun menjadi Kerajaan, UMNO dah buat itu dan ini...Samolah bilo diterbalik kisah jiko kalender Masehi boleh gostan...

Kau orang dalam UMNO kono bincang...apo yang Melayu tak puas hati lagi? Apo yang kurang lagi? UMNO tak cukup KUAT ko? Veteran UMNO dan Pejuang UMNO yang masih ramai tu ekau orang PEMUDA tak poei jumpa, tak poei ziarah. Poei Cium Tangan. Bukan setekat jumpa Tun, Tan Sri, Dato' Seri, Dato' Sri, Datuk Seri Panglima sajo yang kau sibuk jadi pak pacak dan cium tangan yang bau potai dan kordeh pun sanggup kau hadap...

Zaman Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ialah era kepemimpinan Pemuda UMNO Malaysia paling lemah, leweh, beweh dalam sejarah UMNO sejak 1946 [rasmi], atau pun 1943 lagi.

Inilah bala' yang sedang ALLAH berikan kepada ummah untuk menilai dan menganalisa apa yang telah kita lakukan sepanjang 53 tahun merdeka, hingga Allah benar-benar turunkan azab dan bala' pada kita di kemudian hari.

Apakah umat Melayu sudah lupa Masjid? Apakah umat Melayu sudah lupa definisi mereka dalam Perkara 160(2)? Apakah umat Melayu sudah makin bengap dan bebal. Apakah penyakit bebalisme menjadi hidangan dan sarapan kepada Rakyat Raja?

PAS ialah sebahagian daripada sejarah kekuatan UMNO. PAS ini sebenarnya bukan parti asing atau serpihan tetapi mereka adalah UMNO. Mereka hari ini menafikan estatika sejarah mereka sebagai sebahagian daripada UMNO. Mereka tidak dihalau keluar daripada Parti UMNO. Mereka tidak disuruh tidak bersetuju dengan UMNO. Mereka tidak ditawarkan PAS kepada mereka. UMNO ialah pemula dan perintis kepada PAS. Hakikatnya, ahli PAS ialah ahli UMNO sejak 1946 lagi. UMNO ialah induk kepada umat Melayu dan Rakyat Raja keseluruhannya. UMNO ialah payung mahkota negara. UMNO bukan ibu bapa PKR. UMNO ialah ibu bapa kepada PAS.

12 comments:

  1. pada asalnya si keri'apco-promota' nak jadi tokeh bank ajo. itu pasal dia rembat avenue capital untuk jadikan bank ecm libra.

    tapi si mentuo mat ngantuk suruk dia jadi pee em
    akan datang. budak ni tak ado apo apo raso
    fasal orang melayu langsung. maklomlah beranak
    di bandor , belajor kat singapura dan london.

    dia langsung tak faham yang dia tu ketua pemuda
    umno yang jadi penaong orang melayu. Sampai si berahim yang jadi pejuang orang melayu pun nak di hamunnya. aleh aleh dia
    nak jadi ketua pemudo satu malaysia.
    dia confuse betul betul. itu yang dia ingat si chingkie weekahsialan tuh di bawah kangkang dia. lalu
    pertahankan si sialan chingkie tu.

    itulah masalah bilo surat nikah, bukan pencalonan jadi
    tiket untuk jadi ketuo pemudo.


    Ini adalah satu lagi proyek bodo si matngantuk.

    khong khek khuat

    ReplyDelete
  2. Hishamudin lagi BACUL... Berapa kali Hishamudin sahut cabaran Ketua Pemuda PAS untuk berdebat masa dia jadi ketua Pemuda UMNO dulu..... Sama juga pemimpin UMNO yang lain...hanya berani dalam TV dan surat kabar aje....

    ReplyDelete
  3. Selagi si Khairy tu ada dalam UMNO susah, susah sangat2 anak muda melayu nak sokong UMNO apatah lagi nak jadi ahli UMNO. Selagi ada dia buek lotih yo si PM tu menyalak meghator. Ponek yo si TPM membebel hari hari....

