Thursday, August 26, 2010

Bilo Rakyat RAJA Dayus!

Pak Sedaro buat analisa kopitiam, pabilo Rakyat Raja Bacul dan Dayus, sobonar yang lobih topat bilo saf pemimpin Rakyat Raja bacul dan dayus, dari kalangan UMNO, PAS, PKR, PRM, PSM, AKIM, sebagainya...yang melabel mereka sebagai parti siasah umat Melayu untuk Rakyat Malaysia..., maka:

1. PRU 12, bungkus. Melayu dikafankan. Pembaco talkin ialah DAP, MCA dan MIC, PPP, IPF. Penggali lubang kubur ialah juak-juak Melayu yang dibayar upah oleh Komunis, Nasrani, Majusi dan Zionis.

2. Tragedi simbah cat, bakar, mungkin bom gasolin, lastik, pecah masuk, menceroboh, MENGHINA, dan mencaca-marba institusi Agama, khasnya Surau dan Masjid, gereja, kuil, tokong dan apa jua penyembahan berhala, merupakan pukulan langsung kepada gelagat mereka yang bahalol, Perkara 3, Perkara 12(1).

3. Kisah dan sorotan peristiwa ugutan, cacian dan sepak terajang Perkara 153, Keranda 153 secara lebih tepat, Keranda 152, Keranda 160 (2) merupakan implikasi kepada kejatuhan ilmu politiking Pemimpin Melayu.

Tiga subjek besar ini, cukup mencermin bagaimana akhirnya penderhaka dan pengkhianat Negara boleh membayar warga negara Indonesia untuk melakukan drama yang mengimbau dan mengembalikan Kisah Ganyang Malaya di tahun 1965. Apabilo Kedutaan Malaysia dijatuhkan kedaulatan sedemikian, memberi makna bahawa Maruah Negara Tanah Melayu ini telah diancam. Jika Kedutaan ini dibom suatu masa kelak, maka rakyat fahaman Komunis Indonesia telah membuka pintu PEPERANGAN dengan Malaysia. Sudah pasti Presiden SBY tidak mahu ini berlaku. Kepentingan dagangan Indonesia-Malaysia berjumlah USD20 billion setahun, dan ini terus meningkat pada kadar 12.5% setahun.

Musang berjanggut, namanya Bro Anwar Bin Ibrahim kena ditarik keistimewaan sebagai Wakil Rakyat. Pasport antarabangsa Bro Anwar Bin Ibrahim mesti disimpan oleh Ketua Keselamatan Negara, di Jabatan Perdana Menteri. Sekutu dan tali barut Israel Zionis kena di hadap ke muka pengadilan SECEPAT MUNGKIN. Ada 25 orang manusia pengkhianat di Bumi Tanah Melayu ini. Ini termasuklah beberapa melaun dalam UMNO, MCA, MIC, PPP, tidak dilupakan PAS, PKR, DAP dan kumpulan yang bukan partisan politik. Siapa mereka, Pak Sedaro tak payah jawab. Fail mereka ada di Pejabat Perdana Menteri Malaysia yang telah diperturunkan sejak zaman Tun Abdul Razak lagi, akhirnya disaring oleh Tun Dr. Mahathir.

Hari ini, mereka sekitar umur 55 tahun ke 85 tahun, yang paling muda sekitar 35 tahun.

Namun demikian, oleh kerana rakyat Raja tidak mahu ambil "pusing" dan anggap Perlembagaan Persekutuan 1957 hanyalah untuk loyar buruk dan mereka yang terlibat khusus dalam perundangan, maka ramailah yang Buta Perlembagaan Persekutuan 1957.

Bilo ada badan khusus, seperti BTN khabarnya mendewasa dan mematang intisari dan saripati Perlembagaan Persekutuan 1957, badan ini telah dilabel sebagai Agen Pelampau Kaum. Sekadar mencelah, apakah kalian hidup di Afrika Selatan? Kalian jiko belum ado peluang berhujah dengan Nelson Mandela, poeilah ke Afrika Selatan. Dio akan bahaskan kepada kalian apo makno Pelampau Perkauman, Apartheid dan makna bangsa Kulit Hitam dan Kulit Putih. Kalian berhijrah ke Australia, sebuah Negara yang dilahirkan daripada Banduan dan Manusia yang di buang Negeri atau Negara oleh Inggeris, hari ini, mereka membuat pengakuan bahawa Australia berdaulat?

Sedarkah kalian di luar sana, bahawa Kerajaan Ratu Inggeris yang telah bermaharajalela sejak 1100 masehi lagi, masih mengekalkan identiti siapa itu Irish, English, Scottish dan 16 suku kaum di Great Britain. Apokah mereka ini yang memberi persetujuan agar Tanah Melayu merdeka, dan iktiraf bahawa Melayu itu Bangsa Teras, Raja Melayu itu pemegang kunci perlembagaan dan Agama Islam sebagai Agama Utama Persekutuan, masih tidak boleh memberi makna kepada kaum-kaum imigran Negara China dan India?