    ReplyDelete
  4. Mat salleh kampungJuly 27, 2010 at 9:24 AM

    Yo Pas dari perut UMNO dulu tapi spt kato Dr Harun Din dalam Harakah baru nih, selopeh ulama nengok tiada harapan UMNO boleh diIslamkan mako oghang alim tu berpakat tubuh PAS dan lotak dasar perjuangan yg cukup jelas iaitu rujukan tertinggi Pas ialah Alquran, sunnah, qias dan ijma' ulamak. Seruan Pas yolah "Allahuakbar" dan majlis tertinggi parti ialah Majlis Syura Ulama' Dr Harun Din cakap, perjuangan Pas berlandaskan Islam dan sunnah dan manakala Umno atas semangat bangsa. Nabi saw tak suruh berjuang atas nama bangsa. Orang umno jenis paria kata umno pun islam yo.. sebab sumo melayu. Den setuju, tapi kek Sabah boghibu bumiputera bukan Islam jadi ahli Umno, makan babi dan anjing. Ado oghang asli dan siam buddha kek Kodah dan Kelantan jadi UMNO. Dalam umno ado Dr Kassim Ahmad yg anti hadith dan Kerajaan Langit kek Besut dulu pun ghamai nyokong umno. Umno ngajar kaum wanita dio Islam liberal ala amerika, boleh pakai tudung dalam majlis tapi tunjuk jambul. Ghambut bini Presiden umno sejak dulu, kini dan mungkin nak mampuih esok jenih ghambut kombang, subur dan hitam pokat biarpun dah tuo. Cumo Siti Hasmah yo botak pakai ghambut palsu. Bilo dalam majlis boleh topuk tampar jantan betino. pemimpin umno dituduh rasuah, skandal seks, liwat ( bekas umno), lesbian, pelari anak ghajo, ghabo punggung betino..omak oii.. banyak ceghito umno nih.. kemudian dio tuduh Pas sbg Parti Ajaran Sesat pulak, lopeh tu ajak bersatu pulak.. kok biar samo-samo sosek ko? inilah ghupo wajah umno!! parti melayu terulung dan berkarat bighu. Kok ado oghang melayu nak samo umno mesti jenih tak ghoti Islam.. bekas mufti Perli Dr Maza cakap oghang yang ingin kembali kek Islam mesti ko Pas bukan mencaghi makan kek PWTC.

    Nak kayo masuk umno!! sumo oghang tau kalimat tu. Bobudak umno yang anti KJ kutuk dio macam-macam tapi hakikatnya bobudak umno ni samo yo.. iaitu jenih 'BOGHUK' ( beruk) yang oghang kampung den cakap 'nothing know about Islam, what they want in their 'kepalo ateh dan bawah' only money or how to push their 'mani'

    ReplyDelete
  5. Ese pun sotuju apo Mat Salleh kampung cakap. Ese dulu pomudo umno tahan lasak dan konyang bilo kek musim pilihanraya. Maso nak pilih AJK cawangan dan Bahagian masing-masing buek kojo nak ghobut jawatan. Bab sholat jangan tanyo, ketua cawangan pun sampai tinggal asar dan maghrib. Bilo dah masuk Pas baru ese tengok beza akhlak ahli umno dongan Pas. Ese hairan macam mano pendatang UMNO Sabah cakap Pas parti ajaran sesat. Yang ese tau kojo menabur limau dan kemenyan maso pemilihan umno ialah ahli umno.

    ReplyDelete
  6. Begitu rendah martabat ILMU ahli dan pendukung PAS. Daif sungguh nilai yang diperdasar oleh Haji Ahmad Fuad kepada anak-anak PAS zaman ini. Daif juga nilai yang diperdasar oleh Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab kepada pewaris UMNO.

    Inilah bala, bila dzat ilmu diangkat Allah daripada kalangan ahlinya.