Kalian masih ramai tidak mengerti bicara dalam Bahasa Melayu, pun diberikan anugerah persekutuan bergelar Tun dan Tan Sri! Kalian hari ini, menuntut pula sekitar 25 ribu, tapi mengikut bidikan Pak Sedaro ado 100 ribu manusia dalam Malaysia yang masih pakai Kad Pengenalan Merah ini.

Semak di kampung-kampung baru, bersepah yang ado I/C merah. Semak di estet-estet, di pendalaman Sarawak dan Sabah. Jika diorientasi semula secara massa, bilangan yang masih pegang warna merah atau tiada langsung kad pengenalan sekitar 1.5 juta orang.

Masih ada di kalangan anak-anak yang bersurat beranak Komenwel, di mana ayah dan mak yang tidak bersekolah, lupa daftar semula di Jabatan Pendaftaran Negara, maso mereka masuk maren, akhirnya anak ini yang bersekolah sehingga umur 17 tahun di bumi Malaysia, ikut pengajian di Malaysia hingga IPTS dan IPTA, tidak diiktiraf sebagai rakyat, waima mereka ini Islam! Pak Sedaro jumpo 150 kes seperti ini, mereka mengadu hal. Sampai, di bawa jumpa Setiausaha Politik, Menteri Dalam Negeri pun, tak boleh solosai. Apo punyo bangang, dio orang korjo. Ini orang Islam.

Semua perkara ini, YAB PM dan YAB TPM kena analisa dan kaji. Inilah kepentingan Paneh Miang. Kito prihatin tahap "ROBIN HOOD" untuk mengetuk dan mengebom pintu dan tembok kebal Pejabat PM dan Pejabat TPM, yang nampaknya hingga ke hari ini, juak-juak dan bidak-bidaknya tidak punya bil-hikmah dalam menilai bicarawara Paneh Miang.

Kepado YB Menteri dan YAB Menteri Besar/Ketua Menteri yang Melayu, yang ISLAM; kalian kena buntangkan mato hati, membuana minda bawah sedar kalian. Gunakan Alpha, Theta dan Delta. Jangan asyik guno Beta ajo. Otak Kanan kalian kena dibasuh dan dibraso.

Pak Sedaro nampak bahana besar akan melanda Negara, jiko sentimen dan percikan api yang sedang didodoi dan dimomok dalam otak fikir warganegara dan rakyat TIDAK dicuci kilatkan. Begitu ramai hamba abdi sedang merempat di Bumi Bertuah Tanah Melayu ini...fikirkan, selesaikan, lunaskan.

4 comments:

  1. Sekarang ni Hari-hari kita dengar Melayu dihina, melayu merempat, melayu kena bersatu.
    Dah 53 tahun memerintah Negara macam mana boleh jadi macam ni..
    Sepatutnya Melayu dah BERJAYA..KAYA RAYA, CLASS..BEB, Jadi Tuan..
    Dulu 70an Melayu jadi Drebar Cina.
    Sekarang Melayu jadi Drebar Cina dan India. Makin hancus ekonomi Melayu.
    Ini semua SALAH PAS kerana tak memerintah Malaysia.
    Hidup Islam!!!

    ReplyDelete
  2. Salam Uncle Paneh,

    Saya setuju dengan saranan ini.

    Terutamanya "Sipolan sekor tu" memang tempatnya sepatutnya di Sungai Buluh dan pembebasannya satu kesilapan besar yang hanya merugikan lagi negara. Langsung tak ada faedahnnya pada bangsa, Agama apatah lagi Negara.

    Waliyazubillahminzalik, mohonlah pada Allah akan keSelamatan Segalanya.

    Semoga Semakin tua kita semakin baik laku kita, semakin berguna walau pada kuching peliharaan kita dan tidak mengganggu sesiapa apatah lagi memporak perandakan Negara sendiri. Minta dijauhkan Allah dari sifat keji selamanya..

    Nukilam Uncle Paneh amat tepat..semoga ia jadi pembuka mata pada yang bermata dan ada mata di QALBU sanubari dan jiwa.

    ReplyDelete
  3. Salam bertandang lagi..
    semoga sihat orang disini.
    selamat menyambut Nuzul Quran..
    sesamalah kita mengimarahkan
    malam penuh penampunan ni..
    .جزاك اللهُ خيراً

    ReplyDelete
  4. Berdoalah kita di bulan yang mulia ini semoga negara Malaysia mempunyai pemimpin yang mampu menaikkan taraf hidup/ekonomi orang Melayu, menjadikan Islam dipandang mulia dan semua kaum di Malaysia hidup tanpa prasangka antara mereka.
    Berdoalah... semoga Allah memakbulkan doa kita di bulan yang penuh rahmat ini.

    ReplyDelete