    ReplyDelete
  7. Selagi Pemimpin PAS di pilih melalui kiraan undi maka janganlah nak mengata orang.
    PAS dan UMNO adalah sama. Bapak Borek anak Rintik.
    UMNO memberi sesuatu dikatakan Rasuah.
    PAS memberi sesuatu dikatakan sedekah.
    UMNO jadikan MELAYU sebagai alat. PAS jadikan ISLAM sebagai alat. Semua sifat keji yang di tujukan kepada orang UMNO ada pada orang PAS.
    Kalau betul nak memperjuangkan Islam joinlah JEMAAH TABLIQ. Mereka tak tunggu tertubuhnya sesebuah kerajaan untuk berdakwah.
    Mereka bebas berdakwah di bumi Malaysia yang indah, aman dan makmur.
    Pernah ke kepimpinan PAS datang rumah ke rumah mengajak orang islam sembahyang berjemaah.
    TIDAK...
    Mereka hanya datang untuk berkempen politik. Berkepentingan Politik.
    SEMUANYA HANYA POLITIK. PAS=UMNO.

    ReplyDelete
  8. Tumpang lalu Pak Suman,

    maaf cakaplah, inilah akibat melayu Islam yg buto politik. Ahli pas ditarbiah begitu rupa oleh kepimpinan ulama', kami diajar bahawa politik-siasah adalah sebahagian dari ibadah feqah yang wajib. Nabi kami Muhamad saw, menjadi ketua negara dan mentadbir negara Islam Madinah dan kemudiannya diwarisi kepimpinan Islam sehingga zaman Othmaniah Turki.Dulu selepas nabi, sistem khalifah diamalkan di mana para sahabat memilih ketua. Ketua khalifah pula melantik wakil-wakil setiap daerah terpencil sebagai pemegang amanah. Bila datang penjajah mengamal dasar pecah dan perintah, amalan demokrasi dan sistem pilihanraya pula diamalkan. Biarpun ada sesuatu yg tak betul dalam melaksanakan kerja praya itu yg dipimpin oleh anak-anak penjajah berfaham sekular, kami orang Pas masih berlapang dada menggunakan wasilah ini selagi ia masih praktikal untuk masa ini. Kami masuk praya dgn wadah perjuangan yg semua orang tahu iaitu 'negara Islam' dan Islam mentadbir negara. Perbuatan sekular dan melayu bermazhab kebangsaan menipu dan zalim, kami terima sebagai mehnah dan tribulasi. Negara umat Islam lain terpaksa bermandikan darah untuk hidup tetapi di sini masih ada ruang untuk berpolitik secara jantan.

    Bila dalam balairaya, jika ada pemilihan kita guna angkat tangan tanda pemilihan dan lepas itu ada juga guna undi kertas. Bila penduduk dah berjuta maka bangang sangat kalau kita guna angkat tangan. Pas guna saluran politik dan Islam untuk berjuang adalah tidak bercanggah dgn rukun Islam dan Iman. Sila beritau mana yg sesatnya?

    Umno terima rasuah memang betul sebab mereka berjuang bukan kerana agama tetapi Pas terima sedekah ikhlas sbb itu sebahagian ajaran agama kami. Misalnya, saya nak sedekah atau bayar zakat, maka saya berikan kepada parti saya dgn harapan tinggi agar Allah terima sedekah saya untuk perjuangan Islam. Saya yakin janji Allah dan hadith nabi kami. Dalam markas dan sekolah Pas disebut-sebut nama Allah, nak mula majlis dgn bismillah, baca fatehah dan berselawat. Duduk jamaah lelaki dan perempuan berasingan. Tak boleh salam-salam dan ketawa macam badak air spt dalam mesyuarat umno.Nak tutup majlis baca tasbih kifarrah dan surah al asr. Sebab apa? sebab Pas peralatkan agama sebagai panduan berjamaah. Almarhum Ust Fadhil Noor presiden Pas kata jamaah Arqam, Tabligh, Abim dan Pas suatu jamaah Islam. Masing-masing ada peranan dan gaya sendiri. Dalam konteks kekampungan memang baik budak tabligh gi ajak bapak atau budak yg tak solat tepi jalan dan kedai. Biasanya mana-mana masjid dan surau yg ramai jamaah Pas, maka rumah ibadah itu diimarahkan tanpa perlu ada gerombolan bawak periuk belanga.

    ReplyDelete
  9. Anonymaous kata "Inilah bala, bila dzat ilmu diangkat Allah daripada kalangan ahlinya' dia tuju kat ahli Pas dan UMNO.

    Apa haknya budak nih pandai2 kata zat ilmu diangkat Allah. Pondok atau menara gading mano ekau belajar mat? yang sosek ( sesat) itu pemimpin umno dan jejuak dia yang tak reti agama. Yang cerdik agama dalam umno biasanya jenis cari makan. Ketua pemuda, wanita, puteri atau presiden semuanya bukannya berpendidikan agama. Kok ada pun si Dollah Badawi, itu perangai ngalah melaun bila pegang artis-artis kafir masa jamuan makan. Syok sangat anak cucu ulama umno itu dapat bermesra dgn artis China tu.

    ReplyDelete
  10. Zaman Kandias dan geng-geng "agama/igama/ugama". Kalian dengkek laie. Mengenal agama pada gulung kertas bermohor. Mengenal agama pada kata ranting dan batang buluh. Kok kalian mengaji mendalami "ilmu wahyu"-revealed knowledge. Kalian akan sesali "tsunami Bangsa Kalian sudah dibaja sejak 20 tahun lalu" oleh Banjingan politikus kini dalam PKR+DAP+PAS+UMNO. Poei mengaji ilmu tamadun dan ketamadunan Madinah dan Mekah. Bukan baco dari sudut pandang, da'i KOPITIAM P.A.S.

    ReplyDelete
  11. macam mane tak bacul. siang2 lagi khairi dah dipulaukan. tak ada jawatan kanan yg diberi. tp yg peliknya naib pemuda pula yg ada jawatan dlm kabinet.

    bila ada mesyuarat pemuda, nama khairy tak disebut langsung. kesian nasib khairy dihina sebegini rupa.

    dlm blog2 umno, khairy dihentam dr kiri dan kanan. hari2 ada saja cerita negatif ttg khairy. penulis blog2 ni satu dari kedah, satu dr perak dan satu dr selangor.

    sume ni tempat calon yg kalah melawan khairy dulu. dah boleh agak dah apa agenda tersembunyi.

    kalau amerika ada barak obama, yg muda dan berkulit hitam, msia juga ada khairy. kita perlukan pemimpin muda yg berwibawa. kenapa mesti cantas pemimpin muda yg berkarisma?. soal bapak mertua, itu dulu. sekarang dia solo.

    siapa pemimpin pemuda umno yg berani berdebat dgn pemuda pas?
    yg lain bacul, tp khairy berani. kalah atau menang bukan persoalannya. keberanian itu penting.

    lihat saja cara khairy berpidato. memang ada tokoh pemimpin. terutama dlm bahasa inggeris.nak harapkan mukriz? cakap pun tergagap-gagap. nak harap si botak?
    dia masih tersesat dlm rumah besarnya.

    fikir-fikirkan lah

    ReplyDelete
  12. saya rasa pemuda umno mesti buat sesuatu iaitu lakukan sesuatu yang termampu secara tersusun. mari kita SABOTAJ dari dalaman dari sekarang dan menjelang praya ke 13 nanti. Kita diam-diam ajar pemimpin atasan supaya menerima pandangan ahli bawahan. Jangan terus memperbodohkan Ketua Pemuda kita yang telah dipilih dan menganaktirikan KJ seolah-olah Najib nak kurang ajar dgn Pak Lah yg dah pilih dia naik jadi PM. Dia pun baik sangat. Sepatutnya masa parti dah teruk ni dia kena bijak selesaikan masalah dalaman. Bukan mendera ketua pemuda sedangkan orang bawah diberi jawatan. Saya cadang KJ keluar dari umno dan masuk Pas supaya laluan Pakatan mudah. KJ jangan takut buat perubahan kerana Khalid al Walid yang pernah menjadi musuh Islam pun jadi berguna bila bersama Nabi saw. KJ adalah menantu kepada cucu ulama besar dan tenaga beliau amat perlu pada Pakatan.

    Bayangkan kalau KJ dan beberapa kerat kawan dia masuk Pakatan, haru birulah Najib. Kalau pemuda UMNo bersama Pas bukan salahpun, sebab Pas juga diwakili melayu dan dasarnya lebih baik dari umno. KJ belum sesat sangat berbanding orang-orang tua dalam UMNO. Masih ada ruang kepada KJ untuk bersama perjuangan Islam. Ayuh KJ, tinggalkan UMNO.

    ReplyDelete